Mak pilih kasih sebab selalu cerita tentang kekayaan kakak. Tapi saya pelik bila saya bagi RM200 mak puji saya

Mak selalu cerita kakak bagi duit bulanan banyak. Siap cakap setiap kali kakak balik luar negara, beli hadiah mahal – mahal dekat emak. Saya jadi sedih, jauh hati sebab saya tak mampu. Saya rasa mak lagi sayangkan kakak. Satu hari saya cuba jugak bagi RM200 dekat mak. Saya cakap saya tak mampu bagi lebih, sekali mak senyum dan puji saya..

#Foto sekadar hiasan. Selalu saya baca luahan dari seorang anak yang rasa dipinggirkan dengan sikap ibu bapa yang pilih kasih. Terutamanya pada anak – anak yang lebih berjaya dan kaya, yang mampu berikan duit yang banyak.

Itulah perasaan yang saya lalui pada mulanya. Dan saya bersetuju sangat dengan apa yang dik4takan. Tetapi dari segi realitinya saya kurang bersetuju bahawa emak lebih sayangkan duit daripada anak – anaknya sendiri. Kerana jika anda cuba selami sendiri jiwa ibu anda, maka anda akan dapat merasakan itu cuma perasan negative anda sahaja.

Kerana bukan semua ibu bapa mempunyai perasaan sedemikian. Memamg kita adik beradik dilahirkan oleh ibu yang sama dan sudah tentu ada sekelumit perasaan lahir dari hati kecil ibu kita yang lebih sayangkan seseorang anaknya.

Tetapi itu tidak bermakna ibu membenci kita, malah pada pandangan saya ibu kita akan bersimpati lebih kepada anaknya yang kurang berkemampuan. Untuk lebih memahami hati nurani saya eloklah saya ceritakan latar belakang keluarga saya.

Kami berempat beradik, saya anak ketiga. Semua kakak, abang dan adik saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri kecuali saya. Sykur kepada Allah pendapatan mereka memang memuaskan kalau pun bukan kaya raya.

Mereka mampu menyediakan segala keperluan dan kemewahan untuk anak – anaknya berbanding kehidupan kami semasa kecil dahulu yang datang dari keluarga bukanlah orang senang. Disebabkan rezeki mereka lebih mewah, kerana mereka dapat kerja dengan kerajaan, berbanding saya bekerja dengan swasta.

Jadi bab mereka nak bagi kemewahan kepada emak memang mereka mampu berbanding saya. Dengan pendapatan tak seberapa saya bertekad membawa diri keluar rumah untuk mencari pendapatan lebih, jadi saya merantau tinggal jauh dari emak.

Alhamdullilah saya dapat apa yang saya mahu, walaupun pendapatan tidak semewah kakak dan abang saya. Dulu semasa tinggal dengan emak di kawasan taman perumahan di pinggir bandar saya rasa hidup saya amat terpinggir dan diperkecilkan.

Bayangkanlah perasaan anda kalau setiap bulan emak akan kata kakak kau beri mak RM500 dan untuk ayah RM200. Mendengar pun saya jadi seram sejuk, kerana pendapatan saya ketika itu cuma sekali ganda jumlah tersebut.

Kalau saya beri emak dan ayah banyak tu, m4ti meraganlah saya. Setiap kali emak kata macam tu saya jadi jauh hati, sedih kerana pendapatan saya tak sebanyak mereka, sudahlah demikian saya masih menumpang tinggal dengan emak.

Mungkin emak dan ayah tak senang hati dengan keadaan saya, sudahlah bagi duit tak sebanyak mana sebaliknya saya menyusahkan hidup mereka. Itu perasaan saya. Jadi saya kecil hati. Lepas tu emak akan cerita kakak h4ng selalu pergi kerja out station dan luar negara, tentu gaji dia besaq.

Kadang – kadang tu emak tunjukkan hadiah kakak belikan. Bab hadiah baju jubah beranika fesyen dari Dubai dah jadi benda biasa, tak masuk cerita pasal kain telekong, kain batik, bag tangan, bag ke masjid tak usah nak cerita banyaknya, semua cantik – cantik.

Perabut rumah cakap aja semua kakak belikan. Sampaikan tv macam panggung wayang. Waktu itu setiap kali dengar cerita emak saya jadi sedih sebab saya tak mampu nak beri hadiah macam tu pada emak. Jadi saya diam dan pendam saja perasaan itu.

Selain itu setiap kali perayaan hadiah dari kakak memang bertambah. Pendek kata nama kakak top selalu dapat pujian emak. Kerana sedih jugalah saya ambil keputvsan cari kerja di tempat lain dengan harapan mendapat gaji lebih daripada apa yang dapat ketika itu.

Bila dah pindah saya kata pada emak gaji saya kecil tak mampu beri emak macam kakak bagi, malah nak bagi hadiah pun tak berduit. Tetapi bila berjauh kerana kerja tempat lain, barulah saya dapat rasakan sedihnya hidup sendirian tanpa emak.

Mula saat itu kerana gaji pun meningkat di tempat lain, maka saya beri emak RM200 sebulan saja. Tetapi bila saya kata gaji saya kecil, maka emak kata dia tak pandang duit ringgit dia tetap sayang semua anak – anaknya, malah emak puji saya kerana saya kerap telefon emak tanya kabar dan kesihatan emak berbanding kakak yang sentiasa sibuk dengan kerjanya.

Kata emak abang pun sama, walaupun dia bagi emak lebih daripada yang saya beri tapi kata emak abang tak ambil peduli pasal emak, telefon dua bulan sekali pun jarang, dia lebih pentingkan keluarganya sahaja. Kalau balik rumah emak, abang tak pernah pelawa emak dan ayah jalan – jalan atau makan di luar malah pergi membeli – beIah pun mereka pergi anak beranak, mereka keluar pagi balik malam.

Makan minum di luar. Mereka buat rumah emak macam hotel. Kata emak dia lebih sayangkan saya. Jangan ambil hati bila emak cerita pasal kakak bagi hadiah juga duit banyak setiap bulan begitu juga dengan abang. Kata emak dia tak peduli pasal duit tetapi dia lebih ingatkan saya sebab saya sentiasa ambil berat tentang kesihatannya dan sering bertanya khabar.

Malah emak sentiasa menunggu saya balik sebab saya akan bawa emak berjalan – jalan ke bandar, membeli beIah dan sebagainya. Kata emak tak pernah merasa layanan seperti itu dari abang, sebab dia lebih pentingkan mertuanya.

Kadang – kadang tu kalau rasa nak tengok bandar dan makan angin, emak akan tunggu kepulangan saya, atau emak dan ayah turun ke KL di rumah adik saya dan saya akan bawa emak makan angin. Kata emak dia selesa bersama saya dan duduk di rumah adik sebab isterinya baik layan emak macam emaknya sendiri, emak tak terasa dipinggirkan.

Kalau tak dapat cuti panjang saya tetap balik cukup sekadar berbual dengan emak dan ayah, makan – makan sambil menonton tv bersama dan bergosip pelbagai topik. Emak pernah meluahkan isi hatinya, dia kecewa kerana abang saya susah benar nak telefon dia walaupun dua bulan sekali.

Emak juga terasa hati tiap kali abang balik asyik berkepit dengan anak bini. Kalau pun abang telefon emak apabila dia ada masalah keluarga dan mertuanya. Jika tidak langsung tak dengar suara. Adik lelaki saya pula, walaupun jarang balik kampung, tetapi dia kerap telefon mak bertanya khabar.

Kalau balik isterinya pandai ambil hati emak. Mereka masak bersama, pergi market dan masak apa juga jenis makanan yang emak suka. Pada emak, bukan duit ringgit yang emak perIukan. Itu semua bonus mereka. Tetapi apa yang emak mahukan adalah perhatian, kasih sayang dan ingatan dari kita anak – anaknya, seperti bertanya khabar dan makan bersama seperti kita kecil – kecil dulu.

Pada pendapat saya, seorang ibu yang membesarkan anak – anaknya sejak kecil dengan adil dia tidak akan pilih kasih. Apa yang sering berlaku adalah tingkah laku anak – anak sendiri setelah dia bekerja dan berkeluarga, mereka sering melupakan ibu bapanya, malah lebih mementingkan pasangan masing – masing.

Mereka langsung tidak pedulikan keadaan ibu bapanya dan tidak tahu mengambil hati mereka, maka itu yang menyebabkan mereka lebih mesra dengan anak yang ambil berat kebajikan dan kesihatannya. Pada pandangan saya setelah melalui dua keadaan itu, maka saya berpendapat ibu bapa kita tidak pentingkan duit ringgit itu hanya bonus mereka. Sebaliknya mereka mahukan perhatian dan kasih sayang anak – anaknya. Itulah resepi penambat hati mereka sayangkan anaknya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.