Ayah sibuk nak jaga atok, tapi n4jis atok, mama yang kena cuci. Bila mama takde, ayah kunci atok dalam rumah

Ayah buat keputusan untuk jaga atok sebab dia anak lelaki. Mama menantu, malu nak mandikan atok. Mama suruh ayah mandikan atok, tapi ayah mandikan atok seminggu sekali. Mana anak yang lain. Semua bagi alasan. Mama menantu, tapi dia yang kena jaga..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Saya menulis ini sekadar luahan sebab saya pun penat, walaupun orang yang hadap situasi ni lagi penat iaitu mama saya. Saya masih ada seorang atok (lelaki) yang berusia 90 tahun rasanya?

Entahlah kami pun lupa usia atok sendiri. Fizikalnya, dia masih sihat cuma tidak cergas. Laporan kesihatan semua baik sahaja tiada peny4kit yang pelik walhal penghisap r0kok tegar, kaki air karbonat paling win. Bukanlah nak complaint pasal ini.

Sedikit ringkasan tentang atok, atok ni pendiam orangnya. Memang aku dari kecil aku tak nampak dia berbual. Sangat jarang. Ayah aku satunya anak lelaki dan sulung 5 beradik. Yang lain semua perempuan, sudah berkahwin dan 3 orang tinggal di selatan termasuk keluarga kami, dua orang di kotaraya.

Dulu semasa nenek hidup, nenek perlu dialisis setiap 3 hari. Jadi nenek duduk dengan keluarga kami. Ketika itu aku masih belajar. Jadi aku memang jarang di rumah. Mama la yang setiap 3 hari tu menghantar, mengambil nenek ulang alik dari pusat dialisis.

Semua di pusat dialisis cakap mama menantu yang baik. Alhamdulillah mama memang baik. Ayah yang buat keputusan untuk jaga atok dan nenek sebab ayah anak lelaki. Aku terfikir, anak perempuan tak perlu jaga mak ayah?

Kos dialisis semua ayah yang tanggung. Kami hidup alar kadar. Aku anak sulung. Semasa ayah buat keputusan untuk jaga nenek dan atok, lima beradik kami, 3 masih belajar 2 masih bersekolah. Ayah kerja kerajaan tapi Alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Mungkin juga ini hikmah berbakti kepada orang tua.

Lepas nenek meninggaI 3 tahun lepas, atok bersendirian. Walaupun atok masih kuat fizikal tapi bukanlah mental. Mama pula aku perasan dia sem4kin burnt out berk0rban segalanya. Rumah atok (kampung) dengan rumah kami tak jauh mana. Setengah jam saja.

Mama tak nak mandikan atok. Meskipun boleh, mama malu. Jadi mama akan suruh ayah mandikan. Itupun ayah cuma mandikan seminggu sekali. MashaAllah mana nak bersih. Geram juga kadang – kadang dengar. Mama dah tak larat nak bising.

Nak bising kat orang tua, bising kat suami, bising kat adik bongsu kami yang baru 10 tahun lagi. Kami tinggal di rumah kecil, 3 bilik. Atok duduk di ruang tamu. Atok kadang – kadang dah lupa. Dia buang air merata dalam rumah. Dalam tong sampah. Kadang – kadang tong sampah diIanggar. Tumpah n4jisnya.

Buang air besar tahu pula ke tandas. Dah buang air di lap guna kain pelik4t yang dipakai. Atau selimut. Satu rumah bau busuk. Kami pernah pakaikan pampers. Tapi dia buka. Dia tak nak. Dia tak suka. Mama dah penat cuci tiap hari.

Ayah tak buat apa pun sedangkan itu ayahnya. Takda kesed4ran untuk bergilir dengan beradik lain. Yang makcik aku lain pun seperti lupa dah ayahnya di sini. Balik jumpa di kampung 3-4 hari tu sahaja mereka jaga. Kini tinggal 2 beradik je sekolah, yang 3 atas beradik kami dah kerja.

Kadang – kadang cuti sekolah kami 3 beradik pakat bawa mama berjalan. Itupun susah ayah dah bising katanya siapa nak jaga atok, tiap kali dia kerja. Geram kami 3 beradik. Mama suka balik kampung berkumpul dengan adik – adik dia.

Mungkin tu saja cara mama “Lari” dari rutin yang sama. Tapi itu pun kena fikir “Nanti siapa nak jaga atok” jadi mama balik 1 malam je. Aku penat tengok mama penat. Aku penat cakap dengan ayah suruh makcik – makcik aku balik kejap jaga atok.

Hujung minggu ke kan, cuti sekolah kan. Suruh yang sama negeri tu balik kampung jaga atok kejap. Dari JB nak ke tangkak tak jauh mana pun. Alasan makcik aku sorang ni sibuk anak nak exam. Ye anak dia 2 orang nak darjah khas, nak SPM tahun ni tapi 1 malam balik jaga bapak takkan tak boleh?

Kadang – kadang mama penat sangat, lepas dapat izin dari ayah untuk balik kampungnya, dia balik saja. Tapi bila ayah tiada kat rumah untuk jaga atok, keluar berkebun atau tuntutan kerja (buat roadblock / operasi dan sebagainya) memang atok terkurung. Ayah akan mangga grill.

Rumah bersepah, tunggu mama balik kemas. Kesian sangat. Makan, bungkus dari kedai. Sebab takda orang nak jaga atok. Makcik yang lain? Sorang alasan jauh nak balik pakai duit, yang sorang lain meniaga tak boleh tinggal, sorang lagi kata duduk condo kesian atok tak tengok tanah. Mama faham. Mama mengalah tolong jaga ayah mereka.

Tapi bila cuti sekolah, takde sorang nak take over balik kampung jaga sekejap. Sungguh aku kesiankan mama. Aku dah kahwin, aku dah ada anak lelaki. Aku cakap kat suami aku, kita kumpul duit untuk rumah orang tua la. Tak payah susahkan anak menantu satu hari nanti. Jaga makan dari sekarang la supaya tak s4kit tua nanti.

Aku jarang balik kerana aku duduk di borneo. Adik aku no 2 offshore. Dan no 3 baru habis latihan dan di tempatkan di nun jauh utara tanah air. No 4 di MRSM dan no 5 masih sekolah rendah. Semoga mama kuat menjalani hari yang mendatang.

Semoga kebaikan mama dicatat. Semoga mama boleh ikhlaskan hati walaupun merungut penat. Semoga mama dapat ganjaran sebesar ganjaran. – Kate Middleton (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Sherri Hazmi : Tak salah pun kalau mendoakan supaya atok kau cepat bertemu tuhan. Kita manusia ni suka berdoa semoga tuhan panjangkan umur. Kalau aku taknak aku doa macam tu. Aku cuma doa dipermudahkan hidup, tak menyusahkan orang nak menjaga, tak ada terlantar, tak ada s4kit. Bila tiba masa kembali, kembali lah. Hidup lama – lama dalam dunia ni pun nak buat apa. Lain lah kalau ada fungsinya kepada Masyarakat dan bumi. Kalau dah tak ada fungsi, eloklah pergi saja.

Layyinul Ishraq : Ni pengalaman keluarga terdekat. Arw4h nenek angkat. Memang tak ada anak, yang ada anak tiri saja. Dia dijaga cucu tiri. Lelaki pula tu. Kesian tengok cucu yang jaga. Last – last, diorang pakat hantar rumah jagaan. Bayar 2K setiap bulan sampailah arw4h hembuskan nafas di sana.

Nampak macam derh4ka tapi bila fikir, ada hikmahnya. Cucu dapat kerja dengan tenang. Nenek ada orang jaga. Memang nampak k3jam tapi keadaan memerIukan seperti itu. Why not TT bincang dengan family. Buat gini. tong – tong duit bayar jagaan di rumah jagaan. Bukan nak buang tapi demi kemudahan semua.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.