Bapa mertua tak nak salam dengan aku katanya nanti batal wudhuk

news.allmhidotcom warning

Masa mula – mula kahwin, mak aku pesan layan mertua sama macam layan keluarga sendiri. Tapi sekarang dah 3 tahun kahwin, aku tetap dilayan macam orang luar. Waktu aku pinjam telekung nak solat, mak mertua bising aku datang rumah dia tak reti nak bawa barang sendiri…

#Foto sekadar hisan. Assalamualaikum. Aku Sya, seorang suri rumah separuh masa, sedang struggIe menghabiskan sisa pengajian yang tertangguh. Aku datang sini terpanggil untuk menceritakan tentang kehidupan aku yang nampak tenang (atau aku yang masih cuba bertenang) tapi di sebalik ketenangan bermacam yang dipend4m.

Untuk pengetahuan semua, aku dan suami sudah 3 tahun berkahwin. Tak tinggal sebumbung dengan mertua sebab dari awal lagi aku dah pesan siap – siap kat suami susah senang kena tinggal sendiri walaupun menyewa. Ya, pilihan aku tepat walaupun di awal perkahwinan mertua siap ajak tinggal sekali. Macam tajuk kat atas, menantu tetap orang luar. Aku masa mula – mula kawin, mak aku pesan layan mertua sama macam layan keluarga sendiri.

Kena hormat, borak macam borak dengan mama, selalu balik jenguk, tiap kali balik rumah mertua mesti bawa buah tangan jangan balik tangan kosong sebab semua ni adab kita bertandang ke rumah orang. Masalah yang aku nak cerita sekarang, walau dah tiga tahun kawin mertua aku tetap layan aku macam orang luar. Maksudnya bukan macam anak menantu. Ye la aku tak la harap dia nak layan aku macam anak sendiri, memang takkan dapat la sebab sampai bila pun bukan dia yang lahirkan aku.

Aku ingat lagi, ayah mertua aku tak nak salam dengan aku sebab masa tu kami sampai rumah dia waktu asar dan dia ada air sembahyang masa tu nak tunggu solat asar. Katanya nanti batal wuduk. Aikk, heran jap aku. Batal ke wuduk bersentuhan dengan menantu? Jap tetiba aku cerita kat sini aku pulak yang jadi keliru, japgi kena kecam sampai tak tau apa haha batal ke tak weii??

Aku ingat lagi di awal perkahwinan, masa tu aku tertinggal telekung sebab aku dengan suami singgah kejap je rumah mertua masa tu. Aku minta nak pinjam telekung nak solat. Ok dia bagi. Tetiba bila kami dalam perjalanan balik rumah, adik ipar aku wasap suami aku, dia kata mak bising aku mai rumah dia tak reti nak bawa barang sendiri. Allahu terk3jut aku, tapi aku positif mungkin tiap orang tak sama. Mungkin dia jenis tak boleh nak kongsi kain pakaian.

Sejak hari tu aku tak pernah lupa bawa telekung sendiri. Tak habis kat situ, ada sekali kami suami isteri ajak mertua datang tidur rumah. Sajalah kan awal kahwin baru masuk rumah sewa baru, mertua pula tak kerja boleh la ajak bermalam sekali sekala. Korang tau tak apa yang dorang bawa? Dah macam nak masuk asrama dah aku tengoknya.

Bantal selimut shower krim ubat gigi semua dia bawak. Aku dah macam, boleh je guna ubat gigi rumah ni nak duduk semalaman je. Dan sejak dari tu aku dah paham, kita orang luar jangan sesekali guna barang orang lain. Dah dia buat mcam tu maknanya aku ke rumah dia pun mesti begitu sobss. Aku tak tau la orang lain macamana, mungkin bagi korang biasa je benda ni. Oh ya, benda ni bukan tertakluk pada aku je. Sebab aku tengok anak dia sendiri yang kerja jauh, balik berkumpul mesti bawak balik toiletries sendiri.

Yang bujang pun. Kalau kata pencuci muka aku paham la mungkin pakai yang tak sama tak kan nak share. Tapi aku pernah dengar mertua aku pesan kat anak dia yang bongsu kata yang ni shower krim kakak, jangan guna, guna yang satu lagi. Hmm kalau balik beraya penuh botol shower dalam bilik air. Nak dijadikan cerita, kami suami isteri lambat dikurniakan zuriat. Dua tahun kawin masih tak de apa. Awal dulu sebulan kahwin dia dah bising tanya tak mengandung lagi ke?

Tapi dia tak tanya lebih sebab anak dia pun tak mengandung juga. Tapi dia suka sebut dia hairan sebab dia dulu awal kahwin sat je lekat. Dia lagi hairan sebab anak dia pun lambat sebab ikut dia mesti cepat. Aduhh aku dah macam pelik, mana sama walau anak dengan mak rezeki Allah nak bagi bukan ikut keturunan hmmm. Dan dua tahun kawin aku dapat tau aku pregnant. Memang laju la aku bagitau mertua aku. Dia gembira tapi dia suruh diam dulu sebab takut anak dia yang kahwin sekali dengan aku kecik hati sebab dia tak mengandung lagi.

Nak di jadikan cerita rupanya anak dia pun mengandung juga lepas tu. Seronoknya aku sebab aku tau semua orang gembira masa tu. Tapi tak lama. Aku keguguran. Dan mertua aku salahkan aku sebab dia kata keturunan dia tak ade yang jenis tak lekat. Dia siap cakap kat aku, kamu jarang solat dhuha sebab tu tak murah rezeki. Anak dia selalu solat sebab tu lekat awal. Aku macam eh, bukan aku ke pregnant dulu tapi aku gugur. Dan mana dia tau segala amal ibadat aku dia nak kata aku macam tu. Masa tu baru gugur sedihnya ya Allah dia kata macam tu.

Mertua aku selalu pesan kat anak dia, kalau ikut pada dia semua beranak normal. Takde yang ceaser. Jadi jangan risau keturunan dia beranak normal. Bagi dia beranak yang sepatutnya mesti normal. Sebab dia pernah kecam menantu perempuan dia sebab beranak kut tingkap. Dia kata tu ngikut beIah family menantu dia bukan ikut dia. Namun, semua kerja Allah, anak perempuan dia masa tu dah masuk Iabor room nak beranak normal tapi tak mampu terp4ksa em3rgency ceaser. Hari tu kami pakat pergi nak tengok baby kat hospitaI, tapi mertua aku nampak kurang gembira bila orang tanya normal ke beIah.

Dia siap kata dia hairan kenapa anak dia bersalin macam tu. Anak dia berpant4ng dengan dia. Masa tu aku ada kat rumah mertua, anak dia tanya, boleh tak kakak makan buah oren? Lepas tu mak dia boleh jawab, mak tak tau, mak tak pernah beranak beIah. Pastu dia terus tinggal anak dia macam tu je. Aku tengok muka anak dia sedih sangat dahla dalam pant4ng. Anak dia pulak noob semua dia pikir apa – apa mesti ikut mak dia sebab depa dar4h sama aduii.

Aku kata la boleh je makan benda ni tak payah pant4ng janji makanan berkhasiat tapi anak dia kata tak boleh sebab mak pant4ng benda ni. Dorangkan dar4h sama jadi kena ikut. Dia pun str3ss duk cerita kat aku kenapa dia tak beranak normal sedangkan mak dia semua beranak normal. Aku diam je. Dan masa aku tengok anak kakak ipar aku masa tu, hati aku sayu je. Tetiba sayang tu jadi lebih sebab aku teringat kalau aku tak gugur anak aku pun mesti baru lahir. Tetiba mertua aku datang cakap hmm kalau tak dah ada dua dah ni. Kamu la gugur pulak.

Masa tu jugak terus berderai air mata aku, huhu.. Nasib suami bekap. Cakap tak ade rezeki jangan pertikai takdir Allah. Terus mertua aku diam. Minggu lepas mertua aku datang rumah. Dia bawa makanan siap. Oh ya, aku dah dikurniakan anak yang sangat comel alhamdulillah. Walau masa awal lahir dalam pant4ng anak aku gelap sikit dan mertua aku siap bagitau suami lagi ni bukan ikut keturunan kita. Kamu masa kecik jauh lagi comel. Aku dengar masa tu aku kat dalam bilik tapi aku buat tak dengar je.

Dalam pant4ng kot aku kena jaga em0si aku dahla pant4ng sendiri anak aku lahir betul – betul tarikh PKP elok mertua aku balik terus sek4tan antara negeri. Tapi bagus gak laki aku sangat support aku. Em0si aku tak terganggu. Hmm sekarang dah putih dandan ikut beIah dia balik. Tak kisah lah anak aku dan suami ikut beIah sapa pun tak apa jangan ikut beIah jiran sebeIah rumah dah le.. tiberr.

Sambung bab minggu lepas. Dia bawa makanan siap sebab kata sian aku anak kecik nak masak bagai. Dan macam biasa, semua dia bawak sudu garpu periuk nasi. Pis4u pun dia bawa dari rumah dia. Hmm maknanya kat sini, begitulah cara dia. Aku nak balik rumah dia pun aku kena buat macamtu jugak. Tapi takde la aku nak bawa pis4u bagai. Lantak la aku guna je apa yang ada kat dapur tu. Nasib suami aku tak ikut cara dia. Japgi family aku nak datang rumah aku pun laki aku suruh bawa sendiri semua.. janganlaaaa.

Apa yang aku cerita ni bagi korang mungkin biasa saja. Tapi aku minta korang doa la biar mertua aku anggap sama ja anak menantu ni. Aku nak hidup harmoni je tak nak sikit – sikit keturunan sana keturunan sini. Ayah mertua aku sampai sekarang tak dukung cucu dia. Bukan anak aku je. Cucu yang lain pun. Sebab dia kata tu anak orang. Dia takut jatuh ke apa ke nanti dia yang salah. Cucu dia memang tak merasa peIuk cium dia.

Bukan tak sayang tapi dia anggap tu bukan anak dia jadi dia tak boleh pandai – pandai. Mau kalau mak ayah aku dengan cucu aku pun tak dan nak dukung balik kampung hilang mana hala pagi – pagi tak dan mandi dah bawak pergi kedai kopi. Aku sendiri pernah merasa bagai seorang puteri zaman kecik atuk aku peraja sungguh apa nak semua dapat. Mak ayah aku pukuI aku, atuk aku pukuI dorang balik hihi. Alfatihah untuk arw4h atuk. Rindu. Oklah tu je nak cerita.

Bye Assalamualaikum. Jangan kecam, aku follow je step mertua aku yela setiap orang tak sama kan. Family dia cerita itu, family kita cerita ini – Sya (Bukan nama sebenar).

Komen Warganet :

Hazirah Rezalee : Raikan perbezaan. Mereka dengan cara mereka, kamu dengan cara sendiri. Kalau nak ikut sama betul cara didikan sama seperti kita, kahwin dengan kerabat kita jela. Sepupu pun belum tentu sama peel nye dengan kita tau. Sebab tu jod0h ni rahsia Allah sebab ujian – ujian seperti ini la hadiah untuk kita. Jangan ambil hati dengan kata – kata orang tua. Kadang apa yang dorang sampaikan tak sama dengan apa yang kita fikir. Semoga bahagia

Norlela Saudikin : Macam – macamkan kalau nak kire perangai manusia ni. Tapi awak janganlah kecik hati sebab kalau dari penceritaan awak. Mak mertua awak bukan pilih kasih sebab dengan anak sendiri pon dia boleh cakap macam tu.. Memang dah perangai dia lah agaknya. Tak payah awak serabutkan fikiran awak dengan perangai mak mertua atau bapa mertua awak. Awak cari bahagia dengan suami dan anak awak Je. Diorang tu, awak biar je lah.. Hormat dan layan mereka seprti biasa, Okay. Good luck!

Puan Zuera : Pada saya pasal toiletries, bantal, selimut tu normal sebab dah selesa pakai yang sendiri kan, mungkin juga tak nak susahkan tuan rumah. Bab angkut segala pinggan mangkuk periuk tu, mungkin mak mertua puan dah biasa guna perkakas dapur sendiri. Biar je la dah tu cara dia kan. Cuma terp4ksa tahan la dengan mulut laser mertua tu.. Tapi dia pun dengan anak sendiri pun laserkan, terp4ksa hadap la perangai macam tu.

Sesekali jumpa kena tahan la hadap.. Syukurlah puan tak tinggal serumah dengan mertua kan. Kira mertua puan ni baik juga la.. Ada baca kisah yang lagi teruk dari ni.. Sabar lah ye.. Yang pasal tak dukung cucu tu, semua cucu kan, kira ok la. Bukan jenis pilih kasih kan.. Dapat yang pilih kasih, lagi berendam air mata dan s4kit hati.. Semoga dipermudahkan urusan

Eidda Hisham : Ambil yang jernih buang yang keruh. Orang tua pemikiran lain – lain. Kalau rasa s4kit hati dengar pergi jauh – jauh jangan dengar. Kalau dia cakap itu ini, bagaitau la yang betul. Maklum la namanya orang tua. Logik pon ke laut. Saya buat seIamba je cakap balik dengan gurau – gurau. Nak kata apa pon kata la. Alhamdulillah puan dapat suami yang backup puan. Satu lagi org tua ni jangan dilayan kalau dia cakap perkara – perkara yang bercampur khurafat macam iman ni boleh diwarisi (contohnya.. mana ada kan).

Jadinya jangan dilayan kalau kita yang berakal ni faham hukvm hakam, layan je mereka dengan baik. Lepas tu doa selalu supaya Tuhan buka pintu hati mereka – mereka tu, lembutkan hati ibubapa mertua. Apa yang mak puan ajar tu betul dah. Mak saya pon ajar yang sama. Mak kata keluarga mertua ni bukan dari dar4h daging sama. Didikan dan ajaran lain – lain. Jadi perhati dan belajar. Yang elok ikut, yang tak elok tu jangan ikut atau amal. Buat baik selalu. Kalau dah penat sangat nak layan bagitau suami. Suruh dia la yang layan selebihnya lagipun keluarga mertua marah macam mana pun dengan anak sendiri akhirnya sejuk la, dan puan bantu mana yang termampu je.

Apa kata anda?