Waktu hari kelab persatuan semua tu, aku dari tingkat atas jerit Abang Pack, jomla kapel!!!! Eya suke Abang Pack!!!! Sambil kengkawan aku dok sorak untuk aku. Aku kena panggil dengan pengetua..
#Foto sekadar hiasan. Aku terbaca beberapa luahan kat page ni pasal cinta terpendam dan perempuan tu tak luah. Aku macam erkkkk, apesal aku rileks je mengorat laki yang aku suke. Aku ni spesis tak malu ke ape? Nangis jap.
Aku nak share la kisah aku dok mengorat abang senior aku mase sekolah. Nama dia Fazakkir. Orang panggil Pack je. Abang Pack ni tak kacak langsung. Muke gelap, hidung pesek and mata kecik. Tapi dia manis and tinggi lampai. Dia senyum tu manis kat mata aku.
Yang cakap tak kacak tu kengkawan aku la tapi aku cakap dia kacak sebab aku suka dia. Hahaha. Masa sekolah aku ni memang jenis berani dan tak tahu malu. Ni bukan aku buat – buat tapi aku memang jenis takde selindung ke apa.
Aku suka Abang Pack sebab aku nampak dia kutip botol masukkan dalam tong sampah. Kelas aku kat tingkat atas, so aku nampak dia kat bawah tengah kutip botol – botol minuman yang students buang tapi tak masuk dalam tong sampah.
Mase tu baru abis hari sukan. Waktu tu semua orang dah balik dorm. Aku ternampak dan rasa, baiknya dia. Hehehe. Abang Pack kelas belakang kot. Dia tak berapa suka belajar tapi dia pandai main bola. Jadi cite pendeknya, aku tulis surat bagi kat dia.
Letak dalam buku dia masa tu ade perjumpaan kelab. Aku siap bagitahu nama aku siapa dan kelas mana. Aku Form 3 dan dia Form 5. Tapi macam takde pape je. Sangsi aku dia baca ke tak surat aku tu. Aku hantar lagi surat. Ni kali aku suruh Jeremy budak Sabah bagi.
Dia satu dorm dengan Abang Pack. Jeremy cakap Abang Pack baca and diam je. Bengang aku! Waktu hari kelab persatuan semua tu, aku dari tingkat atas jerit Abang Pack, jomla kapel!!!! Eya suke Abang Pack!!!! Sambil kengkawan aku dok sorak untuk aku.
Ye kitorang bebudak perempuan nakal masa sekolah. Jenis bising dan tak makan saman. Malu Abang Pack kena bahan dengan member – member dia. Aku kena panggil dengan pengetua. Senior dan ketua asrama pon panggil dan memang teruklah aku kena. Kelakar pulak bila fikir balik sekarang.
Bila Abang Pack dah habis SPM, aku masih setia ngorat dia. Apa entah masalah aku ni. Haha. Bing4i agaknya. Masa tu aku dah tak duduk asrama. Everyday aku lalu depan kedai makan mak dia, sebab nak tengok Abang Pack.
Mak dia baik. Jenis keibuan. dia tahu aku suka anak dia, dan dia macam layankan je aku. Hahaha. Rindu arw4h makcik (meninggaI sebab kovit19). Tapi Abang Pack selalu cakap kat aku adoiii ko ni, ko takde kerja lain ke nak buat. Hahaha.
Pastu Abang Pack sambung belajar kemahiran kat ILP Melaka. Jarang dah aku jumpa dia. Tapi aku setia tau hantar mesej kat dia. Nombor dia aku dapat dari mak dia. Mak dia kan jenis layankan aku. Heeee. Everyday aku mesej Abang Pack tau masa tu.
Ada la 2-3 kali dia baIas. Mostly tak baIas lah. Aku pulak lepas sekolah, sambung belajar kat universiti swasta. Aku tak pandai sangat tapi naklah jugak belajar. Masih aku setia mesej Abang Pack. Tak pernah lupa wish Birthday, Selamat Hari Raya semua.
Dia kadang – kadang baIas kadang – kadang tak. Aku stop buat semua tu bila aku graduate. Aku rasa Abang Pack memang tak suke aku. Aku sedar je dari dulu tapi tulah, aku kan jenis tak give up. So by the time umur aku dah 21 camtu, aku dah sem4kin malulah. Dah besar kan.
Last mesej aku cakap kat dia, aku suka sangat kat dia tapi aku tahu dia tak suka aku. Aku doa dia bahagia, kahwin dengan perempuan yang boleh jaga dia dan tak ingat apa lagi aku cakap. Hehehe, lama punye cerita. Aku pulak dapat kerja kat Terengganu tak lama lepas tu.
Beberapa bulan lepas aku stop mesej dia, tetiba aku dapat satu mesej dari dia. Mesej tu kosong. Tak tulis pape. Aku rase maybe dia tertekan keypad ke apa. So aku biar jelah. Seminggu pastu aku dapat call dari dia. Aku pelik jugak time tu sebab dia tak pernah mulakan conversation dengan aku.
Aku angkat dan cakap hello. Dia kat sana tu diam je. Banyak kali aku hello tapi diam je. Pastu aku letak jelah dah diam je. Pening aku sebab tak pernah pulak Abang Pack nak terkol aku ke apa selama ni. Esok tu aku dapat mesej dari dia yang aku ingat dan simpan sampai sekarang.
‘Abang rindu Eya’. Bapak ah nak m4ti aku rasa masa tu. Hahaha. Dahla sejak dari sekolah aku je dok ngorat dia, dia jual mahal nak mamp0s tetibe mesej rindu aku, str3ss aku. Long short story, dia pulak kejar aku pastu. Sebab aku dah penat mengorat dia, aku dah takde tenaga nak mengorat balik. Dia lah pulak mengorat aku. Hahaha.
Mase tu baru aku rasa perasaan oh camni ke feeling kena ngorat. Bestnyaaa. Tau dari dulu aku biar dia mengorat aku. Masalahnye dia tu kan lembab takdenye nak mengorat aku kalau aku tak mengorat dia dulu. Hahahaha.
Abang Pack cakap dia dah terbiase sangat dapat mesej dari aku sampai bila aku stop tu, dia rasa kehilangan sangat. Geram jugak aku sebab dulu dia bolayan je aku. Padan muka dia kena mengorat aku balik. Tapi tulah jodoh ni semua kat tangan Tuhan kan, Abang Pack eksiden motor mase nak balik dari tempat kerja dia ke kampung. Dia koma sepuluh hari dan meninggaI tahun 2014.
Masa aku pergi pengebvmian dia tu, aku peIuk mak dia erat – erat. Menangis mak dia teresak – esak. Mase taip ni pun aku rasa sebak. Lame kot aku menangis lepas pemergian dia tapi aku malaslah nak cite kesedihan aku kat sini sebab fokus aku hanya nak cerita aku tak malu ngorat Abang Pack.
Nak cite hepi – hepi je tak nak sedih. Aku hanya terkenang sebab aritu terbaca pasal confession memendam rasa ni. Hehehe. BagiIah rencah sikit kat sini sebab asyik confession memendam rasa je sedangkan ade je cite yang macam aku mengorat lelaki dengan yakin sekali. Hahaha. Semoga roh arw4h Abang Pack dan emaknya dicucuri rahmat. – Eya (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Azmah Hj Ahmad Padzali : Seronok baca citer Eya ni betapa happynya dia mengorat abang pack. Kita baca pun enjoy dengan suasana tu. Kadang – kadang kita perlu senyap rupanya nak bagi orang respon apa yang kita rasa. Sedihnya baca ending.. abg Pack meninggaI dunia. Allah lebih sayangkan dia dan ibunya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan Eya bertemu jodoh yang baik macam abg Pack.. Aaminn.. saya doakan.
Masrur Izzaty Murshidi : First time saya komen sini. Kita lalui benda sama. Saya faham sangat perasaan confessor. Kitorang contact 2 minggu di wc. Pastu sama – sama diam. Dia senior saya tapi kami tak pernah kenal. Dia contact saya semula selepas 4 tahun.
Kami sempat bersama 2 tahun dan tak lama nak kahwin. Dia pergi mengadap ilahi. Tiga bulan sebelum dia meninggaI, banyak sangat tanda dia bagi pada saya. Bila dapat berita dia meninggaI, s4kit sangat. Dia meninggaI kerana hobi kami, di tempat favourite kami.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.