Lepas 4 tahun baru saya tahu suami kahwin lain, dah ada anak seorang. Takkan nak suruh mereka cerai

End up pun sama, suami tak benarkan. Dengan alasan, dia tak sampai hati nak bagitahu saya. Sebab anak masih kecil. Tapi tu lah, nak diikutkan, anak dah umur 6 tahun dan 4 tahun lebih kurang. Bukan lah terlalu kecil untuk dia berterus terang. Berbincang.

Kalaulah suami amik pendekatan untuk berbincang, berkomunikasi heart to heart, face to face, apa yang terpendam selama ni, mungkin boleh lagi diselamatkan, dielakkan untuk kahwin lagi. Tapi itu lah, takdir Allah tak siapa boleh halang.

Kadang – kadang ada juga terfikir. Kalau lah suami bagitahu lebih awal, mungkin tiada yang ketiga dan keempat ni. Tapi kenapa saat tengah pregnant yang keempat ni, baru saya tahu. Lawakkan. Tipulah kalau cakap tak kecewa, hati tak h4ncur berkec4i.

Tapi, ye lah. Nasi dah jadi bubur. Kalau belum kahwin, masih boleh halang, tapi ni siap dah kahwin siap pakej ada anak yang boleh berjalan dan bercakap lagi. Apa yang saya boleh buat? Takkan lah nak suruh bercerai. Kesian anak tu.

Nak tak nak, saya terp4ksa hadap. Terima, belajar untuk redha. Susah dan sangat sukar bagi saya. Memandangkan situasi semasa, dengan pregnancy kali ni 1st time sangkut GDM. Rasa diri ni sangat lemah Ya Allah. Tapi saya kena kuat, demi anak dalam kandungan ni atleast.

Masa tengah type ni, suami balik ke sana. Giliran isteri baru dia. Mudah – mudahan suami dapat berlaku adil dan bertanggungjawab sebaik mungkin. Sebelum ni, dah terbiasa suami sibuk kerja, balik selang sehari, Sabtu Ahad sangat jarang nampak bayang.

Tipulah tak jeles tengok orang lain weekend saja spend time dengan family. Pergi makan, jogging, window shopping. Semua tu bikin jeles. Tapi kami tak ada semua tu. Tak pernah lalui semua tu. Terp4ksa pujuk hati sendiri.

Kalau sempat pun pergi sarapan, then dia dah kena berkejar ke office semula. Bila nampak kereta membelok ke arah perumahan, tersiat hati. Dalam hati cakap, laaaa dah nak balik rumah ke. Kesian juga kat anak – anak.

Selepas dapat tahu semua ni, suami bagitahu dia tak pernah tipu bila cakap pergi kerja. Dia jarang ada kesempatan bersama isteri baru. Dia cakap dia suami yang jahat. Tak adil dengan kedua – duanya. Bab nafkah, buat masa sekarang memang belum cukup mampu.

Suami sebelum kahwin dengan Zema, dah berterus terang tak mampu. Tapi Zema tak kisah. Sebab income dia pun lebih besar dari suami. Bila dah kahwin, suami rasa dia jahat sebab tak dapat bagi nafkah selayaknya pada isteri barunya.

Banyak urusan isteri barunya uruskan. Doa saya moga suatu hari nanti, suami dimurahkan rezeki untuk berlaku adil selayaknya. Sebelum ni pun, sebelum saya tahu yang keadaan yang sebetulnya, giliran isteri baru pun tak berapa adil.

Kekangan masa dan kerja. Kebanyakan masanya habis kat kerja. Cuma baru – baru ni, lepas saya tahu, baru suami bergilir – gilir. Lagi pulak, keesokan hari selepas saya tahu, suami lapor diri di tempat baru yang kurang sibuk dengan jawatan yang kurang sibuk.

Jadi bermulalah episod, satu malam sini, satu malam sana. Bila pertama kali nak bergilir ni, awkwardnya saya rasa. Ye lah. Sebelum ni tahu dia tak balik sebab kerja. Tapi tiba – tiba tahu dia tak balik sebab giliran rumah sana.

GiIa tak janggal. Rasa macam tak rela dan tak nak lepaskan dia ye juga. Tipu lah kalau tak terfikir, tak terbayang suami bersama orang lain. Dalam kepala ni, macam – macam fikir. Jenuh nak tick giliran sape hari ni. Ingatkan bila dah ada masa bolehlah habiskan masa bersama.

Tapi realitinya, kena bergilir – gilir pulak. Tetap sama. Tak ada apa yang berubah. Cuma situasi saja yang berubah. Bukan lagi tak balik sebab kerja, tapi sebab berada di rumah sana. Rindu tak habis lagi, nak berborak, nak luah perasaan.

Tapi tu lah yang kena hadap. Lagi pulak, buat masa ni dia bertukar kerja di daerah lain. Jadi berulang alik dari rumah. Kami belum dapat pindah ke daerah itu kerana ketiadaan rumah kosong. Kesian juga dia penat, tapi ini masalah yang dia wujudkan.

Nak tak nak kena la hadap. Mesti ada yang tanya, saya terima seadanya ke? Hmm. Tipu lah kalau cakap tak rasa apa – apa. Rasa dikhianati, rasa kecewa, h4ncur berkec4i tu tetap ada. Tapi saya tak tahu macam mana saya boleh redha kurang dari dua hari.

Takkan nak suruh cerai pulak kan. Tak tahu apa lagi boleh buat. Selain belajar menerima dan redha. Dah lah tengah berbadan dua, kalau tak kuat memang tak tahu apa jadi. Mintak juga untuk dilepaskan. Tapi dia cakap, hanya m4ut yang boleh memisahkan. Ntahlah.

Maafkan mungkin boleh, tapi p4rut Iuka tu tetap ada. Doakan saya kuat hadapi semua ni. Pengajarannya, bila dah kahwin ni, cari lah masa untuk komunikasi. Face to face, heart to heart. Jangan pend4m semuanya seorang diri. Suami pend4m, isteri pend4m.

Bila nasi dah jadi bubur, apa pun tak boleh dah. Ada masalah, bawak berbincang sebaiknya cari penyelesaian. Nak cakap ni silap dia 100% pun tak boleh. Sebab saya pun silap dan ada khilaf tersendiri. Nak cakap Zema per4mpas pun tak boleh juga.

Sebab it takes two to tango. Kan? Kalau suami takde hati kat Zema, masakan boleh berkahwin. Buat masa ni, saya cuba belajar untuk redha, terima takdir, qada dan qadarNya. Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik ni. Kalau awak ada di dalam kasut saya, apa yang awak akan lakukan?

Dan nak mintak semua mohon doakan yang terbaik buat kami. Moga saya dapat lalui dengan baik. Moga anak dalam kandungan baik – baik sahaja. Tipulah kalau tak ternangis bila teringat semua ni. Ada masa, meleleh juga air mata ni. 14 tahun kenal. 4 tahun dimadukan. 9 tahun usia perkahwinan.

Buat masa ni, hanya mak mertua yang tahu. Tapi bila dalam phone dengan mak mertua, dia tak tanya apa – apa. Mungkin tak nak tambah kesedihan di hati ni. Tak tahu lah, macam mana keadaannya bila semua orang yang saya sayangi tahu.

Buat masa ni, cukuplah hanya kami sekeluarga kecil yang tahu. Biar masa menentukan semuanya. Bila baca posting di sini, bersyukur juga lah. Sebab Allah uji saya semampunya, tidak seteruk apa yang saya baca.

Selama ni suami bertanggungjawab, cukup nafkah zahir batin, cumanya mungkin ni kesilapan dia. Kesilapan saya. Kesilapan Zema. B0dohkah saya? Terima kasih kalau sudi baca coretan seorang intr0vert ni. – Redha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Siti : Nak komen lagi lahh, mak saya ialah isteri pertama, cerita lebih kurang tt. Saya syukur arw4h ayah saya kahwin dengan makcik tu, makcik tu orang senang, Alhamdullilah dia banyak tolong kami 5 beradik sambung belajar.

Itulah hikmah dia dapat mak tiri yang baik dan bertanggungjwb, kitorang selalu berkumpul time raya / ada majlis keluarga. Arw4h ayah saya tinggal dengan makcik, tapi dia tak ada anak bersama cuma ada anak dari perkahwinan makcik, 2 orang lelaki dan diorang pun dah kawen.

Mak tinggal bersama kami anak – anak yang belom kahwin sampai sekarang. Pada 2018, ayah saya kena ser4ngan jantung dan meninggaI, 3 bulan selepas tu, arw4h makcik pergi disebabkan k4nser paru – paru.

Mak saya ada dengan saya, cuma uzur, bila saya tanya apa perasaan dia bila dimadukan, mak cakap mak redha, sekurang – kurangnya arw4h ayah berkahwin secara sah, bukan berz1na sana sini, mak kuat sebab mak masih ada anak – anak.

Tu lah jawapan mak. Arw4h ayah pun pernah cakap, dia sayang mak sebab dengan mak, dia ada anak – anak yang baik. Alhamdulillah. Apa yg boleh saya cakap, kami semua ok je, kumpul bersama – sama, bergelak ketawa yang peliknya saud4ra mara kami yang tak boleh terima sebab mak baik sangat dengan madu dia, dah macam adik beradik.

Apa yang boleh saya cakap, arw4h makcik memang baik, dia layan kitorang macam anak sendiri, tu lah kita tak tau perancangan Allah kepada setiap h4mbanya. Mungkin hikmahnya kita akan dapat 10 / 20 tahun akan datang. Tak ada yang sia – sia dari Allah. Subhanallah.

N Khairin Nawwarah : Suami you PTD ke? Kalau betul, I ada kenalan yang kerja sebagai PTD juga, tapi masih luang masa bersama keluarga. Saya rasa suami you weekend tu bukan sibuk kerja, sibuk bercinta dengan isteri kedua.

Suami yang baik takkannya sampai tak dapat nak luang masa dengan anak dan isteri di hujung minggu. Awak pun, kena kerja balik, anak ada 4 orang. Dan tolonglah jangan salahkan diri sendiri, awak dah buat yang terbaik sebagai isteri dan ibu.

Suami awak yang patut rasa malu sebab abaikan keluarga, dan dia yang gatal menambah isteri walaupun tahu diri tu tak mampu. Semoga awak dapat keadilan dalam rumah tangga, selalu ingat untuk sayang diri sendiri dan anak – anak ya sis. Take care

Kloe Kloey : Apa perasaan lelaki bila tau tak mampu serba serbi tapi nak kawin lebih jugak. Dalam kes ni madu tu yang ‘beli’ suami. Tak ke lelaki patut rasa terc4bar maru4hnya? Seolah – olah dijadikan pemuas nafsu perempuan, tanpa perlu membiayai.

Bukan ke suami tu qawwam (maintainers)? Hmmm… yang perempuan tu pun tak sedar yang dia bukan dapat suami pun tapi dapat benda saja.

Syima Ul Husna : Fuh fuh.. sambil baca meluap – luap rasa marah pada husband confessor ni. Tapi dari segi penulisan, nampak cool dan m4tang. Puan seorang yang tabah dah terb0ngkar, masih boleh waras fikir bab adil, bab giliran..

MasyaAllah, wanita hebat saja boleh tahan macam ni. Puan tengah pregnant, nak rosakkan em0si pon tak elok kan, untuk anak – anak. Nak bagi nasihat saya pon tak terbayang, cuma 1 saja.

Saya rasa sebagai wanita macam mana pon kat kena bersedia dengan macam – macam kemungkinan. Mungkin Puan pon kena bersedia untuk mencarik income sendiri ke, mula berniaga kecilan.