Berbulan g4duh dengan suami, aku whatsapp tak reply. Masa dia tertinggal HP aku tengok dia save nama aku ‘puaka’

Dia tak tolong aku jaga anak – anak masa dorang kecil. Dia selalu tidur je. Dia akan marah bila anak bermain, mainan sepah – sepah. Dia kata bising la duduk rumah. Dan aku jawab. PergiIah duduk hutan sana. Dia tepis kipas dan berterabur. Satu hari pak mertua tengok aku susah payah jaga anak – anak, dia tanya mana suami aku..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih bagi yang sudi membaca.. Perkahwinan yang dibina memasuki usia 7 tahun dengan dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan. Percaya dengan bercinta selepas nikah adalah baik dan menjamin kebahagian.

Hasil perkenalan daripada seorang guru yang aku anggap bapa angkat aku. Tetapi apa – apa berlaku itu takdir aku tidak menyalahkan sesiapa. Baru sekarang aku berani buka mulut kerana tahap kesabaran aku sudah sampai maksimum.

Awal perkahwinan kami duduk berjauhan kerana aku belum dapat pindah tempat kerja. Dalam tempoh ini kami bergilir untuk berjumpa. Minggu aku cuti, aku akan balik ke rumah suami biasanya 2 minggu sekali. Dia akan balik jumpa aku pada minggu aku tidak dapat cuti sabtu ahad sebab aku kerja syif.

Selepas bersalin anak pertama baru dapat pindah duduk sebumbung tetapi dirumah mertua. Setahun lebih aku tinggal dengan mertua. Mertua memang sangat baik layan aku macam anak sendiri. Tetapi layanan suami tidak macam suami. Dia banyak melayan mak dia sahaja.

Ya.. memang aku jarang masak di rumah mertua kerana mertua yang hendak masak. Aku akur. Bila dah sebumbung baru aku tahu per4ngai suami yang mana selalu keluar malam sampai lewat pagi. Walaupun dia kata ada dekat sahaja dan di depan rumah tetapi di mana tanggungjawab dia kepada anak bini.

Bila dah balik dia akan ke bilik lain atau depan tv untuk tidur sampai lah ke pagi dan tegak matahari. Sampai lah suatu hari pak mertua tanya mana dia sebab anak nangis tapi tak ada yang bantu aku. Aku hanya jawab dia dah m4ti.

Sedangkan dia tidur di bilik. Mak pak tak pernah tegur dia. Aku hanya diam. Dia akan datang cari aku bila dia nak puaskan nafsu dia sahaja dan tinggalkan aku semula dalam bilik bersama anak. Aku hanya seperti perempuan simpanan.

Aku nangis sorang – sorang. Adakah ini cara rumahtangga sebenarnya. Aku diam. Dia kerap marah bila dengar anak menangis. Pada fikiran aku masa kecik agaknya dia tidak pernah menangis. Dia pernah sahaja baling apa yang ada depan dia sehingga kena pada anak.

Aku beri kepercayaan penuh kepada dia, aku pernah bagi kad bank pada dia. Katanya nak bayar saman RM300. Tetapi bila aku cek online duit aku lebih daripada tu hilang, sampai aku call bank di mana transaksi berlaku.

Ternyata memang dia perlaku. Dia pulangkan tanpa kata apa – apa. Aku diam. Sehingga sekarang saman tu tidak berbayar pun sebenarnya. Aku suruh dia cari rumah tetapi dia kata rumah mertua tu akan jadi milik dia sebab adik beradik bagi pada dia sedangkan tiada hitam putih pun.

Tidak lama kami beli rumah perkongsian bersama setelah aku bagi syarat ada anak no 2 beli atau sewa rumah. Kehidupan aku bila ada rumah sendiri tidak seperti rumahku syurgaku. Dia ada bilik sendiri. Aku syak dia tengok bapak dia bilik asing – asing dengan mak dia. Aku diamkan.

Dia jarang tolong aku mengurus anak – anak masa anak – anak kecil. Dia selalu tidur sahaja bila waktu lapang. Dia kerap marah – marah bila anak kecil bermain, mainan sepah – sepah. Dia juga pernah kata bising la duduk rumah.

Dan aku jawab. PergiIah duduk hutan sana. Dia tepis kipas dan berterabur. Sejak itu aku bisukan mulut dan pekakkan telinga kalau dia marah. Dia juga akan marah dan kata pvk1m4k, s3tan, b0doh bila cari benda yang tak jumpa. Sepertinya marah aku.

Sampailah sekarang ada anak no 3. Ingatkan dia berubah jadi lebih matang. Demmmm… Salah! Anak no 3 langsung tak nak dengan dia dan dijaga aku sepenuhnya. Aku s4kit buasir 2 minggu, dia boleh pergi rumah mak pak dia untuk buka puasa bawa anak 2 orang dan bila malam biarkan aku tidur bersama anak no 3 sahaja. Dia tidur di luar dengan 2 orang anak.

Dia anggap mak pak adik beradik dia keluarga tetapi bila mak, adik beradik aku macam orang luar. Hanya tanya bila balik kampung, dia mula marah dan kata aku lebihkan keluarga aku sedangkan aku hari – hari pergi rumah mak pak dia ambil anak dan tunggu sehingga 10 malam. Tunggu dia datang makan rumah mak pak dia.

Kadang – kadang aku terp4ksa balik dulu sebab anak kecil dah mengantuk. Aku banyak habiskan masa aku dekat rumah mak pak dia sahaja. Aku tiada giliran beraya sebab terik4t dengan pak mertua nak ambil gambar pada hari raya pertama. Aku turutkan 7 tahun ni.

Walaupun selepas zohor akan balik kampung aku dan cuti lama sikit di kampung tetapi aku juga hendak rasa berpuasa dan balik kampung awal. Tahun lepas aku minta balik kampung aku dahulu setelah 2 tahun pkp tidak balik beraya.

Aku dah bincang dengan dia, tetapi dia kata aku membelakangkan dia dan aibkan dia. Bila mana pada hari ke-2 raya dia buat muka dan tak makan. Mak aku hanya kata kalau merajuk – rajuk lepas ni tak payah balik. Dia sentap. Terus suruh balik esok tengahari.

Bila sampai di rumah mak pak dia, aku kata ingatkan balik rumah. Dia terus marah campak kunci dan cakap, “aku bukan kuIi macam kau.” Aku diamkan dari keluarga dia buat macam takde apa berlaku. Beberapa bulan dah berlalu, rupanya masih simpan.

Dia cuma akan hantar aku balik kampung dan dia balik semula ke rumah atau ke rumah kakak dia. Perg4duhan berlaku apabila aku tolak untuk bersama kerana badan aku flat waktu itu. Hampir sebulan setengah aku dimusuuhi.

Aku cuba minta maaf tetapi tidak dibaIas dalam whatsap. Sehingalah suatu hari dia tertinggal telefon. Aku cek kenapa tidak baIas. Dia letak nama aku puaka dengan whatsap aku gambar anak – anak sampai hati dia letak nama tu.

Aku ajak bincang, dia mengelak dalam bilik air dan kata fikir sendiri. Dan nak keadaan macam ni sampai bila – bila. Aku bincang lagi dalam whatsap tanya macam mana nak layan dia. Dia jawab, “kalau cara dah salah semua salah. Banyak mana pun kau minta maaf aku tak maafkan.”

Sampailah dia whatsap, “carilah yang lebih baik, alim. Apa – apa mula dahulu. Dah tak boleh hadap.” Aku nekad failkan kes di mahkamah setelah minta petunjuk dari Allah. Bila dia tahu aku buka fail, baru dia nak berbincang dan suruh aku tarik balik kes.

Aku dah suruh dia berubah dan dia kata ambil masa. Dalam masa itu Allah tunjukkan pada aku rupanya dia melayan perempuan yang hampir 2 tahun berhubungan. Dan aku jumpa gambar Iucah. Hati bini mana tak tawar bila jadi macam ni.

Patutlah dia selalu datang lambat nak pergi rumah mak pak dia tiap hari rupanya melayan perempuan dalam whatsap. Dia biarkan aku uruskan anak – anak sendiri. Dia banyak menghabiskan masa dalam bilik sendiri. Dan dia terlibat dengan bitcoin.

Bil – bil banyak tertunggak sehingga kena p0tong. Aku tak sangka dia macam ni. Ke mana duit dia. Dia tak ada bagi aku sedikit pun duit belanja. Aku menggunakan duit aku sendiri sebab aku bekerja. Sehingga sekarang kes mahkamah masih berjalan sebab dia tak nak lepaskan aku.

Dia cuma nak anak – anak. Aku dibiarkan sahaja. Dan sekarang dia menjarakkan 2 orang anak aku daripada aku. Baru aku tahu dia seorang yang narsiistik sebenarnya. Bila tidak dapat manipulasi aku, dia jadi lagi marah. Dia juga manipulasi keluarga dia dan anak – anak aku. – Ija (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.