Sekarang, ayah cuba mer4cuni pemikiran aku dan adik – adik untuk benci mak aku. Tapi, dia silap. Selama ni dia ingat dia tu ayah yang bertanggungjawab sangat? Cuba korang bayangkan, sejak aku umur 5 tahun..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai warga pembaca. Buat pertama sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession ini. Aku kenalkan diri aku sebagai blackrose (bukan nama sebenar).
Aku dilahirkan sebagai anak sulung daripada 7 beradik. Selama 20+ tahun aku hidup ni, aku masih lagi mencuba untuk tidak membenci ayah. Ternyata ia tidak mudah. Hati aku h4ncur seh4ncurnya dengan apa yang ayah buat pada emak.
Aku terkesan daripada umur 5 tahun sampailah sekarang. Cuba korang bayangkan, sejak aku umur 5 tahun lagi aku tengok ayah m4ki – m4ki emak. Tak cukup dengan itu, ayah naik tangan dekat emak sampai bengkak matanya tapi emak tak pernah report polis. Alasannya kesian dekat anak – anak.
Emak tak tinggalkan ayah sampai sekarang pun sebab anak – anak. Tambah pula bapa dan emak saud4ra suka mencucuk. LagiIah. Dulu biasalah, masa saya dengan adik kedua masih kecil, bila kalut dengan anak – anak, basuh pinggan sudah semestinya ada yang berbau sabun, tidak begitu cuci.
Korang boleh bayangkan tak, mak cik dan pak cik aku yang tak guna tu boleh mengadu pada ayah, ayah terus marah – marah mak. Jujur aku cakap, aku tak pernah lupa semua tu. Sebab tu aku tak berapa suka keluarga beIah ayah.
Mereka layan mak aku macam h4mba, ada suami pun tak guna. SebeIahkan adik beradik, anak – anak tak reti nak jaga tapi tahu marah je. Dulu masa aku kecil, pernah sekali tu aku pergi berjalan agak jauh sedikit daripada taman perumahan rumah aku, balik – balik je rumah terus dia marah – marah aku, rotan dengan getah paip.
Tak silap aku masa tu aku darjah 2. Kenapa ayah aku tak macam orang lain, yang mendidik anak – anaknya dengan kata – kata sebelum terus memarahi dan menghukvm saya dan adik – adik. Dia juga suka mengeluh. Dia akan mengeluh bila dia tiada kerja, biasalah kerja sendiri ni ada pasang surut.
Tapi, setiap kali dia ada kerja, dia akan menyombong dengan mak aku. Mak aku tanya sepatah pun, dia takkan jawab. Selipar mak aku yang tak berd0sa pun dia pernah campak sampai masuk longkang. Tanpa ada alasan yang kukuh, cuma sebab selipar tu ada depan pintu. Apa salahnya kalau dia alihkan.
Ada sekali tu, dia lempar kain batik mak aku atas almari. Menangis mak aku dibuatnya. Siapa yang tersiksa jiwa raga bertahun – tahun kahwin macam tu. Ayah juga tak pernah bagi mak aku salam tangan dia. Dia kata mak aku layak ke nak civm tangan dia. Banyak dosa.
Yerla keluarga dia je yang baik. Keluarga mak aku semuanya tak baik. Dia suka jaja buruk keluarga beIah mak aku pada keluarga dia. Dia selalu kutuk mak aku yang lahirkan anak dia ni pada saud4ra mara. Sekarang, dia cuba mer4cuni pemikiran aku dan adik – adik untuk benci mak aku.
Tak cukup lagi ke dia hina mak aku, jaja buruk mak aku pada saud4ra mara, sekarang dia nak anak – anak pula benci mak sendiri. Tapi, dia silap. Selama ni dia ingat dia tu ayah yang bertanggungjawab sangat? Sampai nak suruh kami benci emak.
Sedangkan masa kecil dulu, dia pernah cakap macam ni pada emak, “tugas aku bagi duit je. Hal anak – anak kau yang uruskan.” Dari aku darjah 1 sampailah aku tingkatan 5, mak aku yang uruskan persekolahan aku, naik turun tangga sambil bawak perut, datang masa majlis pohon restu upsr.
Pendek cerita, semuanya berkaitan anak – anak semuanya mak aku uruskan sendiri. Bila aku dan adik – adik dah besar, dia cuba untuk ambil tahu walaupun hakik4tnya tak pun. Dia cuma cari salah kami, lepastu terus tuduh – tuduh tanpa usul periksa.
Korang bayangkan, duit yuran dan duit belanja adik aku kat poli tu, adik aku bayar sendiri guna duit ptptn dan jugak hasil kerja part time. Alasan dia bila mak dan aku tanya kenapa tak hulur duit pada abang (adik aku tu kami panggil abang dalam keluarga) alasan dia takde duit. Sedangkan duit dia ada je.
Dia lebih rela habiskan duit dia untuk anak saud4ra, adik beradik dia berbanding anak dan isteri sendiri. Adik pula jenis yang malas nak bertegas, lagi rela berlapar. Salahkah aku, kalau aku member0ntak? Kalau aku keringkan juga hati mintak duit dia, kumpul sikit – sikit bagi pada mak aku, belanja adik adik aku makan.
Salahkah aku sebab aku selalu tinggi suara kalau dia tak habis – habis tuduh mak aku macam – macam, burukkan mak aku pada aku. Salahkah aku bila aku tinggi suara setiap kali dia tuduh aku macam – macam, pr0vok aku.
Salahkah aku, bila aku jadi keras hati sebab nak mintak duit untuk adik – adik aku. Orang hanya tahu ayah aku baik sebab dia baik dengan orang luar, orang akan nampak buruk aku sebab dia pandai berlakon depan orang luar, sebab cara aku bercakap dengan dia lebih kepada sinis, sebab wajah aku jelas menunjukkan yang aku tak suka.
Hati aku h4ncur daripada dulu sampai sekarang. Bertambah h4ncur hati aku bila aku terp4ksa berlakon aku kuat demi adik – adik. Aku terp4ksa berlakon yang aku tak terkesan langsung bila mereka berg4duh. Hakik4tnya, aku dah lama menahan rasa. Aku dah terlampau lama menangis dalam diam.
Aku jadi murung, aku asyik pikir salah aku kah semua ini terjadi. Hati aku macam kena si4t – si4t bila mak aku cakap dekat ayah, dia tahu ayah kahwin dengan dia sebab ayah terdesak je, bukan sebab cinta. Dia terp4ksa layan bila ayah minta sebab tu tanggungjawab dia sebagai isteri walaupun ayah layan dia tak ubah macam peIacur.
Ayah bagi dia tempat tinggal dan makan pun sebab dia jaga anak – anak. Mak suruh ayah ceraikan dia, dia cakap yang dia tak kebulur pun harta ayah. Selama mereka berkahwin ni, ayah tak pernah belikan baju dalam, seluar dalam dia, dia terp4ksa ambil duit ayah sikit – sikit.
Malah sampai sekarang pun, dia terp4ksa suruh anak anak senyap – senyap minta duit pada ayah. Aku sedih korang, pada masa yang sama hati aku h4ncur. Ayah buat mak macam pengemis. Aku dengar ayat – ayat tu dah macam radio rosak yang ulang – ulang kenyataannya. H4ncur hati aku. J
ujur aku cakap, kalau ditakdirkan jodoh mak dan ayah aku tak lama, aku redha. Aku sendiri bagitahu emak, yang aku akan jaga dan sara emak kalau ayah ceraikan mak. Aku rela tak kahwin asalkan aku boleh jaga emak dan adik – adik.
Dan, aku berharap pada masa akan datang, bila adik – adik aku berkahwin terutamanya yang lelaki, mereka takkan buat isteri mereka macam mana ayah buat mak aku. Maafkan aku andai penulisan aku tidak menyampaikan mesej yang sepatutnya.
Akhir kata, doakan aku diberi ketenangan, kebahagiaan dengan keluarga aku. Doakan aku kuat untuk bagi adik – adik aku perhatian dan kasih sayang. Doakan aku dimurahkan rezeki dalam bidang pekerjaan supaya nanti aku boleh sara adik – adik aku belajar. Yang benar, – Aurora Blackrose
Komen W4rganet :
Cheq Senah : Dik, cerita kita sama tak serupa. Tapi satu yang kak senah nak ingat kan, selalu arw4h atok kak senah pesan begini.. Tanggungjawap ibu dan ayah tu tanggungjawab dia dengan tuhan. Kita yang cukup aqal fikiran ini, tunaikan tanggungjawap kita sebagai anak.
Doakan mereka jangan tinggal.. Walau bagaimana buruk tingkah laku mereka. Kak senah menyaksikan abang – abang kak senah pun tak balik masa arw4h ayah meninggaI. Mungkin itulah pembaIasan. Tapi dik, d3ndam sangat membvnvh kita dalam diam.
Belajar lah memaafkan… Lapang kan hati, ingat, hidup ini tidak lama mana. Kak senah doakan awak berjaya bawa ibu keluar dari kemelut ini. Setiap orang ada ujian masing – masing. Ingat itu. Jangan rasa diri terlalu terani4ya. Ujian itu meningkatkan iman mudah – mudahan. Kak senah doakan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.