Lepas 4 tahun baru saya tahu suami kahwin lain, dah ada anak seorang. Takkan nak suruh mereka cerai

Sekarang saya tengah mengandung anak yang keempat. Baru – baru ni saya dapat tahu yang suami dah kahwin lain hampir 4 tahun lepas dan ada anak. Rupa – rupanya saya pernah jumpa perempuan tu. Dia lebih tinggi, lebih cantik dari saya. Kulit licin, tak macam saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai semua. Saya macam korang semua. Salah seorang peminat page ni. Sebenarnya, lama juga tak jenguk sini. Sejak akhir ni, tergerak hati nak jenguk. Selama ni memang jadi silent reader je.

Baca comments netizen. Doakan dari kejauhan untuk mereka yang perIukan kekuatan, ketabahan, yang ingin berubah, and etc. Maaf. Sebab saya tak tahu nak luah pada siapa. Mungkin di sini platform terbaik buat saya, bagi meringankan beban, serabut fikiran. Maaf jika terpanjang.

Tak tahu lah macam mana boleh tergerak hati nak menulis, nak sharing, nak mintak pendapat, sokongan dari semua. Saya seorang suri rumah dengan tiga cahaya mata. In shaa Allah keempat bakal menyusul bulan 9 ni.

Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Walaupun sebenarnya belum betul – betul bersedia. Anak yang kecik baru setahun 6 bulan. Emm. Baru – baru ni dapat perkhabaran yang agak sedih buat diri ni. Logik akal, rasa macam kenot brain. Hahaha..

Dapat tahu suami dah kahwin lain almost 4 years dah dan dikurniai seorang cahaya mata perempuan yang telah berusia 2 tahun setengah. Macam lawak apakah ini. Nasi dah jadi bubur kot! Nak buat hape lagi. Berhuhuhu saja lah.

Macam kenot brain kenapa nak kahwin dengan laki orang pun ye juga. Hahahah. Actually, Allah bagi petunjuk dah lebih kurang 2 tahun sebelum semua ni terbongkar. Sebelum adanya anak yang ketiga. Bila check wasap suami.

Terbaca sesuatu yang mengatakan someone ni rupa – rupanya wife dia. Dan satu lagi conversation, tertulis bini muda. Rasa kecewa, sedih bila terbaca tu Allah saja yang tahu. Dunia rasa gelap juga. Betul ke apa yang di baca tu.

Scroll juga wasap lain, kot terjumpa conversation dengan someone tu. Tapi tak ada. Tak jumpa pun. Try tengok contact number pun, tak jumpa nama tu. Okeh, untuk tak keliru, someone tu saya letak nama dia Zema lah.

Melalui nama dalam conversation tu, saya kenal orangnya. Pernah jumpa sekali, dua, itu pun dalam 5 tahun lepas. Sump4h lupa dah raut wajah dia. Pernah juga terdetik rasa cemburu masa mula kenal dia. Of course lebih tinggi, lebih cantik dari saya.

Kulit licin, tak macam saya. Ambil masa juga untuk tanya suami. Dalam seminggu dua macam tu. Beranikan diri tanya suami. Masa tengok wasap tu, sempat juga lah screensh0t. Tapi bila tanya, suami nafikan. Dia cakap sebab kerja menuntut dia bagitahu client macam tu.

Ntah lah. Rasa nak percaya tak percaya tu macam sama banyak. Tapi atlast, percaya juga. Walaupun rasa ins3cure tu ade. Dalam dua minggu lepas dapat tahu wasap tu, dapat tahu diri ni berisi yang ketiga. Alhamdulillah sebab memang ditunggu.

Dan ignore saja lah apa yang berlaku. Tapi separuh hati dah kurang percaya pada suami. Selang beberapa bulan, mungkin sekali lagi Allah nak tunjukkan, suami tersalah hantar wasap. Ayat dari wasap tu, bila baca autom4tik hati terdetik, rasa macam betullah dia ni dah kahwin lain, siap ada anak lagi.

Masa tu tengah br3akfast dengan kawan. Yes. Kawan siap perasan perubahan air muka dan tanya kenapa. Reply juga wasap suami. Terus tanya, ada anak lain ke. Tapi tu lah. Twist baik punya. Cakap tu pekerja baru. Tak tau apa lagi sangat.

GiIa juga boleh percaya lagi. Tapi macam biasa la, rasa lain macam, rasa sangsi tu dah mula bertapak di hati. Buat pengetahuan semua, suami seorang yang workah0lic. Dari mula kahwin lagi. Walaupun masa tu kerja lain bidang.

Sebelum tu PJJ awal perkahwinan. Masa nak bersalin anak 1st, baru suami resign. Alhamdulillah rezeki tak putvs walaupun suami tak kerja masa tu. Actually suami dapat tawaran masuk perkhidmatan awam yang menuntut kursus latihan selama 9 bulan.

Tak dapat batch 1, tapi batch 2 masuk kursus bulan 6. So, at that time anak dah 6 bulan. Bila masuk kursus, tinggallah berdua dengan anak. Kadang – kadang mak dan mak mertua bergilir buat teman. Peng0rbanan untuk hidup yang lebih baik.

Masa ni, saya masih bekerja lagi. Tamat saja latihan selepas 9 bulan, saya berhenti dan ikut dia posting di selatan tanah air. Bermulalah episod jadi suri rumah sepenuh masa. Dan masa ni baru preggy anak kedua. Suasana baru, tanpa kawan, duduk dengan anak je.

Hampir dua, tiga tahun juga terperap saja dalam rumah. Suami sangat busy. Sabtu Ahad juga busy. Hari off petang atau malam baru nampak bayang. Hanya sesekali dapat keluar spend masa bersama. Culture shock la juga.

Suami pesan, kena jadi kuat. Kerja dia sekarang menuntut masa yang lebih banyak dengan rakyat. Anak – anak hanya mampu bawak main dekat bawah. Sebab saya duduk rumah tingkat dua. Walaupun blok yang saya diami kelihatan banyak kereta, tapi bayang orang susah nak nampak.

Pendek kata, nak cari kawan pun susah. End up, layan lah anak – anak main di bawah. Sebaik ada jumpa kawan 2, 3 orang. Mama saja yang keseorangan. Next, bila anak dah besar sikit, dah sekolah tadika, at that time baru lah dapat jumpa dengan orang luar.

Keluar jalan kaki, beli br3akfast dekat gerai luar kawasan perumahan. Dari situ, berjaya berkawan dengan akak gerai cantik tu. Rupa – rupanya kami sebaya. Mula dari situ, sikit – sikit dapat jumpa kawan baru, bersosiaI.

Tidaklah duduk di sarang hadap dinding je. Memang boleh depr3ss jawabnya. Layan kerenah anak, dengan suami super busy. Nasiblah kahwin dengan orang yang very workah0lic. Bahahahah. Jadi, sebab dari ni, kurang sangat dapat berkomunikasi.

Saya kat rumah penat layan anak, dan dah terbiasa dia jarang di rumah. Bila malam tertidur kepenatan. Salah satunya, sebab br3astfeed anak, selalu tertidur sesambil tu. Suami pulak termakan hati. Tapi itu lah titik tolak kesalahan kesilapan antara kami. TIDAK BERTERUS TERANG.

Masing – masing pendam dan ingat semuanya will be okey. Dalam masa dia bekerja, ramai juga yang cuba tackIe dia walaupun tahu dia dah berkahwin. Ada lah 4, 5 orang yang try. Doktor, lawyer, pegawai. Tapi semua berjaya ditolak, dan ditepis.

Cuma dengan Zema ni je. Both pada mulanya tak berniat pun nak bercinta ke ape. Tapi bila dah sering bersama atas urusan kerja, mak Zema mula tanya dengan siapa keluar, tak baik, tak manis keluar macam tu dengan lelaki.

Akhirnya, dia tanya dan ajak suami kahwin. Disebabkan masalah kurang komunikasi antara kami, menjadi salah satu punca suami decide untuk kahwin, selain untuk mengelakkan maksi4t di masa akan datang. Siapa tahukan?

Suami ambil masa yang lama juga untuk buat keputvsan. Setelah menimbang tara kan apa kesannya semua. (Suami yang cerita selepas saya dengar pengakuan suami. Saya desak suami beritahu sejujurnya selepas dua tahun hidup dalam teka teki dan prasangka.)

Almost 4 years bukan lah suatu masa yang singkat. Tak sangka sangat dalam 4 tahun tu, dah hidup bermadu tanpa pengetahuan. Betullah orang kata, jangan main – main dengan instinct wanita ni. Dalam masa yang sama, doa juga pada Allah.

Kalau betullah suami ada orang lain, mohon Allah tunjukkan. Memang Allah sangat baik, berikan petunjuk tu. Zema sebelum berkahwin, ada juga mintak jumpa saya. Tapi suami tak benarkan. After dah kahwin pun, Zema mintak juga nak jumpa saya.