
Bila aku nak ambil duit dalam beg, duit tu tak ada! Aku menangis, minta anak pulangkan balik tapi dia tak mengaku. PukuI 4.30 pagi tadi, aku terjaga sebab aku mimpi duit tu anak yang ambil. Masa dia pergi sekolah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalammualaikum admin dan pembaca. Harap sangat sangat admin siarkan luahan aku ni. Aku perIukan bantuan semua w4rga di sini yang berpengalaman. Untuk pengetahuan semua, aku tengah menunggu hari saja bakal diceraikan oleh suami.
Sekarang aku dan anak – anak balik kampung menyewa sendiri. Aku ada 3 orang anak dari umur 16, 10, dan 1 tahun. Tiga orang anak ni aku sendiri yang jaga. Rumah sewa, suami sediakan. Termasuk barang rumah dan sebuah motor untuk kegunaan aku hantar anak – anak ke sekolah.
Aku minta tolong kat sini, nak dengar kata – kata nasihat daripada ibu ayah kat sini. Masa beli motor, tak sampai 3 hari motor dah rosak. Owner asal ambil masa nak bertanggungjawab. Jadi aku tebalkan muka pinjam motor orang untuk kegunaan harian. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Motor dah siap repair, aku terp4ksa pajak barang kemas aku sebanyak RM600. Dapat ambil motor, aku dah bersyukur sangat. Yang aku nak cerita ni bukan soal motor ke apa. Tapi per4ngai anak sulung aku. Anak aku ni dengan suami dahulu, sejak kecil memang tak kenal ayah dia dan ayah dia memang tak pernah ambil tahu hal dia termasuk nafkah.
Dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah hinggalah aku kahwin baru. Itu pun sama je, kurang dapat perhatian sebab tak rapat. Anak tiri kan. Anak aku ni sebenarnya ok, banyak sangat jasa dia bantu aku untuk cari duit, urus rumah dan adik – adik dia.
Tapi sikap dia yang buat aku dah tak larat sangat nak hadap iaitu mencuri. Dua hari lepas aku pajak barang kemas aku RM600. RM400 aku bayar duit motor, ada baki lagi RM200. Aku tak sentuh lagi duit tu walaupun satu sen. Anak aku pulak giIa nak buat motor. Tapi aku tak benarkan.
Malam tadi aku terasa nak makan nasi goreng dan minta anak belikan roti untuk sarapan sekolah adik dia. Bila aku nak ambil duit dalam beg yang aku simpan, duit tu tak ada! Aku menangis, minta anak pulangkan balik, tapi anak tak mengaku dia ambil.
Dia pun ikut menangis sama bila tengok aku menangis. Aku terasa sangat. Puas aku menangis, aku solat Isyak. Dalam doa aku, aku minta petunjuk Allah, sama ada duit tu hilang sebab kelalaian aku atau memang anak aku sendiri ambil.
Malam tu aku masuk tidur, anak pulak sibuk make-upkan motor dia. Bila aku tanya mana dapat duit, dia cakap duit gaji dia. Anak kerja part-time waktu malam. Aku tetap musykil bila dia kata dia ambil gaji mingguan, sedangkan beberapa hari dah dia tak kerja.
Gaji sebelum ni dia dapat gaji harian, tu pun dia bagi kat aku. Dan lebih kurang pukuI 4.30 pagi tadi, aku terjaga sebab aku bermimpi duit tu anak aku yang ambil. Aku pujuk hati, mungkin mainan tidur aku saja. Aku bangun dan macam biasa, buat rutin harian aku dengan solat tahajud sampai selesai solat subuh.
Lepas siap solat, aku tergerak hati selongkar beg anak aku, tapi tak jumpa apa – apa. Hinggalah aku check poket seluar dia, aku terjumpa resit belian barang di kedai DIY. Bertarikhkan semalam pada jam 8 malam dengan nilai RM70 lebih. Semuanya barang motor!
Nak ke sekolah hari ni, aku tak benarkan anak bawa motor sendiri, aku yang hantar. Balik dari hantar anak, aku check motor. Memang banyak anak dah repair termasuk tayar. Sedih dan terasa sangat. Itu lah duit belanja aku sepatutnya, tapi digunakan untuk buat motor.
Bukan itu saja aku hadap, pindah sini juga, anak aku dah pandai hisap r0kok dan vape. Hari tu teruk aku marah dia, tapi rupanya tak serik. Cakap lembut, nasihat tak jalan, aku berkasar lagi lah sama. Jalan apa lagi aku nak bagi pengajaran pada anak aku supaya dia takut nak buat hal lagi? Penat sangat dah…
Ada ke sesiapa yang boleh bagi tunjuk ajar? Sekarang ni, nasihat, marah, cakap lembut memang tak jalan dah. Aku penat sangat dah sampai pagi ni aku berdoa pada Allah, minta Allah tunjukkan balasan pada dia walaupun mungkin terasa k3jam berdoa begitu.
Komen Netizen :
Iejam Mat Husin : Puan, selepas ini kena lah sangat – sangat berhati-hati dengan duit dan telefon pun. Dan, rajin bangun lewat malam berdoa dan bercakap, mengadu pada Allah SWT… DIA tunggu puan minta saja. Kita manusia biasa nak ubah sikap orang yang dah keras memang payah, melainkan Allah… DIA yang menciptakan kita. Yakin ya… saya pun akan berdoa supaya Allah memberi petunjuk serta jalan kepada puan.
HD Camera Sempoi : Sebenarnya anak lelaki ni, lagi keras lagi dia jadi. Nasihat kena betul, kata – kata biar tepat apa yang nak disampaikan. Jangan terlalu berpantun – pantun dan berikan sedikit kata – kata renungan. Cakap yang dia satu – satunya harapan keluarga kalau puan dah tiada nanti.
Anak – anak ni cukup terasa bila bab kehilangan orang yang dia sayang. Satu, selalu ingatkan dia supaya bersyukur dengan apa yang ada. Cerita tentang usaha dan rajin untuk masa depan yang baik. Lelaki yang meningkat remaja memang dunia dia lebih kepada kawan di luar. Jangan putus asa untuk berikan semangat pada dia tapi ingat, jangan sesekali h1na anak sebab lelaki ni, itu ego dia. Harap apa yang saya cakap ni puan boleh faham dan cuba nasihat selalu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.