Tiba la hari aku nak diijabkabulkan. Terk3jut la aku tengok dekat masjid ada boss aku. Baru aku tahu, dia adalah wali kepada isteri aku. Iaitu ayah kandung isteri aku. Aku dah berpeluh – peluh..
#Foto sekadar hiasan. Aku nak cerita plot twist terbesar dalam hidup aku. Masa aku kat kolej, aku bercinta dengan sorang perempuan ni, iaitu isteri aku sekarang ni. Isteri aku tiga beradik dan semua perempuan. Isteri aku anak sulung. Beberapa kali aku pernah pergi rumah dia.
Aku dah kenal semua family dia kecuali ayah dia.. Sebab dia kata mak dan ayah dia dah bercerai masa diorang ni sekolah lagi. Dan ayah dia tak pernah datang dah jumpa diorang. Jadi aku tak ambik kisah la pasal tu. Lepas grad aku kerja kat plus (bukan tempat sebenar).
Dekat sini aku bekerja di bawah encik Ramzan (bukan nama sebenar). Encik Ramzan senior kat sini. Sangat berpengalaman. Orangnya agak serius dan kurang bercakap. Tapi sangat membantu orang – orang baru macam aku ni. Tak lokek ilmu.
Dia ni sangat disegani. Dan tak melayan perempuan. Dia jenis fokus kerja dia ja la. Tiba la hari aku nak diijabkabulkan. Terk3jut la aku tengok dekat masjid ada Encik Ramzan. Memang aku jemput semua staff datang. Tapi untuk majlis beIah lelaki.
Lagipun orang bukan tahu majlis beIah perempuan dekat mana. Aku dok fikir aku silap jemput ke. Dalam keliru – keliru tu baru dapat tahu, dia adalah wali kepada isteri aku. Iaitu ayah kandung isteri aku. Dah la aku memang tengah nervous nak akad nikah.
Ni berganda – ganda k3jutan aku dapat pada hari tu. Sampai lafaz nikah tiga kali baru sah. Gagap – gagap punya pasal. Aku tahu nama ayah isteri aku.. Tapi manusia kan ramai nama yang sama. Betul – betul tak sangka tu ayah dia. Oh sunguh kecil dunia ini.
Masa akad nikah tu, dia just perhati aku tapi tak de la tanya atau cakap apa – apa. Mujur la aku jenis behave kat tempat kerja. Fuh berpeluh – peluh aku masa tu. Habis akad nikah dia pun hilang dari radar. Aku memang tak pasti keberadaan dia. Sebab aku dah disibukkan dengan sesi fotografi.
Majlis beIah lelaki, ramai staff datang. Tapi dia tak datang. Jadi sampai sekarang staff kat sana memang tak tahu dia adalah ayah mertua aku. Dekat tempat kerja pun dia macam biasa ja.. Normal as usual. Cuma aku ja macam debar – debar dan kekok – kekok.
Lately ni aku kerap tanya isteri aku pasal ayah mertua aku. Aku tanya kenapa diaorang bercerai. Tak nak ke satu kan balik. Awak tak rindu ayah awak ke. Awak rasa ayah awak jahat ke. Isteri tanya awak ni dah kenapa tiba – tiba sibuk nak tanya semua ni.
Aku kata, awak tahu tak Encik Ramzan bos saya tu sapa. Dia kata mana saya tahu. Aku kata tu ayah awak la. Iaitu bapak mertua saya. Isteri aku terdiam. Dia kata bagus la. Sekurang – kurangnya awak tak berani nak menggatal dekat office.
Ya salam.. Itu jugak yang orang perempuan ni fikir kan. Encik Ramzan ni dah macam idola aku tau. Orangnya tenang ja. Rajin sembahyang. Lepas tu dekat meja dia mesti ada quran. Kerap kali aku nampak dia akan baca quran.
Dari pemerhatian aku di tempat kerja, orang nya sangat baik. Even sampai sekarang dia hidup bersendirian ja. Dari apa yang aku dengar dari orang la. Orang kat sini tak berapa tahu pasal life dia. Sebab dia kan kurang mesra dengan orang.
Isteri aku cakap, ayah dia dulu ada perempuan lain.. So mak dia mintak cerai. Aku pun menambah minyak dalam api. Aku kata betul ke. Kalau ya pun tu zaman silam dia. Mungkin dia dah menyesal dah berubah. Tah – tah orang fitnah ke. Mak awak salah faham ke. Tak bagi peluang untuk ayah awak jelaskan keadaan ke.
Aku cerita la segala kebaikan dia kat tempat kerja. Aku kata entah – entah mak dengan ayah dia masih menyayangi satu sama lain. Sebab masing – masing masih single sampai sekarang. Dan diorang ni nampak sepadan. Walaupun isteri kata ayah dia muda empat tahun dari mak dia.
Tapi mak dia pun nampak muda ja. Orang pandai jaga penampilan. Encik Ramzan tu pun sangat kacak. Smart walaupun rambut beruban sikit – sikit. Aku kata tak patut awak benci ayah awak. Sedangkan awak tak tahu apa pun pasal dia.
Isteri kata saya tak benci. Ayah sekali pun tak pernah datang melawat kami walaupun pada hari raya. Kami pun dah kekok sekarang ni. Aku kata mungkin dia nak datang, tapi mak awak tak bagi kot.. Isteri diam. Aku kata cuba tanya mak awak, selama ni dia ada bagi nafkah anak tak. Dari situ boleh tahu dia bertangungjawab ke tak. Isteri masih diam.
Isteri aku kata tu antara mak dan ayah dia la. Dia mana tahu apa berlaku dalam hidup diorang. Dah dia pun masa tu kecik lagi. Tak berapa ingat memori tu. Ada betul jugak apa yang isteri aku cakap. Cumanya dalam hati, ada jugak la rasa happy.
Orang yang aku kagum – kagum selama ni rupanya dah ada pertalian dengan aku. Aku ada jugak la berangan – angan, kan best kalau kami semua dapat hidup macam satu keluarga. Tapi angan – angan tu kan free. Entah akan termakbul atau tidak.
Hari tu aku sengaja jemput Encik Ramzan makan dinner kat rumah aku. Dia tepuk bahu aku, dia cakap next time ye. Aku faham la dia mungkin tak selesa sebagaimana orang – orang lain tu la. Tu ja la aku nak cerita plot twist dalam hidup aku ni. – Cekodok (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Marosidah Mior : Ya Allah, keciknya dunia, tak sangka boleh terjumpa macam tu, itulah, yang lepas biarlah dah lepas, tapi kalau tak bersatu balik pun takpe, yang penting ada hubungan yang elok, demi anak – anak, kesian kalau hubungan antara anak dengan ayah tak rapat, rugi.
Zarina Zakaria : Tak yah la memandai – mandai. Masing – masing dah bawak haluan sendiri kan. Kalau diorang nak berbaik balik diorang boleh je buat sendiri.. tak perlu orang lain masuk campur. Kang kau menyibuk tau – tau Iuka lama berd4rah kembali.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.