Saya pelik mertua beli byk barang dapur guna online utk rumah kami. Sekali kak ipar pecah rahsia

Mak mertua senyap – senyap call kami bagitahu dia tak tahan duduk rumah kak ipar sebab kena jaga cucu – cucu. Kami ambil keputvsan bawa mertua balik rumah kami. Satu hari secara tak sengaja saya dengar perbualan telefon antara mak mertua dan kak ipar. Mak mertua pula pasang high volume sebab tak dengar..

#Foto sekadar hiasan. Nama saya Ismiana. Panggil saya Ana. Ana dah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Suami Ana berasal dari Pantai Timur manakala Ana dari Utara tanah air. Tak ada masalah langsung antara kami sepanjang 15 tahun perkahwinan.

G4duh – g4duh manja sekali – sekala itupun jarang – jarang terjadi. Latar belakang keluarga kami ada banyak persamaan, tak ada masalah sekhufu atau tidak. Ana baik dengan mertua, begitu juga suami. Kami jenis mementingkan keluarga.

Bila balik kampung kami suka ziarah saud4ra mara kedua beIah pihak. Kalau balik kampung suami, Ana akan tidur dengan Mak mertua, kami boleh berborak sepanjang malam. Begitulah hubungan Ana dengan Mak mertua. Begitu juga Abah, banyak Abah bercerita dengan Ana semasa dia sihat.

Ana anggap mak dan abah mertua sama macam mak dan ayah sendiri. Begitu juga suami, sangat menjaga hubungan dengan mak dan ayah Ana. Suami ada dua orang kakak dan seorang adik. Adik suami berkeperluan khas. Abah dah tak berapa sihat manakala ibu mertua masih sihat.

Dari sudut ekonomi syukur Alhamdulillah, atas rezeki tuhan beri. Ketika berkahwin suami baru sahaja mula bekerja di tempat yang agak terjamin (sebelum itu berniaga sendiri), Ana pula baru sahaja habis master. Kami berdua graduan universiti.

Tapi rezeki Ana, tempat kerja Ana menawarkan gaji permulaan yang agak tinggi, maka syukur kami memulakan hidup sebagai suami isteri dengan selesa. Akan tetapi ketika itu, suami baru bekerja dan gajinya adalah kadar gaji fresh graduate.

Hari pertama suami melapor diri di tempat kerja kakak ipar dah hubungi suami dengan nada suara amaran “kau dah kerja kan? kau kena bagi duit pada mak”. Dengar cerita dari suami, Ana rasa tak selesa. Bukan tak mahu beri duit, kami tak kisah sangat duit ni, tapi cara meminta tu buat Ana tak selesa.

Suami kata dia akan beri, tapi kakak asyik mendesak – desak. Nak beri macam mana, baru mula kerja, gaji pertama pun belum dapat. Ana jadi geram, bila balik kampung, Ana hulur kat mertua guna duit Ana sendiri. Mak, Abah mertua, adik ipar semua Ana bagi duit.

Harta dunia, kenapa nak g4duh – g4duh. Ana tak suka orang ulang – ulang benda yang sama. Kami tahulah nanti bila dan berapa nak beri bila dapat gaji. Dipendekkan cerita, setelah episod desak – mendesak suami pun beri “nafkah” kepada ibu bapanya sama dengan nafkah yang suami beri pada Ana.

Kalau suami beri Ana RM500, maka dia kena beri mak dan abah RM500. Begitulah sampai suami boleh beri RM1200 pada Ana dan jumlah yang sama pada mereka. Ana ikut sahaja asalkan suami ingat tanggungjawabnya pada kami.

Masa berlalu, RM1200 sebulan yang suami beri pada keluarganya pun diungkit sebagai tak mencukupi. Suami didesak – desak lagi untuk beri lebih. Nak lebih macam mana lagi, kami dah beli rumah, dah beli kereta yang agak selesa sedikit memandangkan perjalanan balik kampung yang jauh dan dah ada 3 orang anak.

Tapi kakak ipar langsung tak hargai. Hal minta duit ni tak pernah habis dan tak pernah cukup. Sampai dah 15 tahun masih berungkit – ungkit. Depan muka Ana dia cakap “ingat RM1200 tu cukup ke untuk makan minum mak? Kalau aku tau tak cukup aku mintak lebih haritu” Ana sentap.

Sentap sebab Ana sendiri tak pernah mempertikaikan pemberian suami. Bagi Ana RM1200 adalah jumlah yang sangat besar. Kakak ipar juga minta suami bayarkan bil Astro, penapis air dan juga beberapa ansuran barang – barang di rumah mak sedangkan kami sendiri pun tak memiliki barang – barang tersebut.

Kalau suami bantah, kami dituduh kedekut dan tak boleh diharap untuk bantu keluarga. Dia macam tak tahu, kami juga kena menyimpan untuk masa depan dan masa sesak. Sedihnya, kakak ipar tak beri duit satu sen pun pada mak dan abah sebab dia kata dia surirumah.

Tapi Ana dan suami jenis tak ambil pusing. Kami buat tak tahu dan abaikan saja kata – kata dia. Sebab kami tahu kami dah lakukan yang terbaik. Akhir tahun lepas, kesihatan abah merosot. Kakak ipar ambil mak dan abah untuk tinggal ke rumah mereka.

Tetapi selepas sebulan mak telefon kami untuk jemput mereka kerana mereka tidak tahan tinggal di rumah kakak. Mak kena mengasuh anak – anak kakak, memasak dan buat kerja serupa orang gaji di sana (ikut kata mak). Kami pun usahakan untuk bawa Mak dan abah ke rumah kami di Kuala Lumpur (tanpa beritahu sebabnya kepada kakak kerana tak mahu berg4duh).

Cuma mak beri alasan Abah dah rindu cucu – cucu di KL. Kakak meng4muk sakan. Kakak kata kami tak akan boleh jaga mak dan abah sebab kami bekerja dan sibuk. Kami juga dik4takan menggangu proses perubatan abah di hospitaI sana sedangkan kami dah uruskan perubatan abah di hospitaI swasta berdekatan rumah kami.

Selepas kami bawa mak dan abah ke rumah kami, bermulalah episod menc4bar. Kakak sentiasa mencari salah kami terutama Ana. Ana tak jaga mak, Ana tak hidang makan kat Mak, tak jaga kebajikan Mak. Kakak akan mesej pada suami.

Syukurlah suami Ana kenal Ana betul – betul dan dia tahu Ana. Ceritanya, masa PKP ni Ana bekerja dari rumah, suami di pejabat kerana essential service. Anak – anak PdPR. Sekali – sekala bila perlu sahaja Ana ke pejabat. Pejabat pun dekat sahaja dari rumah Ana.

Kebiasaannya Ana akan bangun awal untuk memasak. Suami bawa bekal ke pejabat. Jadi Anak akan masak nasi, satu lauk untuk bekal dan makan tengah hari serta masak sarapan. Selepas sarapan pagi, Ana akan siapkan anak – anak PdPR dan bersiap untuk bekerja.

Lauk dan juadah sarapan Ana akan hidang siap – siap atas meja makan, dan maklumkan pada Mak dan abah untuk makan. Jujurnya, Ana tak sempatlah kalau nak hidang dan tunggu semua orang duduk di meja makan pagi – pagi sebab berkejar nak mandi, bersiap masuk virtual office.

Tugas Ana sebagai pengurus pemasaran macam cikgu juga, setiap hari Ana kena mengajar staff tentang produk, setiap pagi ada pembentangan sales dan performance, kalau mesyuarat strategi, sari pagi sampai ke malam belum tentu habis, event tak menentu masa.

Walaupun bekerja dari rumah, jadual Ana terik4t dengan waktu pejabat. Jadi Ana akan duduk di meja kerja dalam bilik dari pagi sampai waktu makan tengah hari, berselang – seli dengan memantau PdPR anak – anak. Ana hanya keluar bilik jika perlu sahaja.

Anak – anak pun makan bila mereka lapar. Senduk nasi dan lauk sendiri. Semuanya Ana dah ajar berdikari. Adakalanya, mesyuarat bersambung – sambung sampai Ana sendiri makan tengah hari jam 5 petang. Lepas habis kerja petang Ana kena memasak lagi untuk makan malam.

Adakalanya, malam pun Ana kena kerja jika ada event syarik4t. Tapi Ana tak sangka, rutin harian Ana ni jadi perbualan Mak dan kakak ipar. Setiap hari apa sahaja yang berlaku di dalam rumah akan dibualkan mereka. Ana masak apa, ana tak sempat masak, Ana order makanan tak sedap, Ana tak beli buah lagi untuk dia.

Di rumah ni macam ada CCTV. Ada juga secara tak sengaja Ana terdengar Mak bercerita dalam telefon dan Ana boleh dengar kata – kata menghasut kakak (Mak set high volume kerana masalah pendengaran). Jujurnya, Ana terguris hati.

Tapi Ana jenis cepat lupa sebab Ana sangat sibuk. Lagipun malas nak layan jenis – jenis mengadu domba ni. Kakak ipar pula, tak boleh dengar salah sikit. Cepat – cepat “ser4ng” suami. Kakak akan mesej suami berjela – jela, seolah – olah kami ni tak berguna. Tak jaga mak.

Kebajikan mak dan abah terabai semasa tinggal dengan kami. Tak belikan mak makanan (what??). Ada satu hari tu, Ana kena kerja di pejabat. Pagi tu suami tak sihat jadi Ana fikir dia MC. Disebabkan kelam kabut, Ana cuma sempat masak nasi lemak.

Biasanya, nasi lemak boleh makan sampai ke tengah hari. Ana pesan dengan suami, apa – apa hal call Ana. Ana cakap dengan Mak, Ana mungkin balik lewat sebab event, petang nanti Ana beli lauk dari luar. Ana tak perasan, mak sangka Ana akan balik hantar lauk tengah hari.

Ana pulak, bila suami tak call Ana fikir keadaan di rumah ok. Tiba – tiba petang tu Ana terima mesej dari suami, Kakak marah – marah sebab Ana tak masak dan tak hantar lauk tengah hari. Kakak kata, mak tak lalu makan nasi lemak tu sebab Mak s4kit tekak.

Ya Allah, kenapa tak call Ana? Kalau call kan Ana boleh order bubur nasi atau apa – apa yang Mak nak makan. Kenapa call kakak dan cakap macam tu? Kakak call pula mak saud4ra di Shah Alam dan Mak saud4ra suami hantar makanan ke rumah.

Ana dan suami jadi bualan keluarga seolah – olah kami mengabaikan mak dan abah. Suami dan kakak berg4duh sakan. Ana s4kit kepala. Suami Ana, memang “emp0wer” Ana hal – hal barang dapur dan keperluan rumah. Dia akan beri duit dan pandai – pandailah Ana uruskan.

Bila mak dengan kami, Ana berbelanja macam biasa, ikut keperluan semasa. Tak cukup duit, Ana minta suami topup. Satu hari Ana pelik, mak terima banyak barang online. Ada sabun basuh, sabun mandi, syampoo, ubat gigi.

Penghantaran seterusnya Ana baru perasan ada ikan bilis, asam jawa, cili kering, bawang, belacan dan macam – macam lagi. Ana pun tanya “ni siapa hantar mak?” dia jawab “kakak hantar, dia tak masak di rumah, jadi barang dia pos kat sini”.

Mula – mula Ana percaya. Tapi tiba – tiba Ana perasan, mak macam buat dapur asing dari dari dapur Ana. Ada set barang dapur dia sendiri di satu sudut. Ana tak cerita dengan suami sebab Ana rasa alasan tu boleh diterima, sebab kakak memang jarang – jarang masak pun walaupun surirumah.

Tapi satu hari, tiba – tiba suami terima senarai panjang dari kakak suruh beli barang mak, tapi barang – barang tu semua ada di dapur kami. Suami tanya Ana “Ana tak beli barang dapur ke?” Ana kata, eh semua ni ada dah. “Kenapa kakak suruh beli ni?”

Ana buat muka pelik sambil jawab “tanya kakaklah”. Masa tu baru Ana perasan, sejak ada sudut barang dapur tu mak rajin memasak. Kalau tidak mak biarkan je Ana masak seorang diri. Suami hubungi kakak dan dari situ suami dapat tahu yang mak memang suruh kakak belikan barang dapur online untuk mak dan dari bahasa – bahasanya seolah – olah kami tak sediakan barang dapur mencukupi untuk Mak.

Ini tak betul. Ana pun cakap dengan mak, “mak duduk di rumah kami, kan tanggungan kami, tak perlulah mak nak ada dapur asing – asing, kalau mak nak masak, mak ambil saja apa mak nak, kalau tak ada, mak bagitahu Ana, Ana boleh beli.

Tak baiklah mak suruh kakak beli, lepas tu kakak tuduh kami tak jaga dan tak beri mak makan. Ana pun faham, selera mak dengan Ana mungkin tak sama, sebab negeri lain – lain. Tapi kesian Abang (suami), orang pandang serong pada dia sedangkan dia dah lunaskan semua tanggungjawab dia”.

Mak menangis dan beri macam – macam alasan. Ana pulak rasa bersalah sebab buat Mak sedih. Tapi ada satu kejadian yang Ana buat Ana termenung panjang cari salah sendiri. Ana masak sup daging, sup daging kan kena rebus lama.

Masa merebus, Ana terima mesej dari boss minta masuk Google meet segera. Ana pun masuk bilik untuk mesyuarat tergempar. Ana terus lupa sup daging di atas dapur. Ana cuma sedar bila Ana terbau sesuatu. Ana berlari ke dapur, di tungku sebeIah ada bekas Mak memasak. Goreng ikan barangkali.

Tiba – tiba Mak muncul. “Ana, tadi Mak tengok sup tu dah nak kering. Mak ingat Ana nak rebus daging tu lama lagi” Ana pun tak tau nak respon apa masa tu. Ana kata “tak apalah, Ana order food Panda saja, dah kering pun sup ni. Ana mesyuarat dan terlupa”.

Mak pula, bersungguh – sungguh mempert4hankan dia tak salah, padahal Ana tak salahkan dia pun. Ana dah cakap tak apa tapi dia sambung lagi dan lagi. Sambung sampai kecoh seolah – olah Ana “bIame” dia. Kebetulan suami balik dan dengar kekec0han di dapur.

Dia pun terus senduk nasi dan kata, “eh yang macam ni lagi sedap Mak, ada rasa daging bakar sikit”. Suami makan sampai habis. Ana menangis dalam hati sebab Ana tahu, suami nak ambil hati emaknya dan isteri. Tak mahu cerita tu dipanjang – panjangkan.

Sebenarnya mak mertua Ana ni sangat – sangat “menjaga” anak – anak. Suami Ana langsung tak tahu masuk dapur dan beli barang dapur. Masa baru kahwin Ana kena ajar dia rutin hidup berkeluarga. Ajar dia supaya tolong Ana buang sampah, jaga anak, basuh pinggan dan lain – lain. Suami ok saja.

Hari sabtu dan Ahad, dia tahu Ana keletihan seminggu dengan anak dan keluarga, dia tak benarkan Ana memasak. Order sahaja dan dia akan bangun awal, cuci pinggan dan kemas rumah. Ana disuruh tidur dan rehat sambil layan fb atau Netflix.

Bila Mak nampak anak lelakinya “diperlakukan” sebegitu rupa, dia tak benarkan pula anak lelakinya masuk dapur. Padahal suami cuma nak pot0ng cili padi untuk masukkan dalam kicap. Dia kata dia tak yakin sebab anak dia pegang pis4u pun tak betul. Nanti Iuka.

Ana kata “mak, anak mak dah 40 tahun, bukan 4 tahun. Biarlah dia nak pot0ng cili je pun, bukan nak merendang atau melemang”. Satu lagi, Ana cukup tak berkenan. Mak dan kakak suka bercerita tentang orang lain. Dalam telefon cerita orang tu begitu, orang tu begini.

Lepas tu dia bercerita dengan Ana tentang orang – orang tersebut. Ana dan suami biasanya acuh tak acuh saja. “Biarlah mak, hal orang, memang dia begitu.” Ana jawab. Eh malaslah Ana nak mengumpat orang. Asbab benda ni pun kakak ipar boleh kata kat kami tak layan mak dia bercerita.

Alamak, nak bercerita boleh, tapi janganlah bercerita pasal orang. Jadi Ana yakinlah, kalau perihal orang lain pun dijaja, perihal Ana dan suami pun dijaja ke sana – sini. Bukan setakat itu, depan kami Mak cakap lain, dengan kakak mak cakap lain.

Akibatnya suami akan dimarahi kakak. Tapi Mak ialah “soft spot” suami. Dia tak akan mampu tegur mak. Ana pasrah dan tak ada masa nak layan. Tak nak layan tapi terfikir – fikir pula. Tapi masalahnya ialah suami. SebeIah sini, isteri, sebeIah sana emak.

Kalau setiap hari kakak “ser4ng” dan tuduh dia dan Ana macam – macam, dia pun terganggu. Kadang – kadang Ana terfikir “agaknya Ana ni bukan menantu pilihan, atau sebenarnya mak dia tak restu pun kami nikah dulu”. Tapi entahlah.. tak tau nak cakap apa, sebab kami dah cuba sedaya upaya laksanakan tanggungjawab kami.

Tidaklah sempurna, sebab Ana pun sentiasa cari ruang untuk perbaiki diri dengan limitasi dan batasan – batasan yang dihadapi. Terima kasih siarkan confession Ana. Ana sekadar meluahkan, sebab Ana tak boleh cerita benda ni pada keluarga sendiri atau kawan – kawan. Ana tak mampu pendam lagi. Ana kesiankan suami. Doakan dia kuat dan tabah. – Ismiana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Neuro Shewazni ” Masalah sekarang kakak ipar tu je. Aku syak dia dengki dengan korang kerja berdua, mungkin ada pendapatan lebih dan segalanya. Sedangkan dia hanya suri rumah tapi kadang aku pelik, kata suri rumah tapi kenapa mak yang masak jaga anak dia semua.

Haihh.. pastu tak nak nampak dia salah, dia buat laa cite pusing sana sini. Aku salute dengan Ana. Berterus terang.. aku sebagai orang pantai timur pun geram baca weyyyy.

Shida Samsudin : Biarkan lah kakak ipar tu nak ngadu pape. laki ko pon dah 40an, bukan muda lagi kak. kakak dia whatsapp marah – marah ke apa laki ko buat keras je tak layan. kalau sed4ra mara tanya kena pandai – pandailah jawab.

Duit tu, bagi yang secukup dan semampunya kat mentua. lagi pon dah duduk skali kan. Key word dia kak, buat banga4ng. kalau kakak ipar dan mak tu bising – bising sangat tanya dia, mak nak duduk rumah kakak ke camne? eh s4kit pulak hati kite.

Aza Yati : Bincang dengan suami baik  baik. 2 syurga dia kena jaga. My opinion, bagitau korang takleh jaga sebab kena kerja luar kawasan, takleh bawak mak or renovate rumah nanti berhabuk. Pastu hantar mak balik rumah kakak. Bagi masa setahun tengok kakak or mak tahan tak. Bagi diorang bersyukur. Kadang – kadang kena diajar cara halus. Gudluck confessor.

Fieda Rofayadalha : Daripada cerita ni, tt dan suami memang professional dah. Syabas ya. Pendapat saya, orang per4ngai seperti kakak ipar dan ibu mertua tt tu memang sewajarnya dilayan seperti yang tt dah lakukan sebelum ni.

Cuma perlu bertahan sebab memang tak akan berubah. Kalau m4kin dilayan apa yang diminta nanti, m4kin naik tocang jadinya. Memang tak akan berubah kecuali ada keajaiban daripada Allah. Teruskan berdoa ya tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?