Kahwin ayah sponsor, beli kereta ayah sponsor, siap pinjam 10k. Bila ayah dah tua, minta duit beli ubat, kak ipar ‘sound’

Waktu mak ayah aku muda bekerja, apa – apa yang abang – abang aku nak, semua disponsor. Dari kahwin, nak kereta, nak pinjam untuk anak. Bila mak ayah dah tua, takde pencen mengemis dorang nak minta duit anak. Hutang pun tak bayar..

#Foto sekadar hiasan. Aku cuma nak share kisah aku sebagai anak bongsu dalam keluarga berkenaan kakak – kakak ipar yang mengadu mak / bapak mertua diorang mintak duit belanja bulanan dari anak lelaki (suami diorang).

Kisah anak lelaki yang jadi “sandwich” kena himpit oleh anak dan isteri dan mak bapak. Dalam family aku, abang – abang aku semua dah kahwin awal, umur awal 20-an dah kahwin. Diorang kahwin masa mak ayah aku masih muda sihat dan bekerja maksudnya ada duit simpanan banyak.

Kahwin pun mak ayah aku sponsor semua. Sebab mak ayah aku faham anak – anak baru mula keja takde duit simpanan. Fast forward, lepas dah lebih 20 tahun diorang berkahwin dan beranak pinak, mak ayah aku pun dah tua selalu s4kit duit simpanan pun dah menipis.

Waktu nilah mak ayah aku mintak abang – abang aku tolong belikan ubat, bayar bil telefon dan repair kereta sekali sekala. Ayah aku ex pekerja swasta takde duit pencen, jadi faham – fahamlah. Sebelum tu mak ayah takdepun mintak minta mereka pakai je simpanan mereka siap boleh tolong bayarkan lagi kereta abang aku default payment untuk beberapa bulan.

Aku pun dah kerja beberapa tahun jadi aku boleh la support mak ayah sikit – sikit tapi kalau semua nak harap aku, memang hilang la keikhlasan tu. Aku nampak abang abang aku ni macam selesa sebab aku bujang tak kahwin lagi konon takde komitmen padahal aku la yang kena amik cuti bila ayah warded.

Tengah – tengah malam ayah kena att4ck asthma dan COPD aku bawak pergi em3rgency, balik rumah pukuI 5 pagi, pukuI 7 dah siap nak pegi kerja. Tiap – tiap bulan aku belanja lebih kurang RM1000 untuk mak ayah, tu tak termasuk bawak jalan – jalan dan makan kat luar, pergi kenduri sed4ra mara, kem4tian semua aku yang bawak.

Bila tanya abang, abang guna nama bini cakap kereta bini dia punya. Adalah jugak sekali sekala diorang ikut tapi minyak kereta dengan tol ayah yang bayar. Kalau aku bawak, aku la yang bayar tol minyak, makan kt RNR semua.

Okay berbalik kepada isu kakak ipar yang terasa ters4kiti ni, abang aku pernah pinjam duit ayah aku RM10,000 masa anak – anak dia kecik lagi pastu dia janji nak bayar hutang ayah RM300 sebulan lepas dia naik pangkat.

Mak ayah pun beriya la mendoakan abang aku ni naik pangkat cepat, Allah pun kabulkan tak lama lepas tu. Tapi, cuba teka? Sampai sekarang abang tak bayar balik, senyap gitu je. Kakak ipar aku pulak dapat tau baru – baru ni ayah selalu mintak duit kat abang belikan ubat etc, kakak ipar secara indirectly cakap kat aku mak bapak tak boleh mintak duit kat anak – anak.

Aku dalam hati what the fish la kakak ipar aku ni. Aku diam tak baIas apa – apa masa tu sebab hal abang aku pinjam duit mak ayah aku ni kakak ipar aku taktau sebab ayah aku suruh rahsiakan konon taknak rumahtangga anak dia berantakan.

Bab ni bagi aku salah ayah aku kenapa la nak rahsiakan bagitau je la biar kakak ipar aku ni tau dia hidup dengan duit yang ayah aku jugak bagi. Kahwin dulu dah free, kereta default payment ayah aku bayarkan kalau tak kena tarik.

Aku tengok abang aku ni memang fail bab pengurusan kewangan. Aku ingat lagi diorang laki bini kerap bertukar handphone setiap kali anniversary diorang. Perlu ke bertukar handphone kalau dah makan pun cukup – cukup anak beranak?

Sekarang ni mak ayah banyak berg4ntung kat aku, aku mulanya okay tapi aku tanya ayah kenapa tak mintak balik duit yang abang pinjam tu? Ayah cakap ayah malu nak mintak duit ayah balik. Aku macam #$&@$#(nak marah kena sabar).

Disebabkan abang aku yang berhutang dengan ayah taknak bayar, aku kena keluar duit poket extra untuk mak ayah. Aku rasa aku yang jadi sandwich sebenarnya kat sini. Aku dah la bongsu, tapi beban semua kat aku. Abang aku tak cukup duit pun pinjam aku, memang tak bayar balik pun.

Aku ni yang menanggung diri sendiri, mak ayah s4kit aku tanggung, aku s4kit pun aku tanggung sendiri. Masa pkp dulu, aku kena demam denggi dan chikungunya, s4kit satu badan azabnya hanya Allah dan orang penah kena je tau.

Masa tu warga emas tak boleh keluar, sebab golongan berisiko, aku lah yang kena keluar beli barang keperluan dalam keadaan s4kit sendi s4kit otot yang teramat s4kit. Tapi terp4ksa aku gagahkan jugak. Aku runsing sebenarnya dengan cara mak ayah aku didik anak lelaki diorang.

Diorang takde rasa tanggungjawab nak bayar hutang kat mak ayah. Aku tengok abang – abang aku banyak lebihkan bini dengan anak je. Padahal tanggungjawab jaga mak bapak tu tanggungjawab semua anak. Aku faham je sekarang banyak isteri yang sama – sama keluarkan duit untuk rumahtangga, tapi kakak ipar sekalian tau tak kedudukan kewangan suami korang sebelum korang berkahwin?

Korang tau tak suami korang berhutang dengan mak bapak dan adik beradik yang lain untuk menanggung kehendak korang yang nak barang kemas dan minum starbucks tu? Aku yang bujang gaji RM4k ni pun tak minum starbucks, pernah beli sekali je sebab nak rasa air orang kaya.

Aku ni anak bongsu, pendapat aku memang takde siapa endah. Tapi bila ada yang tak cukup duit, pandai pulak cari adik yang bujang / anak yang bongsu ni kan? Aku pernah terpikir nak duduk rumah asing dengan mak ayah, sebab aku tengok masing – masing selesa bila aku duduk dengan mak ayah.

Bila balik beraya pun dah jadi keja aku la kemas rumah basuh pinggan dari pagi sampai malam sebab abang – abang ni sekali sekala balik so kena layan la “tetamu”. Tapi, asal nak keluar masa tulah ayah kena masuk wad. Dah keluar wad pun, kena berehat kat rumah tak boleh keluar.

Mak aku tak reti bawak kereta, aku yang kena uruskan keperluan kat rumah beli makanan dan barang basah semua. Aku penat.. Bila mak ayah pun tak berani tegur anak – anak lelaki yang dah kahwin, aku la yang kena tanggung semua beban. Jadi “sandwich”. – Lyla Amina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sa Raa : Tt, saya tak tahulah cadangan saya ni baik ke tak. Pendapat saya, lepasni tt dan mak ayah tak payah dah libatkan abang – abang tt lagi. Apa – apa aktiviti / makan – makan / jalan – jalan cukuplah tt dengan mak ayah je.

Abang – abang tt ada pun bukannya nak menyenangkan. Pasal hutang – hutang tu selagi terdaya tagihlah sampai munt4h. Biar dia tahu tak semudah tu nak menghalalkan hutang. Tt buat baik dengan mak ayah tt moga nanti ada kebaikan berbalik buat tt. Moga tt sem4kin dimurahkan rezeki. Pasal abang – abang tt tu biarlah. Dunia ini berputar. Huhu

Adlin Farahin : Dik, dah tau abang tu jenis hutang dengan ayah pun tak bayar, ko jangan la bagi pinjam kat dia. Tu namanya saja hulur tengkuk. Dia yang tak reti urus duit, biarkan dia tersedak, nanti retilah dia. Sekarang ni jaga diri ko dan mak ayah ko je dik. Semoga dengan tu, lapang jalan hidup ko dunia akhir4t.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.