Bapak asyik termenung sbb takde duit, sekali mak bagi warning dekat kami jgn bagi pinjam duit kat bapak

Bapak aku ni kerja berniaga pasar malam dan urus jen4zah tapi sekarang musim hujan tak dapat pergi berniaga. Masalahnya mak p4ksa bapak suruh pergi berniaga masa hujan, bapak dapatlah RM30 tak balik modal. Baru – baru ni adik call, dia menangis dengar bapak kena tengking dengan mak. Paling tak boleh terima mak nak lari rumah..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Aku ada cerita yang nak dikongsi bersama. Ini masalah antara mak bapak aku. Aku sebagai seorg anak kenalah cari jalan penyelesaian tapi aku perIukan bantuan dari korang, bukan bantuan kewangan tetapi nasihat atau pendapat.

Ceritanya begini, bapak aku seorang peniaga kecil – kecilan kat pasar malam, dia jugak menguruskan jen4zah seperti memandikan jen4zah, gali kubvr dan kebumikan jen4zah. Kalau ada orang meninggaI ada la upahnya. Sejak beberapa hari ni kan keadaan cuaca tak menentu, asyik hujan je, jadi  bisnes bapak aku memang tak berapa nak ok.

Lagipun bapak aku jual makanan dan air. Faham – faham la kalau berniaga dekat pasar malam macam mana, kalau hujan memang takde la orang. Duit makan pun bapak aku berg4ntung dari duit berniaga atau menguruskan jen4zah.

Bapak aku bukan tak bertanggungjawab tapi mak aku kenalah tengok keadaan bapak aku macam mana. Mak aku pulak bekerja dengan lawyer firm, gaji kira okla. Aku tahu duit mak aku banyak, dia jenis menyimpan duit tapi yang selalu keluar dari mulut dia takde duit je memanjang.

Aku pun tak paham mak aku macam mana. Baru ni adik aku call dari kampung, dia tinggal dengan mak bapak aku tapi rumah asing – asing. Adik aku cakap mak aku duk tengking – tengking bapak aku sebab tak nak berniaga.

Tapi masalahnya bukan bapak tak nak berniaga, cuaca yang tak elok sebab hujan. Minggu lepas mak desak bapak suruh berniaga, akhirnya dapat RM30 je, tak balik modal pun. Bapak aku dari muda sampai sekarang memang baik sangat, dia tak pernah buat per4ngai.

Masa muda dulu dia kerja kilang, lepas anak dah bertambah bapak kerja bawa bas ekspress. Dia dah bosan kerja makan gaji, jadi dia nak kerja sendiri. Lagi seronok kerja sendiri katanya. Kawan – kawan bapak aku pun cakap bapak aku memang baik, diorang senang berkawan dengan bapak aku.

Aku cuma risau kalau – kalau bapak aku jatuh s4kit. Masa tu la nanti baru mak aku nak menyesal. Pernahlah ketika bapak aku ambik upah bersihkan kubvr, masa tu tanah licin. Bapak aku terjatuh hampir tertik4m batu nisan.

Aku memang sedih betul dengan sikap mak aku tu sebab aku boleh kategorikan dia sebagai seorang yang materialistik. Duit yang mak aku ada tak pernah cukup untuk dia. Tak tahulah apa yang dia buat dengan duit – duit dia tu.

Aku sendiri tak mampu nak bagi bulan – bulan dekat mak, sebab duduk dekat KL ni pun cukup – cukup makan tapi kalau aku balik kampung, aku akan hulur jugak. Sebenar – benarnya, mak aku ni terikut – ikut dengan per4ngai makcik – makcik aku iaitu kakak – kakak bapak aku.

Kakak sulung bapak aku pun berniaga tapi diorang memang hidup senang sebab takde tanggungan. Anak – anak makcik aku semua gaji besar, setiap bulan boleh hulur banyak kat mak ayah diorang. Makcik aku ni pun bab duit semua dia control dan sama jugak selalu cakap takde duit tapi sebenarnya duit dia beribu – ribu dalam bank.

Anak – anak dia pun sama, duit banyak tapi kedekut. Arw4h nenek aku selalu bagi duit kat bapak aku, sebab dia tahu memang kami ni hidup susah berbanding anak – anak dia yang lain. Ini plak pasal makcik aku iaitu kakak ke-2 bapak aku, suami makcik aku ni tahun lepas dapat duit epf RM60k, RM20k pakcik aku bagi dekat makcik aku untuk beli barang kemas.

Pernahlah makcik aku ni nangis – nangis, mengadu dekat mak aku sebab takde barang kemas. Sampai macam tu sekali, jadi hajat makcik aku ni dah tercapai. Sebab tu mak aku ni terikut – ikut. Beberapa bulan lepas bapak aku dapat duit epf sebab dah umur 50 tahun, dapat la dalam berapa peratus.

Jadi dia dapat dalam 8k dan dia gunakan duit tu untuk bayar semua hutang, hutang dekat mak aku ada la dalam beberapa ribu, dekat aku sendiri pun ada dalam 2k. Aku bukan nak berkira sangat pun tapi aku pun takde duit sangat tapi orang suka pinjam duit kat aku.

Sebabnya aku ni jenis cepat kesian bila orang minta pinjam. Duit yang aku simpan berbeIas ribu, habis macam tu je bagi orang pinjam. Memang bukan rezeki aku kot. Berbalik pada mak aku, dia membebel – bebel dekat adik aku, dia cakap yang duit rumah, duit kereta semua dia yang kena bayar.

Sekarang per4ngai mak aku ni m4kin menjadi – jadi. Semuanya pasal duit. Aku tak tahu apa lagi yang dia nak dalam hidup dia. Mak aku baru je dapat duit ASB dalam 10k, dia siap bagi sorang RM500 untuk adik beradik dia tapi kat anak – anak sendiri, kat suami tak bagi plak.

Cuma aku terkilan, sejak akhir – akhir ni mak m4kin kuat tengking bapak. Bapak jenis tak meIawan, dia diam je. Dia malas nak bising – bising. dik aku cakap, dia yang tengok mak tengking bapak pun rasa nak nangis. Sekarang bapak hari – hari asyik termenung je, bukan dia tak nak pergi tapi tengoklah cuaca sekarang ni.

Kalau cuaca ok, alhamdulillah perniagaan bapak ok je. Bila berniaga, duit berniaga semua dia bagi kat mak dan dia ambil modal je. Mak memang suka mendesak, dalam fikiran mak duit je. Bapak bukan suka – suka nak meminjam duit tapi memang terdesak.

Bila dapat untung berniaga dia akan bayar balik tapi tu la nasib dia macam tak berapa nak baik je kalau bab – bab duit ni. Pasal nak berniaga ke tak memang kena tengok keadaan cuaca. Bukan bapak tak nak berniaga time hujan.

Masalahnya memang tak balik modal. Bukan baru sehari dua bapak berniaga, dah dekat 15 tahun. Bila hujan memang takde orang, makanan tu semua bukan boleh simpan. Bapak jenis jujur, bapak tak nak tipu langsung dalam bab – bab berniaga ni.

Kalau orang lain boleh berniaga air, tambah air paip tapi bapak tak nak. Bapak cakap berd0sa. Mak aku siap cakap kat adik aku, kalau bapak aku ada nak pinjam duit bagai, jangan bagi. Ya Allah, kenapalah sampai macam ni mak, tak kesian ke kat bapak, suami dia sendiri tu?

Aku pun tak sampai hati dengar bapak aku susah macam tu. Aku bank in kan duit RM100 kat adik suruh bagi kat bapak. Aku rasa dah banyak sangat d0sa mak aku kat bapak aku. Aku pun tak tahu bapak makan ke tak hari – hari, kalau aku dekat bolehlah aku tengok tengokkan dia kat sana. Tapi aku jauh..

Bulan lepas masa aku balik kampung, aku suruh anak aku bagi duit kat bapak aku. Ada la dalam RM50, tu pun bapak tak nak ambik, mungkin dia malu kot. Kat mak aku tak bagi pun sebab aku tahulah mak aku tu ada duit.

Banyak duit berhabis beli itu ini, tambah lagi baju – baju. Semua dah macam baju mak datin. Aku sekarang tengah pening, sebab adik aku bagitahu yang mak ugvt bapak aku nak lari dari rumah. Macam budak – budak betul per4ngainya.

Aku nak call mak aku tapi adik aku tak bagi, nanti adik aku mesti kena marah giIa – giIa dengan mak aku sebab mengadu kat aku. Banyak benda lagi pasal mak aku ni tapi buat masa sekarang aku dah tak boleh nak fikir dah.

Sebab tu aku luah dekat sini, nak minta pendapat korang, apa – apa yang boleh aku buat untuk sedarkan mak aku atau nasihat dia. Walaupun aku tahu kalau kami anak – anak ni nasihat pun macam tak jalan je kan. Tolonglah ye, aku hargai sangat pendapat korang semua. Terima kasih.

Komen Warganet :

Aina Ain:  Seteruk mana pun ibu, dia sebenarnya beruntung kerana masih memiliki anak – anak macam korang. Doa seorang anak yang solehah itu insyaAllah akan sampai. Kalau dah jenis ibu takleh ditegur, awak kena banyakkan doa dan dalam pada itu juga kena tanya – tanyakan khabar ayah selalu.

Pasal ayah tak boleh kerja tu sebab hujan tu, cubalah slowly carik alternatif lain yang ayah boleh buat yang tak berg4ntung pada cuaca sangat. I guess kalau berniaga pasar malam, sure ada van, kan? Cuba ambil upah hantar budak – budak sekolah ke, since ayah pun ada pengalaman bawak bas express.

Pedot Liat : Sedih lak baca citer akak nih. Apa kata akak amik bapak akak 2 dan bawak dia tinggal kejap dengan akak. Tengok apa jadi dengan mak akak tu. Mer0yan ke idak. Saya cuma takut kalau bapa akak tu meninggaI (semoga dipanjangkan umur beliau….aminn) tetiba dan mak akak tak sempat nak mintak maaf bagai pastu baru nak menyesal. Takder guna dah la.

Cuba akak test pakai ayat ugvtan. Try cakap kat phone. Cakap la “mak.. mak nih tak menyesal ke kalau ayah tu tetiba meninggaII tanpa mak kat sisi dia dan tak sempat mintak maaf. Syurga bawah tapak kaki suami mak…remember thats (buat dengan nada slamber + tegas)”. Kalau tak jalan gak. Akak mintak la doa banyak – banyak kat Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.