Bekas isteri selalu gunakan anak saya untuk dia dapat duit FREE dari saya. Bila saya dapat gaji, tak boleh lewat sehari terus bekas isteri post segala hukvm – hukvm tak bayar nafkah. Dia tak bagi saya jumpa anak, tak tahu hukvm ke?
#Foto sekadar hiasan. Hai admin. Terima kasih sebab post kisah saya nak luah ni. Kurang pasti samada kisah ni akan dapat banyak positif feedback atau negatif feedback. Rasanya tak ramai yang menghadapi masalah macam ni, tapi saya luah jugak sebab dah penat.
Saya tinggal di negeri bawah bayu. Saya penat dah nak layan drama bekas isteri saya. Saya sudah bercerai dengan dia nak masuk 5 tahun. Tapi dia macam belum boleh terima kenyataan yang kami sudah berpisah. Dia macam masih mau perhatian dari saya.
Dulu kami ada ambil anak angkat perempuan. Anak angkat sahaja, bukan anak susuan. Kami jaga dari baby. Setelah bercerai, dia dapat hak jagaan. Saya okay saja dia jaga. Saya pun bekerja nanti tidak ada yang mahu tengok anak angkat saya sebab saya sudah tiada ibu ayah.
Masa ni saya masih boleh jumpa anak saya macam biasa, boleh ambil dia bermalam, boleh vacation kami dua. Semua went well. 2 tahun selepas bercerai saya kahwin baru. Isteri baru saya tau saya duda ada anak dan dia terima saya dan anak saya seadanya.
Esok hari lepas kami kahwin, tiba – tiba bekas isteri whatsapp saya, dia macam marah sebab saya kahwin baru. Dia terus mer0yan dan cakap dia taknak bagi anak angkat kami jumpa isteri baru saya. Saya tak boleh dah nak ambil anak angkat saya bermalam, bawa vacation pun tidak boleh.
Kalau saya bagi anak angkat saya jumpa isteri baru saya, dia cakap dia taknak dah bagi saya jumpa anak angkat saya. Semua yang dulu boleh sekarang jadi tak boleh. Yang boleh cuma jalan 1 hari saja itupun tidak dengan isteri baru saya.
Sampai sekarang isteri baru saya belum jumpa lagi dengan anak angkat saya sebab saya takut saya tidak boleh jumpa dengan anak angkat saya lagi nanti. Alhamdulillah, isteri baru saya juga memahami. Sepanjang 5 tahun sudah kami bercerai, nafkah anak angkat saya tidak pernah culas. Semua keperluan dia saya tunai.
Cuma saya rasa dia tidak dapat kasih sayang seorang ayah yang cukup sebab masa saya dengan dia sangat limited. Nafkah sebulan anak angkat saya kasi lebih dari yang ditentukan mahkamah. Bekas isteri saya selalu gunakan anak saya untuk dia dapat duit FREE dari saya.
Dia pura – pura whatsapp guna telefon anak angkat saya minta duit. Dulu saya kasi saja tanpa fikir panjang. Kita nak buat yang terbaik untuk anak kan. Sampai lah satu hari tu dia pura – pura whatsapp guna telefon anak angkat saya minta duit untuk bayar tusyen anak saya sebanyak rm100.
Dah masa tu alang – alang saya dekat dengan area rumah anak angkat saya so saya jumpa lah anak angkat saya face to face untuk kasi dia duit tusyen. Anak angkat saya blur masa saya kasi dia duit. Dia cakap mana ada dia tusyen. So dari situ kantoi lah siapa punya angkara.
Disebabkan saya tidak kasi duit tusyen tu, bekas isteri ser4ng saya di whatsapp. Eh dia yang menipu, saya lagi yang kena ser4ng. Sepatutnya saya yang menyer4ng dia kan ini terbalik. Ada yang dia cakap mau bayar baju pengawas anak saya tapi anak saya cuma pelajar biasa.
Minta duit mau beli beg sekolah tapi saya tengok anak saya sekolah masih guna beg yang sama, ada k0yak yang berjahit. Banyak lagi yang dia tipu guna kaedah yang sama untuk dapat duit free sebelum ini cuma saya malas mahu cerita nanti jadi panjang.
Selepas dari kejadian yang kantoi tu, dia fikir untuk tidak kasi anak saya jumpa saya. Ya, memang dia tidak kasi jumpa dalam 1 bulan tu. Tiba – tiba sampai waktu saya gaji, saya sengaja melambatkan nafkah anak saya, sebab saya selalu transfer ke akaun dia.
Tahu – tahu dia whatsapp saya tanya bila mau transfer. Saya biar saja 1 hari. Terus dia repost ke saya posting semua hukvm – hukvm tak bayar nafkah anak. Eh dia tidak kasi saya jumpa anak, memisahkan saya dengan anak tidak tahu hukum.
Saya ambil keputusan untuk bagi duit nafkah anak secara cash. Sebab saya fikir kalau saya transfer, memang tidak ada peluang lah saya mau jumpa anak saya. Saya whatsapp dia saya mau kasi cash sebab saya mau jumpa anak saya. Dia mau duit, dia kasi saya jumpa. Tidak jumpa tidak ada duit. Mesti mau buat macam tu kan kalau tidak dia sentiasa mau mendongak ke langit.
So macam tu lah saya bagi nafkah anak sampai sekarang, melalui cash sahaja. Dia pun tidak boleh melarang sebab benda berkaitan duit. Yang saya masih kesal sekarang, saya masih tidak boleh dengan anak saya bermalam dan jalan – jalan.
Sudah 5 tahun pun hati dia masih keras. Dia saja boleh dengan anak saya jalan – jalan. Ada juga jalan – jalan tidak kasi tau saya. Tengok – tengok eh dah sampai bandar A, nanti bandar B. Ada juga saya marah anak saya sebab tidak kasi tau mau berjalan.
Sudah sampai rumah baru kasi tau. Tapi anak saya macam tu lah, diam saja. Saya rasa macam tidak dihorm4ti sebagai bapa. Tapi kalau mau duit lajuu….! Dia juga ada suruh saya beli kereta. Senang untuk dia hantar dan ambil anak saya balik sekolah.
Mau yang baru tidak yang second. Tapi permintaan ini tidak saya tunaikan. Sebab ada juga kereta arw4h ayah dia. Mak dia tidak pandai drive, kereta itu dia yang drive. Adakah saya berd0sa, adakah menyediakan kereta untuk hantar dan ambil anak balik sekolah juga nafkah wajib?
Cerita paling sedih yang saya masih ingat sampai sekarang saat anak saya sudah mula period. Kalau ikut rasa lah kan, saya taknak dia period. Sebab kalau dia period, kami sudah ada batas. Betapa sayang dan cinta jugak saya dengan dia, saya mesti mau terima kenyataan yang dia cuma anak angkat saya.
Hari sebelum dia period tu, kami ada jalan – jalan, luangkan berdua. Masa saya hantar dia balik tu dia peIuk saya kuat, dia cakap dia okay cuma nak peIuk. Saya pun layan jak lah. Malam tu dalam jam 10, dia whatsapp dia cakap dia period.
Masatu kan, saya rasa blank sekejap. Saya tahu perkara ni memang akan sampai tapi kalau mau saya taknak masa tu. Saya mau lama lagi. Saya belum puas lagi nak peIuk civm dia. Masa dia period ni, mak dia interframe yang buat saya geram.
Tiba – tiba jak whatsapp saya cakap lepasni kalau nak jumpa anak jumpa 1 bulan sekali sebab dia dah period. ALASAN SEBAB ANAK DAH PERIOD. Keluar semua hukvm hakam, fatwa segala macam batas anak angkat dengan ayah angkat.
Mungkin dia tidak jumpa hukvm menjauhkan anak dari ayah. Hukvm berkata kesat kepada orang lain. Tidak ada kali dalam google telefon dia kan. Sudah 2 bulan lebih anak saya ‘dewasa’, saya masih jumpa anak saya macam biasa.
Cuma dia sudah mula malu – malu dengan saya. Salam saya pun dia teragak – agak. Mungkin dia masih keliru. Saya ajar dia mana yang saya mampu. Saya masih memberi nafkah anak saya secara cash. Dan bekas isteri saya sentiasa datang mer0yan kalau sudah tiba waktu saya gaji.
Tidak boleh lambat walaupun sehari, nanti dia ugvt tidak kasi jumpa anak. Memang itu saja point dia dari dulu. Mer0yan, keluar kata – kata kesat. Nanti sudah kasi duit diam lah tu. Dia masih cuba pura – pura whatsapp guna telefon anak saya.
Tapi saya sudah pro nak beza mana satu anak saya yang chat mana satu dia. Penat nak layan mer0yan dia kalau apa dia mintak tak dapat tapi coverline guna anak saya. Saya selalu doakan supaya dia kahwin baru. Mungkin sebab dia tiada teman berborak waktu malam sebab tu dia selalu mer0yan minta perhatian dari saya.
Dekat sini saya nak tanya, adakah saya boleh report mahkamah untuk minta boleh ambil anak saya bermalam walaupun statusnya cuma anak angkat? Dan minta kebenaran untuk bawa jalan – jalan sekali? Kalau ada yang tanya kenapa saya baru persoalkan tentang ini hari ini?
Sebab saya dah betul – betul penat nak layan drama bekas isteri saya. Sebelum ini memang saya tahan, saya telan jak semua yang buruk – buruk dia cakap dekat saya. Sekarang saya sudah mau sampai limit, macam sudah melampau mer0yannya.
Kalau kamu tanya isteri baru saya tidak terasa kah dengan perbuatan bekas isteri saya? Alhamdulillah dia okay dan kami bahagia. Harap selepas ini kami lebih bahagia jika boleh bersama anak saya dan bakal anak saya di dalam perut isteriku sekarang. Itu jak saya nak luah. Terima kasih admin sebab sediakan platform ini untuk kami luah yang tidak terluah di mulut.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.