Terpaksa bawa ibu ke kIinik sebab mengandung, ayah sound ibu, “Keturunan kau memang menyusahkan.” Aku benci ayah

Masa itu aku di asrama, terk3jut aku masa video call muka ibu caIar, mata ibu bengk4k, aku m4tikan panggiIan. Haritu juga aku pura – pura demam, supaya boleh balik rumah. Warden telefon ayah suruh ambil. Ayah datang tapi ayah cakap..

#Foto sekadar hiasan. Aku cemburu lihat sebuah keluarga yang hidup bahagia penuh dengan kasih sayang. Ya, aku rindu, mungkin harapan aku terlalu besar nakkan semuanya kembali seperti asal. Semua ini bermula masa aku remaja, ayah aku berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan ibu, masa itu ibu aku tengah mengandung adik bongsu.

Aku seusia masih remaja menyaksikan semua kesengsaraan ibu aku. Aku yang selalu dengan dia, pimpin tangan dia, peIuk dia, kuatkan dia, tanpa sosok seorang lelaki yang aku gelar “Ayah.” Aku masih ingat waktu ibu aku pergi checkup, ayah aku cuma hantar kIinik dan hilang bila sudah selesai, baru dia datang, tapi semuanya berlaku atas keterp4ksaan.

Aku masih terngiang apa yang dia cakap dekat ibu aku, “Keturunan kau memang menyusahkan.” Kau tahu perasaan aku benci dan marah berkecamuk dalam diri aku, tapi aku tak mampu buat apa. Setiap kali checkup, aku akan ponteng kelas untuk teman ibu sebab aku nak dia kuat walaupun hari – hari dia selalu doa supaya Allah ambil nyawa dia. “Ibu jangan pergi, kakak ada ibu je,” itu ayat yang aku selalu cakap dekat ibu aku masa tu.

Pernah satu hari ibu aku minta ayah berhenti kedai untuk beli air, mungkin ibu terlalu dahaga. Ayah diam dan buat tak tahu. Ibu aku ulang ayat yang sama dan tiba – tiba tangan ayah aku menc4kar muka ibu. Masa itu aku di asrama, terk3jut aku masa video call muka ibu caIar, mata ibu bengk4k, aku m4tikan panggiIan dan cakap ada kelas, walhal aku duduk dalam tandas menangis.

Aku tak nak ibu sedih tengok aku menangis. Satu haritu juga, aku pura – pura demam, supaya boleh balik rumah, warden telefon ayah suruh ambil. Ayah datang tapi ayah cakap, “Mak dengan anak sama menyusahkan, memang aku tinggalkan semua keturunan kau.”

Kau bayang, aku duduk asrama rindu keluarga, dengar ayat macam tu, aku tak dapat tahan diri aku dari menangis, aku menangis sampai tersedu, ayah aku sikit pun tak endahkan. Sumpah aku rindu waktu sebelum semua ini berlaku, ayah aku adalah orang pertama yang datang pujuk aku setiap kali perkara sedih berlaku dekat aku, tapi sekarang semua berubah.

Aku cemburu bila orang lain kata ayah tu cinta pertama setiap anak perempuan. Bagi aku sebab seorang ayah aku benci sosok seorang lelaki. Bulan ganti bulan pedih Iuka aku dan ibu telan, ayah berkali – kali main dengan perkataan cerai.

Mungkin masa itu kami berg4ntung dengan dia sebab ibu masih mengandung. Ayah kata, “Sekali lagi ibu kacau perempuan tu jatuh taIak.” Aku kesian dengan ibu, tiada siapa tahu tentang kami keluarga ibu, mak ayah ibu semua tak tahu perkara ni, kami berdua sahaja simpan semua ni.

Tiap kali balik kampung, kami seperti ahli keluarga yang bahagia, walhal sebaliknya, hidup aku dan ibu penuh lakonan. Sampailah ibu melahirkan, ayah tiada di sisi ibu. Selesai semua, ibu mula berpantang. Kebetulan aku cuti sekolah jadi boleh aku tengok – tengokkan ibu.

Ibu nak berpantang di kampung, ayah tak bagi, suruh berpantang di rumah, sikit pun ayah tak hirau tentang ibu. Urut takde, apa takde, aku la yang urus semua, masakkan untuk ibu, urut ibu, tungku ibu. Aku tak nak ibu pergi tinggalkan aku dengan adik, aku kena kuat, aku takkan nangis depan dia.

Sampai sekarang aku masih ingat, akulah yang urus urus adik aku, aku seolah – olah dewasa sebelum usia. Tuhan je tahu apa aku rasa, aku luah semua tapi mungkin Allah nak uji aku dan ibu. Bertahun berlalu, perempuan tu pun dah entah ke mana.

Adik aku pun sem4kin membesar. Sedih? Mungkin perasaan tu dah m4ti sebab aku dah lali. Ayah dan ibu? Mereka masih bersama. Aku pun dah lanjutkan pelajaran ke peringkat degree dan dah berkerja, pun semua tu berkat usaha dan doa ibu.

Ayah mana? Ada tapi masih sama. Selepas perempuan tu hadir dalam hidup kami, tiada sosok ayah yang dulu, yang bahagia tengok anak dia berjaya. Tiada. Eg0 ayah tinggi, sikit pun tak rasa bersalah dengan apa yang dia buat dekat ibu dan adik. Ibu terlampau baik, maafkan ayah.

Korang tahu tak hari convo hari yang bahagiakan untuk korang kan, tapi tak bagi aku, ibu dan ayah datang majlis aku tapi ayah seperti menyendiri, duduk jauh – jauh. Ibu sahaja yang peIuk dan ciuum aku. Apa ayah aku buat?

Dia duduk dekat bangsal sambil merungut dan pergi ke kereta. Korang tahu, aku nampak apa sekeliling aku, ada keluarga yang lengkap, weh. Kau tahu, dorang buat apa dorang raikan anak dorang. Takpe lah, aku ada ibu dan adik.

Ibu dan adik segalanya bagi aku, tapi jauh sudut hati aku, aku cemburu. Masa aku belajar, aku ik4t perut RM10 sahaja makan untuk satu hari, baju semua aku ulang yang sama. Malu? Ye, aku malu, tapi aku tolak tepi, aku nak bahagiakan mak aku.

Alhamdulillah, habis sahaja last sem terus aku cari kerja. Sampailah sekarang aku masih berkerja. Update pasal ayah aku? Masih sama, masih eg0, m4ki hamun tak tinggal, tapi aku tak kesah dia ada pun aku tak nak peduli, aku tak faham kami masih jaga dia sebab dia tengah s4kit tak larat kerja, tapi dia tak kenang jasa kami, masih niat nak tinggalkan kami.

Aku pernah kata dekat dia, “Tinggal la kau, ingat ada orang nak jaga kau, bersyukur sikit ye.” Tahu pulak dia sentap, nak kata aku kurang ajar, cakap la kau yang ajar aku jadi macam ni, aku ni masih panggil kau ayah pun dah baik. Dengan per4ngai kau, tak layak lah panggil ayah.

Aku hormat keputvsan ibu, nak jaga dia ibu kata macam mana pun dia ayah aku. Tapi kesian dekat ibu, selagi dengan ayah aku rasa ibu tak bahagia (mungkin ibu ada sebab dia), tapi aku sebagai anak sulung sampai sekarang bermacam cara aku buat untuk ibu, aku hidup untuk bahagiakan ibu dan adik.

Aku nak gantikan semua kesedihan diorang, yang aku utamakan adalah mereka, aku titip doa pada yang baca ni lembutkan hati setiap kami, permudahkanlah yang sulit bagi kami, dan doakan kami dapat kembali seperti sediakala, seperti keluarga bahagia.

Mungkin ini bukan impian untuk aku, tapi impian adik bongsu aku, dia membesar dengan persekitaran yang sangat sedih. Memang aku boleh beli semua, tapi bukan kenangan. Maafkan aku adik. Maafkan aku, kau lahir dalam keadaan yang tak sama macam kawan – kawan kau yang lain.

Aku sedar aku tak boleh eg0, mungkin aku tak perIukan ayah, tapi kau perIukan ayah. Maafkan akak dik. Maafkan akak ibu. – Mor0sechild (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Rozanne Shah : Tt ni parentified. Teruk kena childhood tr4uma, bole cuba google tu nanti ye. Mak tt pon ada childhood tr4uma sebab dia masih nak stay dengan lelaki yang h1na dia, buat macam alas kaki. Patut kena buang dari awal dulu.

Masa dia larang kaco isteri ke 2 tu sebab dah takIik, jatuh taIak. Then suruh dia ber4mbus dari life. High possibility korg akan lebih bahagia. Btw tt tak perlu mintak maaf. Sebab bukan tt yang buat jahat. Yang jahat ayah tt. No 2 mak tt yang bagi anak – anak dia hadap lelaki takde perasaan macam tu bertahun – tahun sampai anak – anak tr4uma teruk.

Bila tr4uma teruk camni, jalan nak healing memang akan panjang giler.. berliku – liku. Bole nampak dari ayat – ayat tt yang jadi m4ngsa ayah dan ibu tu, tt plak mintak maaf sebab takle buat apa – apa sebab jadi budak masa tu sampai besar ni.

Geram lak tengok tt kena buIi teruk macam ni huhu.. Hopefully tt boleh slowly healing dari tr4uma ni.. the road is not easy but please do it. Jangan tak sedar tt terbawa tr4uma ni kepada anak – anak nanti. Stop this generational tr4uma dari tt ok. Kalau nak nangis, nangis je tau, jangan simpan – simpan. Triple hugs to you.

Xander Max : Dari dulu i tertanya, kenapa ya wanita – wanita masih mau mempert4hankan t0xic marriage macam ni? Kenapa tak nak keluar dari perkahwinan tu? Sebab suami ada pon macam tak wujud. Membebankan lagi adalah.

Selalu guna alasan “fikirkan tentang anak sebab tu bertahan” tapi tau tak anak – anak lagi suffer tengok mak ayah macam ni dan mereka akan rasa guilty sebab kerana mereka la ibu mereka suffer. Keluarlah.. anda boleh mampu berdiri tanpa lelaki tak guna camtu. Percayalah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.