Bertahun mereka tunggang ibu jadi bibik, tiba2 adik hantar ibu dgn keadaan air liur meleleh, str0ke

Tiga tahun kami jaga ibu yang lumpuh, sorang pun adik beradik tak datang. Bila ibu dah sihat, masing – masing datang berebut dengan alasan tanggungjawab mereka. Tapi sebenarnya aku tahu mereka nak bibik free. Ibu dikawal ketat, sehinggalah kami pergi melawat ibu dalam keadaan kurus kering, baju lusuh..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Selama ni aku hanya menjadi silent reader. Sambil – sambil menunggu bas atau train, aku akan baca kisah – kisah kekeluargaan di sini. Kadang – kadang kisah lain pun menarik juga untuk dibaca tambah lagi dengan komen – komen dari pembaca yang kebanyakkannya positif dan dapat memberi idea yang baik.

Ini kisah dalam hidup aku. Setiap manusia ada kisah yang tersendiri dan unik. Bagi aku, mungkin kisah ni agak unik dari orang lain. Ibu mertua aku.. sebut je ayat ni, pasti orang fikir nyonya mansor. Kebanyakan cerita semua berkait ibu mertua yang jahat, control anak dan sebagainya. Tapi berlainan pulak dengan cerita aku ini.

Aku dikurniakan ibu mertua yang cukup baik. Terlalu baik sehingga boleh dipijak kepala oleh anak – anak sendiri. Suami aku merupakan anak nombor dua. Sewaktu ibunya s4kit lumpuh, memang tiada siapa anak – anak lain yang sudi menjaganya.

Aku waktu itu baru grad dari degree, dengan rela hari menghulurkan bantuan untuk menjaga ibu. Mudah menjaganya. Tak banyak kerenah. Cuma kadang – kadang aku terp4ksa minta bantuan suami untuk mengangkatnya ke bilik mandi.

Jadi sebelum suami pergi kerja, dia akan memandikan ibu dahulu, dan aku akan memasak sarapan untuk mereka. Rezeki kami berkat menjaga ibu, suami aku dinaikkan pangkat setiap tahun. Dari rumah flat sehinggalah kami mampu tinggal di rumah teres dua tingkat.

Aku juga dikurniakan rezeki biasiswa menyambung master. Kami masih lagi setia menjaga ibu hingga tahun ketiga, alhamdulillah ibu baik dari lumpuh dan boleh berjalan seperti sedia kala. Disaat waktu itu aku tengah mengandung anak sulung, mulalah episod tragedi dalam keluarga mertua aku.

Adik beradik suami ada 5 orang. Setelah mereka tahu ibu baik dari lumpuh, terus mereka datang ke rumah, masing – masing berebut untuk ambil ibu tinggal bersama mereka. Dengan alasan, kali ini tanggungjawab mereka.

Sedangkan bukannya kami tidak tahu, tujuan mereka adalah untuk dapat bibik free di rumah. Suami aku menentang sekerasnya kerana selama ini tidak pernah sekali pun mereka datang melawat apatahlagi memberi duit kepada kami kerana menjaga ibu.

Kerana kedegiIan suami aku, kami dicaci h1na seluruh adik beradiknya. Kononnya aku yang tidak memberi keizinan untuk ibu pergi kerana sudah t4rget untuk ibu menjaga bakal anak aku nanti. Sedangkan tidak sekalipun idea itu datang diminda kami kerana aku bekerja sendiri.

Masa aku sepenuhnya di rumah kerana bekerja freelancer sebagai juruperiksa artikel dan buku. Dek kerana tekanan dari kakak dan adik ipar, ibu mertua beralah dan pergi bersama mereka. Siang malam aku doakan ibu mertua aku dijaga dengan baik.

Rindunya aku padanya kerana kami tidak pernah berenggang selama 3 tahun ini. Dari masakan sehingga produk mandian kesukaannya aku lebih mengetahui dari anak – anaknya yang lain. Tahun pertama ibu mertua dibawa ke Sarawak.

Abang ipar aku bekerja di sana bersama isterinya. Selama 3 bulan kami tidak berjumpa dan hanya kadang – kadang je call tapi tidak boleh lama. Abang ipar aku amat menyekat panggiIan telefon dan kami cukup risaukan keadaan ibu di sana.

Sehinggalah bulan ke enam, ibu dibawa pula ke Terengganu bersama adik ipar aku. Ibu banyak senyap dan tidak bercakap. Kami mengunjungi dia diwaktu raya dan melihatnya sedikit tidak terurus. Baju sudah lusuh. Kulit kering dan kurus.

Aku cuba bertanya ibu, tetapi ibu banyak mengelak. Tiba – tiba kami dik3jutkan kedatangan adik ipar bersama ibu pada tahun kedua dia tinggal bersamanya. Dia datang hanya ingin menghantar ibu dengan alasan ibu rindukan kami.

Rupanya, ibu diser4ng minor str0k. Mulutnya tidak boleh ditutup rapat sehingga keluar air liur. Luluh hati aku melihatnya. Ya Allah, rupanya ibu selama ini ditunggang seperti bibik. Dari pagi terp4ksa menjaga cucu – cucu, memasak dan mengemas rumah.

Ibu mertua jugak hanya diberi tilam nipis di bilik stor sebagai tempat tidurnya. Oleh kerana tidak tahan melihat keadaan ibunya, suami aku menghalau adik ipar dan keluar terus dari wassap group mereka. Suami aku memberi amaran supaya tidak lagi datang ke rumah kami dan kebetulan kami akan berpindah ke rumah lain.

Oleh itu mereka tidak tahu kami di mana sehingga sekarang. Selama setahun kami merawat ibu, ibu pulih seperti biasa. Tapi keadaannya agak tr4uma dan dia masih lagi berada di bawah jagaan doktor dan Psychi4trist. Ibu merayu tidak dihantar ke mana – mana lagi.

Ibu bercerita, disaat dia berada di Sarawak, ibu tidak lalu makan. Yalah makanan orang Sarawak agak berlainan. Kerana dia menolak untuk makan, pernah hampir 2 hari ibu tidak diberi makanan apa – apa. Aku tahu abang ipar aku itu memang baran orangnya.

Aku dapat agak apa yang telah terjadi antara mereka. Sekarang keadaan ibu sem4kin baik. Dia telah mejadi kawan rapat kepada ibu aku sendiri. Mereka berdua telah tinggal bersama kami dan kami cukup bahagia hinggalah sekarang.

Suami terp4ksa menipu adik beradiknya dan mengatakan ibu masih s4kit str0k. Kami sekadar ingin melihat adakah mereka risaukan ibu dan ingin datang melihatnya. MaIangnya sehingga ke hari ini tiada langsung kelibat mereka atau mesej walaupun suami telah unblock semua orang.

Sekiranya kami beritahu ibu sudah sihat, pasti mereka akan datang sekali lagi. Duhai anak.. ibu bukanlah bibik atau penjaga anak – anakmu. Hargailah mereka dan jagalah mereka sehingga ke akhir hayat. – Haiza (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Azreenawati Mohd Saad : Sedihnya, kenapa buat ibu macam tu. Alhamdulillah tt dan suami sangat bertanggungjawab. Semoga Allah mudahkan segala urusan kalian. Sedih sangat bila baca kisah macam ni. Beruntung lah yang masih ada ibu. Berbaktilah. Bukan dibibikkan. Saya hari – hari rindu ibu saya. Dah 6 tahun ibu pergi.

Suri Burn : Ya Allah sedihnya. Terima kasih sis sudi jaga mak mertua macam ibu kandung sendiri. Semoga mak mertua sis dikurnia kesihatan yang baik dikurnia usia yang panjang. Ada la ibu kawan berbual dengan ibu kandung sis kan. Semoga dipermudahkan urusan sis dan dimurahkan rezeki. Kirim salam dekat ibu ye.

Za’im Bahar : Menantu yang bagus, mentua yang baik. Semoga dipermudahkan urusan penulis laki bini sekeluarga. Adat kot dalam masyarakat kita ni. Kalau ada pertelingkahan antara mereka anak beranak kita yang  orang luar ni dipersalahkan. Entah bila nak pupus mentaliti macam ni. Semoga syurga buat tt dan suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.