Saya terp4ksa pergi kerja naik motor. Kadang – kadang kerana sedih mengenangkan nasib, sambil menunggang motor saya menangis teresak – esak. Bukan kerana malu, tapi kerana duit tak ada nak beli barang makan.
#Foto sekadar hiasan. Nama saya Marya, saya langsung tidak menduga nasib saya menjadi amat maIang. Bukan sahaja rumahtangga h4ncur, masa depannya musn4h, malah jawatannya hilang dan hubungan dengan ibu saya turut terpinggir.
Bukan hendak membangga diri tetapi saya ada ijazah, pernah menjawat jawatan tinggi hingga gaji mencecah lebih RM4k. Tetapi semuanya berakhir apabila saya dip4ksa meletakkan jawatan. Memang sedih. Saya tak tahu di mana silapnya.
Mungkin kerana saya kurang pergaulan, terlalu percayakan suami, atau tersalah pilih suami, ataupun mungkin kerana saya tidak mendapat restu ibu dalam perkahwinan. Akhirnya hidup saya terumbang – ambing. Saya rasa apa yang saya lalui ini mungkin bersabit tindakan saya sendiri ataupun mungkin kerana asuhan saya dari kecil.
Sebagai anak bongsu daripada dua beradik, sejak kecil saya terlalu diIindungi dan dinasihati jangan bergaul dengan orang sembarangan. Emak takut saya tersalah pilih laluan hidup atau berkawan dengan orang yang ‘salah’.
Jadi saya terlalu berhati – hati dalam memilih kawan, terutama ketika bersekolah menengah, dan saya akui saya tak ada ramai kawan. Ketika masuk universiti, saya terk3jut beruk kerana dikeliIingi ramai kawan terutama lelaki.
Mungkin kerana saya kutu buku, suka bersendirian, saya sering jadi tempat rujukan mereka. Untuk menghilangkan rasa takut dan tak berkawan, saya masuk banyak aktiviti kelab termasuklah pasukan beruniform, dan akhirnya bila keluar universiti, saya dapat tawaran bekerja dengan sebuah syarik4t swasta.
Kerana minat bekerja, saya banyak menumpukan perhatian kepada tugas hinggalah sampai satu ketika usia saya mencecah lebih 30 tahun, saya tak ada teman lelaki. Yang ada cuma rakan sekerja sahaja. Mungkin apa yang berlaku ini kerana cara saya dibesarkan.
Saya tidak ramai kawan dan suka bersendirian. Apabila melihat ramai teman lain sudah berkahwin, walaupun jauh lebih muda daripada saya, barulah terbuka pintu hati saya untuk mempunyai keluarga. Tetapi ketika itu saya tak ada teman lelaki.
Macam mana nak kahwin, kalau tak ada pasangan. Risau memang risau. Tapi emak saya tak kisah pun. Nak jadikan cerita, keseronokan bekerja, didorong oleh sikap emak saya juga, dia langsung tidak bertanya, apa lagi mendesak supaya saya segera kahwin.
Emak seolah – olah seronok saya terus bekerja dan membina kerjaya demi kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab emak saya pun bekerja, dia sibuk dengan tugasnya. Kebetulan emak saya ibu tunggal. Pada emak tak ada suami tak ada masalah, yang penting kita ada kerja boleh tanggung diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain.
Begitu juga abang saya, dia pun tak berkahwin dan tak ada ramai kawan, kecuali rakan sekerja. Emak tak pernah desak abang supaya berkahwin. Entah macam mana, seorang petugas bawahan saya sering mendorong saya untuk berkahwin.
Dia lelaki, tetapi selalu nasihatkan saya bila nak kahwin. Katanya sudahlah adik beradik dua orang, takkan tak mahu membina keluarga sendiri. Agaknya kerana desakan dan nasihatnya itu, walaupun dia pekerja bawahan saya, lama – kelamaan saya tertarik dengan dia.
Mungkin kerana perwatakannya yang baik, rajin solat, maka saya tertarik padanya. Bila dia lahirkan hasrat nak kahwin dengan saya, tanpa banyak bicara saya terus setuju. Tapi maIangnya bila saya bercerita pada emak, masalah baru yang tak saya sangka, timbul.
Emak tak setuju. Bila saya bawa balik teman saya ini, Ezame namanya, emak langsung tak berkenan. Kata emak, tak ada orang lain ke? Mak tak terima apa juga alasan saya. Ketika itu, saya tak ada kawan lain yang beri nasihat, kecuali Ezame.
Kata Ezame, mula – mula je emak tak setuju, lepas beranak nanti tentu emak akan berubah hati. Dengan bantuan Ezame saya mencari ayah saya untuk kami cepat nikah. Emak tak mahu abang nikahkan saya, sebab emak tak sukakan Ezame.
Berbulan lamanya baru jumpa ayah. Dengan rela hati ayah nikahkan saya di pejabat kadi negeri tempat ayah tinggal. Saya dan Ezame berkahwin tanpa restu emak. Adakah ini punca pend3ritaan yang saya aIami? Kenduri ataupun bacaan doa langsung ayah tak buat.
Kata ayah, nikah je penting. Namun saya tetap beritahu emak. Tapi belum habis cakap, emak hemp4s telefon. Lepas nikah, saya balik ke rumah sewa tempat kerja saya. Oleh kerana saya tak bekerja di KL, sebaliknya di negeri lain, jadi saya tak takut sangat dengan kemarahan emak.
Namun saya tak berani balik rumah emak. Raya setahun sekali pun saya cuma datang pagi raya, lepas itu pergi rumah emak Ezame. Begitulah kehidupan saya, memang sedih, tetapi gembira kerana ada anak dan suami di sisi.
Hampir empat tahun berkahwin, saya rasa cukup bahagia, ketika itu dikurniakan dua orang anak. Tetapi langit tidak selalu cerah, masalah pertama menimpa hidup saya. Sebenarnya ketika berkahwin dulu, Ezame sudah ambil keputvsan berhenti kerja.
Dia kemudian bekerja di tempat lain, kerana nak cari lebih rezeki katanya. Saya ikut sahaja. Lagi pun sudah menjadi p0lisi syarik4t tak suka suami isteri bekerja di bawah satu bumbung. Jadi tindakan Ezame itu memang sebaiknyalah.
Lepas meletakkan jawatan, tiga bulan lamanya Ezame tak bekerja. Puas dia cari kerja lain, tak berhasil. Akhirnya dia cadangkan kami pindah ke KL. Katanya di KL ada banyak kerja kosong dan dia ada ramai kawan yang boleh tolong.
Pada saya okey juga. Tetapi bila bab dia suruh saya berhenti kerja ikut dia, saya tergamam. Awalnya saya enggan berhenti, tapi katanya sebagai isteri saya mesti ikut cakap dia. Rezeki ada di mana – mana. Ezame terus desak saya berhenti kerja dan ikut dia pindah KL.
Kata Ezame lagi, kalau saya tak mahu berhenti, saya akan ditinggalkan sendirian dengan anak – anak. Lagi pun, katanya syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Dengan hati yang berat saya terp4ksa berhenti kerja.
Tetapi di sinilah bermulanya cab4ran hidup saya yang amat meng3rikan. Datang KL bukan senang nak dapat kerja, terutama saya yang pernah berjawatan dan bergaji tinggi. Siapa nak ambil saya kerja. Ezame pula kalau dulu kata dia ada ramai kawan boleh tolong, bila tak ada kerja, tak ada sapa pun nak tolong dia.
Saya bekerja untuk membayar hutang dan menampung perbelanjaan keluarga, tapi Ezame lebih rela jaga anak di rumah daripada bekerja. Rumah nak sewa, makan pakai nak siapkan, susu dua orang anak yang masih kecil, memang satu cab4ran.
Ketika itu kerana duit simpanan tak banyak dan supaya anak – anak tak kebuIur, saya terp4ksa kerja apa sahaja yang saya nampak. Saya lupakan dulu bahawa saya pernah bergaji ribu riban. Tetapi tidak kepada Ezame, dia rela jaga anak di rumah daripada bekerja.
Kalau dulu ketika bekerja kami masing – masing ada kereta sendiri, tapi bila dah tak ada kerja, kami terp4ksa jual kereta. Saya terp4ksa pergi kerja naik motor. Kadang – kadang kerana sedih mengenangkan nasib, sambil menunggang motor saya menangis teresak – esak.
Bukan kerana malu, tapi kerana duit tak ada nak beli barang makan, sebab saya lebih utamakan susu anak – anak dan sewa rumah selain bil utiliti. Supaya senang dapat kerja, saya tak tunjukkan saya ada ijazah, cukup dengan SPM.
Kalau ada ijazah, mana majikan nak ambil kita kerja. Tambahan pulak bukan kerja tetap, semuanya sementara, kadang – kadang tu gaji hari, tapi dibayar dua minggu sekali. Sedihnya. Tambah sedih apabila Ezame tak mahu langsung cari kerja.
Saya hairan, saya ada ijazah mahu buat kerja sambilan, sedangkan dia cuma ada SPM tak mahu kerja kalau tak sesuai dengan jiwanya. Dia fikir soal jiwa, saya fikir pasal makan, susu anak dan sewa rumah. Dalam pada susah itu, saya beranak lagi!
Hidup kami hanya lega sekejap saja. Selepas itu Ezame kembali buat per4ngai. Kebetulan beberapa tahun kemudian saya cadangkan pada Ezame supaya dia sambung belajar. Memang dia suka, sebab saya boleh keluarkan duit KWSP (kebetulan ketika itu ada skim boleh keluarkan duit KWSP untuk belajar) maka permohonan lulus.
Alasan saya nak sambung sarjana dan dia bolehlah tumpang sekaki ambil STPM dan terus ijazah. Nasibnya baik, dia lulus beberapa tahun kemudian. Ezame suka belajar sebab kalau kawannya tanya, dia tak bekerja sebab sibuk belajar.
Kerana alasannya sibuk belajar, tugas saya bertambah berat sebab jaga anak pun sudah Ezame lepaskan pada saya, termasuk cari pengasuh. Ya-Allah siksanya hidup, hingga ada ketikanya saya menyesal berhenti kerja jika tahu begini nasib saya.
Ketika itu saya masih tak ada kerja tetap. Semuanya sementara, atau gantikan orang. Hinggalah satu ketika saya dapat kerja di sebuah pasar raya. Masalahnya saya terp4ksa berpindah rumah kerana tempat kerja itu jauh dari rumah.
Bab pindah rumah ini sudah jadi kebiasaan dalam hidup saya. Ketika ada tiga orang anak saya sudah berpindah lapan buah rumah. Bila dah dapat ijazah, Ezame dapat kerja yang menurutnya sesuai dengan jiwanya. Dekat dua tahun dia bekerja.
Waktu itu hidup saya terasa sedikit lapang. Saya tak perlu bayar sewa rumah, beli susu anak dan pergi kerja ada suami yang tolong hantar, sebab dia dah beli kereta. Cuma sesekali saya terp4ksa naik motor kalau dia kerja out station.
Tetapi nak jadikan cerita, suami kita ini tak boleh ada banyak duit, dia mula buat hal. Saya dapat tahu Ezame ada kekasih, bila anak saya terjumpa kerongsang tudung dalam kereta. Saya memang tak mampu beli kerongsang mahal, paling mahal berharga RM5.
Bila saya tanya Ezame, maka jawapannya sama seperti suami lain yang ada skandaI, mereka tak akan mengaku. Ezame bukan saja curang, malah menyalahgunakan maklumat peribadi saya untuk membuat pinjaman bank tanpa pengetahuan saya.
Setahun saya bersabar, perubahannya sem4kin menjadi – jadi. Jarang balik rumah, bila tanya ada urusan kerja. Maklum waktu itu dah jadi rakan kongsi bisnes dengan rakannya. Tetapi dah jadi rakan kongsi bisnes, duit pulak tak ada.
Paling mengecewakan, duit sewa rumah tak mahu bayar. Ini sudah teruk. Sekali lagi saya terp4ksa membanting tuIang. Bisnesnya tonggang – langgang, mula suruh saya pinjam bank tolong bisnesnya. Permohonan saya ditolak.
Peliknya saya pun tak tahu bila saya buat permohonan pinjaman bank. Perbuatannya buat saya jadi takut, entah apa lagi dia buat di luar pengetahuan saya. Dia pinjam duit bank guna nama saya, tetapi saya tak tahu.
Waktu itu hidup kami kembali susah. Ketika Ezame bekerja, dia cari rumah sewa mahal, sekarang saya pulak kena bayar. Boleh m4ti macam ni. Akhirnya saya cadangkan pada Ezame pindah rumah, cari rumah sewa yang murah.
Dipendekkan cerita, sepanjang usia anak sulung kami yang ketika itu berumur 12 tahun, dia telah berpindah lima buah sekolah. Kerana tak bekerja, sekali lagi Ezame hanya makan tidur, dan keluar malam jumpa kawan di gerai.
Nak bincang bisnes, katanya. Sedangkan kami anak beranak setiap hari makan bubur campur sayur buat alas perut. Bila keadaan sem4kin tenat, saya ajak Ezame tumpang duduk rumah emak. Dia bantah sebab malu tak ada kerja.
Tapi saya tak ada duit nak beli makan. Apa lagi sewa rumah, itu semua dia tak mahu fikir. Oleh kerana keadaan mendesak dan saya dalam ketakutan sering diikuti oleh orang yang tak dikenali dengan rupa menakutkan, maka saya terp4ksa minta cerai.
Saya bimbang nyawa saya ter4ncam atau anak – anak jadi galang ganti. Lepas minta cerai, saya nekad pindah duduk rumah emak. Pada saya kalau emak nak m4ki hamun pun saya terima, dah memang salah saya. Daripada m4ti tak berkubvr, biarlah saya m4ti depan emak.
Dan lebih penting, anak – anak saya ada tempat berIindung, takkan emak saya nak haIau cucu – cucunya yang masih kecil ini. Saya bukan buat cerita, pernah saya dan emak diekori. Dengan berani emak dan saya berhenti jalan, kami hadap orang itu, kemudian beritahu bahawa saya sudah bercerai dan tak tahu di mana Ezame menghilang.
Saya juga pernah buat report polis tentang peristiwa tersebut kerana mereka tidak percaya saya sudah bercerai. Kini dua tahun berlalu, saya tak tahu di mana Ezame berada. Pada saya biarlah tak dapat nafkah anak, asalkan nyawa tak melayang. Saya juga tak mahu anak – anak turut terk0rban angkara perbuatan ayah mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.