Baru setahun kahwin, aku dah takut dengan isteri. Isteri suka salahkan aku. Tak dapat parking, isteri call marah-marah aku

Pergi makan, kedai favourite dia tutup salahkan aku. Katanya ni semua salah aku. Jalan jem, isteri call marah – marah aku. Cari parking tak dapat, meng4muk kat aku. Aku ke punca semua ni? Aku jadi takut dekat isteri..

#Foto sekadar hiasan. Jalan jem, isteri call marah – marah aku. Aku ke punca jalan tu jem? Dia kata tak kira. Tetap salah awak. Kereta depan slow, dia call marah aku. Nak lepas str3ss kat aku. Sebab nak p0tong tak lepas. Cari parking tak dapat, meng4muk kat aku.

Sanggup taw dia call aku 4 kali semata – mata nak lepas geram kat aku. Ingatkan ada hal apa ke, rupanya sebab str3ss tak dapat parking. Pergi makan, kedai favourite dia tutup salahkan aku. Katanya ni semua salah aku. Aku tanya apasal pulak salah aku. Dia kata biar la.. Memang pun salah awak. Aik??

Pergi isi minyak, nozzle rosak. Tengah isi dah full nozzle tak stop. Minyak melimpah. Salahkan aku.. Katanya aku tak bagitau nozzle tu rosak. Aku mana nak tahu. Aku sendiri pun tak isi minyak kat situ. Dia nak pi isi minyak pun aku tak tau.

Alasan dia satu ja.. Biar la. Dah ada suami kan.. Salahkan suami la, nak salahkan sapa lagi. Tu fungsi ada suami.. Aik.. Aku tanya dia, lepas tu puas hati ke lepas salahkan aku. Jawapan dia kadang – kadang puas hati kadang – kadang tak.

Sebab salah aku terlalu banyak. Setiap hari pun rasa tak puas salahkan aku. Ermm.. Hari raya salam aku mintak maaf. Ayat dia, saya mintak maaf banyak salahkan awak. Tapi awak kena ingat, sebab awak memang bersalah. Jadi tak salah pun saya salahkan awak. Aik..

Kucing jiran ber4k depan rumah. Dia tanya awak tak tengok ke kucing jiran datang rumah kita. Aku kata, ingat aku takde kerja lain ke. Dia kata tak kira. Tetap tu semua salah awak. Aku macam apa benda ni. Kucing ber4k pun salah aku? Dia cakap memang salah awak pun.. Adoi la..

Aku jumpa video klip macam orang buat kat tiktok. Lagu Siti Nur Haliza. Kesilapan ku ke apa tah tajuk dia. Tapi macam satu ayat – ayat la. Aku hantar la kat dia.. Supaya dia sedar dia tu yang banyak salah kat aku. Boleh pulak dia reply, bagusla awak sedar salah awak memang banyak pun. Don’t forget, kesilapan ku tu kerana kesalahan mu. Sambil letak icon kejit mata.

Aik… Tak terfikir dek otak aku dia akan reply macam tu.. Dalam kereta ada la dia cakap – cakap, aku diam ja. Dia tanya kenapa diam. Aku kata diam lagi bagus dari cakap nanti orang salahkan kita. Dia jawab awak diam ke bercakap ke tetap salah.. Semua yang berlaku kat dunia ni semua tu salah awak.

Ermm ye la… Laki mana pernah betul. Aku baru ja kahwin setahun lebih sikit. Jadi aku perIukan nasihat otai – otai macam mana nak handle bini terpaling betul ni. Tolong nasihat aku jap. Asyik aku ja kalah dengan dia. Sesekali nak jugak rasa menang. Biar aku pulak ada point untuk bash dia.

Oh lupa, aku ada jugak saja – saja buat macam tu. Pakai ayat yang sama. Call dia marah sebab jalan jem. Aku kata ni semua salah awak. Boleh pulak dia jawab, pergi la salahkan kaum awak. Yang buat jalan tu kaum awak tau. Cuba kaum kami buat jalan, tak denya nak jem.

Aik… Macam tu pulak. Lepas tu hantar wasap icon sarcastic. Study lebih sikit cik abang kalau nak salahkan saya. Point awak tak boleh Iawan point saya. Aku macam.. Diam lebih baik dari cakap dengan perempuan. Sebab must4hil untuk menang.

Kami pergi kerja mesti on call. Kalau dia dah sampai, aku kalau cakap bye dulu, terus tu salah aku. Jangan cakap bye selagi dia tak cakap dulu. Hari ni aku hantar wasap kat dia. Aku kata kesian pesalah – pesalah. Mesti awak jatuh hukvman tak adil. Pilih kasih dan berat sebeIah.. Asal laki ja semua salah.

Dia reply. Saya adil pada profession saya tapi bukan pada awak. Saya tak salahkan semua lelaki, tapi saya salahkan awak sebab awak tu laki saya. Nampak tak ayat mengelirukan dia. Aku tanya, kenapa awak buat macam tu? Kenapa tak nak adil pada saya. Awak sedar tak saya ni suami awak. Awak ni macam sengaja buIi saya.

Dia jawab sedar. Memang saya sengaja sebab saya sangat cintakan awak. Adoii.. Lemah betul iman aku. Terus aku jadi berbunga – bunga. Sejuk terus hati aku tak jadi marah. Kenapa la aku cepat aku cair dengan dia ni. Dalam perjalanan balik kerja asyik sengih – sengih ja aku. Macam angau. Tak sabar nak jumpa dia..

Sebab whole day tu dia sangat behave. Cakap benda – benda yang best. Yang penting takde salahkan aku. Ingatkan lepas tu dia berubah. Rupanya tak jugak. Malam dia masak spaghetti. Lepas tu kuah dia macam masin sikit. Terus dia cakap, eh masin pulak kuah ni.. Ni semua salah awak la ni.. Tak tengok ke kuah ni masin.

Aku kata apa pulak salah aku. Kan awak yang masak. Dia kata sebab tu salah awak.. Sebab saya yang masak. Cuba kalau awak yang masak, lagi banyak saya boleh salahkan awak. Lepas tu awak yang request nak ni kan.. Sebab tu dia jadi masin.

So memang salah aku la kan wahai pembaca?? Nak ja aku baIas kalau isteri masak masin tu tandanya nak dapat madu. Tapi apa kan daya, kata – kata tu sekadar di hati bukan di bibir. Bila dah kahwin ni auto ada sikit perasaan takut bini.. Aku pun tak tau kenapa.. – Am (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Najah Mazni Ishak : “So aku perIukan nasihat otai-otai macam mana nak handle bini terpaling betul ni.. Tolong nasihat aku jap.” Sejujurnya, tak ada nasihat yang dapat saya bagi sebab saya yang perempuan pun tak buat per4ngai sampai tahap macam isteri confessor ni.

Kalau saya, saya sendiri tak boleh sabar dengan sikap macam ni. Mungkin cute bagi orang lain, tapi tidak bagi saya untuk jangka masa panjang. Tambah – tambah umur sekarang ni, ada banyak perkara yang lebih menyemakkan kepala yang nak difikir.

6 bulan pertama, mungkin la boleh layankan lagi. Selepas itu, saya slow talk dulu, cakap baik – baik. Sekali, 2 kali, 3 kali. Selepas itu, I’m done talking. Setiap kata – kata prov0kasi hanya akan bertemu dengan kesenyapan saya sahaja.

Muhammad Zulhilmi : Dik, dengar nasihat ni dari suami ke suami. Kau deserve better life. Ini tak normal dalam perkahwinan. Nasihat balik elok – elok. Jika Tak jalan guna orang tua atau orang lain macam kaunselor. Kalau ujian ni saya dapat, saya balik kampung dia, serah balik kat mak bapak dia elok – elok.

Masa tu cakap je kat muka dia, “ini jadi sebab salah awak”. Kita nak isteri sebab nak ada peneman yang menenangkan jiwa, berkasih sayang. Esok ada anak jangan anak pun disalahkannya.

Masamah Ibrahim : Isteri awak ni tak boleh handle str3sss, semua nak salah kan orang. Berat kes, rasa dia terpaling perfect. Sentiasa nak menang, kalau tahan layanlah, tapi better bagi silent treament dulu kalau tak jadi juga, pulangkan pada mak ayah dia yang bersalah tak didik hormat kepada suami.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.