MaIang duduk rumah bapak tiri, saya dipulaukan tak boleh makan sekali. Hanya layak makan di dapur selepas mereka makan

Ketika masuk ke rumah bapak tiri, ibu beritahu peraturan yang mesti saya ikut. Tak boleh gunakan bilik air anak perempuannya. Tak boleh makan bersama keluarga bapak tiri atau makan dulu dari mereka. Saya dilarang melintas ruang tamu apa lagi duduk, terutama jika ada bapak tiri..

#Foto sekadar hiasan. Saya terpanggil nak bercerita tentang diri saya walaupun sudah bertahun berlalu. Namun bukan tujuan saya menyalahkan orang lain, tetapi sebagai ingatan untuk diri sendiri. Ditakdirkan jika terjadi sesuatu yang buruk kepada perkahwinan saya ini (barang dijauhkan), saya berjanji kepada diri sendiri saya tidak akan kahwin lagi.

Bukan mahu meIawan takdir Allah. Jika boleh! Kerana terlalu banyak pengalaman pahit saya lalu semasa jadi anak tiri yang sukar saya lupakan, mungkin hingga akhir hayat nanti. Kata adik saya terlalu emosional, cepat terasa dan suka berd3ndam. Tetapi bukan itu sifat dan per4ngai saya.

Sebenarnya saya rasa sukar melupakan pengalaman pahit itu. Lima tahun lamanya saya terp4ksa tanggung pend3ritaan, berkecil hati, dengan sikap bapa tiri yang sombong, keras hati, dan berhadapan dengan ibu yang terp4ksa mengalah sepanjang hayatnya kerana takutkan suami. Takut kena cerai, takut jadi janda lagi. Akhirnya anak – anak jadi m4ngsa.

Saya tak salahkan tadir, kerana itu ketentuan Allah, tetapi saya terp4ksa tanggung ujian yang amat menekan perasaan, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tetapi sedih dengan sikap ibu yang penyabar berlebihan, penakut, lemah dan tidak berani bersuara dengan suaminya.

Tetapi saya tak boleh salahkan ibu seratus peratus, kerana dia tidak bekerja dan tidak ada duit terp4ksa bersabar. Kerana dia tidak mahu bergelar janda kali kedua. Teruk kena kutuk dan ibu tak mahu maIukan keluarga bila jadi janda!

Tetapi rasanya jika ayah saya seorang bertanggungjawab, walaupun dia ceraikan ibu, tetapi tanggung makan minum dan beri nafkah kepada kami, tentu ibu tak mahu kahwin lagi. Sebab dia ada duit boleh besarkan kami. Tapi ibu tak ada kerja sementara nenek takut anaknya jadi janda, maka dia kahwinkan ibu kali kedua, maka kami anak – anaklah jadi m4ngsa.

Ibu berkahwin ketika berusia 19 tahun, tetapi bercerai pada usia baru mencecah 24 tahun, ketika itu saya berusia 3 tahun dan adik lelaki baru setahun lebih. Kerana tidak bekerja ibu di hantar pulang ke rumah nenek. Zaman itu kehidupan bukanlah seperti sekarang, nenek bukan orang senang tambahan ada 2 orang anak d4ra nenek belum kahwin.

Maka lebih merunsingkan nenek bila ibu bergelar janda kembali tinggal bersamanya. Nenek takut kehadiran ibu bersama 2 orang anak masih kecil akan menyusahkan lagi nenek dan lebih membimbangkan dikhuatiri tak ada orang nak masuk meminang anak – anak nenek yang sedang menunggu giliran mencari calon suami. Maklum title janda maIukan keluarga.

Nak jadikan cerita tak sampai 2 tahun menjanda ada rombongan masuk meminang ibu. Nenek tak banyak cerita terus terima dan majlis akad nikah dijalankan segera. Ibu memang tak mahu, tetapi nenek berkeras. Kata nenek lagi takkan ada orang bujang nak kahwin dengan janda.

Ibu tolak sebab lelaki itu baru setahun bercerai dengan isteri keduanya. Tambahan pula duda itu ada 2 orang anak yang sudah bersekolah dari perceraian dengan isteri pertamanya. Saya tahu semua cerita ini daripada mak Uda yang terus memegang title andartu hingga kini.

Sebenarnya duda itu ada 4 orang anak, dua yang kecil duda ini ambil, sementara yang besar diberikan kepada bekas isteri pertamanya. Dengar cerita duda itu buat perjanjian sebab mahu kembali rujuk dengan isteri pertamanya, tetapi ditolak.

Bila gagal dia kahwin kali kedua, tak sampai setahun bercerai lagi dan ibu jadi isteri kali ketiganya. Oleh kerana saya masih kecil, nenek, mak Uda dan mak Cik yang jaga. Sementara yang kecil ibu bawa tinggal bersama di rumah suami barunya.

Selepas setahun, saya tak tahu macam mana terjadi, saya ibu ambil tinggal bersamanya, sementara adik diberi pada nenek. Memang rumah pakcik cantik, rumah batu berpagar lebih besar daripada rumah nenek hanya rumah kecil sekerat batu sekerat papan.

Tetapi saya tidak selesa duduk di rumah pakcik. Saya tidur sebilik dengan anak perempuannya yang ketika berumur 12 tahun. Dia tidur atas katil sementara saya bentang lembek atas simen. Pagi – pagi lipat lembek tolak tepi dinding.

Saya diarahkan tidak boleh kotorkan bilik, buat bising dan kacau anak pakcik yang hendak belajar. Sebab dia akan duduk periksa besar. Tidur di lantai tak jadi masalah, di rumah nenek pun tidur atas lantai. Tetapi sedihkan saya tak boleh duduk makan sama mereka.

Ketika mereka makan saya mesti duduk di dapur atau pergi menyapu keliling rumah. Ibu makan bersama, untuk melayan mereka makan. Ketika mula masuk ke rumah pakcik, ibu sudah beritahu peraturan yang mesti saya ikut.

Tak boleh mandi atau gunakan bilik air anak perempuannya. Baju mesti cuci sendiri, termasuk kasut sekolah, tak boleh makan bersama keluarga pakcik atau makan dulu daripada pakcik, tak boleh melintas ruang tamu apa lagi duduk, terutama jika pakcik ada tetamu.

Saya pergi balik sekolah naik bas biasa. Anak – anak pakcik, dia hantar sendiri. Balik naik van. Saya belajar duduk di dapur, tak boleh tengok tv. Itu antara syarat duduk rumah pakcik. Kalau pakcik bawa ibu keluar shoping atau balik kampungnya semalam dua saya mesti duduk rumah. Memang menakutkan, bila waktu malam. Walaupun lampu terpasang.

Biasanya ibu tinggalkan saya nasi dengan ikan goreng atau telor d4dar. Ataupun mee segera yang saya curah air panas. Saya tak boleh ambil makanan lain milik anak – anak pakcik dalam peti sejuk ataupun dalam cabinet dapur. Itu namanya mencuri.

Masalah itu semua boleh saya atasi, tetapi satu yang tak tahan sindiran, tengkeng, herdek dan marah daripada anak – anak pakcik termasuk pakcik sendiri. Salahkah kalau makan selepas mereka makan? Rupanya tak boleh!

Saya hanya boleh makan selepas jam 10 malam. Alasan pakcik anak – anaknya suka mengulang – ngulang makan. Jadi kalau saya habiskan makanan macam mana mereka nak makan? Akhirnya saya makan telur mata dengan kicap.

Dulu saya fikir si abang aja kuat makan, rupanya si perempuan pun sana. Patutlah badannya lebih besar daripada kawannya sering datang ke rumah. Bab kawannya juga satu hal, setiap kali kawannya datang rumah saya akan kena marah.

Ada – ada saja barangannya yang hilang, jam tangan, duit, pemadam, pencel, pembaris, riben rambut, dan macam – macam barang miliknya. Untung zaman tu tak ada telefon bimbit, kalau tidak setengah m4ti saya kena pukuI.

Paling teruk saya kena seb4t bila jam tangannya hilang, saya jadi m4ngsa, sedangkan saya tak tahu di mana dia simpan. Bab hilang duit memang selalu, kadang – kadang tu dia tersalah letak beg duitnya saya dituduh mencuri.

Waktu itu bukan saja pakcik marah, ibu pun sama marahkan saya. Kalau pakcik seb4t, ibu pun seb4t sama. Saya perhatikan ibu tak berani pert4hankan saya kalau pakcik atau anak – anaknya marahkan saya. Melainkan ibu panggil saya ke dapur dan marahkan saya kenapa mencuri. MaIangnya penjelasan saya tidak pernah didengar.

Akhirnya bila sem4kin besar saya buat keputusan tak mahu tidur sebilik dengannya, tidur di ruang kecil dekat dapur lebih selesa. Biarlah bilik tu macam store, tetapi saya selesa. Ibu kata saya tak boleh banyak ragam, menumpang rumah orang kena buat cara menumpang.

Kata ibu dia tak boleh menangkan saya jika pakcik marah, sebab kami menumpang. Ibu kata dia takut bercerai lagi, siapa nak tanggung makan minum ibu? Saya perhatikan selama kahwin, hanya dua kali ibu balik kampung menjengok adik. Itupun kerana adik demam.

Ibu kata dia terp4ksa hantar adik pada nenek, sebab tak ada masa nak layan pakcik dan anak – anaknya. Malah ibu sering kena marah jika ibu layan adik lebih daripada pakcik. Sebab itu pakcik suruh hantar adik ke kampung dan ambil saya sebagai ganti.

Mak Uda pernah nasihatkan saya belajar pandai – pandai supaya boleh masuk sekolah asrama, tak payah duduk rumah pakcik lagi. Dipendekkan cerita saya dapat masuk sekolah asrama masa tingkatan 4. Kata pakcik, itu sekolah asrama kampung untuk orang susah. Memang saya susah. Memang sesuai dengan saya. Sedangkan anak – anak pakcik banyak bergaya daripada bersekolah.

Rezeki mak Uda tambah baik, bila dia dapat kerja kilang. Jadi bila cuti sekolah saya balik rumah nenek. Mak Uda tak benarkan ibu ambil adik, sebab ibu tak besarkan anaknya. Jika rindu adik baliklah kampung selalu. Pak cik lagi suka sebab tak habiskan makanan di rumahnya.

Sejak kahwin adalah 2 atau 3 kali pakcik balik kampung, itupun kerana hantar ibu jika tidak dia suruh ibu balik kampung sendiri, naik bas. Dengan pakcik, ibu dapat seorang anak, itulah yang mengik4t kaki ibu daripada menziarah kami di kampung.

Namun saya gembira dengan bantuan dan nasihat mak Uda saya dapat kerja sebaik habis SPM dengan sebuah bank. Kerani pun kerani lah. Tapi kata Mak Uda, teruskan belajar jika mahu berjaya jangan jadi macam mak Uda dan ibu tak ada pelajaran.

Saya bersyukur kerana dapat lanjutkan pelajaran di sebuah maktab perguruan dan bergelar guru. Kini walaupun saya jauh dari kampung dari ibu dan mak Uda, kerana ada keluarga sendiri. Tetapi saya tidak akan lupakan pengalaman pahit saya berayah tiri dan beradik beradik tiri. Saya berjanji pada diri sendiri saya tidak mahu anak – anak saya menempuh nasib sama seperti yang saya lalui dulu. Cukupkah saya seorang hadapi pengalaman pahit itu

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.