Berd0sa ke aku ambik perancang tanpa izin suami. Suami sibuk nak anak tapi tak pernah jaga anak. P0tong kuku, mandikan anak tak pernah langsung!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kuku anak panjang, dia komplen. Takde pun tolong p0tongkan kuku anak – anak. Jamban tak bersih, komplen. Takde pun tolong cuci. Anak makan sepah, komplen. Takde pun nak tolong bersihkan.. Bagi duit dapur RM400. Itulah beli beras, barang basah, sabun, untuk anak – anak. Lepas tu komplen aku tak reti berjimat…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai semua. Aku Orked. Dah kahwin, anak 2 orang, sepasang. Alhamdulillah. Apa ya hukvmnya kalau isteri ambil perancang diam – diam tanpa pengetahuan suami, sebab suami tak bagi ambil perancang – sebab boleh bagi mud4rat / kesan sampingan kemudian hari katanya.

D0sa tak ya? Bila bincang, semua ayat dari isteri tak betul. Ambil diam – diam macam ni takpe ke? Aku ambil perancang tanpa pengetahuan suami, dan tanpa pengetahuan sesiapa, family atau kawan – kawan. Sebelum ni kami merancang sendiri – suami yang take part so faham – faham sendirilah caranya macam mana.

Tapi disebabkan anak bongsu setakat ni dah besar, dah nak sekolah jadinya suami ada bagi hint untuk ada baby baru dan dia dah tak take part dalam hal merancang sendiri. Dan ini yang buatkan aku buat keputusan ambil perancang tanpa pengetahuan sesiapa.

Siapa tak suka baby? Siapa tak suka bau baby? Aku pun rindu nak rasa baby kick, rindu nak tengok masa doktor scan perut, rindu nak bersalin, rindu nak dukung baby, susukan baby.. semua aku rindu moment tu. Tapi aku tak kuat dari segi mental dari segi emosi.

Aku penat. Tolong jangan judge, “anak baru 2 dah penat, aku anak 10 elok je”. Aku penat sebab takde tangan yang membantu. Aku surirumah, suami sorang je kerja. Aku penat sebab mindset suami aku ni macam dia dah kerja, dah cari duit so balik rumah untuk rehat – rehat dan main dengan anak kejap – kejap je. Selebihnya balik rumah memang untuk rehat je.

Balik kerja terus rehat. Weekend pun ada cuti 2 hari. Aku yang surirumah 24 jam dengan anak, 24 jam uruskan rumah, weekend pun buat rutin yang sama. Aku penat sebab takde yang menolong. Kalau weekend aku rehat macam dia, mulalah ada bunyi – bunyi “amboi” macam tu.

Orang ingat anak aku 2 orang sebab aku rasa cukuplah Allah dah bagi sepasang ni. But deep inside, aku penat nak urus anak sorang – sorang from A-Z, dari newborn sampai tak tahu lah bila 😉 Suami tak membantu walau sekecil perkara dalam rumah ni sebab pada dia, dah bagi duit so kira settle lah bahagian dia.

Kuku anak panjang, dia komplen. Takde pun tolong ambil ketip kuku tu p0tongkan kuku anak – anak. Anak – anak semua dari newborn sampai sekarang ni aku yang p0tongkan kuku. Jamban tak bersih, komplen. Takde pun tolong cuci. Lepas makan, tinggal je semua dekat singki, takde pun nak tolong basuh walaupun masa letak pinggan cawan tu sink aku dah bersihkan clear.

Anak makan sepah, komplen. Takde pun nak tolong ambil vacuum, penyapu tolong bersihkan. Kain baju aku lupa nak angkat kat ampaian.. “eh kain baju tak angkat, nak maghrib dah ni” instead of pergi je keluar tolong angkatkan. Aku dah basuh, dah sidai.. lipat kain baju pun aku juga tu.

Bersungut? Tak ikhlas? Entahlah. Aku di fasa tak kisah kalau orang fikir aku macam tu sebab aku yang hadap. Duit dapur suami korang bagi berapa? Suami aku bagi 350 – 400 untuk sebulan. Itulah lauk basah, itulah beras, itulah barang – barang kering, itulah sabun – sabun. Semua dari 400 tu.

Dan kami tak dapat bantuan apa – apa. Untung dalam ic masih ada one off 100 tu jelah yang aku belum guna lagi. 350 – 400.. kadang – kadang kesian tengok anak – anak. Cuma alhamdulillah anak – anak aku ni, masak apa pun dorang makan je.

Nasi dengan telur d4dar, ada timun, kicap pun onz je. Nasi, sardin, timun onz je. Masalahnya pada si ayahnya. Kalau masak telur.. telur je? Saya penat – penat balik kerja.. telur je? Cukup la kot kalau makan tu beringat dan sedar diri dengan amount yang dibagi.

Tapi tu lah, lauk simple komplen je. Suruh beli sendiri? Tak mahu. Katanya dia dah keje dah bagi duit, takkan beli lauk beli barang pun dia. “Awak buatlah list, beli apa yang takde. Jimat – jimat. Duit takde sangat bulan ni”. Itu ajelah ayatnya ulang setiap kali hulur duit dapur. “JIMAT – JIMAT. JANGAN BOROS.”

Hal anak pun sama lah, dari sekecil perkara sejak newborn sampai ke fasa toddler semua aku urus. Potty training? Buat sorang seawal yang boleh sebab telinga aku letih nak dengar orang komplen, “Pampers mahal, jimat sikit pampers tu” “Dah nak habis? bukan baru beli? Jimatlah pampers tu, bukan murah”.

Aah yelah macam aku boleh tahan k3ncing ber4k anak limit satu hari berapa kali boleh k3ncing ber4k. Bila aku potty training dia bising kata awal sangat. Kalau tak buat, dalam masa masa dia juga komplen pampers mahal dan suruh aku jimat – jimat penggunaan pampers anak.

Tapi aku buat je, t4ik anak semua aku cuci. Tilam anak pun aku angkat sorang, basuh kalau dia terkucil. Bila anak berjaya potty training, dia lah terpaling bangga dan cerita onak duri liku – liku fasa ajar anak potty training sedangkan part yang dia involve cuma “anak ber4k sepah – sepah” “anak k3ncing tu, dah kata tak payah ajar lagi”

Paling yang membuatkan aku nekad untuk diam – diam ambil perancang bila aku ni sebagai surirumah tak boleh s4kit! Dah lah tak boleh s4kit, urusan rumah, anak – anak A-Z kat bahu aku. Anak tak pandai, salah aku tak ajar anak. Anak tak sihat, salah aku tak jaga anak betul – betul. Anak terjatuh, salah aku anak 2 orang pun tak boleh jaga.

Apa – apa yang jadi masa anak dengan aku, all out menyalahkan aku bertahun ulang cerita sama. Tapi kalau anything happens masa anak dengan dia, takde apa yang salah dengan dia. Back to aku tak boleh s4kit sebab aku surirumah. Aku ni jarang nak s4kit jarang nak demam. Senggugut pun tak pernah ada. Tapi bila aku rasa tak sihat, seolah macam salah besar.

Bila aku tak sihat, instead of dapat comfort, dapat segelas air, dapat sedikit attention.. aku cuma dapat, “duduk rumah je pun, lain lah saya ni bla bla bla”, “buat apa kat rumah je pun bukannya keje macam saya kat luar ni”. Dan banyak lagi ayat yang begitu bila aku rasa tak sihat.

Dan tak dapat layanan macam orang tak sihat pun. Still kena buat housechores, still kena urus anak, still kena buat rutin yang sama macam tengah sihat. Takde beza. “Cergas la, janganlah lembik sangat”… kata – kata dari seorang suami yang setiap bulan entah berapa kali lah demam, setiap kali demam tu macam dah boleh serah wasi4t dah. Sedangkan aku ni nak rasa tak sihat tu mungkin setahun sekali je Allah bagi rasa.

Kalau dia demam semua anak – anak kat bahu aku, housechores semua serah kat aku. Aku kena asingkan jauhkan anak – anak dari dia sebab tak nak berjangkit. Aku pun kena tido dengan anak – anak sebab taknak berjangkit, kang dua – dua tak sihat sape nak urus anak kan.

Tapi tu time dia tak sihat lah. Time aku tak sihat, lain pulak jawapannya. “Tawakal lah zikir”. Jadi masa dia tak sihat, anak – anak kat aku. Masa aku tak sihat, anak -anak pun dengan aku sebab kena pakai konsep tawakal dengan zikir. Kena tido dengan anak – anak jugak sebab dia keje, kalau berjangkit takkan nak kena cuti pulak.

Wajar tak kalau aku taw4r hati untuk taknak ada anak lagi? D0sa ke kalau aku rasa cukuplah sepasang yang Allah pinjamkan ni? Sebab lain aku tak nak ada anak lagi, bila aku ni tak boleh silap sikit langsung. “Pakailah otak”, “b4ngang betul”, “lembab betul”.. walaupun silap tu cuma kesilapan kecil. Sedangkan benda tu boleh je ucap terima kasih.

Contoh malam tadi dah mintak air kopi, pagi ni aku buat lagi kopi. Benda boleh je cakap terima kasih sebab bini buat air sebelum pergi kerja, tapi nak jugak “Malam tadi kan dah kopi. Takkan pagi ni kopi lagi. Pakailah otak. Tak boleh fikir ke?”.

Bila aku tanya nak air apa ; tak kisah. Complicated. Tak kisah, tapi komplen. Bila aku dah iron kan pakaian kerja, boleh je, “tq gosokkan baju seluar kerja saya” , tapi nak jugak “minggu lepas kan dah pakai seluar ni. Takkan nak pakai seluar sama lagi?”. Apa? Ada orang yang akan belek – belek ke tu seluar minggu lepas ke apa? Kat rumah takde mesin basuh ke?

Kadang – kadang aku rasa aku ni memang b0doh betul. Kesian dia dapat bini b0doh. Kesian anak aku dapat mak b0doh. Betul lah kot aku ni b0doh. Kalau cerdik mesti lama dah aku berambus tinggalkan dia terkontang kanting dengan anak – anak, pepandai la ko p0ong kuku anak, cebok anak, basuh jamban, masakkan untuk anak, kemas rumah segala bagai yang mungkin selama ni dia fikir semua settle pakai niat. Tengoklah macam mana duit 350 – 400 boleh settlekan semua.

Pentingnya komunikasi dalam rumahtangga? Yes sangat penting. Tapi beruntung kalau dapat yang nak berkomunikasi. Aku ni, entahlah. Baru cakap sikit, bertubi – tubi dia bidas sampai at the end aku tahu no point, useless je bercakap dengan orang yang tak boleh dengar tak boleh terima ayat / pandangan orang lain.

Banyak je sebab lain yang aku rasa tak mampu nak ada anak lagi, cuma benda – benda tu tak tertulis kat sini. Pillow talk? Dah try. Hujung – hujung aku pulak salah padahal nak cerita nak luah je, dah bandingkan dengan orang lain plak, semua isteri macam tu. Jadi aku hilang diri aku yang dulu, yang ceria, banyak cakap..

Sekarang aku banyak diam dan rasa bahagia sangat kalau dia takde kat rumah. Bab duit dapur pun aku dah pernah bincang, tapi hujung – hujung aku salah sebab tak pandai list out, tak pandai jimat, tak pandai beli. Aku buat affiliate TikTok shopee jugak diam – diam tanpa pengetahuan suami.

Struggle sikit la nak buat content time dia takde kat rumah. Alhamdulillah ada lah rezeki kat sini untuk aku kongsi dengan anak – anak aku. Bukan tak nak mintak restu suami, tapi aku penat nak bercakap dengan orang yang selalu cakap kat aku “duk rumah tak buat apa. .daripada scroll phone tu buatlah bisnes”.

Aku penat nak cakap dengan orang yang selalu downgrade kan aku. Aku pernah join dropship. Bila dia tahu dia terus cakap “berapa juta dah untung? Kalau tak sampai 100 ringgit tak payahlah”. Sedangkan tu baru hari ketiga aku join dropship tu.

Hari ketiga join dropship, dengan takde sape kenal aku tapi dia harap aku boleh dapat untung macam KA yang beberapa minit je dah wowwwww sale nya. Bila aku cakap KA tu pun ambil masa nak jadi macam yang sekarang sebab aku dah follow KA dari zaman video dapur lonely dia tu, tak boleh terima pulak. Bila aku suruh search dapur lonely tu, tak nak pulak.

Yang dia nampak, KA yang sekarang. Sedangkan mana – mana yang on top sekarang, semua pun mula dari bawah. Sebab tu bila aku buat affiliate ni pun aku diam – diam je, malas nak di downgrade kan lagi. Janji aku boleh kongsi rezeki ni dengan anak – anak aku, itu pun cukup dah bagi aku.

Maaflah aku luah dekat sini. Sebab aku takde tempat nak luah. Tak nak susahkan hati orang tua adik beradik sendiri sebab dorang pun tak tahu rumahtangga aku macam ni. Taknak luah dekat kawan sebab kawan pun ada masalah sendiri. Nak luah dekat suami? Emmm. Takpe ke kalau aku tolak untuk nak ada anak lagi?

Wajar ke kalau aku rasa cukuplah dengan sepasang yang ada ni? D0sa ke aku diam – diam ambil perancang tanpa pengetahuan suami? Terima kasih sudi baca. Anything korang komen je. Aku baca dan terima dengan hati yang terbuka. – Orked (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

EyeXa Hakim : Cuba keluar rumah untuk beberapa hari tanpa dapat dijejak. Senyap. Bagi anak Dan rumah tu suami yang urus. Tengok mampu ke tidak urus semuanya. Kalau dia meng4muk dan sem4kin marahkan awak, awak berhak untuk bahagia. Istikhoroh sebelum mental awak sem4kin parah.

Awak dah terlalu penat. Kata – kata suami yang selalu downgrade awak tu yang awak rasa b0doh. Awak bukan b0doh tapi awak rasa rendah diri sebab dih1na dan diherdik oleh suami selalu. Awak kena buat sesuatu utk diri awak. Kalau dulu awak seorang yang ceria dan sekarang jadi pendiam maknanya dalaman awak dah s4kit. Do something sis.

Sanisha Bogaraja : Your body, your decision sis. Lelaki begini tahu nak anak 10, tetapi tangan tak jadi 10 ringankan urusan isteri. Situasi saya pun, keluarga mentua sendiri takut – takutkan menantu ambil perancang sedangkan salin bedah.

Mereka lebih takut masa depan kalau kita tidak boleh mengandung, daripada takut kita boleh m4ti sebab mengandung dalam jarak dekat. Utamakan kesihatan badan, mental dan emosi. Kalau kita m4ti, yang lelaki boleh kahwin cepat, cari pengganti untuk jaga anak – anak dia.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5154 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.