Ayah mertua dan adik ipar buat mak mertua macam orang gaji. Mak mertua baru nak rehat, adik ipar maki sebab tak hidangkan makanan. Adik ipar perempuan 16 tahun

Adik ipar aku dah tingkatan empat, bukan budak lagi. Mak mertua siap kena tengking kalau lambat turun ke bawah nak bagi air masak. Memang per4ngai yang bongsu ni macam firaun. Berlagak kaya pula tu. Pernah suami aku tegur adik dia tapi mak mertua bagi amaran..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca semua. Aku cuma nak berkongsi kisah keluarga suami aku, mak dan ayah mertua. Bukan niat nak mengaibkan atau memburukkan sesiapa. Bismillah. Aku pun tak tahu nak mulakan macam mana.

Alkisahnya aku menantu yang ketiga dalam keluarga ni. Mak mertua dan ayah mertua baik, layan menantu lebih pada anak – anak sendiri. Kadang – kadang aku sendiri segan, yelah keluarga sendiri pun tak macam ni. Dorang memang nampak keluarga yang gembira, tapi entah apa yang buatkan dorang suka maki sesama sendiri.

Bagi orang yang dah biasa, makian tu normal. Tapi tak bagi aku. Apatah lagi bila mak mertua yang memaki hamun ayah mertua seperti b0doh, sy4itan setiap pagi. Ya Allah, aku kelu. Sejak daripada tu aku memang selalu berkurung dalam bilik tiap – tiap pagi.

Aku malu dengan kata – kata kesat mak mertua. Ayah mertua seorang yang gelabah dan selalu menyuruh mak mertua. Ya aku tahu tugas seorang isteri adalah ikut arahan suami. Tapi kalau dah sampai tahap macam orang gaji? Adakah sebab – sebab tu mak mertua menjadi baran tak tentu pasal?

Bila dikaji semula betul kata pepatah, solehnya seorang isteri apabila solehnya seorang suami. Mungkin terlalu penat sampai tak sempat nak letak kepala untuk berehat, suami memanggil. Belum lagi masuk anak – anak yang selalu suka bagi arahan dekat mak mertua.

Bahagian paling aku tak suka bila adik ipar nak makan, ayah mertua mesti suruh mak mertua pergi ambilkan makanan. Tiap – tiap pagi mak mertua dah macam bibik berlari sana sini siapkan sarapan, sediakan air masak dan kena turun untuk salam dengan anak perempuan dia yang bongsu tu.

Tahulah sarapan pagi memang mak yang kena sediakan, tapi korang rasa semua kena hadap depan muka ke? Siap tengking – tengking mak mertua kalau lambat turun ke bawah nak bagi air masak. Ayah mertua aku pun sama, dia yang tengking mak mertua untuk cepat turun nanti lambat anak pergi sekolah. Adik ipar aku dah tingkatan empat, bukan budak hingusan lagi.

Tapi kuasa Allah, ayah mertua terlalu memanjakan anak. Mak mertua pun sama memanjakan juga anak yang bongsu. Walaupun dia pernah maki – maki anak dia, tapi anak langsung tak takut. Lagi disergah lagi buat tak tahu, diam. Pernah adik ipar sendiri selamba cakap ayah b0doh hisap r0kok menyusahkan orang, nak m4mpus – m4mpuslah kau seorang.

Ya Allah, aku rasa nak sepak – sepak sahaja mulut dia. Tapi aku sedar aku hanya ipar, bukanlah kakak dia. Suami aku pernah tegur dan marah adik dia, tapi mak mertua dah beri amaran awal – awal jangan masuk campur. Barulah aku faham kenapa suami tak pernah sepak adik dia dan tak marah bila adiknya bersuara tinggi.

Tapi depan suami aku, adik dia tak adalah kurang ajar sangat. Pandai dia tutup per4ngai. Keluarga mak mertua dan ayah mertua ni anak – anak semua berjaya. Walaupun kehidupan yang bising dan riuh dengan maki hamun, Allah bagi rezeki berjaya.

Yang lain tak ada kurang ajar sangat. Yang bongsu sahaja per4ngai macam firaun. Berlagak kaya pula tu. Tapi bab pakaian aku puji, keluar rumah tutup aurat. Tapi mulut dengan mak ayah sendiri tak ada adab langsung. Rumah kotor, selalu bersepah. Pemalas. Mak dah macam orang gaji, tak ada masa rehat. Tambah – tambah sekarang jaga cucu anak perempuan dia.

Kesian aku tengok. Cucu jatuh dia kena marah. Baru sahaja nak sembahyang, ayah mertua dah memanggil minta tengokkan cucu. Mak budak tu ada sahaja, tapi tak tahulah. Kadang – kadang s4kit hati pun ada. Kenapalah jadikan isteri macam h4mba abdi.

Sepatutnya isteri untuk dibela dan dikasihi. Tak hairanlah kalau anak sendiri maki hamun ayah mertua. Mungkin tu satu pembalasan atau kifarah. Mak mertua pula selalu bersungut dan mengeluh dengan apa yang dibuat. Terus tak ada apa – apa ketenteraman dalam hidup.

Siang malam pagi petang, sehari tak maki memang tak sah. Hari – hari tinggal dekat sini sampai tahap aku takut suatu hari nanti aku pun jadi macam tu. Aku mampu doakan suami tak menurun per4ngai ayahnya. Alhamdulillah suami ringan tulang membantu.

Ayah mertua kuat mer0kok. Dalam rumah mer0kok tak kira cucu ada sekali pun. Terbaring depan televisyen tak kira masa. Asal dengar suara cucu menangis sikit sahaja terus panggil mak mertua. Tak boleh langsung dengar budak menangis.

Tapi keluarga dorang sekejap sahaja maki – maki lepas tu bergurau senda. Menjerit – jerit suka gelak sebab ayah mertua kelakar. Aku pun pening dengan dorang. G4duh kalau biasa – biasa tak apa, ni ganas sangat. B0doh s3tan tu normal juga ke?

Penatlah sebab keluarga aku, mak aku tak ada macam tu. Ayah pun tak pernah layan mak macam orang gaji. Selagi dia boleh buat, dia buat. Tolong menolong dalam rumah tangga. Aku bergilir. Minggu ni rumah mak mertua. Minggu depan rumah mak.

Rumah sendiri dah ada tapi tak duduk sebab jauh dari bandar, suami penat berulang. Dah dua tahun kahwin. Awal – awal kahwin sampai sembilan bulan duduk rumah mertua, aku sabar sahaja. Lepas dah ada anak, lama tak tinggal sini. Tapi ni kembali menetap balik, dorang masih sama.

Adik ipar dulu pernah kemaIangan rabak bahagian mulut. Masih tak insaf. Dengan keadaan mulut senget masih maki – maki lagi mak ayah. Apa punca anak jadi derh4ka? Dan sebagai ipar yang tinggal dalam rumah ni apa yang patut aku buat? Terima kasih.

Ulasan pembaca :

Shah Hashim : Memang ada orang maki hamun tu dah jadi pemanis mulut dorang. Aku pernah pergi rumah kawan, perkataan b4bi, g4ampang, h4ram jadah tu memang jadi ulam ulaman. Itulah perlunya melentur buluh dari rebung. Kalau nak lentur masa dah jadi buluh, kita dilibasnya balik.

Rokiah Abd Rahman : Sis lain padang lain pula belalang. Macam tulah juga kita, lain keluarga lain pula cara didikannya. Harap sis jaga anak – anak jangan terikut cara keluarga mak mertua mengeluarkan kata – kata yang kurang enak didengar oleh kanak – kanak. Kalau boleh duduk sahaja rumah sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :