Ibu baru meninggaI awal tahun ni, tiba-tiba bapak minta duit kat anak2 nak kahwin baru

Masa ibu masih ada ibu selalu pesan dan cakap tak nak satu sen pun duit yang dia ada bagi kat bapak. Sampailah masa ibu dah tak ada. Datang pulak ntah perempuan dari planet mana dalam hidup bapak. Belum lama ibu pergi, bapak dah ada pengganti. Yang paling meny4kitkan hati perempuan tu bini orang.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku. Mula – mula sekali aku nak minta maaf jika ayat aku tonggang terbalik. Tak pandai nak mengarang tapi aku nak sangat kongsi kisah bapak aku dan aku harap korang dapat bagi pendapat yang tentang masalah yang aku hadapi ini.

Sejujurnya aku memang tercuit juga tengok drama ‘Ayahanda’ tapi bila kenang balik bapak aku dia ada sesuatu yang sukar untuk difahami. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Abang aku dah lama meninggaI sebab kemaIangan. Tinggal kakak, aku dan adik aku saja sekarang.

Ibu aku pula meninggaI dunia awal tahun ni. Al-Fatihah untuk kedua – dua kesayangan kami ini. Aku pun tak tahulah nak kategorikan macam mana bapak aku ni. Korang bayangkanlah ya, bapak aku ni bukannya mesra pun dengan kami adik beradik.

Kadang – kadang aku tersentuh tengok layanan bapak orang lain dengan anak – anak mereka. Pernah dulu waktu aku sekolah, waktu solat hajat. Biasalah penceramah pasti akan ada cerita pasal mak bapak. Masa solat hajat tu bapak aku saja yang datang.

Pastu adalah part yang kena salam civm tangan peIuk semua tu. Aku akui aku sebak tapi terasa canggung nak peIuk dia. Aku salam dan cuba buat macam orang lain tapi bapak aku macam tak ada perasaan. Aku tak ada niat nak cari kesalahan bapak aku.

Orang luar tengok dia senyum, pendiam dan baik. Hakik4tnya kami yang serumah ni sahaja yang tahu. Bukan setakat tu saja bapak aku jugak kedekut giIer dengan ibu aku. Masa arw4h ibu aku masih ada, kalau bagi duit nak beli ikan sayur semua tu dia bagi RM5 dan paling mahal RM10.

Tu pun kalau ada duit kecik katanya, kalau tak ada duit kecik langsung tak bagi. Bagi duit ni pun tunggu ibu minta sampai kadang terjerit – jerit ibu panggil sebab bapak aku buat tak tahu terus pegi kerja naik motor. Bapak aku ni kerja kampung. Kerja tukang.

Bapak aku bukan tak ada duit. Kami tahu dia ada duit tapi kedekut. Dapat gaji ke apa tak pernah nak hulur kat ibu. Lepas tu kalau nak raya ke apa jarang sekali dia nak beli ibu baju baru. Kalau keluar pegi kedai ke apa memang pegi sekali tapi dia akan menjauhkan diri tak pun duduk dalam kereta.

Kesian ibu sorang – sorang angkat barang. Kalau aku atau adik beradik yang lain ada ok lagi boleh tolong. Bapak aku ni takut kami minta duit dia. Nak tak nak memangla kena minta duit dia. Tu pun kena marah atau bagi tahu tak ada duit.

Kalau ibu minta lagiIah boleh jadi per4ng gamaknya. Kalau tak ada duit jangan beli katanya. Sabar jelah. Makan nak sedap tapi kedekut. S4kit hati ingat balik. Nasib baiklah arw4h ibu rajin orangnya. Ambil upah menjahit, pernah buat kuih.

Duit tulah yang ibu simpan dan guna untuk beli barang. Nak harapkan bapak sepenuhnya memang taklah. Dan ada juga duit p4mp4san arw4h abang. Paling meny4kitkan hati, bapak aku kalau tak ada duit dia punya cakap bukan main lembut.

Pujuk ibu itu ini. Aku pulak jadik geram. Ada jugak orang yang tak tahu malu. Kalau duit dia tak boleh usik agaknya, duit kita boleh pulak. Bapak aku macam tak sedar yang patutnya dialah yang patut hulur duit atau bagi nafkah sewajarnya.

Selalu pegi surau, dengar tazkirah. Kalau kat radio dengar ceramah pasal nafkah atau tanggungjawab suami boleh pulak bapak perlahankan radio. Kalau memang ibu tak ada duit, bapak jadi marah. Dahla tak menghulur nak marah – marah pulak.

Ibu bukan kerja pun. Ambil upah tu pun kalau ada. Ibu selalu cakap tak apalah rezeki ibu murah. Ibu sangat pandai berjimat. Barang – barang dalam rumah macam almari, peti sejuk, mesin basuh dan macam – macam lagi semua ibu yang usahakan.

Masa ibu masih ada ibu selalu pesan dan cakap tak nak satu sen pun duit yang dia ada bagi kat bapak. Dan lagi satu yang mungkin buat lagi obvious tahap kedekut dan tamak bapak aku selepas terima duit pamp4san kebun.

Dulu ibu dengan bapak memang ada beli kebun, kebun tu dan usahakan menanam semua bersama. Tapi biasalah, yang membeli semua guna duit ibu tau. Masa tu ibu bagi yelah, laki sendiri kan untuk keluarga. Bapak aku ni macam aku cakap dia nak guna duit baik giIer dengan ibu.

Nak dijadikan cerita, suatu masa tu kawasan kebun tu nak dibangunkan. Jadi, gitu gini adalah duit pamp4san kebun yang nilainya 90k. Untuk urusan semua ibulah jugak bantu, masa tu dia macam malas nak bantu bapak tapi dahuIukan jugak duit dia untuk urusan tu.

Part ni paling menyirap, apabila dah dapat duit tu bapak jadi tamak. Bagi dalam 2k saja kat ibu. Tu pun dia mintak masa nak beli barang baiki rumah. Sedih dan geram aku dengan adik beradik aku. Jenis kami malas nak bersuara, pendam jela.

Duit yang pada bapak tula ibu minta untuk baiki rumah. Kalau tak memang tak nampak duit tu habis ke apa. Bapak jenis b0ros. Kalau beli barang untuk diri dia dan kereta ada saja. Tu pun boleh jadi bertekak. Bapak jenis baran.

Pernah dia campak barang apa – apa depan dia sesuka hati lepaskan geram. Ibu cakap dengan kami adik beradik tak apalah, biarlah bapak tu. Kita tengokkan saja. Duit tu nanti habis jugak. Lagi haru bapak boleh terpedaya dengan pelaburan ala skim cepat kaya yang habis beribu.

Sampailah masa ibu dah tak ada. Datang pulak ntah perempuan dari planet mana dalam hidup bapak. Belum lama ibu pergi, bapak dah ada pengganti. Yang paling meny4kitkan hati perempuan tu bini orang. Tinggalkan laki kat rumah yang katanya tak sihat, tapi boleh pulak tolong bapak aku masak, basuh baju, kemas rumah. Dibayar upah.

Masa lepas ibu meninggaI, memang kami kesian dengan bapak sorang kat kampung. Dia pun sedih nangis, tapi sekarang.. lupa diri. Hidup macam laki muda. Wasap, vc semua dengan perempuan tu yang juga nenek orang tau.

Aku kadang – kadang balik kampung pun rasa nak munt4h dengar. Kalau balik kami layan saja tau bapak, ajak makan, kadang – kadang keluar. Tapi ada masa dia tak nak. Tersasul bahasakan dirinya “abang” dengan kami.

Tahap menyampah kami, bapak belikan motosikal, baju, itu ini ambil berat lagi. Dengan ibu dulu tak ada macam tu pun. Sedih kami. Korang nak tahu, duit simpanan dah habis katanya. Mengadu kat anak – anak. Pernah minta jugak duit kami katanya nak kahwin. Panas oii kami.

Cuma kami ni sekarang dah tahu nak buat macam mana dengan bapak ni. Jenis tak boleh ditegur, nampak dia saja yang betul. LagiIa kami anak – anak nak nasihat memang langsung tak pernah dengar. Nak balik kampung pun tawar hati. Harap korang sudi bagi pendapat. Kalau nak cerita panjang lagi. Tapi cukuplah dah panjang ni rasa. – Pena bersuara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Asni Abdullah New : Ramai pun lelaki macam tu.. biarkan kalau ibu dulu sebagai isteri pun tak boleh nak menegur, kamu sebagai anak tak payah buat d0sa pulak dengan bapa. Dia nak kahwin biarkan jangan dibantah.

Innalillahiwainnailaihirajiun untuk arw4h ibu tt semoga arw4h tenang di alam sana. Banyak pahala arw4h ibu awak sabar, tabah, sedekah. Asasnya, duit suami jika digunakan untuk berbelanja rumah, itu kerana nafkah tertanggung atasnya tetapi jika isteri atau ibu menggunakan duitnya membeli makanan dan keperluan rumah dan anak – anak dia akan dapat pahala sedekah.

Dan pahala kerana meringankan tanggungan suami. Rahmat sentiasa hadir bersama ujian bagi orang yang sabar dan redha. InsyaAllah syurga untuk ibu awak.

Nirzawati Mohamad : Semoga bapaknya diberi hidayah dan bertaubat selagi nyawa ada. Sebijik ni kisah arw4h makcik macam ni la. Anak 6 orang kot. Suri rumah sambil jaga anak, jual kuih, jaga anak orang. Arw4h makcik memang penyayang.

Budak yang dia jaga mesti melekat sampai ke besar budak tu tak mau kat orang lain. Suaminya Allah… KEDEKUT, BERAT TUL4NG tak pernah langsung tolong arw4h makcik buat kerja rumah. Dengan budak – budak pun tak mesra.

Demand sangat tinggi, makan tak boleh 1 lauk 1 sayur. Kena lebih untuk makan kena sedap katanya. Tak mainlah ikan kembung. Huru hara macam mana pun arw4h makcik handle anak – anak dengan anak asuhan dia tu, tak pernah langsung suaminya bantu. Hanya fikir duit, duit, duit.

Aku salah sorang anak asuhan arw4h makcik aku. Tak sengaja pernah nmpak beberapa kali arw4h menangis masa lepas solat kepenatan, duit nak beli barang keperluan susah nak dapat. Senang cite duit nafkah tak dibagi. Baju dan seluar kerja wajib kena gosok.

Memang bangun tido semua dah siap arw4h makcik aku siapkan. Suaminya hanya bersiap, makan minum dan pergi kerja. Bila dah pencen, banyak duduk depan tv layan cerita. Tak pernah langsung bantu arw4h makcik aku buat keje rumah.

Anak – anak je la yang bantu. Tibe – tibe arw4h makcik meninggaI tahun lepas. Sejak tu rumah tu sunyi, suram sebab arw4h yang penceria rumah, sed4ra mara dan kawan – kawan selalu datang ziarah sebab arw4h rajin ziarah juga.

Lepas tu selalu ngigau nak jalan – jalan, ngigau duitnya hilang, ngigau risau duitnya nnti orang ambik jadi mintak anak – anak tolong simpankan elok – elok. Anak – anak pun semua baik jadi, diorang bergilir sajela menjaganya.

Kesimpulan, kena tunaikan tanggungjawab dan jaga hak yang perlu. Maaf, terpanjang sebab selalu nampak dulu arw4h makcik selalu penat tapi dia sentiasa senyum depan orang. Bila arw4h dah meninggaI, terlalu ramai terasa kehilangannya. Al-fatihah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.