Bekas suami dapat hak jagaan anak-anak. Baru ni anak perempuan call menangis bagitahu kena halau sebab minta beli kasut sekolah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bekas suami suruh anak sulung saya umur 21 tahun keluar cari bilik sewa sebab dah ‘lepas’ tanggungjawab dia. Baru ni, anak perempuan saya umur 17 tahun pun kena halau siap baju letak dalam kotak luar rumah…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi, nama saya Suriya, berusia 42 tahun, bekerja sendiri. Telah bercerai dengan bekas suami hampir 5 tahun dan anak – anak (4 orang) di bawah jagaan bekas suami. Tapi maIangnya, selepas bekas suami berkahwin lain, dia telah mengabaikan anak – anak termasuk nafkah anak.

Untuk makluman, bekas suami saya berjawatan tinggi di salah sebuah IPTA. Untuk makluman juga, dari zaman anak – anak kecil lagi, bekas suami seorang yang sangat berkira bab duit dengan isteri dan anak – anak. Saya terp4ksa memikirkan tentang perbelanjaan anak – anak seperti buku sekolah, pakaian sekolah, van sekolah, baju raya, barang dapur dengan mencari pendapatan sendiri.

Pada mulanya, saya niat untuk membantu meringankan beban suami, tapi tak sangka memang itulah yang dia nak dari saya. Dari susu anak, pampers, insurans anak – anak, saya yang terp4ksa tanggung kebanyakannya sebab dia sentiasa bagi alasan duit tak cukup.

Dan sekarang dia sudah mendapat hak hadanah, tapi yang peritnya segala masalah anak atau kepayahan anak – anak masih diletak di bahu saya. Jika anak meminta dari dia, dia hanya mendiamkan diri dan anak – anak akan cari saya. Sebagai ibu, saya tak sanggup nak tengok anak saya susah, tak makan… saya akan bantu, dan dia telah mengambil kesempatan atas keprihatinan saya pada anak – anak.

Saya kesian tengok keinginan anak tak ditunaikan sedangkan bapa mereka mampu. Dan sekarang, anak saya yang sulung sudah 21 tahun dan yang kedua 17 tahun (SPM 2025), ketiga berumur 11 tahun dan yang terakhir berumur 9 tahun. Pada bulan lepas, dia telah menghantar WhatsApp kepada anak sulung saya untuk keluar dari rumah dan mencari bilik sewa dengan alasan sudah umur 21 tahun dan bukan bawah tanggungjawab dia lagi.

Saya agak terk3jut bila anak menghantar *screensh0t* tu… saya masih bersabar. Baru – baru ni, sehari sebelum sesi baru persekolahan bermula, anak kedua saya telah membuat video call sambil menangis – nangis katanya berg4duh dengan bapa dan bapa telah menghalau dia keluar dari rumah itu.

Punca perg4duhan adalah anak saya minta bapanya belikan kasut sekolah sebab kasut sekolah lama sudah rosak. Tapi si bapa enggan membeli dan berlaku pert3ngkaran sehingga dia sanggup menghalau anak perempuannya dari rumah dengan panggiIan kesat pada si anak.

Saya telah ke sana dan mengambil anak dan pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis berkenaan anak dihalau dan saya mengambil anak dari penjagaan bapanya Ketika saya mengajak anak untuk ke rumah bapanya untuk mengambil baju – bajunya, alangkah terk3jutnya bila semua baju anak – anak perempuan saya itu sudah diletak dalam kotak di luar rumah.

Saya ada ke sekolah anak – anak saya berjumpa guru kelas. Saya dimaklumkan sebiji buku pun bapanya tidak beli untuk naik Tingkatan 5 dan tidak membayar yuran PIBG anak. Allahuakbar… bukan setakat tidak mahu membeli kasut sekolah, baju sekolah, buku – buku dan peralatan sekolah juga tidak dibeli. Sedih rasa hati.

Dan sekarang, anak perempuan saya sudah berpindah sekolah dan selama sebulan dia tidak tinggal bersama bapanya. Sepuluh sen duit makan pun bapanya tidak kirim untuk dia. Dan sekarang, rumah yang dia diami bersama anak – anak yang lain telah dijual dan dia akan berpindah ke daerah lain.

Seperti yang diarahkan sebelum ini, tiba masanya anak sulung saya keluar menyewa bilik kerana katanya anak sulung saya sudah tidak di bawah tanggungjawab dia. Manakala anak – anak saya yang kecil dua orang yang masih bersama bapa mereka merengek – rengek minta supaya saya mengambil mereka kerana katanya bapanya selalu marah – marah dan mengeluarkan perkataan tidak enak pada mereka berdua.

Tambahan kakak dan abang sudah tiada bersama mereka, mereka mendesak supaya saya mengambil mereka dan tidak mahu lagi tinggal bersama si bapa. Buat pengetahuan semua, *access* yang boleh menghubungkan saya dengan anak – anak kecil saya itu semua disekat.

Saya memohon untuk meminta pandangan dan nasihat apa yang patut saya buat atau tindakan yang boleh saya buat terhadap si bapa. Semoga tuan – tuan, puan – puan dapat membantu saya dari segi nasihat dan pandangan. Sekian, terima kasih. – Suriya (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

NoorHidayah ZainolAbidin : Dulu aku selalu tertanya – tanya kenapa siibu selalu beria nak hak jagaan anak. Lepas tu merungut bapa tak nak bagi nafkah. Sekarang baru aku faham, laki kalau jenis tak dak tanggungjawab. Dia sendiri jaga pon ke laut dalam jugak. TT boleh cuba dapatkan nasihat peguam. Mana tahu boleh tuntut nafkah yang tertunggak jugak walaupon dalam jagaan dia.

Akak Manis : Sedihnya hati ni baca kisah sis ni, saya doakan semoga sis dan anak – anak dipermudahkan segala urusan, kuat dan sabar dalam liku kehidupan. Saya nasihatkan sis cuba tanya orang yang arif macam peguam / ustaz dan lain – lain yang arif untuk selesaikan kes ni. Harapnya secepatnya.

Semoga sis juga dimewahkan rezeki untuk berjuaang demi anak – anak. Saya bimbang m4kin lama m4kin teruk mental anak – anak yang masih bersama bapanya. Semoga kuat selalu anak – anak yang mengalami nasib seperti anak sis.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.