Ayah tak restu dan buang aku sebab kahwin dengan lelaki miskin. Masa aku mengandung, suami tak mampu bawa pergi hospital swasta. Aku maki suami

Kakak abang aku semua suruh aku pergi bersalin dekat hospital swasta. Suami kata dia tak mampu tapi aku paksa dia. Aku mula marah, maki suami, sampailah aku halau suami keluar dari rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalam semua. Aku seorang pendosa. Aku datang dari family yang berada, apa aku nak semua aku boleh dapat, tapi syaratnya kena dengar dan ikut semua cakap ayah aku. Pada tahun lepas aku berkenalan dengan seorang pemuda yang hanya kerja di kampung sahaja dan gaji dia biasa – biasa sahaja.

Aku namakan pemuda tu sebagai A. Bila ayah aku dapat tahu aku kawan dengan A dan A orang kampung, dia cepat – cepat carikan jodoh untuk aku. Ayah aku paksa aku kahwin dengan orang yang aku tak pernah kenal dan tak pernah jumpa.

Aku pun desak A untuk kahwin, tapi A tiada wang simpanan. Aku cakap aku akan uruskan semuanya dengan syarat A jumpa ayah aku dan masuk meminang. Bila family A jumpa dengan ayah aku, ayah aku terus tolak pinangan A. Aku sedih sangat sampai aku minta pertolongan mak untuk pujuk ayah aku.

Aku paksa A untuk jumpa ayah aku buat kali kedua. Dia ikutkan sahaja. Dia pun suruh pakcik – pakcik dia datang jumpa ayah aku. Ayah aku tetapkan syarat, kalau betul aku nak kahwin dengan A, lepas kahwin ayah aku terus buang aku dan tak mahu lagi ambil tahu pasal aku. Aku pun setuju dan akhirnya kami kahwin.

A carikan rumah sewa untuk kami duduk berdua. Aku tak pernah buat kerja kerja rumah sebab memang dari kecil semuanya dibuat oleh maid. A tak pernah marah aku. A juga yang cuci baju aku, kemas rumah dan siapkan makanan aku.

Aku betul – betul bahagia dengan A sebab walaupun hidup kami sederhana, dia layan aku dengan sangat baik dan tak pernah berkira dengan aku. Ayah aku tak pernah lagi peduli pasal aku. Adik beradik aku semuanya sibuk dan tak pernah ambil tahu pasal aku. Tiba – tiba ujian Allah datang.

A tak mampu nak bayar sewa rumah dan akhirnya mak panggil aku duduk dengan mak. Sepanjang duduk dengan mak, ayah aku tak pernah sekali pun balik rumah. Dia duduk dengan isteri kedua dia. Mak tak kisah, janji mak nak anak – anak mak ada dengan mak.

Mak aku lah yang banyak bantu kami. Masa kami susah, mak tak pernah berkira untuk tolong kami. Aku pun mula rasa hidup aku berubah sebab dulu aku hidup senang, tapi sekarang aku dah mula belajar macam mana rasanya hidup dengan apa yang ada.

Aku disahkan mengandung. Suami sangat happy dan kami jalani hidup macam biasa. Dia sangat jaga aku sepanjang mengandung dan apa yang dia mampu, dia akan cuba sediakan. Sekarang kandungan aku dah 34 minggu. Aku ingat semuanya akan berjalan dengan baik sampai lah kakak – kakak dan abang – abang aku mula tanya nanti aku nak bersalin dekat hospital mana.

Aku pun jawab hospital kerajaan. Mula lah mereka cakap hospital kerajaan tak bagus lah, layanan teruk lah dan macam – macam lagi. Jadi aku jadi takut dan mula paksa suami aku cari duit untuk aku bersalin di hospital berbayar. Suami aku cakap dia tiada duit. Aku pun mula maki hamun suami aku.

Aku cakap aku menyesal kahwin dengan dia. Aku ungkit dia orang kampung, susah hidup dengan orang miskin dan macam – macam lagi caci makian aku pada suami. Duit nafkah aku dia memang tak pernah bagi sebab duit gaji dia cukup – cukup untuk belanja harian.

Setiap hari aku desak suami aku dan macam – macam aku ungkit apa yang aku dah buat untuk dia. Tapi dia tetap bersabar dan hanya minta maaf dengan aku sebab tak mampu nak sediakan apa yang aku nak. Aku tak nampak langsung kesabaran dia masa tu.

Aku hanya fikir tentang apa yang aku nak dan apa yang aku rasa aku layak dapat. Aku lupa yang selama ni, walaupun dia tak mampu bagi kemewahan, dia tak pernah tinggalkan aku seorang diri. Pada satu hari kami gaduh besar. Aku ungkit dari A sampai Z dan aku minta suami ceraikan aku.

Aku halau suami aku keluar dari rumah aku. Tapi suami aku hanya diam sebab aku tahu dia tiada sesiapa. Dia seorang anak yatim. Aku ingat dia akan lawan balik atau marah aku, tapi dia hanya diam dan tunduk. Tiba – tiba suami aku datang kepada aku.

Dia menangis teresak – esak dan dia minta maaf dengan aku. Itu lah kali pertama dalam hidup aku, aku tengok suami aku mengalirkan air mata. Mungkin dia sangat stress atas desakan aku selama ni. Hati aku sangat – sangat tersentap masa tu.

Demi Allah, aku sayangkan suami aku. Tapi bila perangai dan emosi aku datang, nafsu amarah aku menguasai segala – galanya. Aku pun melutut depan suami aku dan kami sama – sama menangis. Dia cakap dia betul – betul tak mampu untuk bayar hospital swasta.

Bila aku curi – curi buka wallet dia, aku tengok ada RM13 sahaja. Berderai air mata aku. Masa tu baru aku sedar selama ni aku terlalu banyak meminta tanpa pernah fikir kemampuan suami aku. Aku yang hidup dalam keadaan senang dari kecil, sedangkan suami aku cuba sedaya upaya untuk bagi aku kehidupan yang dia sendiri tak pernah rasa.

Aku betul – betul menyesal dengan perbuatan aku. Selama ni aku buta dengan seribu kebaikan dia. Dia jaga aku dengan baik sekali. Baju aku, bilik aku, rumah aku dan kereta aku semua dia yang bersihkan. Tapi bila sekali dia tak ikut kemahuan aku, habis semua kebaikan dia aku ungkit dan aku lupa semua jasa dia.

Lepas kejadian tu, hati aku dihantui rasa bersalah yang teramat sangat. Setiap hari aku minta maaf dengan suami aku. Suami cakap dia dah maafkan aku dan dia redha aku bersalin di hospital kerajaan. Dia tak pernah sekali pun balas semua kata – kata kasar aku dengan kata – kata yang sama. Makin dia diam dan sabar, makin aku rasa malu dengan diri aku sendiri.

Sekarang aku cuma nak belajar jadi isteri yang lebih baik. Aku tak nak lagi paksa suami ikut semua kemahuan aku. Aku baru sedar bukan kemewahan yang buat seorang isteri bahagia, tapi bila ada suami yang tetap ada di sisi waktu susah dan senang.

Aku harap bila anak kami lahir nanti, kami boleh bina hidup kami semula dan belajar sama – sama untuk jadi ibu bapa yang lebih baik. Para isteri di luar sana, pesanan aku jangan pandang keburukan suami kita sahaja, tapi carilah kebaikan dia.

Kadang – kadang kita terlalu sibuk tengok apa yang suami tak mampu bagi sampai kita lupa apa yang dia dah buat untuk kita. Setiap hari aku tak putus – putus berdoa agar Allah Taala ampunkan dosa – dosa aku dan beri aku peluang untuk berubah.

Aku minta agar korang dapat doakan aku supaya urusan aku bersalin dipermudahkan Allah Taala. Aku tak mahu susahkan suami aku lagi. Aku cuma nak dia tahu yang aku betul – betul hargai semua pengorbanan dia dan aku sangat bersyukur Allah masih beri aku peluang untuk sedar sebelum semuanya terlambat. Terima kasih abang sebab jadi suami terbaik sedunia untuk aku. Maafkan semua salah dan silap aku. Sayang abang dunia akhirat.

Komen Netizen:

Aisyah Zamzuri : Dik, sakit bersalin tetap sama. Bersalin je lah kat mana pun. Pengalaman akak, anak sulung czer kat swasta. Habis duit kat situ je. Akak start tahu pregnant memang buat 1 tabung untuk beranak. Huhu. Alhamdulillah rezeki anak sulung, akak dapat merasa bersalin kat swasta.

Bilik memang sedap lah padan dengan harga, tapi nurse kerek habis. Anak kedua memang plan nak swasta jugak tapi nak try bersalin normal dulu. So swasta tolak, dia tak bagi try normal sebab risiko first dah czer. Terpaksa lah akak pi gov dan Alhamdulillah dapat normal.

Doc, nurse, cleaner semua baik sangat – sangat. Bayar tak sampai RM30 je dik. Duit simpanan untuk beranak tu boleh buat kenduri akikah dan macam – macam boleh beli lagi. Dari situ akak pikir bersalin kat mana pun sama je dik. Ada rezeki lebih ikut lah nak pi swasta pun. Kalau bajet kurang pi je lah gov. Doa banyak – banyak supaya ditemukan dengan orang – orang yang baik.

Aidan Nadia : Meh nak cakap sikit dik. Spital kerajaan ni safety memang no.1. Andai kata adik bersalin dan berlaku komplikasi, insyaAllah fasiliti diorang cukup, blood bank pun ada. Kalau spital swasta ni, fasiliti mungkin terhad dan andai kata berlaku komplikasi apa – apa, kadang-  kadang tak sudah dengan hosp kerajaan jugak.

Banyak je kes bersalin swasta yang berlaku masalah ditolak ke hosp kerajaan. Satu lagi, kadang – kadang kalau tumpah darah, ada sesetengah private require patient untuk ganti balik darah yang dipakai di hosp swasta lepas dah sihat nanti.

Kalau spital kerajaan memang tak runsing pasal bekalan darah sebab mereka memang diutamakan berbanding swasta. Bekalan darah kepada private ni terhad sebab ia berbayar. Janganlah perlekeh spital kerajaan walaupun ada kes – kes yang terpencil berkaitan layanan staf. Yang penting, nak beranak ni, nyawa kat hujung tanduk. Pentingkan keselamatan melebihi keselesaan. Huhuhuh.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :