Baru setahun kahwin dah disahkan depr3ssion. Dari free hair kepada bertudung. Suami p4ksa pakai tudung labuh, longgar

Suami yang ubah aku dari free hair, dia p4ksa aku bertutup, labuh, pakai baju Ionggar. Suami sediakan tempat tinggal, kalau pergi beli barang dia bayarkan, lepastu bila tidur suka peIuk aku. Nampak sempurna kan? Tapi suami aku berjvdi..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum. Nama aku Alin, berusia 30 tahun. Baru je kahwin dalam setahun, belum dikurniakan anak. Kami sebelum ni berkawan je tapi ambil keputusan untuk kahwin. Aku tak tahulah aku ni overthinking ke memang suami aku benci aku.

Aku rasa betul kot jadi isteri ni selalu pendam perasaan, pujuk diri sendiri. Aku disahkan Severe Depr3ssion Disorder sejak aku kahwin. Sebelum ni takat str3ss biasa je. Entah lah, aku sangat terkesan dengan kehidupan aku, kerja aku dan suami aku. Tapi aku nak highlight kan pasal suami aku.

Suami aku baik tapi dalam masa yang sama ada yang tak baik. Suami aku yang ubah aku dari free hair, dia p4ksa aku bertutup, labuh, pakai baju longgar. Suami aku sediakan tempat tinggal, kalau pergi beli barang dia bayarkan, lepastu bila tidur suka peIuk aku. Memang nampak semuanya sempurna kan?

Tapi, aku rasa suami aku tak suka aku. Bila bercakap asyik merengus tapi sekarang dah okay sikit lepas beberapa siri aku merajuk dan menangis. Suami aku pun berulang kali kantoi berjvdi. Aku sampai dah kering air mata dah. Aku dah bagitahu family dia pun masih sama.

Di depan family, dia seorang yang normal, tapi sangat nars1stik. Dia suka menyalahkan aku atas apa yang dia buat. Contoh, aku sedih bila dapat tahu dia berjvdi, aku yang salah sebab aku sedih. Katanya benda tu tak libatkan aku. Tu antara dia dan Tuhan.

Weh salah ke aku sebab aku tak suka suami aku berd0sa? Dia tak pernah tahu betapa teruk perbuatan dia tu terhadap mental aku. Aku sampai tertekan sebab aku tak pernah pun minta sesuatu melebihi kemampuan dia. Tak pernah aku minta barang mahal, branded macam isteri orang lain, tapi kenapa sampai dia kena berjvdi? Gaji dia dah cukup dah.

Aku ni nak beli apa – apa pun, hatta sehelai baju RM50 pun aku fikir banyak kali tapi selalunya aku tak beli pun sebab aku takut susahkan dia. Tapi aku selalu belikan apa yang dia suka guna duit aku. Tapi dia mana pernah nampak tu.

Suami aku bila nak bersama, terus ke situ je. Tak fikir pun kepuasan aku. Yang penting dia puas. Aku rasa dia jijik kot nak pegang aku, nak civm aku. Bila aku suarakan apa yang aku rasa, dia akan rasa aku salahkan dia atau Iawan dia.

Bila dia marah – marah, aku sedih, so tu salah aku. Aku ni bila sedih atau marah, aku bukan jenis yang jerit – jerit. Aku diam. Tapi bila aku diam, aku la salah. Bila dia str3ss, penat, semua benda jadi tak kena. Rumah bersepah, bising – bising.

Padahal selama ni aku tak pernah bising pun bila dia sepahkan baju kotor, bercampur dengan baju bersih. Stokin merata, spender merata. Bila dia balik kerja aku hidangkan je makan, takde aku bising pun. Jarang sangat aku nak rasa dia masak, kalau aku lapar pun, dia minta aku beli makanan sendiri.

Bayangkan dari pagi sampai petang aku tak sempat makan, takde pun dia fikir aku lapar ke apa.Tapi bila aku tak kemas rumah, kena pulak mood dia tak okay, berbekas hati aku dia bebelkan aku. Belum lagi cerita dia lebihkan orang lain berbanding aku.

Kalau soal kawan, terus aje setuju. Bila aku, aku ajak pergi mana – mana guna duit aku pun macam – macam alasan. Lepastu buat buat tak perasan aku ajak. Mungkin aku ni teruk sangat kot jadi isteri dia. Aku tidur dengan airmata pun dia buat tak tahu je. Takde pun nak pujuk aku.

Mungkin aku ni takde harga pada dia, sebab tu dia paling risau kalau aku mengandung. Risau sangat kalau aku โ€œlekatโ€. Dia tak nak ada benih dia dalam rahim aku. Aku minta maaf sebab luah kat sini, sebab aku ni selalu sangat dah rasa nak m4ti.

Aku tak boleh nak cerita pada sesiapa, sebab aku rasa ni aib rumahtangga. Aku rasa berd0sa je aku jadi seorang isteri tapi selalu terasa hati dengan suami. Aku risau sempit rezeki suami aku, nanti sulit urusan dia. Tapi dia selalu cakap doa isteri tak affect suami pun.

Sebab syurga seorang lelaki bawah tapak kaki ibu dia. Aku fikir aku dah taw4r hati dengan suami aku. Aku sekarang ni cuma jalankan tanggungjawab aku sebab aku masih bergelar isteri, bukan sebab aku sayang dia. Aku rasa aku berd0sa.

Daripada aku terus berd0sa macam ni aku rasa macam nak hidup sendiri je. Sedih weh jadi isteri, tapi macamni. Aku jadi terfikir, kalau mak ayah aku tahu anak perempuan diorang macamni, mesti sedih diorang kan? Kalau aku ada anak perempuan, aku sedih kalau anak aku orang layan macam ni.

Tapi dia kan tak nak anak, mana mungkin aku ada anak perempuan kan? Mungkin sebab dia suami, tapi aku hanyalah seorang isteri. โ€“ Alin (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Shayna : Kalau dah sampai severe depr3ssion tu, saya rasa tak salah dah kalau nak berpisah. Dah tak nampak kat mana mawaddah W4rahmah dalam perkahwinan. SayangiIah diri kamu dulu sebelum menyayangi orang yang tiada belas ihsan kepada isterinya.

Indra Putra : Mungkin, you are predictable! sebab tu dia bolayan. Cuba reverse apa yang rasa sekarang kepada apa yang dia tak jangka. Dari murung berairmata kepada seorang yang ceria. Dari membebel tegur dia, lantakkan aje dan bagi kata dua.

Dari overthinking, pasal semua yang dicatatkan, tukar ke rejim jaga kecantikan, kesihatan, nak bergaya melaram semua. Setiap pagi senyum jer depan cermin. I yakin, aura berbeza akan ubah suasana. Sekarang ni, awak under his spell. Bila u rasa dia tak sayang u, jangan buat apa yang buat dia rasa u sayang dia. Cuba dulu, tak makan saman… Chow chin chow !!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.