Berbulan adik berkurung dlm bilik, makanan pun ibu selit bawah pintu. Satu hari sy nampak adik keluar bilik ketakutan

Kami datang dari keluarga miskin, pernah makan ubi dan sayur rumput sebab memang takde duit. Rumah pun dinding dari zink, ada dua bilik. Adik saya dua orang terp4ksa tidur sebilik dengan ibu dan ayah. Fahamlah bila suami isteri, bila malam adik jadi tr4uma sebab ‘ternampak’. Dia merayu nak tidur dengan kami tapi kami tak faham…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt.. Saya ada dua orang adik. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Tetapi kisah ini saya fokus kepada adik perempuan sahaja di mana hidupnya penuh liku dari kecil sehinggalah dewasa.

Adik merupakan seorang ibu yang mempunyai dua anak. Kedua – duanya hero dan sangat Comel. Alhamdulillah. Boleh dik4takan adik kahwin sebab mahu lari dari keluarga yang penuh t0ksik. Penuh tr4uma dalam jiwa. Sejak kecil lagi boleh dik4takan adik la yang paling diam sekali.

Suka menyendiri dan seperti orang tidak berperasaan. Pernah kami dua beradik berebut baju raya tapi adik hanya diam dan seolah tidak ada rasa seronok berhari raya. Dia hanya diam, diam dan terus diam. Dia seorang yang sangat berani.

Orang dulu – dulu mesti tahu tandas biasanya berada jauh dari tapak rumah. Zaman sekarang sudah berubah dan tandas pun ada dalam rumah. Jadi adik ni, dia sangat – sangat berani ke tandas seorang diri tengah malam buta.

Waktu kecil, adik ni kerap demam. Bila demam dia suka meracau dan mata suka melihat ke atas. Walhal adik sedang tidur. Tidak terkira adik demam berapa kali. Sebab terlalu kerap. Bila sudah besar, baru tahu adik ada gangguan or maybe ada yang hendak berteman dengannya.

Ok, ini bukan point utama yang saya hendak kongsikan. Apa yang saya nak kongsikan adalah berkenaan tr4uma adik yang sangat teruk. Kami lahir dari keluarga yang sangat miskin. Pernah makan ubi dan sayur rumput kerana tidak punya Wang untuk membeli makanan.

Jadi rumah kami pun pasti kalian boleh agak bagaimana. Lantai dibuat dari bambu, dinding dari zink dan selebihnya poliwod (saya tak tahu sebut poliwod. Harap ada yang betulkan. Thanks). Dalam rumah hanya ada dua bilik sahaja.

Kami adik beradik ramai. Jadi adik yang dua orang terp4ksa tidur bersama ibu dan ayah. Selebihnya kami kakak – kakak tidur di bilik yang satu lagi. Pembaca mesti tahu, bila tidur sekali, pasti akan ada yang berlaku. Faham – faham la suami istri apa yang mereka lakukan di malam hari.

Jadi dua adik yang tidur dengan mereka pasti akan nampak punya. Bertahun adik tidur dengan ibu ayah. Setiap malam adik tertekan. Oh ya, waktu itu umur adik sudah boleh dik4takan umur yang sudah pandai faham apa yang berlaku.

Bayangkan setiap malam ianya berlaku. Bila sudah besar, baru saya teringat waktu kecil adik selalu menangis bila waktu nak masuk tidur. Adik nak sangat tidur dengan kami. Dia tak nak tidur dengan ibu dan ayah. Tapi kami tak faham.

Akhirnya adik terp4ksa tidur dengan ibu ayah. Begitula tahun tahun seterusnya. Itu satu. Keduanya adik ada tr4uma yang cukup hebat dengan seorang kakak atas saya. Mulut dan gaya kakak saya ni terlalu meny4kitkan hati.

Zaman sekarang orang panggil mulut pu4ka / per4ngai celaka. Kakak ni, boleh dik4takan seorang yang cantik, pandai dan disukai ramai orang termasuk sepupu – sepupu. Adik pun cantik juga. Tapi bila dah besar baru nampak cantiknya.

Ala – ala muka orang turki muka adik saya. Mata besar dan bulat, kulit gebu dan kecik molek. Ok, kakak ni, dia terlalu gemar membuIi. Yang paling kerap dibuIi adalah saya dan adik perempuan saya. Saya juga ada tr4uma tersendiri tapi penulisan ini saya nak fokus pada kisah adik saja.

Bentuk buIli itu sukar untuk saya jelaskan bagaimana. Tetapi yang jelasnya tr4uma itu sehingga kini iaitu umur hampir menjangkau 30an. Bukan b0dy sh4ming sahaja yang kakak suka buat. Banyak benda lain lagi. S4kit bila diingat.

BuIi itu sehingga kini dan tentang cerita suami isteri di tengah malam pun berlalu hingga kini tetapi sudah tidak tidur sekali la. Cuma bunyi – bunyi itu pasti ada dan saya juga pernah merasaiNya jadi rasa tertekan itu cukup hebat ya.

Malam tak dapat tidur sebab terlalu tekanan dan s4kit hati. Bangun pagi mood tak ada dan perasaan benci, geli dan hilang hormat itu berlaku. Ibu dan bapa di luar sana, pentingnya s3x education. Tekanan itu dibawa sehinggalah adik berumah tangga.

Oh ya, adik terp4ksa kahwin awal tidak kisah dengan siapa yang penting Baginya, dia jauh dari keluarga yang penuh t0ksik. Adik juga tidak mencintai suaminya sepenuhnya kerana niat awal kahwin hanya hendak lari dari keluarga.

Sebelum terlupa, adik hanya bersekolah hingga tingkatan 4 sahaja. Itu pun separuh jalan saja. Waktu itu saya dan adik satu sekolah tetapi adik terp4ksa pindah sekolah kerana mendapat layanan double standard dari beberapa orang guru.

Bila pindah sekolah, ramai yang suka berkawan dengan adik. Di sekolah baru adik aktif dan ramai orang sukakannya. By the way, awalnya adik sekolah agama dan bila pindah, adik bersekolah akademik. Di situ pula, ujian lain pula yang timbul.

Bila orang dengki dan busuk hati, orang itu tidak akan ingat pada d0sa pahala. Dihantarnya sih1r pada adik. Adik menceritakan setelah sembuh, waktu adik melangkah masuk di pintu gate sekolah, Seolah – olah ada angin yang menghembus adik.

Lepas tu saja, semua orang seperti tidak suka adik. Semua menjauh. Habis waktu sekolah, balik rumah tumpang, badan adik tiba – tiba timbul banyak bintik – bintik merah. Sejak itu adik banyak ponteng kelas. Waktu cuti adik balik kampung dan tiba – tiba adik rasa malas nak ke sekolah.

Ibu p4ksa tapi adik tak nak ke sekolah secara tiba – tiba. Waktu berlalu dan cuti sekolah pun bermula. Di hujung ramadhan, sedang kami sibuk menyiapkan untuk menyambut hari raya, tiba – tiba adik menutup Seluruh tubuhnya.

Dia tak mahu diganggu langsung. Kemudian adik masuk bilik dan mengunci pintu. Kami tidak menyedari apa yang berlaku terhadap adik. Bayangkan selama berbulan adik berkurung dalam bilik dan kami langsung tidak menyedari.

Lama kelamaan barula kami sedar dan suruh adik keluar. Tapi adik diam seribu bahasa. Hati kami jadi tak sedap. Kami baca al quran dan adik meng4muk kepanasan. Di situ la bermula kami tahu adik disih1r. Plus kemurungan yang teruk.

Berbulan mak hanya mampu selit makanan di bawah pintu kerana adik kunci pintu tak mahu orang masuk. Setiap malam saya dengar adik seperti menggaru dinding. Rupanya bila adik dah sihat, dan kami bole masuk, penuh gambar pemandangan di dinding.

Satu hari, bila saya nak ke tandas waktu pagi, saya sangat terk3jut adik seperti ketakutan tengok kiri kanan kerana takut jumpa orang. Itu pertama kali saya nampak adik setelah berbulan lamanya berkurung dalam bilik.

Perkara yang paling meng3jutkan adalah adik sudah kurus, dan kulitnya MasyaAllah putih menyerlah dan bibir pink. Walhal berbulan lamanya adik tidak mandi. Paling tak boleh lupa, adik ber4k dalam plastik dan sangkut keluar di pintu cermin.

Beberapa bulan seterusnya adik akhirnya mampu keluar dari bilik. Itu pun secara sembunyi seperti sebelum ni. Dia tak mahu jumpa orang langsung kecuali ibu. Adik berubah sangat waktu tu. Dari yang berkulit gelap tiba – tiba keluar dari bilik menyerlah sangat. Cantik.

Ini bukan rekaan ya. Betul – betul berlaku. Wallahi. Tetapi waktu itu adik masih tr4uma ya. Prosesnya panjang untuk diceritakan. Yang pastinya adik ambil SPM bersendirian. Sih1r tu pun sudah hilang cuma gangguan tetap ada.

Tahun seterusnya setelah dapat keputvsan spm, adik sambung belajar di kolej. Tetapi adik belum sihat sepenuhnya dan di situla dia mengenali lelaki yang kini suaminya. Adik berhenti belajar dan kahwin. Seperti yang saya katakan tadi adik kahwin sebab mahu lari dari keluarga.

Saya hanya mampu ceritakan sedikit kisah tentang keluarga t0ksik. Saya tidak mahu ceritakan dan tak mahu mengingatinya. Rasa nak munt4h bila diulang mengingati. OK, lepas kahwin pula. Ujian lain adik hadapi. Iaitu tr4uma tiba – tiba datang setelah beranak dua hero.

By the way, suami adik merupakan lelaki yang sangat baik ya walaupun tidak mempunyai basic agama yang kuat. Namun disebabkan tr4uma dan sih1r, hidup adik kembali huru hara. Adik tiba – tiba jadi jijik dan geli dengan suaminya.

Berbulan lamanya mereka tidak berhubungan badan. Suami nak, tapi isterinya yang tidak mahu kerana terlalu jijik dan geli. Baru – baru ni adik tahu dia terkena sih1r pemisah. Bila dekat adik terlalu benci suaminya. Rasa panas dan selalu bertekak.

Dengar suara saja pun benci itu meluap – luap rasanya. By the way, saya tahu semua ini sebab adik kerap meluah dengan saya. Adik sudah berubat di darusyifa tetapi merekasambil lewa dan akhirnya adik berubat separuh jalan. Akhirnya terhenti begitu saja.

Kini, adik dalam tekanan yang cukup hebat. Saya hendak tolong tapi kami terpisah oleh lautan. Saya hanya mampu beri kata semangat dari jauh. Adik pernah kata, dia hendak bvnvh diri sejak kecil hingga kini. Sampai sekarang, bila adik rasa geram, dia hendak bvnvh orang yang cuba s4kitkan hatinya.

Adik tak tahu hendak ke mana. Bila balik tempat suami, adik rasa benci meluap – luap dan jijik. Sampai tahap dengar suara saja adik tak boleh. Bila balik kampung pula, ada kakak yang suka murungkan adik. Saya suruh adik jumpa psiki4tri tetapi entahlah.

Orang dalam kemurungan perIukan bantuan yang dekat untuk bawa mereka jumpa pakar. Adik sekarang hampir tahap ke halusinasi. Berbuih dah mulut bagi semangat, bagi jalan tapi Allah lebih tahu. Buat pembaca doakan adik saya dipermudahkan urusan.

Hidupnya Allah saja yang tahu. Adik pernah kata, dari kecil sampai beranak dua, hati dia penuh sengs4ra. Tak jumpa jalan bahagia. Jangan kata tak baca quran. Adik baca, adik solat. Macam – macam dah buat tapi tetap begitu. Hmm.. Saya pun dah buntu tak tau nak buat apa. Para pembaca ada idea tak? Terima kasih.. – Kakak (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Nyi Merah : Sesiapa dalam keluarga kena terus support adik, teruskan bawak gi berubat. Kakak kena bersemuka dengan mak ayah. Kena luah masalah kerosakan yang mak ayah dah buat pada anak pada dikakak pembuIi juga harus diberitahu kesalahan dia yang telah merosakkan kenormalan hidup yang adik patut dapat.

Walau perit walau benci kena jugak luahkan pada mereka yang terlibat. Minta mereka berubah. Hentikan sebelom terlambat. Dan kamu yang paling memahami d3rita adik tolong doakan sekuat hati kamu untuk adik.

Nur Sakinah : Orang lawa mesti jadi m4ngsa orang busuk hati. Ramai kena macam ni. Ramai yang akhirnya jadi s4kit dan rasa nak bvnvh diri, Minta adik jangan berhenti rawat diri sendiri dulu sebelum m4kin parah.

Ada oanrg jenis tak suka meluah dan bersemuka dengan orang lain untuk rawatan. Jadi rawatlah diri sendiri dulu. Permulaan, buatlah istighfar 1000x dan selawat (Sallallahu ala Muhammad) 1000x. Selawat tu tambah dan terus tambah hingga sentiasa di bibir.

Buatlah dulu dan lihat perubahan nanti sebab memang ada yang dah berjaya. Nanti rasa urusan hidup dipermudahkan, hati tenang, apa terdetik dalam hati pun makbul. Bukan kata adik tu tak solehah tapi amalan yang betul dan istiqomah tu penting. Allah sayang sebab tu Allah uji. Semua terjadi pasti ada hikmahnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.