Balik bulan madu memang saya dapat madu..

#Foto sekadar hiasan. Sewaktu kami bertunang, bermulalah semua episode dug4an ‘bertunang’. Saya bertunang pada tahun 2015 (ketika saya berumur 25 tahun) dan merancang pernikahan pada awal 2016.

Namun, pada akhir tahun 2015, beberapa bulan sebelum pernikahan, tunang pada masa tu (sekarang suami) mengaku yang dia dah berlaku curang. At first, saya macam dalam deniaI, sebab takda sikit pun saya rasa kelainan pada dia.

Kami dah biasa PJJ. Saya memang sentiasa bagi ruang dan sentiasa percayakan tunang. Sehinggalah saya buat keputvsan tekad untuk putvs tunang dan teruskan kehidupan sendiri. S4kit dia, hanya Allah SWT yang tahu.

Bayangkan, beberapa bulan nak bernikah, girlfriend atau gf (perempuan yang bercinta dengan tunang saya) message saya mintak izin untuk menjadi madu saya.

Apa agaknya perasaan reader bila kita belum kawin lagi, tapi ada orang dah beratur nak bermadu dengan kita? Allahuakbar. Sebab tu saya buat keputvsan untuk putvs tunang sebab saya reIakan tunang saya bersama gf yang dia sayang. Maaf jadi panjang pulak.

Pada malam saya buat keputvsan untuk putvs tunang, saya tanya tunang saya betul – betul, pilih yang mana satu. Saya redha kalau dia tak pilih saya, tapi dia tak bagi keputvsan dan tetap nak saya dan gf dia tu.

Jadi, saya undur diri. Saya bagi kata terakhir saya. Saya text bakal mak mertua saya, saya dah cuba pujuk tunang saya tapi tak berjaya.

Pada waktu ni, saya kerap mintak nasihat dari bakal mak mertua (pada masa tu, sekarang tetap menjadi mak mertua saya) dan agak rapat dengannya.

Saya berada di KL ketika itu. Saya 0ff-kan handphone untuk mencari ketenangan sepanjang malam tu tapi saya bangun solat malam, berlama – lamaan dengan Allah SWT, allahuakbar, rindu jugak waktu – waktu tu.

Rasa terlalu dekat dengan tuhan. Dalam doa saya dengan penuh kesungguhan malam tu, saya minta petunjuk pada Allah SWT, andai kuat jod0h antara saya dan tunang berikan petunjuk, percepatkanlah pernikahan kami.

Kenapa saya doa untuk percepatkan? Sebab pada waktu kejadian adalah pada Januari, kami merancang untuk bernikah pada bulan Mac.

Allahuakbar, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar, pada esoknya, kakak yang tinggal serumah dengan saya di KL maklumkan untuk saya call mak ayah saya di kampung, sebab ada hal emerg3ncy.

Bila saya call, parents mintak saya balik ke kampung dengan segera sebab ex-tunang dan family akan datang ke rumah jumpa parents saya tapi tak bagitau atas alasan apa.

Mungkin nak putvs tunang secara official, tekaan saya. Jadi, saya pun bergegas balik ke kampung dan tunggu ketibaan ex-tunang dan family.

Bila tiba je ex-tunang dan mak dia, saya hanya tunggu dalam bilik. Hanya parents saya je berjumpa dan bercakap dengan ex-tunang.

Rupa – rupanya, ex-tunang minta maaf secara terbuka dan mengaku yang dia telah berlaku curang dengan saya dan buat keputvsan untuk meneruskan pernikahan.. tetapi lebih awal. Allahuakbar.

Bila saya dengar je request tu, saya tak tau nak gambarkan perasaan saya. Saya je yang tahu apa yang saya minta dengan Allah SWT.

Pernikahan tu diminta untuk berlangsung 2 minggu dari hari kejadian ni. Saya diberi peluang untuk bercakap secara personal dengan ex-tunang, sama ada setuju atau tidak dengan request tu.

Saya sayang dia, 7 tahun bersama dia. Susah senang, technically membesar dengan dia. Akhirnya, saya setuju.

Sepanjang 2 minggu persiapan untuk pernikahan, saya takda perasaan. Happy takda, nervous pun takda. Saya macam bIur. Mungkin sebab terlalu s4kit dikhi4nati.

Walaupun dia dah mintak maaf dan berjanji untuk putvs dengan gf dia. Sehingga hari pernikahan, habis majlis pernikahan, alhamdulillah, saya bergelar isteri kepada bekas tunang yang putvs satu hari je. Kami solat maghrib berjemaah pertama kali bersama – sama.

Selepas solat, suami pandang saya, salam saya, dan sincereIy minta maaf dan berjanji akan mulakan hidup baru. Saya rasa, itulah moment saya paling indah. Saya dapat rasa betapa ikhlas suami minta maaf dan nak hidup dengan saya.

Selama 2 minggu selepas pernikahan, saya sangat bahagia. Sama macam orang lain yang baru kahwin. Berkepit ke sana sini. Sehinggalah satu hari tu, suami tertinggal ipad di umah, ipad suami rupanye c0nnected dengan Apple ID dekat Iphone suami.

So, bila ada orang call nombor suami, secara automatic akan naik dekat ipad jugak. Saya rasa tak sedap hati dan saya angkat panggiIan tu.

Saya dengar suara perempuan, bermanja – manja panggil nama suami. Astagfirullahazim. Saya terus minta perempuan tu berterus terang, tapi perempuan tu minta suami saya jelaskan kesemuanya. Jadi, saya terus call suami untuk tau perkara sebenar.

Suami memang sangat terk3jut, dan akhirnya minta saya berjumpa dengan perempuan tu di kedai makan. Kami berjumpa 3 orang secara berdepan.

(Allahuakbar, tak sangka menitis jugak air mata saya menaip pada waktu ni). Rupa – rupanya, perempuan tu adalah gf suami ketika dia curang sewaktu kami bertunang dulu.

Yang paling saya rasa terduduk, gelap dunia, bila suami kata, gf dia mengandung anak luar nikah, dan anak tu anak dia. Allahuakbar. Tapi saya tak nangis dekat situ, saya marah tapi marah bukanlah sampai hilang iman.

Ni bukan drama, saya betul – betul menghadapi benda ni. Dorang berdua kata dah cuba macam – macam cara nak gugurkan anak tu, tapi tak berhasil, dan gf suami buntu jadi terp4ksa mencari suami saya semula.

Bayangkanlah perasaan saya, yang baru 2 minggu bernikah, bersanding beIah saya pada bulan Mac, iaitu beberapa bulan dari hari saya tau suami saya ada anak luar nikah.

Sepanjang tu saya buntu, menangis tu, saya tak boleh kira dah. Suami kadang – kadang hilang bila saya mandi.

Keluar umah tanpa bagitau. Kadang – kadang pukuI 4 pagi keluar umah, berjumpa dengan gf. Apa perasaan saya sebagai isteri?

Saya tetap teruskan majlis resepsi di kampung, dengan hati pun4h, pecah ret4k berder4i. Apa saya fikir, saya teruskan majlis, untuk kebahagiaan saya sendiri.

Suami ada pergi kaunseIing dengan ustaz dan ustazah untuk nasihat atas situasi kami.

Ustaz dan ustazah kata, keputvsan untuk teruskan pernikahan tu terletak pada saya, sama ada saya nak bercerai atau saya nak terus jadi isteri. Suami tau dia berada di pihak yang salah jadi dia malu nak pujuk saya untuk terus bersama dia.

Saya pulak takda rasa pun nak minta suami pilih antara saya dengan gf dia tu sebab saya tau, suami kena bertanggungjawab, perempuan tu dah mengandung anak dia. Sayalah orang paling layak untuk berundur.

Saya tetap bangun solat malam, menangis pada-NYA. Saya minta petunjuk, setiap kali saya istikharah, saya akan mintak dengan permintaan yang dir3ct dan jelas.

Contoh pada kali ni, saya minta Allah SWT berikan saya petunjuk, andai jod0h saya dengan saya dan suami kuat, izinkan saya juga untuk mengandung dalam masa terdekat. Sebagai tanda kekuatan saya untuk terus bersama suami dan bermadu.

Saya ulang doa yang sama setiap hari sehinggalah sehari sebelum majlis resepsi saya, saya rasa saya mengandung sebab saya munt4h – munt4h teruk.

Allahuakbar. Allah SWT bagi jelas pada saya petunjuk dalam setiap doa saya. Sedikit sebanyak saya gembira. Saya juga mengandung. Alhamdulillah. Bahagia jugak saya sewaktu saya bagitau suami pada malam majlis resepsi dekat sebeIah suami.

Saya minta maaf, rasanye sudah agak panjang tapi takpalah, kalau coretan saya tidak disiarkan, saya okay je).

Saya teruskan cerita ya. Selepas habis majlis resepsi di kedua – dua beIah pihak, saya dan suami honeymoon di Korea.

Suami saya tau saya suka sangat melayan Running Man jadi suami hadiahkan honeymoon dekat tempat favourite saya. Saya ketepikan semua perasaan sedih, p3dih saya, saya bahagiakan diri saya sepanjang honeymoon, plus saya pun pregnant.

Saya minta suami manjakan saya sepanjang dekat sana memandangkan kami jauh dari keluarga. Dalam penerbangan balik, naluri seorang isteri, saya dapat rasa, sebaik je saya touch down dekat Malaysia, saya tau suami akan bernikah satu lagi.

Saya tau, saya takkan jadi ‘the only wife’, saya tau saya akan bermadu. Saya coretkan satu perenggan khas untuk suami, supaya suami buat yang terbaik untuk saya dan bakal anak kami. Seakan – akan hati ni bersedia menghadapi apa sahaja.

Betul tekaan saya, 3-4 hari saya pulang dari honeymoon, suami pulang ke kampung sendiri bersama gf menaiki bas dan saya yang hantar mereka berdua ke stesen bas.

Suami tak pernah bagitau pun intention dia balik ke kampung, betul ke nak bernikah, atau sebaliknya.

Tapi saya dengan hati yang kosong, melihat kelibat suami dan gf dia hilang dari pandangan berdua – duaan, ke arah stesen bas dan kuat hati saya ketika itu, meneka suami akan pulang bernikah di Thailand.

Reason being suami nikah cepat – cepat sebab mereka cuba untuk membin/ bintikan anak luar nikah tu dengan nama suami tapi menunggu honeymoon saya selesai.

Betul – betullah saya honeymoon, balik honeymoon dapat madu. Jadi, genap 2 bulan saya bernikah dengan suami, saya dimadukan.

Sebenarnya, saya tak dapat nak ringkaskan, sebab cerita saya ni merangkumi pengalaman saya selama 6 tahun bermadu.

Selepas saya dimadukan, saya keguguran dan hilang pekerjaan. Dan bermulalah kisah pahit saya mencari redha poIigami.

Saya bukan berniat nak berkongsi pahitnya bermadu, tapi saya sebenar nya nak cerita kan apa hikmah dalam hidup saya sepanjang apa yang berlaku selama 6 tahun bermadu ni.

Cuma, saya perlu ceritakan betapa pahitnye proses saya mencari keredhaan dalam poIigami untuk pembaca nampak betapa besarnya hikmah yang besar dan baik, di sebalik pahitnye sebuah poIigami.

Apa yang saya baru ceritakan hanya permulaan bagaimana saya terp4ksa bermadu seawal umur 26 tahun.

Sekarang saya dah berada dalam tahun ke-6 bermadu, saya dan madu berada ditahap, beraya bersama dengan keluarga suami, tidur sekatil dengan anak – anak, dan macam kawan sebab madu saya setahun muda dari saya.

Suami juga sangat adil dan alhamdulillah, kami sentiasa belajar dari semasa ke semasa.

Cuma, andai ada yang nak saya kongsikan pengalaman saya lagi, di sebalik apa yang terjadi selepas cerita di atas, dan macam mana saya menghadapinya, in shaa Allah, saya akan cuba mengarang lagi.

Sampai disini sahaja buat kali ni, andai disiarkan, alhamdulillah dan terima kasih kerana membaca. Jazakillahu Khairan.

– Yang Pertama (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nor Isna

Alhamdulillah, perkahwinan berpoIigami awak ke arah kebahagian. Bila kita meletakkan semua perkara dan perg4ntungan hidup kepada Allah s.w.t. InShaaAllah akan ada kemanisannye. Semoga rumahtangga awak terus kekal bahagia disamping anak – anak, suami dan madu

Hamal Moksin

Confession ini akan menyebabkan mentaIiti anak muda sekarang berfikir bahawa berz1na sebelum akad nikah itu bukan d0sa yang besar kerna isu ini seperti sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat. Mohon doa petunjuk dari Allah atas ujian kita lalui itu sudah bagus untuk dipraktikkan. Tapi, isu z1na itu sendiri mbawa kemudar4tan mentaIiti kepada anak – anak muda.

Faizan Kamal

Kalau curang biasa – biasa tak apa lagi lah kot, mungkin boleh dimaafkan, ni sampai termengandungkan perempuan lain, masa bertunang pulak tu. Kalau aku memang dah kirim salam je la laki gini. Goodbye sekian wasalam huhhh

Fatma Zehra Huseyin

Hmm.. Kalau berpoIigami dengan cara yang baik tak apela jugak. Ni sebab berz1na. Kahwin sebab nak tutup malu. Maaflah, ada banyak lagi cerita poIigami mengikut syariat yang boleh dijadikan panduan. Moga taubat kita semua diterima. Aminnn

Agie Deli

Kalau saya di tempat adik memang tak dapat terima tunang yang berperangai begini, sanggup berz1na dengan perempuan lain sebelum menikahi adik. Lainlah halnya kalau alasan sudah bertahun kahwin dengan adik dan belum ada zuriat dan mahu menikah lagi.

Ini lelaki yang kurang pengetahuan ugama tidak perlu untuk didampingi sebagai imam dalam sholat.