
Sepanjang 3 hari pertama tu, suami tak sentuh aku lagi. Aku cakap, belum ready, dia hormat keputusan aku. Suami bawak pergi umrah, kami fokus beribadah. Sehinggalah kami sampai rumah. Suami aku dah ready nak sentuh, aku terus menangis..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi. Nama aku Nana. Here is some sharing aku nak buat untuk perempuan yang masih bujang, adik – adik yang masih muda tapi yang sudah melebihi batas sebagai manusia (islam). Pernah dengar tak, bila kita berzin4, berm4ksiat, kita akan dihukvm dan dibaIas d0sa tersebut?
Aku pernah hidup muda, aku faham sangat rasa cara anak muda “enjoy” life. Lagi – lagi bila yang ada boyfriend ni. Aku pun manusia biasa, yang berd0sa dan hidup dengan d0sa. Here is my story. Aku cerita benda ni untuk jadikan pengajaran je dekat semua orang, especially perempuan.
Dulu, aku pernah bercinta. Ex boyfriend aku ni ada 4 body counts sebelum aku. Jadi, bila aku bercinta dengan dia dalam 4 tahun lebih, aku pun pernah hanyut. Tapi aku tak ada lah sampai pernah ke katil dengan dia, cuma kita orang pernah buat semua yang “ringan – ringan”.
When I said semua, i really meant it by semua kecuali atas katil. So, faham – faham sendiri lah. Aku bercinta dengan dia daripada umur aku 19 sampai lah 24. Masa bercinta dengan ex boyfriend aku ni, aku sangat – sangat hanyut dengan nafsu.
Hubungan kami yang awal – awal semuanya ok, lama – lama jadi bertahan sebab masing – masing dah ket4gih untuk buat benda tu je. Kalau dulu kita orang jumpa dan keluar untuk pergi makan, tengok wayang, jalan – jalan, tapi lama – lama relationship kita orang lebih kepada jumpa untuk buat benda tu.
Kami terlalu teruk, sampaikan waktu tu aku nak dapat kerja pun rezeki tu tak lekat – lekat. Aku sampai berdoa, adakah sebab d0sa aku terlalu banyak sampaikan doa aku yang ini (untuk dapat kerja) tak dimakbulkan? Adakah aku kena lepaskan yang ini (hubungan h4ram aku) untuk dapatkan doa (dapat kerja) itu?
And yes. Something happened between us, dia tinggalkan aku dan aku sorang -sorang. Lepas je aku putus dengan dia, semua doa – doa yang aku pernah minta sepanjang aku dengan dia, termakbul. Aku minta untuk kerja dekat company yang aku nak sangat, aku dapat. Position yang aku nak dengan gaji yang aku nak pun, aku dapat.
Time ni aku rasa, aku dah menang. Aku cuma perlu taubat je. Tapiii… Anak muda yang sentiasa kecundang, sampai ke sudah aku tak pernah bertaubat. Aku mula hidup baru dengan kerja aku, aku dapat beli kereta, beli rumah, hidup selesa tanpa rasa sesak hujung bulan. Completely stable dan happy.
Kerja punya kerja, dah masuk 3 tahun. Aku pun dah 2 kali naik pangkat. Gaji pun bertambah. Nak dijadikan cerita, aku “kawan” pula dengan kawan satu office aku. Umur kita orang tak jauh pun, dia tua 3 tahun je dari aku. So kita orang rapat, selalu keluar, tengok wayang semua.
Lama – lama, kita orang dah jadi kawan yang more than a friend. Kat sini, kali kedua aku kecundang dengan nafsu lepas 3 tahun lebih aku tinggalkan benda tak elok tu. Umur aku dah cecah 27 waktu ni, dan aku masih single. Aku memang tak mencari sesiapa lepas aku putus, sebab aku focus pada kerja sahaja.
Bila si lelaki ni sentuh aku, aku rasa okay je sebab bagi aku, sebelum ni pun ex boyfriend aku pernah sentuh aku? Tak luak pun kalau aku bagi dia. Sama – sama sedap, sama – sama puas. Tapi… kali ni lebih teruk, hubungan sampai bawa ke bilik.
Setahun juga aku “kawan” dengan dia dan buat activity tu sama – sama. Cuma this time, kita orang check in Airbnb dan hotel. Setahun yang penuh dengan z1na dan maksi4t. Sampai lah, kita orang berdua dapat offer untuk relocate. Dia relocate ke Sarawak dan aku relocate ke Singapore (stay in JB).
Waktu ni lah kita orang stop dan lost contact. Aku tak contact dia melainkan tentang hal kerja, itu pun cuma pakai teams dan email je. Waktu aku sewa dekat JB, this is my first time berjumpa dengan jiran sebelah rumah aku. Malam tu, aku balik rumah dah penat sangat sampai aku tertinggal kunci dekat tombol pintu rumah.
Aku tak lock pagar, kunci tertinggal. Lepastu jiran aku tu, ambik kunci aku dan letak dalam island dapur sebelah pintu rumah aku. Dia kunci pintu aku dan tutup pagar. Esok tu bila aku nak pergi kerja, aku nampak satu notes depan pintu “Semalam kunci tertinggal dekat pintu. Saya dah letak dekat dalam, atas island. Kalau ada soalan, call (number phone dia). – Izzul”.
Yeap. Nama dia Izzul. Aku tak tahu kenapa aku call, tapi tujuan aku call untuk ucap terima kasih je. Kebetulan masa aku depan pagar rumah, Izzul pun tengah keluar rumah. Bila aku call, phone Izzul ringing. Izzul angkat dan kita orang pun sama sama depan pintu macam eh, eh.
Itu lah cerita macam mana aku boleh kenal Izzul. Bila dah terjadi kes call untuk ucap terima kasih, kita orang keep in touch dan selalu keluar sama – sama. Izzul je satu – satunya kawan aku masa dekat JB, dan satu – satunya manusia yang secara tak langsung jadi tempat aku berg4ntung harap. Aku sepenuhnya berg4ntung dengan Izzul waktu aku sorang – sorang dekat JB.
Sampai lah, Izzul tiba – tiba tanya aku, kalau aku sudi tak nak terima dia sebagai suami.. Aku speechless. Sepanjang aku jadi kawan dengan Izzul, Izzul memang sangat sangat baik. Izzul tak pernah sentuh aku, tak pernah mula anything yang boleh trigger kepada perkara tak elok dan paling penting, dia sangat – sangat menjaga agamanya.
Masa aku kawan dengan Izzul, aku baru tahu dia rupanya AJK surau dekat condo kita orang ni. Bila turun je, mesti ada orang yang tegur dia, bersembang dengan dia, aku nampak lah yang dia ni disenangi ramai orang. Aku pernah datang office dia untuk temankan dia lunch, bayangkan la ye, masa aku dekat receptionists aku cakap aku nak jumpa dengan dia, receptionists tu pun sangat ramah yang macam “Oh guest Izzul eh? Kejap ehhh” then bila Izzul turun untuk sambut aku, ramai kawan – kawan office dia yang tegur dia dengan ramah dan hormat.
Waktu Izzul melamar aku, benda pertama yang muncul dalam kepala aku adalah aku bukan perempuan baik, aku dah tak suci, aku kotor dan aku tak layak untuk Izzul. Jadi aku tolak lamaran Izzul. 2 kali Izzul lamar aku, 2 kali aku tolak. Sampai kali ke 3, Izzul cakap dia nak cuba buat kali terakhir, tapi kalau aku berniat untuk tolak juga, dia nak tahu sebabnya kenapa? Sedangkan aku memang single lagi, dan kita orang baik – baik je.
Tapi malam lepas kali ke 3 Izzul ajak aku kawin, aku buat istikharah. Dalam 2 minggu lepas aku buat istikharah tu, aku mimpi yang aku ada dekat dalam sebuah masjid dan aku nampak Izzul tengah berdiri sambil senyum pandang aku. Lepas tu ada sorang pakcik kata “terima lah, Izzul tunggu tu”.
Lepas je dapat mimpi tu, aku bagitahu Izzul yang aku setuju untuk jadi isteri dia. Segala persiapan kahwin, Izzul uruskan semuanya. Walaupun Izzul busy, dia tetap free kan masa untuk rancang, prepare dan buat segalanya untuk majlis kahwin kita orang.
Aku boleh kata yang 90% aku cuma rilek dan santai je, sebab Izzul settle kan semua. Aku tak pening kepala, aku tak str3ss dan aku tak berg4duh dengan Izzul. Urusan kami dipermudahkan, 4 bulan je kami buat preparation, semuanya lancar sampai hari bersanding.
Walaupun waktu singkat, Izzul managed to pay everything tanpa perlu bebankan aku untuk “tong tong” atau share duit. Macam aku cakap… Semuanya Izzul yang uruskan. Betul – betul lepas majlis, 3 hari macam tu, Izzul bawak aku pergi Umrah.
Sepanjang 3 hari pertama tu, dia tak sentuh aku lagi. Aku pun cakap aku belum ready, dan dia hormat keputusan aku. Skip forw4rd, sampai lah kita orang balik Umrah. Kita orang dekat rumah, dan waktu tu Izzul dah mula nak sentuh aku. Tapi waktu tu, hati aku h4ncur sangat.
Sebab aku bukan lagi perempuan yang suci, aku rosak, aku kotor untuk lelaki sebaik Izzul. Aku nampak kenapa Izzul ni besar dengan sempurna, bila aku dah masuk dalam family Izzul, aku nampak macam mana keluarga Izzul ni menjaga satu sama lain.
Peranan ayah dan ibu yang bentukkan anak soleh, itu yang terlahirnya Muhammad Izzul. In laws aku baik, suami aku baik. Malam tu, aku menangis depan Izzul. Izzul panic, dia tanya kenapa? Dia cakap kalau aku tak ready, dia okay. Dia taknak p4ksa aku. Tapi kenapa aku menangis?
Dia tak tahu yang aku ni dah menyesal dengan apa yang aku pernah buat. Kalau aku tahu jodoh aku adalah lelaki sebaik Izzul, aku akan jaga kehormatan aku sebagai perempuan dari awal. Aku nak Izzul je yang rasa aku, yang pertama sentuh aku. Aku menyesal sangat.
So, aku cerita dekat Izzul. Aku bagitahu semua benda yang aku pernah buat. Orang cakap aib tu biar disimpan, tapi aku nak Izzul tahu yang aku bukan perempuan baik, aku taknak Izzul rasa ditipu. Aku cakap yang aku dah berkali – kali bersama dengan lelaki yang satu office aku tu. Seluruh tubuh aku ni, dia dah sentuh.
Reaction Izzul waktu tu, terdiam. Dia terdiam lama masa aku cerita semuanya. Lepastu dia terus peIuk aku, dia kata “yang dah lepas tu, lepas lah sayang. Kan sayang dah kahwin dengan I, sekarang I akan jaga sayang, bimbing sayang baik – baik ke pangkal jalan Allah. Malam ni kita tahajjud okay? Lepas tahajjud sayang boleh buat solat taubat”.
Then malam tu, aku tak jadi bersama Izzul. Kita orang tidur, bangun untuk tahajjud dan aku pun buat solat taubat. Bersungguh – sungguh aku menangis, aku doa semoga Allah tarik rasa sesal dalam hati ni. Aku rasa macam aku curang dengan Izzul, aku menipu Izzul sedangkan semua yang jadi tu dah lepas lama pun.
Izzul cuma duduk dekat tepi katil sambil tengok aku menangis. Bila aku dah siap solat, Izzul peIuk aku. Dia cakap dia terima aku, walau macam mana pun kisah silam aku sebelum ni. The moment dia akad jadikan aku sebagai isteri, dia cakap waktu tu lah dia sedia mencintai aku walau apa – apa condition sekali pun.
Now, dah 3 tahun aku kahwin dengan Izzul. Aku dah tak kerja, sebab semuanya Izzul yang tanggung. Kerja rumah, urusan anak, semuanya Izzul yang uruskan. Waktu aku mengandungkan anak aku, Izzul uruskan emosi aku dengan sangat baik.
Masa aku dalam pantang, Izzul yang bangun malam malam uruskan anak kalau dia menangis. Malah, sampai harini Izzul masih berjaga malam. Tak pernah sekali pun Izzul ungkit tentang kisah silam aku, atau mengungkit ungkit kata dia penat.
Oh btw, kat rumah pun Izzul yang masak untuk kami. Aku jadi Ma’am besar je kat rumah. Kalau aku bangun tengahari pun, Izzul langsung tak bising. In laws aku pun semuanya baik. Tak henti henti jaga aku, masakkan makanan favourite aku, selalu datang rumah kita orang.
MIL aku sampai harini masih urutkan kepala dan kaki aku, walaupun aku dah lama habis pantang dan anak aku pun dah setahun setengah. Aku bersyukur dihadirkan dalam keluarga Izzul. Adik beradik Izzul layan aku baik, mak abah layan aku baik.
Dan sampai harini lah, aku masih dibelenggu rasa menyesal yang teramat sebab aku tak jaga diri aku untuk suami aku. Kalau lah aku tahu aku akan berkahwin dengan Izzul, jangan kata lelaki tu, budak yang kerja cashier tersentuh tangan aku pun aku tak kasi.
Dulu aku ingat, rasa hukvman tu cuma akan dibalas dengan sesuatu yang teruk. Rupanya Allah boleh gantikan rasa hukvman tu dengan rasa penyesalan yang tak pernah habis. Walaupun sampai harini bila Izzul sentuh aku, aku masih lagi menangis. Aku sedih sangat. Aku menyesal.
Walaupun berkali – kali aku dah buat solat taubat, namun rasa sesal ni sikit pun tak pernah hilang dari dalam diri. Hari – hari aku nampak suami aku yang baik depan mata, dan hari – hari disetiap saat aku rasa kesal dengan apa yang aku dah “bagi” untuk lelaki sebaik dia.
Sejujurmya, sebelum aku kahwin, aku cuma nampak yang Izzul ni baik. Tapi aku tak sangka selepas kahwin, Izzul 100 kali lebih baik daripada Izzul yang aku kenal sebagai kawan dulu. “Maafkan I sayang, I perempuan yang jahat. I cuma mampu doakan semoga you dikurniakan syurga tertinggi sebab jadi suami yang sangat baik.”
Buat adik – adik dan wanita di luar sana, ada sebab kenapa kita perlu menjaga kehormatan kita sebagai perempuan. Selain kewajipan agama, kita juga tak tahu dengan siapa aturan Allah dalam menentukan siapa lelaki yang tepat untuk kita. Aku taknak korang hidup dengan rasa sesal macam aku, kalau satu hari nanti korang dikurniakan suami yang sangat sangat baik. Rasa guiIty, anxious, insecure.. Tolong doakan aku dapat keluar dari rasa penyesalan ini. – Nana (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Shayna : Bagus confession macam ni. Betul, rasa sesal tu akan kita tanggung sampai akhir hayat. Takpelah kalau rasa itu yang akan membuatkan kita sentiasa perbaiki diri demi Allah dan orang yang kita sayang. We are all sinners. But selagi kita selalu bertaubat, Allah takkan pernah tolak apatah lagi kalau taubat nasuha. Insyaallah
Kursus Usahawan : Agaknya tulah hikmahnya orang masuk syurga atas rahmat Allah. Kalaulah manusia ni masuk syurga asbab amalan… hmm.. tak boleh bayangkan. Ikhlas tu Allah je yang berhak nilai. Amalan setinggi 7 gunung everest pun tapi kalau niat bukan kerana Allah, tak guna juga.
Kita tak tahu apa amalan TT walau melakukan maksi4t pun, Allah beri kebaikan di dunia lagi. Yang komen – komen sinis ni.. siap doakan bad ending ni.. anda semua suci dari d0sa kah? Syukur sajalah Allah masih tutup aib kita. TT confess pun, ada sapa sini kenal TT secara personal ke? Ada aib dia terbukak ke? Jagalah hati. Jagalah jari jemari. Allah yang Maha Tahu pun bagi dia kebaikan. Kita – kita ni lagi hebat dari Allah ke sampai nak hukvm dia tak layak bahagia?
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.