Suami tinggalkan saya dengan hutang. Anak baru setahun, suami dengan teman wanitanya halau saya keluar dari rumah. Saya merayu..

Masih saya ingat, suami dan kekasihnya halau saya keluar dan ugvt nak buat laporan polis. Bekas suami kena kifarah, s4kit ketumbuhan, dibuang keluarga, isteri barunya lari. Saya kesian..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua… Saya cuma nak berkongsi kisah hidup saya untu dijadikan pengajaran buat semua. Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki. Saya bercerai 6 tahun lepas. Saya diceraikan tanpa sebab oleh bekas suami sedangkan saya dah bagi yang terbaik sebagai seorang isteri.

Semasa kami masih suami isteri, anak saya baru berumur 3 bulan, suami halau saya pulang ke rumah mak saya. Kami duduk berasingan sampai sebulan, tiada sekalipun dia bertanya khabar tentang saya dan anak. Perkara ini berlaku beberapa kali walaupun saya minta maaf, merayu untuk dia maafkan saya.

Kesalahan saya hanyalah saya tersilap cakap dan sebab itu dia cakap saya menyusahkan dan buat dia serabut. Dia juga meminta saya buat pinjaman peribadi di bank untuk tujuan perniagaan dia yang tidak menjadi. Saya terp4ksa turutkan atas dasar percaya yang dia tidak akan mengani4ya saya. Semua wang saya dia gunakan untuk melangsaikan komitmen dia.

Bila dia diberi kesenangan sedikit, atas sebab saya tersilap cakap dekat dia, dia terus menggunakan alasan itu untuk tidak bercakap dengan saya berbulan – bulan dan menceraikan saya pada ketika anak saya berumur baru 1 tahun.

Saya dan keluarga saya merayu memujuk dia untuk fikirkan masa depan anak yang masih kecil tapi dia nekad buat demikian kerana ingin bersama dengan teman wanita dia. Sebenarnya itulah tujuan sebenar, dia mencari alasan untuk ceraikan saya.

Dia dan teman wanita dia telah datang ke rumah dan menghalau saya keluar dari rumah dalam keadaan saya menanggung hutang dan terp4ksa menanggung anak saya yang masih kecil. Malah saya turut diugvt untuk membuat laporan jika saya tidak keluar secepat mungkin.

Saya merayu dan menangis tetapi malah dia dan teman wanitanya mengh1na saya dan anak dan mengatakan saya perempuan giIa. Saya dengan bersusah payah, cari rumah baru dan membesarkan anak saya dengan susah payah.

Namun saya bersyukur, alhamdulillah keluarga turut membantu saya. Saya masih ada keluarga yang sentiasa menyokong dan membantu saya. Bekas suami saya pada ketika itu jarang – jarang bertanya khabar tentang anak kerana sedang m4buk dilamun cinta dan dia dan teman wanitanya telah merancang untuk berkahwin secepat mungkin.

Allah Maha Besar, Allah Maha Adil, berkat kesabaran saya dan doa keluarga, saya dapat rezeki yang tidak disangka untuk selesaikan hutang saya. Ditempat kerja, saya dinaikkan pangkat. Syukur tak terhingga. Anak saya membesar menjadi seorang yang bijak pandai, beragama dan sangat sayangkan saya.

Tidak sukar untuk mendidik anak kerana dia sangat mendengar cakap dan baik. Anak lelaki saya juga telah terbiasa dengan ketiadaan ayahnya dari kecil lagi. Dan percayalah, kifarah Allah itu ada. Perempuan yang telah menghalau saya keluar dari rumah suami saya itu ditimpa pelbagai masalah, susah mendapat pekerjaan dan dia akhirnya tinggalkan bekas suami saya kerana masalah kewangan.

Apa pula kifarah yang bekas suami saya terima? Bekas suami saya ditimpa s4kit kr0nik, dengan ketumbuhan di otak yang mana kini beliau tidak sedar apa yang berlaku dan perlu bantuan orang lain untuk kehidupan hariannya.

Keluarga telah lama buang dia dan akhirnya saya telah menyuruh anak saya untuk bantu hantar makanan kepadanya atas dasar ehsan kepada dia sebagai bekas suami. Lagipun hubungan sebagai seorang ayah dan anak tak akan terputus bawa ke m4ti.

Saya cuma sekadar berkongsi kisah ini sebagai pembakar semangat kepada ibu tunggal di luar sana, sentiasa bersangka baik dengan Allah ketika ditimpa musibah. Yakinlah dengan pertolongan dan keadilan Allah. Dan juga sebagai peringatan, janganlah kita mengani4ya orang lain terutama ibu kepada d4rah daging sendiri, anak sendiri yang telah Allah amanahkan kepada kamu.

Hanya kerana  cerai itu perkara yang Allah halalkan, begitu mudah menggunakan alasan taw4r hati untuk mengani4ya perempuan dan anak kecil yang tiada d0sa. Janganlah kita baIas perbuatan jahat tersebut, biar Allah sahaja yang baIas. Kita boleh move on dan berdiri atas kaki sendiri. Selagi ada anak menjadi penguat semangat, kita ibu ibu tunggal ni mampu untuk berjaya. Semoga menjadi pengajaran buat semua.

Komen W4rganet :

Zalea Ameer Ameerul : Bagus, bersangka baik dengan Allah. Percaya qadak dan qadar, Insya Allah nikmat Allah akan kita dapat. Nasihat saya, puan teruskan perbuatan ini dan kekal istiqomah… Tolong bekas suami puan dan jangan pisahkan anak puan dengan ayahnya. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat puan oleh Allah dan pahala dan syurga baIasannya.

Kak Naros : Jalan cerita awak ni bagus cumanya yang saya tak berkenan awak masih follow bekas suami awk selepas bercerai.. Sepatutnya lepas bercerai jangan ambik tahu lagi dah pasal dia…

Indah Lin : Kifarah tu ada.. Jangan main – main dengan doa orang yang terani4ya.. Tapi kalau saya lah, saya tak akan hadap bekas suami macam tu. Tahniah puan, puan memang berhati mulia. Anda buktikan yang anda boleh bahagia tanpa jantan tak guna tu.. Allah sentiasa ada dengan isteri – isteri yang terani4ya.. Semoga anda sentiasa dalam lindungan Allah selalu.. Aamiin

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.