Baru 6 bulan kahwin, hanya sekali suami sentuh saya sampai sekarang dia kata ‘jijik’ dengan saya

Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung, lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi cukuplah hanya untuk dapatkan anak. Lepas tu nak tinggalkan saya ke apa silakan..

#Foto sekadar hiasan. Assalam admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa menghukvm saya. Saya baru berkahwin 6 bulan lepas.

Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah. Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya.

Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah.

Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon test0sterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. Tapi doktor kata tak lah sampai tahap teruk atau bah4ya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau dan sebaginya.

Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doktor kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah. Saya terangkan pada suami.

Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa.

Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni peng0rbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah.

Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja.

Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa. Saya tak faham per4ngai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa.

Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebeIah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba – tiba nak jijik?

Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa. Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui s3x drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa.

Sungguh saya tersiksa bila jadi macam ni. Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia.

Bila saya marah atau sedih dengan kata – kata dia yang mengh1na fizikaI saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang – sorang. Takpelah asalkan saya tak berd0sa marah atau tengking dia bila saya terasa hati. Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha.

Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macam ni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikaI saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang membvnvh keyakinan diri saya 100%. Rasa terh1na sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macam ni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni.

Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya.

Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikaI saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan k0rbankan untuk dia. Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa – biasa saje.

Kalau saya nak kutuk fizikaI dia, macam – macam saya boleh kutuk. Tapi pada saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik.

Maknanya bila hubungan jadi macam ni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah. Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana?

Ada ke lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikaI dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak.

Lepas tu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni. Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka.

Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni mend3rita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dalam keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya. Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang – kadang s4kit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Komen Warganet :

DoubleA bukan AA : Siannyaaa.. istikharah lah (kalau kamu Islam), minta bantuanNya. Jangan takut tak kawin ke apa. Ntah – ntah dapat jodoh yang lagi terbaik. Jangan fikir nanti takda orang nak saya etc. Yakinlah denganNya.

Lagipun suami pun nanti akan dipanggilNya. Sampai bila nak begitu dah suami tak berlapang d4da. Sampai bila – bila dia akan ungkit. Move on dan carilah bahagia sendiri. Entah – entah bulu – bulu tu asbab Tuhan bagi rezeki untuk u yabg tak tahu apa. Jangan sedih – sedih.. bangkit.

Wilma : Jangan la fikir taknak parent risau, kalau dorang tau ko tak bahagia berendam air mata, dorang lagi tak suka. Kalau laki taknak berubah, balik la ke pangkuan parent selagi deme ada. Cari bahagia sendiri jangan h4mbakan diri pada yang tak sudi. Parent ko besarkan ko bukan untuk jadi h4mba orang yang tak reti menghargai.

Jasnita : Sayangi diri sendiri before sayang orang lain dan janganlah asyik fikir nak puaskan hati orang lain sampai diri mend3rita. Have small talk with the husband if dia tak boleh terima dan susah nak berubah. Maybe boleh cari bahagia di tempat lain.

Tak payah menyusahkan diri hidup dengan orang yang tak suka kita dan bahagia tu bukan dengan hidup berumahtangga je. Ada je yang happy melayari hidup sendiri. Dan satu lagi biarlah kita ni independent in terms of financial means tak berg4ntung kat orang dan bebas buat apa yang kita suka. Love yourself first woman. Dont let others dictate what you need to do.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.