Bertahun suami tak kerja, siap curang sampai mengandungkan perempuan lain. Aku sabar. Sekarang suami dah kaya, makin berlagak. Nafkah aku dapat 100

Perempuan tu mengandung dan suami pernah cakap dia nak kahwin dengan perempuan tu. Masa tu aku terus lari balik rumah mak aku. Lepas tu dia pula cakap tu bukan anak dia. Dia janji nak buat DNA, tapi lepas 3 tahun aku tagih janji suruh buat ujian DNA..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, hide aku. TQ. Aku pernah alami depression dan sekarang buntu, jadi aku nak meluah. Aku dah berkahwin 8 tahun. Sebelum kahwin memang husband kaki perempuan. Mula – mula kahwin husband aku tak kerja sebab masih belajar.

Tapi dia curang berkali kali sepanjang 3 tahun pertama perkahwinan kami. Banyak kali dia b0dohkan aku. Masa kerja part time, dia kata pergi kerja tapi sebenarnya ada dengan perempuan lain, sedangkan aku dekat rumah tunggu dia balik. Ya, aku tahu aku takde otak sebab masa tu masih budak.

Aku datang dari br0ken family. Mungkin sebab rasa kurang kasih sayang dan dah nampak macam – macam yang berlaku dalam rumah sejak kecil. Sebab tu aku ambil keputusan kahwin pada usia muda. Sampai aku alami depr3ssion sebab husband aku kantoi macam – macam.

Keluarga suami pun macam tak peduli anak dia buat per4ngai. Mungkin mula – mula diorang ingat kami g4duh biasa je. Diorang tak pernah ambil tahu masalah kami, tapi suka marah – marah dan salahkan aku. Kata aku penyebab suami tak belajar elok, kata aku tak jaga anak elok, tak kemas rumah.

Sedangkan masa tu aku depr3ssion sampai nak keluar bilik pun tak nak. Kadang – kadang aku p4ksa diri, tapi lutut rasa lemah. Sampai mak mertua cerita dekat keluarga dia dan adik beradik dia pasal aku. Jadi setiap kali aku balik kampung, mesti rasa macam ada yang menyindir aku.

Terlalu banyak kali aku nak bercerai, tapi dia sentiasa susahkan urusan aku dan tak nak bagi kerjasama. Sampai perempuan tu mengandung dan suami pernah cakap dia nak kahwin dengan perempuan tu. Masa tu aku terus lari balik rumah orang tua aku.

Tapi dia ikut aku. Lepas tu dia pula cakap tu bukan anak dia. Pening aku nak percaya ke tak. Jadi sampai sekarang dah 3 tahun berlalu. Aku dah cuba tak nak fikir, tapi pandai je teringat balik semua perbuatan terkutuk dia dulu. Setiap kali teringat, hati aku terus sedih. Kadang – kadang aku menangis sorang – sorang.

Dia datang semula masa aku duduk dekat rumah orang tua aku. Masa tu dia belum ada apa – apa dan nak hidup balik dengan aku. Aku bantu dia cari kerja. Bila dia eksiden motor, aku yang papah dia ke sana sini. Aku yang bawa dia ke klinik cuci luka setiap minggu dan jumpa doktor pakar.

Aku juga mandikan dia, bawa dia membuang dan uruskan macam – macam sebab kaki dia bersimen. Dia MC 3 bulan dan langsung tak boleh berjalan. Sampailah dia berjaya macam sekarang. Sepanjang masa berlalu, memang dia layan aku lebih baik dan lebih sweet berbanding dulu.

Dia cepat naik gaji dan naik pangkat sampai beberapa company nak ambil dia bekerja. Tapi makin dia berjaya, makin aku tengok dia berlagak. Dulu kalau kami berg4duh pasal kecurangan dia, dia akan bertolak ansur dan berlembut. Sebab tu juga dia berjanji macam – macam masa nak bersama semula dengan aku sebab hati aku memang dah h4ncur teruk. Aku dah cakap yang aku akan ingat benda ni sampai bila – bila.

Sekarang bukan pasal curang pun dia boleh marah. Baru aku tanya beberapa soalan, dia dah naik angin. Contohnya aku tanya kenapa lambat sangat balik, sebab waktu balik kerja dah lama berlalu. Aku risau je dia ulang per4ngai lama. Lepas tu dari segi nafkah pula, susah sangat nak bagi.

Dalam sebulan tak sampai RM100 sedangkan anak kami ramai, 4 orang. Aku kerja part time. Kalau ada booking baru aku pergi dan dapat duit. Bila ada duit, aku pula yang beli makanan, bahan mentah untuk satu rumah dan macam – macam barang keperluan.

Dia ada belikan pampers, tapi susu anak – anak sebulan cuma satu kotak. Kadang – kadang dua kotak, ikut suka dia je. Sampai anak – anak dah faham keadaan tu. Diorang akan cakap, “Mummy, susu takde kan?” Padahal aku tahu diorang nak minum susu.

Duit minyak kereta pun kebanyakannya aku yang isi. Kereta tu pula banyak digunakan untuk ambil dua orang anak yang balik sekolah pada waktu berbeza. Kadang – kadang bila aku tak larat masak atau tak sempat, dia balik kerja belikan makanan.

Jadi bila aku ada duit lebih, aku beli untuk diri sendiri macam baju aku, baju anak – anak, kasut anak – anak. Kadang – kadang baju husband pun aku belikan sekali, termasuk barang lain. Tapi setiap kali berg4duh, dia pula dengki dan mengungkit.

Dia kata aku beli bukan – bukan, membazir dan macam – macam lagi. Padahal tu duit aku sendiri. Gaji dia sebulan dalam RM3,000 hingga RM4,000. Aku pernah minta nak pegang akaun dia, tapi susah sangat dia nak bagi. Bukan aku nak usik duit dia. Aku cuma nak tahu duit keluar masuk dari mana ke mana sebab aku tak nak dia ulang per4ngai lama.

Dulu masa dia baru mula kerja, aku yang pegang semua akaun bank dia. Tapi bila dah masuk company yang lebih besar, dia terus tak nak bagi aku pegang. Dalam masa yang sama, isu nafkah memang antara perkara yang selalu buat kami berg4duh.

Setiap kali berg4duh, mesti aku teringat balik semua yang dia pernah buat dekat aku dulu. Sampai aku rasa betul – betul nak tinggalkan dia. Tapi hati aku belum kuat nak lepaskan dia. Mungkin sebab dia bukan kaki pukuI. Dia juga lebih sweet berbanding dulu kalau masa kami tak berg4duh.

Masa dia ikut aku ke rumah orang tua aku dulu, dia janji nak buktikan yang anak perempuan hasil hubungan dia dengan perempuan tu bukan anak dia. Tapi sekarang dah 3 tahun berlalu, takde apa – apa pun. Setiap kali aku tagih janji tu, mesti berakhir dengan perg4duhan.

Bukan aku tagih setiap hari. Sebulan sekali macam tu je. Kadang  -kadang berbulan bulan aku tak ingat pun, lepas tu baru teringat nak tanya. Aku rasa boleh giIa balik kalau macam ni. Rasa macam diri ni dipergunakan je untuk dia berjaya. Sebab keluarga aku orang berada, aku takut dia cuma nak bangga diri sebab jadi menantu keluarga yang senang.

Aku juga takut dia fikir aku boleh minta duit ayah aku bila – bila masa. Padahal aku bukan jenis macam tu. Aku usahakan semuanya sendiri. Aku dah cukup bersyukur ayah aku bagi tempat berteduh. Maaf, aku bukan nak berbangga dengan pekerjaan ayah aku. Tapi itulah yang selalu ada dalam fikiran aku tentang suami aku sejak dulu.

Ulasan Pembaca :

Siti Situ Sana Sini : Sedihlah dik. Jika adik datang dari br0ken family sekalipun, berkahwin pada usia muda bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Nampak sangat suami adik belum bersedia nak pegang tanggungjawab. Semoga terus tabah dan semoga hati suami dilembutkan.

Kiena Rani Kiena : Suami kalau sayang anak isteri, memang diorang akan betul – betul bertanggungjawab. Diorang akan sedaya upaya sediakan semuanya, tak mengharapkan duit atau pertolongan isteri mahupun keluarga isteri. Diorang juga takkan lokek dengan duit walaupun sepuluh sen. Tu je aku nak cakap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :