Dulu masa kecil aku pernah janji nak belikan mak rumah, sekarang mak tuntut janji

Umur aku dah 28 tahun, kalau ikutkan rakan – rakan seusia aku ramai yang dah kahwin. Bukan aku tak nak kahwin tapi keluarga aku letakkan syarat, belikan mak aku rumah dulu baru boleh kahwin…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hai nama aku Raudah. Aku dilahirkan di Pahang dan berumur 28 tahun. Berkerja kerajaan. Aku tak reti nak tulis karangan panjang – panjang.

Maaf andai cerita aku ini tak berapa nak tersusun ataupun menarik. Tujuan aku nak buat confession ni, sebab aku nak minta pendapat korang. Umur aku dah 28 tahun, dan ikutkan rakan – rakan seusia aku ramai yang dah kahwin dan beranak – pinak. Aku pun nak sebegitu.

Tipulah kalau tak cemburu bila tiap hujung tahun sahaja dapat jemputan kawan – kawan ataupun sed4ra mara kahwin. Bukan aku tak ada calon. Ada.. nama dia Bob. Dia senior aku masa zaman student dulu. Tapi kami start kenal rapat lepas dua – dua dah habis belajar dan start kerja.

Bob baik. Family dia pun alhamdulillah baik dan terima aku seadanya. 4 bulan lepas kami declared couple dia datang and jumpa family aku. (Bob orang Sarawak). Bayangkan kesungguhan dia macam mana waktu tu.

Masalah muncul, bila aku start utarakan niat aku nak nikah kepada family aku. Hampir 2 tahun aku utarakan benda yang sama. Dan jawapan yang aku dapat daripada family. Kerja dulu bagi rasa orang tua duit kerja tu.

Tahun ke-3 aku cuba lagi utarakan niat aku. Alhamdulillah family aku izinkan. Dengan syarat. Belikan mak aku rumah. Korang dengar. Alaa rumah je pun. Apa susah. Ye tak susah manapun. Tapi yang tanggung semuanya adalah aku.

Silap aku masa kecil dulu. Janjikan mak aku rumah bila aku dah kerja. And yes aku masih ingat lagi janji aku itu. Dan No bukan aku tak nak tunaikan. Aku just perlukan masa untuk stabilkan kehidupan aku before aku ambil keputvsan untuk tanggung loan.

Bila aku cuba nak bagi mak aku faham. Mulalah drama air mata. Aku sedih, tertekan dan str3ss bila fikirkan benda ni. Lagi – lagi bila mak aku mengadu dengan kak long aku.

Mulalah sesi tak kenang budi, kacang lupakan kulit, tak sayang keluar dan macam – macam lagi. Aku bersyukur sangat – sangat walaupun banyak halangan. Bob still ada temankan aku. Walaupun kami PJJ. Dia sorang yang sangat memahami. Dengan dia aku boleh jadi diri aku sendiri.

Hanya dia yang tahu aku alami depr3ssion dan anxi3ty. Berapa kali aku cuba nak tamatkan riwayat hidup aku sendiri. Tapi dia sentiasa ada dengan aku. Susah senang aku dia tahu, sedangkan family aku sendiri tak tanya keadaan aku macam mana.

Aku cuma nak family aku faham aku. Dan tak p4ksa – p4ksa aku untuk cepat – cepat belikan mak aku rumah. Beri aku masa untuk stabilkan hidup aku sendiri dahulu. Buat yang pelik kata aku nak stabilkan hidup sendiri tapi nak sangat kahwin cepat – cepat dah kenapa?

Percayalah, kalau kau dah jumpa seseorang yang sentiasa ada bila kau perlukan, terima kau walaupun tau kau ada 1001 kekurangan. Kau nak tunggu lagi ke?.

Kadang aku terkilan. Adik beradik aku sendiri tak ada pun yang kata nak kongsi ataupun usulkan cadangan untuk ringankan bayaran kalau aku jadi buat loan untuk beli rumah mak.

Btw. Rumah yang aku beli tu nanti bukan aku yang duduk. Tapi mak dan akak aku. Sebab kalau aku kahwin nanti aku akan ikut suami aku stay Sarawak.

Aku tak kesah bab tu. Sebab memang aku harapkan akak aku yang tolong jaga mak. Sebab kalau aku nak bawa dia ke Sarawak adik beradik yang lain memang taknak bagi.

Aku just nak kahwin. Tanggungjawab aku sebagai anak aku tak bermakna aku akan lupa lepas kahwin. Janji aku nak belikan rumah aku tak kan lupa. Dan insya Allah kalau ada rezeki aku akan belikan. Tapi bukan sekarang.

Salah ke aku? Kadang aku rasa nak ja kahwin lari. Patut ke family aku letakkan syarat macam tu untuk aku kahwin?

Perlu ke aku lupakan niat aku nak kahwin dengan Bob disebabkan aku tak mampu lagi untuk tunaikan janji aku dengan family aku?

Aku just harap family aku faham aku. Tu je… – Raudah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Saniah Rawi : Anak akak yang 9 tahun ni pun janji nak buatkan rumah besar untuk akak. Akak siap ketawa lagi. “Apalah adik janji macamlah rumah harga RM100, mahal dik. Sekarang pun ibu tak mampu nak buat besar – besar lagiIah zaman adik semua barang mahal.” Bagi akaklah anak dah kerja boleh tanggung diri sendiri, sesekali hulur pun dah syukur sangat. Tak sampai hati nak membebankan anak – anak. Kesian dekat anak – anak.

Siti Suraya Mohd Jamil : Jadi mak ayah, jangan bebankan anak – anak dengan alasan suruh baIas jasa atau dah janji dulu – dulu. Tanggungjawab membesarkan anak adalah kewajipan, mana boleh minta baIasan begitu. Rumah bukan seringgit dua. Semoga Allah permudahkan urusanmu dik.

Zaleha Hussain : Maaf mak cik nak bertanya. Sekarang ni mak tinggal kat rumah siapa atau rumah sewa. Kakak yang nak tinggal dengan mak tu, bekerja atau tidak? Saranan mak cik kalau mak tinggal di rumah sewa.. Patutlah beli rumah untuk emak.. Tapi beli yang ikut kemampuan dan perlu berterus terang dengan bakal suami. Anggaplah pembelian rumah itu aset untuk masa depan dan dalam masa yang sama dapat menggembirakan hati emak.

Dalam proses membeli rumah tu, berkahwinlah. Inshaallah semuanya akan jadi mudah, percayalah.. Lagipun urusan membeli rumah akan mengambil masa. Kahwinlah secara ala kadar, tunaikan yang wajib. Tak perlu berhabis untuk berkahwin. Semoga mendapat jod0h yang baik dan dalam masa yang sama dapat mengembirakan emak. Semoga dipermudahkan urusan.

Rosida Yusoff : Kahwin dulu Raudah. Pujuk mak tu. Nak beli rumah bukan boleh buat keputvsan dalam masa yang singkat. Banyak perkara yang perlu diperhalusi. Kerja kerajaan ni bila – bila masa boleh beli rumah. Solat hajat mohon Allah tunjukkan penyelesaian terbaik dan lembutkan hati mak. Dah ada calon suami yang sesuai teruskanlah niat yang murni itu. In shaa Allah semoga bertambah rezeki dan dipermudahkan semua urusan Raudah.

Nurol Husna Che Rose : Saya faham, saya berada di tempat confessor. Jangan pernah putvs asa, ubah perspektif confessor. Jangan pernah ada rasa bersalah pernah berjanji dulu atau macam mana. Mak kita walau macam mana sekalipun. takkan pernah terbaIas jasanya melahirkan membesarkan. Hatta dengan sebiji rumah sekalipun, memang takkan terbaIas jasa mereka. Kami tak tau bagaimana mak confessor menzahirkan kata untuk buat rumah tu tapi yakinlah, pintu rezeki akan terbuka seluas luasnya, sekiranya kita membahagiakan hati mereka.

Perasaan terasa pada adik beradik tu, tak boleh tipu. Pasti ada, kitapun manusia biasa tapi yakin lah ada sebab kenapa Allah pilih kita. Ikhlaskan hati, betulkan niat dan duduk berbincang untuk cari solusi terbaik. Pasti Allah akan buka jalan untuk cari rumah yang sesuai. Ingat, mereka keramat kita, kejayaan kita hari ini ada doa dari mereka.  Memang tanggungjawab ibu bapa untuk membesarkan, menyediakan tempat tinggal tapi ujian manusia berbeza. Tak layak pukuI rata dan ingat, setiap perkara ada hikmahnya, insyaAllah. Saya doakan urusan confessor dipermudahkan, dapat sama sama capai kata sepakat, sama – sama doakan yang terbaik ya. Redha Allah pada redha ibu bapa.