
Mak kerap keluar siang dan malam sampai balik pukuI 1 pagi. Sibuk dengan persatuan sampai abaikan ayah. Suatu hari, aku diberitahu yang mak curang dengan ayah. Mak ada hubungan dengan ketua kampung yang juga suami orang dan dah berumur pun. Patutlah duit yang kami bagi habis, duit bantuan JKM ayah pun mak ambik..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum,mohon hide identiti aku. 2 minggu yang lepas, mak aku cakap dia nak berpisah dengan ayah aku. Dengan alasan ayah aku dengan sengaja jatuh talak kinayah. Puncanya mereka berdua berg4duh sehingga ayah selalu suruh mak balik rumah adik beradiknya jika rasa tak senang duduk diam di rumah bersama ayah aku.
Mak selalu bagi alasan meninggaIkan rumah sebab nak bertemu dengan adik beradiknya tanpa memikirkan keadaan ayah aku. Kononnya dia str3ss duduk diam berdua dengan ayah di rumah. Untuk pengetahuan, ayah selalu kena tinggal sorang diri dekat rumah tanpa disediakan makanan oleh mak.
Jadi ayah hanya makan roti dan mi segera sahaja untuk alas perut. Waktu kejadian berlaku, kami adik beradik tak tahu kerana memberi kepercayaan seratus peratus dengan mak untuk menjaga ayah dan kami juga turut memberi wang belanja untuk mak supaya makan minum mereka berdua terjaga.
Tetapi mak bertindak tak membeli keperluan makan minum pakai ayah sebaliknya berbelanja duit tersebut di luar rumah. Ayah aku pes4kit str0k, Iumpuh separuh badan dan tak mampu untuk hidup normal macam dahulu. Sekarang menghidap tiroid dan tengah menunggu untuk bedah buang tiroid.
Kesihatannya semakin terjejas dan perlukan penjagaan yang rapi. Tapi mak aku semenjak penghujung tahun lepas sibuk dengan aktiviti luar dan mengabaikan ayah aku. Mak sering meninggaIkan ayah aku sorang di rumah tanpa menyediakan makan minum ayah aku.
Kadang – kadang ayah mengadu hanya makan mi segera untuk alas perut. Aku sering bertengkar dengan mak bertanyakan kenapa selalu biarkan ayah sorang. Mak kerap keluar siang dan malam sampai satu tahap tiap malam balik lewat jam satu pagi.
Kadang – kadang hujung minggu dia check in hotel dengan alasan join kursus perniagaan. Aku masih tak percaya dengan pelbagai alasan yang diberikan mak. Suatu hari, aku diberitahu yang mak curang dengan ayah. Dia mempunyai hubungan dengan ketua kampung di mana dia selalu sibuk dengan aktiviti luar.
Mereka berdua sering bertemu di hotel dan sering keluar berdua tiap hari dan malam. H4ncurnya hati aku sebab kepercayaan diberi kepadanya untuk menjaga ayah aku selama ini. Duit belanja beribu dimasukkan ke akaun mak tapi sering kali diberitahu ayah hanya makan apa yang kami belikan untuk ayah.
Selama ini kami beradik semua tertipu dengan lakonan mak. Rupa – rupanya dia hanya menggunakan ayah hanya untuk meminta duit dengan kami beradik. Bila kami beli barang keperluan untuk mak dan ayah, tolong bayar bil api air, mak marah – marah cakap yang kami anak derh4ka. Sebab dia hendak duit tunai di tangan dia.
Masa ni mak memang sudah mohon duit bantuan OKU dan bantuan lain guna nama ayah tapi langsung tak digunakan untuk apa – apa rawatan kesihatan atau beli ubat untuk ayah, sebaliknya mak menggunakan semua wang bantuan tersebut untuk kepentingan sendiri.
Sampai sekarang mak beritahu dengan semua orang yang kami beradik anak derh4ka, tak hormat padanya. Padahal kami beradik semua dah tahu rahsia yang dia sembunyi cuma dia sendiri tak tahu. Dan sekarang keluarga mak memandang serong pada kami beradik sebab tak hormat mak yang merupakan kakak sulung dalam keluarga mak.
Kami semua beradik buntu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ni sebab masing – masing tinggal berjauhan tambah lagi dah berkeluarga beranak pinak sukat untuk berkumpul dalam masa yang sama. Sebab keadaan sekarang semakin melarat.
Mak telah merancang untuk bercerai dengan ayah dan mahu ayah keluar dari rumah keluarga kami, dan dia seolah – olah tak sabar mahu melepaskan tanggungjawab untuk menjaga suaminya. Sekarang pun mereka berdua tidur berasingan dan hidup macam orang asing di rumah waktu ni.
Ayah hanya makan apa yang anak menantu hantar ke rumah setiap hari sekarang sebab mak sudah tak mahu menyediakan makanan kepada ayah dengan alasan kami anak anak derh4ka ni tak memberi wang saku sebagaimana sebelum ni kami beri.
Kami belikan barang dapur, bayarkan bil – bil rumah. Itu pun kami dianggap anak derh4ka sebab tak memberi wang seperti sebelum ni kepada mak. Ayah masih belum tahu rahsia mak mempunyai lelaki lain. Kami risau jika ayah tahu dia tak mahu menjalani pembedahan selepas raya ni nanti. Kami buntu.
Kami tahu ayah masih sayangkan mak, tapi mak dah berubah jadi orang lain. Lelaki tu bukan orang lain, sudah pun berumah tangga juga dan berumur. Kalau ikut rasa hati sekarang memang kami beradik nak serbu ke rumah lelaki tersebut.
33 tahun dah mak ayah bersama. Kami lima beradik, dua dah kahwin. Ada cucu dua orang dan aku tengah mengandung menunggu hari sahaja nak melahirkan cucu yang ketiga. Kami tak tinggal serumah dengan mak ayah sebab masing – masing kerja jauh. Mohon nasihat dan pandangan serta pengalaman dari semua.
Ulasan Pembaca:
Seri Rumini : Cuba salah seorang anak ambil cuti tanpa gaji atau ambil ayah duduk dengan salah seorang anak dan jaga bergilir – gilir. Sekarang tugas anak untuk membalas jasa ayah, merawatnya di kala s4kit. Berkongsi duit untuk ambil pembantu untuk menjaga ayah.
Untuk ayah kekal di rumah sekarang mungkin memberi tekanan pada ayah dengan melihat sikap emak yang lepas tangan. Ini akan melambatkan proses kesembuhan. Berbincanglah dengan semua adik beradik mencari kata sepakat. Semoga Allah permudahkan segala kesulitan.
Annur Rayhan Rayhanna : Korang adik beradik upah pembantu atau jururawat untuk bantu ayah. Pasal mak, tu antara d0sa dia dengan ayah kalian. Nanti bila dah pembedahan, ayah dah kembali sihat, cakap perlahan – lahan dengan ayah.
Kalau ayah bersedia lepaskan mak, biarlah mak dengan d0sanya. Biar bercerai dari tanggung isteri yang berd0sa besar menduakan suami. Selepas tu, kamu adik beradik bolehlah buat keputusan bawa ayah pergi ke rumah adik beradik dan upah pembantu untuk jaga ayah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.