Ibu h1na di mata ayah sebab ibu orang seberang, hari2 jual nasi lemak tapi ibu berjaya belajar sampai PhD

Ibu minta ayah beli rumah guna duit simpanan ibu, memandangkan ibu orang ‘asing’ susah nak beli rumah. Tapi rupa – rupanya ayah beli dan letak atas nama perempuan simpanan. Ibu dihalau dari rumahnya sendiri dengan hanya membawa satu beg. Tapi ibu janji sesuatu dengan saya..

#Foto sekadar hiasan. Tahun 1995, saya lahir di salah satu negeri di Malaysia dengan ayah warganegara Malaysia dan ibu pula merupakan warganegara Ind0nesia. Sebelum menikah dengan ayah, ibu merupakan seorang kr1stian dari keluarga yang taat beragama.

Untungnya, keluarga ibu masih menerima kami walaupun ibu menikah tanpa restu dari mereka. Ibu juga merupakan pramugari di salah satu syarik4t penerbangan Brunei untuk antarabangsa dan terp4ksa meninggaIkan pekerjaannya apabila meIanggar kontrak untuk menikah.

Ibu merupakan lulusan sarjana muda bahasa Prancis di salah satu universiti terkemuka. Sedangkan ayah, merupakan alumni universiti besar di KL jurusan geologi. Sejak saya kecil, kedua orang tua saya selalu berg4duh.

Perg4duhan bermula dari sifat ayah yang gemar berjumpa dengan beberapa orang perempuan dan selalu tidur di tempat mereka. Ayah hanya balik ke rumah beberapa hari dalam sebulan dan kemudian meninggaIkan ibu sendiri tanpa nafkah.

Pernah pada satu malam, rumah kami dimasuki orang yang mencari ayah dengan membawa pis4u. Alhamdullilah, Allah masih meIndungi kami dan apabila orang tersebut tau ayah tidak ada, dia pergi meninggaIkan ibu dan saya.

Setiap kali ibu menanyakan mengenai perlakuan ayah, ayah selalu mem4ki ibu balik dengan alasan ibu tidak memilik landasan agama yang kuat. Ayah ingin cari seseorang yang kuat agama. Ibu pernah datang ke tempat perempuan itu untuk menjelaskan status ayah tapi perempuan tersebut tidak peduli.

Ibu bukan seorang yang lemah, Ibu berusaha mencari wang sendiri mulai dari berjualan nasi lemak pada pagi hari, van ais krim nestle pada petang. Sehingga pada akhirnya, ibu sambung pembelajaran sampai PhD di universiti tempatan dan dapat menjadi pensyarah.

Tapi, seluruh hasil ibu hanya dipandang sebeIah mata oleh ayah. Ayah selalu mengh1na ibu hanya kerana ibu dari Ind0nesia. Ayah mengh1na keluarga ibu karena berlainan agama. Ibu merupakan orang yang penuh kec4catan di mata ayah.

Tahun 2002, ketika saya darjah 1, ibu meminta ayah untuk menguruskan pembelian sebuah rumah di kawasan kami dari simpanan ibu. Ayah memang membeli rumah tapi rumah tersebut diberikan atas nama perempuan lain.

Ibu diceraikan dan dihalau dari rumahnya sendiri dengan hanya membawa satu beg. Saya masih teringat ketika itu saya nangis di depan pagar meminta ibu jangan pergi. Dengan senyum, ibu berjanji akan tinggal bersama saya lagi suatu hari nanti.

Tak cukup sampai situ, ayah membuat report polis dan datang ke universiti ibu dengan alasan ibu membawa lari wang ayah. Alhamdullilah, ibu selalu diberikan ramai kawan yang baik dan simpati. Ibu dibantu kembali ke Ind0nesia.

Ibu kemudian membuka perniagaan yang berkembang besar dan mendatangkan banyak keuntungan. Saya tinggal dengan ibu tiri saya selama 4 tahun. Ibu tiri saya merupakan salah satu cikgu di SMK tempatan. Selama itu juga, ayah masih seperti dulu.

Bermain belakang dengan perempuan lain. Saya memiliki adik tiri dan melalui perlakuan ibu tiri saya, saya tau dia tidak suka dengan saya. Ibu mana yang tidak sayang anaknya lebih dari anak lain. Ditambah lagi tabiat ayah membuat ibu tiri sem4kin membenci saya.

Saya teringat ibu tiri saya pernah hampir mem0tong tangan saya kerana mengatakan saya mencuri wang dia. Dengan bantuan cikgu kaunseling sekolah, beberapa bulan sekali, ibu selalu datang ke Malaysia untuk ke sekolah saya dan berjumpa saya.

Ibu juga menelefon saya melalui sekolah setiap masa rehat seminggu sekali. Saya juga gemar mengirim surat ke ibu dan dibantu pos oleh cikgu kaunseling saya dan mendapatkan baIasan dari ibu. Terkadang, ayah akan tau kedatangan ibu melalui kawannya dan mer0tan saya hanya karena berjumpa ibu.

Saya akan dibangunkan setiap malam hanya untuk dipukuI, dikurung dan diminta mengucap berulang kali, “Saya benci ibu”. Waktu itu, saya tahu lagi apakah saya bahagia dengan kepulangan ayah atau tidak. Tahun 2006, ibu membawa saya lari ke Ind0nesia dan tinggal bersama suami barunya.

Ibu risau apabila mengetahui rencana ayah untuk memberhentikan pendidikan sekolah rendah saya untuk membantu dia. Sebelum ke Ind0nesia, kawan ibu sudah mengatur pengadilan untuk hak penjagaan anak. Ibu mendapatkan hak penuh menjaga saya.

Ayah tau akan hal ini dan meminta bantuan kawan polis untuk menjaga airport di KL mencegah kami pergi. Sekali lagi, Allah memudahkan keinginan ibu dan kami berjaya lepas. Di Ind0nesia, kehidupan saya tidak lebih baik.

Ayah tiri saya membenci saya dan selalu berfikir saya ingin mengambil harta dia. Perniagaan ibu saya diambil oleh ayah tiri saya dan ibu hanya diberi nafkah yang sedikit. Ayah tiri saya tidak pernah membantu ibu dalam membesarkan saya membuat ibu harus mencari cara lain untuk mendapat wang.

Ibu selalu sabar. Bagi ibu, hidup bersama anak sangatlah penting. Berulang kali saya membuktikan kepada ayah tiri saya, bahawa saya anak yang baik dan membanggakan. Saya selalu berakhir dengan kecewa apabila tau ayah tiri saya tidak pernah menganggap saya sebagai anaknya.

Akhirnya saya menyerah untuk berusaha menyayangi dan mendapatkan kasih sayang seorang ayah ketika saya tingkatan 4. Tahun 2013, Sewaktu saya lulus dari sekolah menengah, saya diterima di IPTA terkemuka Ind0nesia dan Malaysia.

Ibu menginginkan saya melanjutkan pelajaran di Malaysia walaupun ibu tau kewangan ibu tidak stabil. Saya terdaftar sebagai mahasiswa antarabangsa sehingga bayaran universiti tidaklah sedikit. Bagi ibu, pendidikan saya adalah nombor 1.

Selama 4 tahun, saya tau jerih payah ibu memberikan saya wang hidup di Malaysia. Saya tau tangisan ibu akan perlakuan ayah tiri saya. Saya selalu menyimpan kesukaran saya agar ibu tidak sedih. Tahun 2017, alhamdullilah saya lulus dengan gelar B.Eng dengan berbagai penghargaan dan mendapatkan pekerjaan yang bagus.

Setelah setahun bekerja, ibu saya mengatakan bahwa dia ingin melihat saya sambung Master di Eropah. Beliau selalu mengatakan saya secara halus untuk mencuba untuk ke Eropa. Pada ketika itu, tabungan saya hanya setengah dari biaya yang diperIukan.

Dari desakan ibu, saya akhirnya terp4ksa menerima apabila ibu menjual kedai perniagannya untuk menambah tabungan saya. Kini, ya saya sekarang di Eropah. Hidup di sini tidaklah mudah, pendidikan mereka jauh lebih berat.

Tapi setiap saya melihat perju4ngan ibu saya, saya tau saya tidak boleh menyerah. Banyak kawan saya yang kagum dengan apa yang saya capai tapi saya tau semua itu bermula dari ibu saya. Tanpa ibu saya, saya mungkin hanyalah seorang lelaki tanpa pendidikan sekolah rendah.

Saya menulis ini hanya untuk mengingatkan saya, bahwa setiap kali saya putvs asa, ibu melalui hal yang lebih buruk dalam membesarkan saya. Hanya satu keinginan ibu yang mungkin akan sulit untuk saya penuhi, keinginan untuk melihat saya berumah tangga. Kerana saya sudah menutup hati saya untuk memiliki keluarga. – Amir

Sambungan.. Assalamualaikum semua. Sebelumnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada para pembaca yang sudi meninggaIkan comment positif ataupun negatif. Saya nak minta maaf kalau bahasa Melayu saya barai sikit.

Yelah, terakhir sekolah di Malaysia 12 tahun lalu, itupun di bawah SJKC. Waktu belajar Bachelor dulu pun kos kejuteraan. Exam semua dalam BI. Dengan kawan je saya guna bahasa Melayu informal dan itu pun banyak perkataan yang saya rasa kurang sesuai untuk karangan.

Maaf juga kalau banyak pengunaan bahasa yang tak sesuai. Saya berusaha sebanyak mungkin menggunakan perkataan yang dapat difahami dalam bahasa Malaysia. Ibu saya alumni sastera Prancis dari universiti di Ind0nesia, bukan dari negara Prancis.

Dia sambung Linguistik untuk Master dan PhD, hingga akhirnya dapat buka perniagaan kursus di bidang tersebut. Ya, saya pun sampai benci kenapa ibu saya masih lagi bersama ayah tiri saya. Tetapi setelah saya besar baru saya faham alasan dia untuk tak bercerai, iaitu adik tiri saya.

Sejak dia lahir pada tahun 2007, saya memang sayang dia. Waktu adik tiri saya berumur 7 tahun, ayah tiri saya bagitau adik tiri saya kalau saya bukanlah abang kandung dia. Adik tiri saya masih lagi terima dan sayang saya macam biasa sesudah itu.

Bayangkan budak umur 7 tahun dah kena fikir matang. Dia tak pernah tanya pasal masa lalu saya dan ibu saya. Sekarang, saya bersyukur adik tiri saya tidak bernasib sama dengan saya, kisah penceraian. Mungkin banyak yang rasa ibu saya b0doh, sebab jatuh ke lubang yang sama.

Dah macam sinetron, berpelajaran tinggi tapi tak boleh berdikari. Tetapi satu hal yang saya nampak, ibu saya selalu redho kalau inilah jalan dia. Dia pernah cerita dekat saya, kalau dia sangat benci budak kecil sebelum dia melahirkan saya.

Banyak lelaki yang melamar dan nak jadikan dia isteri. Tapi takdir memilih dia untuk kahwin dengan ayah kandung saya, menjadi mualaf, melahirkan saya dan membesarkan saya. Dia tidak pernah menyesal ataupun menyalahkan nasib.

Dia tak pernah sekalipun cakap dia menyesal kawin dengan ayah kandung saya kerana dia tau kalau dari situlah saya lahir. Suatu keredhoan yang masih lagi tak dapat saya capai. Walaupun saya terlahir sebagai seorang muslim.

Sewaktu saya remaja, saya selalu dengki dan sedih melihat keluarga kawan – kawan saya. Bagaimana ayah mereka mengajak anaknya ke masjid. Bagaimana mesranya kedua orang tuanya. Bagaimana hangatnya kasih sayang ayah mereka.

Saya selalu menyalahkan takdir, selalu saya juga marah dengan keputvsan ibu saya dulu. Saya member0ntak macam anak br0ken home lainnya. Saya kerap membentak ibu saya dan mengurung diri di dalam bilik. Saya selalu berdoa agar Allah mencabut nyawa saya sewaktu saya tidur.

Tetapi alhamdullilah, didikan ibu saya sewaktu saya kecil membuat saya tidak pernah menyentuh r0kok, ar4k, d4dah ataupun mencuba bvnvh diri. Tetapi perasaan tak berguna selalu ada setiap kali melihat ibu saya menangis dengan perlakuan ayah tiri saya.

Salah satu motto kesayangan ayah tiri saya yang saya ingat sampai sekarang, “Tuhan adalah Dollar”. Dia sangat ringan tangan membantu kaki tangan dan anak buahnya, tetapi sangat kedekut dalam memberi nafkah ke ibu saya.

Dulu beberapa kali ibu memohon untuk diberikan wang kerana wang tabungannya tidak cukup, tetapi ayah tiri saya membaIasnya dengan h1naan. Tak jarang di depan saya dan orang lain. Setiap kali ibu saya ingin membuka perniagaan baru, ayah tiri saya selalu merendahkan dia dan mengatakan bahwa dia akan gagal.

Ya, ibu selalu gagal.. Tapi mungkin kerana perniagaan ibu tidak didukung suaminya sendiri. Sekarang, ayah tiri saya mengidap diab3tes. Perniagaan yang diambil dari ibu saya menurun. Beberapa kali kaki tangannya terlibat kes pencurian barang.

Kaki tangan yang dulu selalu setia bermulut manis, semua lari. Sedangkan ibu menjadi ketua dalam organisasi kebajikan masyar4kat di bawah kerajaan. Ayah tiri saya sekarang terkadang memohon kepada ibu saya untuk membantu dia dalam menjaga perniagaan yang hampir h4ncur.

Sejujurnya, saya selalu ketawa melihat bagaimana Allah dapat mengubah hidup seseorang dalam beberapa tahun. Ayah tiri saya sekarang juga suka membanggakan saya. Sebelum saya ke Eropah, dia memeIuk saya, walaupun saya tidak merasakan apa – apa lagi terhadapnya, sekadar membaIas peIukan pun saya tidak mahu.

Ayah kandung saya pernah mencuba menghubungi saya sewaktu saya sekolah menengah tingkatan 4 melalui Facebook. Dia meminta saya pulang hanya untuk membuat myKad, haha. Tidak ada kata maaf, kata rindu ataupun kata sayang.

Sewaktu saya di Eropah, sekali lagi dia menghubungi saya. Ibu saya selalu berpesan untuk berhati – hati dengan dia. Ayah kandung saya merupakan orang yang menghalalkan segala cara untuk mendapatkan apa yang dia mau.

Sudah ramai adik beradik, kawan bahkan ibunya yang menjadi m4ngsa ayah kandung saya. Mungkin banyak juga saud4ra tiri saya lainnya yang menjadi m4ngsa ayah tiri saya. Tetapi saya bersyukur bahwa ibu saya mengambil keputvsan yang tepat untuk membawa saya lari.

Ibu saya selalu nasihat saya untuk berjumpa ayah kandung saya suatu hari nanti, “Walau bagaimanapun dia ayah kandung saya”. Tetapi entahlah, dengan ayah tiri pun hati saya dah beku, dengan ayah kandung mungkin dah tak ada rasa.

Banyak yang comment kisah saya macam sinetron sangat, memang kawan rapat saya yang tau cakap hal yang sama. Orang lain akan nampak hidup saya sempurna dan selalu bahagia. Alhamdullilah, saya tak pernah sampai lagi tahap depr3ssed nak bvnvh diri.

Setiap kali saya rasa putvs asa dan penat, saya akan doa agar Allah mencabut nyawa waktu tu juga dan menangis. Macam budak – budak memang tapi itulah cara saya bertahan sampai sekarang. Dalam kondisi normal, saya yakin alasan saya masih hidup kerana ada takdir rancangan lain untuk saya.

Sama macam takdir ibu saya menjadi mualaf dan melahirkan saya. Kepada yang mengatakan bahawa lari dari Perkahwinan bukanlah jawaban. Ketakutan saya dari kecil lebih besar dari keinginan saya untuk menikah. Dalam rencana hidup saya saat ini, menikah tidak ada di dalam perancangan saya.

Sewaktu saya belajar di Malaysia, saya aktif berorganisasi dan sukarelawan. Tak jarang, beberapa perempuan berusaha mendekati saya. Saya tau tetapi saya diam. Saya selalu ingat bagaimana sebuah keluarga mengh4ncurkan masa kecil saya.

Mengh4ncur hidup ibu saya. Saat ini, saya lebih ingin menjaga atau mengangkat anak yatim piatu yang bersungguh – sungguh ingin mengubah nasib hidupnya. Fokus saya sekarang, menyelesaikan kos Master saya jauh lebih penting.

Terima kasih yang sudi membaca. Doa dan kata semangat kalian, menjadi alasan utama saya menulis cerita ini dan memberi saya energi untuk beradaptasi di bumi Eropa ini. Doakan kelancaran untuk Final exam saya – Amir

Komen Warganet :

Hayati Johan : Amir, kalau kamu rasa tak ada “suami dan ayah” yang baik di dunia ini, kamu jadilah “suami dan ayah” yang baik itu. Apa yang berlaku pada kita memang bukan kehendak kita. Tapi Dia, bagi dugaan bukan saja – saja. Untuk kita ambil pengajaran dan iktibar di kemudian hari. Jangan halang diri untuk bahagia. Bagi peluang untuk disayangi dan menyayangi orang lain.

Abibah Semis : Amir.. Allah memberikan awak begitu banyak pengalaman untuk awak jadikan sempadan. Sebatas mana sepatutnya seorang lelaki, bapa, suami, muslim sejati itu. Jalanilah hidup sebaiknya. Kebahagiaan ibu awak hari ini adalah melihat awak bahagia dan berjaya. Penuhilah.. insyaallah.. awak.. ibu awak.. akan merasa apa itu bahagia.. bahagia juga perlu diusahakan.. dia tidak datang sendiri.

Faizal Faris : Sedih bila melihat lelaki yang sepatutnya mendidik, memberi nafkah dan tugas – tugas lain sebagai ketua keluarga abaikan tugas tersebut sampai tersiksa anak bini. Dah la per4ngai sampah, tunggang agama pulak tu, Islam baka macam ni la, yang masuk Islam pulak lagi jelas keislaman.

Kesian nasib dua beranak ni, kat Ind0nesia pun sama, lelaki tak guna jugak. Moga hidup dipermudahkan dan segala pend3ritaan diterima dengan redha dan diberi kifarah kelak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.