Balik sekolah terk3jut tengok anak balik dengan baju kotor dan basah. Aku tengok dekat baju anak ada n4jis, berbau busuk. Apa cikgu buat?

Aku tahu masa aku ambik anak masa balik sebab pakaian dia basah nak masuk kereta. Rupanya dia terber4k. Cikgu hanya bagi plastik, dan suruh anak aku cuci sendiri..

#Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu la aku bakal dikecam atau diberi komen positif selepas anda semua membaca confession ni. Dah confess kat sini, terima je lah pendapat kan. Hahaha. Aku cuma nak berkongsi 2 kisah anak aku yang buat aku rasa ralat dengan cikgu dia.

Tujuan confession ni bukan untuk beri teguran pada cikgu dia sebab bukan benda besar pun kot cuma sebagai pengajaran kepada bakal guru atau guru – guru yang sedang membaca ni. Aku juga bekas guru sebelum aku membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas bersalin anak pertama.

Sekarang aku berniaga. Kenapa berhenti? Sebab anak. Kerja suami memerIukan dia keluar seawal pagi dan balik bila dah masuk waktu isyak sebab jarak tempat kerja dia agak jauh. Anak aku yang sulung darjah 2, perempuan.

Dia bukan jenis yang lasak suka main macam – macam. Dia balik sekolah hampir tak pernah comot. Macam mana keadaan dia masa pergi sekolah, macam tu lah dia masa balik. Kisah pertama, di sekolah kebangsaan. Pernah sekali anak aku balik sekolah dengan baju sangat kotor dan basah sangat.

Kasut stokin, baju luar dalam semua basah. Aku tanya dia kenapa. Hari kejadian tu hujan. Dia cakap masa rehat dia terjatuh atas lopak air kat kantin sebab licin. Dia jatuh tertiarap. Bahagian depan baju dan seluar dia memang habis basah dan kotor.

Aku tak kisah yang kotor tu sebab biasalah budak tapi basah tu. Kesian dia berbasah dari masa rehat sampai balik sekolah. Menggigil dia masa aku ambik sebab sejuk. Kalau tengok dari keadaan masa aku ambik dia petang tu, masa rehat confirm air menitik dari pakaian dia.

Macam mana dia belajar dalam keadaan macam tu. Entahlah sebab pengalaman aku masa sekolah dulu, kalau ada kejadian macam ni, cikgu bagi baju tukar. Kat sekolah aku dulu, sekolah kampung, memang ada cikgu sediakan baju untuk pelajar pinjam jika ada kejadian kejadian yang perlu untuk pelajar tukar pakaian dia.

Ni untuk sekolah rendah lah. Aku tanya, tak bagitau cikgu atau cikgu tak nampak ke? Dia cakap ada cikgu nampak. Entahlah. Kalau kejadian tu dekat nak balik sekolah, aku ok je. Tapi ni masa rehat, lepas tu ada lebih kurang 3 jam lagi waktu belajar.

Kalau aku sebagai cikgu pun, aku tak sanggup tengok pelajar aku macam tu. Kisah kedua, kat sekolah agama. Anak aku s4kit perut. Pagi sebelum ke sekolah dia ok je. Nak dijadikan cerita, kat sekolah dia start cirit birit. Dia terber4k dalam seluar.

Aku tahu masa aku ambik dia masa balik sebab pakaian dia basah nak masuk kereta. Rupanya dia terber4k. Dia bagitau cikgu, cikgu suruh cuci dan bagi plastik je untuk letak seluar dalam dia. Seluar baju dia pun terkena n4jis.

Dia cuci sendiri seluar baju dia dan dia pakai balik. Seluar ok la. Tapi baju. Budak kan, mungkin tak terfikir nak buka baju baru cuci. Jadi dia cuma cuci bahagian belakang baju setakat dia boleh je. Aku tengok, masih ada n4jis kat baju dia dan masih berbau.

Lagi soalan aku, macam mana dia belajar? Sebab kejadian tu sebelum kelas untuk subjek terakhir. Macam mana dia dalam kelas dengan bau dan duduk dengan baju dan seluar basah? Kenapa cikgu tak maklum pada aku keadaan anak aku?

Maafkan aku. Aku tahu mungkin apa yang berlaku pada anak aku bukan skop kerja seorang guru. Tetapi aku mohon belas ihsan je. Kalau ada yang nak cakap, cuba la jadi cikgu dulu baru tau. Ye. Aku pernah jadi cikgu. Aku pernah cuci pelajar aku terber4k, pernah cuci munt4h sebab masa tu pelajar aku tak sihat.

Lepas tu aku bagitahu parents dia. Tudung pelajar aku senget, rambut terkeluar pun aku betulkan. Kalau ada yang nak cakap kenapa bagitahu kat sini, tak direct kat cikgu tu sebab benda dah jadi, aku malas nak kecoh sebab ye bukan benda besar pun kot.

Cuma macam aku bagitahu tadi sebagai bacaan atau pungkon pengajaran untuk cikgu – cikgu yang baca confession ni. Mungkin bukan skop kerja anda tapi mohon belas kasihan. Mereka masih budak. Anggaplah pelajar itu anak – anak anda.

Kalau tak nak tolong, at least boleh call ibu / bapa dia bagitahu keadaan anak mereka. Kalau anda sebagai ibu / bapa, sanggup ke biar anak anda dalam keadaan macam tu? – Ibu (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Afikah Emerald : Kesian. Kat sekolah saya banyak baju dan kasut bantuan kerajaan. Budak tinggal datang minta ja kalau baju atau kasut kotor. Pad pun kami beli standby untuk budak. Budak s4kit memang terus call parents ja suruh amik. Sementara tu budak berehat di bilik guru atau bilik isolasi. Kes anak puan ni memang kesian, dapat cikgu tak cakna.

Julaiha Shazmira : Ya Allah, tak baiknya biar anak – anak kesejukan dan dalam keadaan tak bersih macam tu. Kat sekolah saya, memang kami akan beri baju tukar dan maklumkan pada ibu / bapa / penjaga. Melainkan kalau tak ada saiz, kami akan telefon ibu / bapa / penjaga untuk bawakan baju tukar.

Dah bawa baju tukar, murid boleh teruskan belajar atau kalau nak bawa balik, terpulang pada murid. Awal – awal saya lapor diri dekat sekolah dulu, ada cikgu senior pesan pada saya, “Kita kerja dengan budak – budak, mudah nak dapat pahala.

Cukup bagi mereka gembira dan selesa, mintak aje mereka doakan apa-  apa. InsyaAllah, doa mereka cepat makbul. Kena ingat jugak, kerja dengan budak – budak, bila kita buat betul – betul, kita akan penat. Kalau tak penat, kena check balik, betul tak cara kita buat kerja.

Sama macam kita jaga anak sendiri, kalau jaga betul – betul, memang akan penat.” Semoga Allah sentiasa bantu saya dan guru – guru lain untuk berikan dan buat yang terbaik buat anak – anak murid kami.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.