Balik kerja suami menangis teresak-esak sambil dengar lagu jiwang, dia frust tak dapat kahwin dua

Kami dah kenal selama 10 tahun dan 5 tahun berkahwin mempunyai 2 orang anak. Suami cakap dia tak boleh lupakan perempuan yang baru dia kenal 3 bulan. Saya diam – diam mesej perempuan tu dan dia setuju nak undur diri. Tapi yang jadi masalah sekarang, suami suka dengar lagu jiwang sambil menangis..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin, terima kasih kalau sudi siarkan kisah saya ni. Kisah ni lebih pada nak berkongsi dan luahan. Saya nak kongsi sikit masalah saya ni dengan pembaca semua sebab saya betul – betul rasa konpius dan tertekan nak menghadapi semua ni.

Saya harapkan pandangan dan nasihat dari korg semua agar boleh dijadikan panduan. Kisahnya macam ni. Saya dan suami dah berkahwin hampir 5 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 4 dan 3 tahun. Suami saya ni memang dari awal sifatnya agak kasar dan saya pulak jenis sensitif dan mudah terasa.

Biasalah bila dah terasa tu, mula la bad mood je. 2 tahun lepas merupakan kemuncak bagi segala permasalahan kami. Bagi suami saya, katanya dia betul – betul tersiksa sepanjang jadi suami saya, begitu juga dengan saya.

Suami kata saya tak layan dia dengan baik. Tapi saya jadi begitu pun sebab sikap dia juga, memang kami selalu g4duh. Yang paling saya tak tahan ialah dia akan menyalahkan saya atas segalanya. Padahal diri dia sendiri pun tak berapa betul.

Saya akui yang saya ada beberapa kali minta dilepaskan sebab dah tak tahan dengan segala tuduhan dia. Memang perasaan benci pada suami meluap – luap. Ada sebab kenapa saya rasa macam tu. Malah ibu bapa saya sendiri pun pernah tengok per4ngai dia dan pernah terasa dengan dia semasa ibu bapa saya terp4ksa duduk dengan kami sekejap.

Sejak hujung tahun lepas, saya perasan yang setiap kali dia balik rumah je mesti bertalu – talu whatsapp masuk, boleh katakan tak henti – henti sampai ke tengah malam. Isteri mana lah yang tak syak bukan – bukan kalau macam tu.

Jadinya saya ni jadi la penyiasat jap, saya cek hp dia. Untuk pengetahuan pembaca, suami saya ni memang pantang betul kalau saya bukak – bukak HP dia. Lagi lah menunjukkan macam ada rahsia yang cuba dia sembunyikan.

Dipendekkan cerita memang dia ada main mesej dengan perempuan, bila saya tanya katanya adik atau kakak angkat je. Tapi bila dah dalam mesej tu ada ‘sayang – sayang’ dan ‘rindu – rindu’, takkan adik atau kakak angkat je kot.

Sampai saya siap menyamar guna HP suami masa dia tido dan mesej kat perempuan – perempuan tu dan bagitau status suami yang dah berkahwin. Seperti yang dijangka, memang diorang tak tau pun status sebenar suami ni.

Disember tahun lepas, suami baru balik out station kat kapar kalau tak silap, malam tu masa dia tidur saya curi – curi tengok Hp dia, alangkah terk3jutnya bila nampak ada gambar perempuan lain yang jadi wallpaper HP dia.

Berderau d4rah saya masa tu. Bila ditanya dia cakap itulah gambar adik angkat, anak tukang urut. Kononnnya masa dia tengah berurut, budak tu tukar wallpaper HP dia, siap bersump4h – sump4h lagi bila bercerita dan akhirnya saya pun percaya.

Suami saya ni memang pandai menipu, pandai sangat – sangat. Walaupun saya tahu dia suka menipu tapi kadang – kadang saya percaya jugak cakap dia tapi was – was jugak la betul ke tidak. Kemuncaknya ialah awal Mac yang lepas, masa tu saya ada kursus di Melaka.

Tiba – tiba dapat mesej dari suami. Katanya, kenapa tak boleh kahwin dua? Abang tahu semua perempuan tak suka, tapi kalau adil apa salahnya.” Berderau d4rah saya bila baca mesej tu, ape lagi memang per4ng besar la!

Rupanya perempuan yang dalam wallpaper dulu tu memang gf dia tapi perempuan tu tak tau yang dia dah kahwin. Saya memang ade simpan no perempuan tu. Ape lagi, mula – mula tu memamg saya ser4ng dia dalam mesej tapi bila tau yang perempuan tu tak tau pun suami saya ni dah kahwin, saya tak salahkan dia, dia pun nak tarik diri.

TAPI masalahnya sekarang ni, suami saya memang tengah frust giIa sebab tak dapat nak kahwin dengan perempuan tu. Dia sendiri pernah cakap yang perempuan tu lebih baik dari saya. Masa dia bersama dengan perempuan tu, saya ni dah tak ada pun dalam hati dia.

Sedangkan mereka baru kenal 3 bulan, mana kenangan dengan saya selama 10 tahun. Allah je yang tahu perasaan saya bila dia cakap macam tu. Perempuan tu pun frust jugak la sebab kena tipu. Dia dah siap bawak jumpa ibu bapa dia lagi tapi dia memang dah tak nak kat suami saya.

Yang pertama sebab suami saya dah kahwin, kalau bercerai sekalipun dia tak nak sebab suami dah ada anak. Itulah sebab yang dia kata. Yang suami saya ni pulak, memang frust menonggeng. Bayangkan la masa minggu pertama dia break dengan perempuan tu, tengok keadaan dia teruk sangat – sangat.

Sampai nak pergi kerja pun tak semangat. Pernah beberapa kali bila dia balik kerja, dia terus menangis teresak – esak sebab teringatkan perempuan tu. Saya plak yang kena pujuk dia, padahal dalam situasi ni saya la yang patut dipujuk sebab dia yang curang dengan saya.

Tiap – tiap malam dia akan keluar tenangkan fikiran sampai pukuI 3 – 4 pagi baru nak balik. Hati saya ni bagai dihir1s – hir1s bila tengok keadaan suami. Tambah – tambah lagi bila dia kata tak boleh nak lupakan perempuan tu.

Lepas tu siap bleh layan lagu – lagu jiwang sambil mengalirkan air mata. Semalam masa tengah bawak kereta pun, bila dengar lagu jiwang dalam radio, dia boleh menangis. Ya Allah, tak dapat nak bayangkan perasaan saya bila tengok dia macam tu.

Saya rasa tak dihargai langsung dan dia langsung tak nampak saya sekarang yang bersusah payah uruskan rumahtangga dan anak – anak. Saya sampai pernah doa supaya jadi sesuatu yang buruk pada saya, contoh kalau saya kemaIangan ke, s4kit teruk ke dengan harapan dia sedar kehadiran dan pentingnya saya dalam diri dia.

Buat masa ni saya biarkan dia, bagi dia ruang. Saya tak rasa bercerai jalan yang patut saya ambil. Mungkin bagi dia masa dulu, biar dia tenang dan fikir dengan waras. Atau entahlah, saya pun buntu sebab tu saya perIukan pandangan dan komen dari pembaca.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.