Sejak awal perkahwinan, saya hanya dilayan seperti pembantu rumah. Saya mempunyai 11 polis report terhadap suami dan dia pernah ditahan reman tetapi bila di mahkamah saya tarik balik report sebab kesian. Saya terfikir anak – anak saya yang cemerlang tak seharusnya membawa title anak kepada seorang janda.
#Foto sekadar hiasan. Hai, saya Bunga Tanjung (nama samaran) terpanggil untuk meluahkan rasa yang terpendam sekian lama, tiada lain, hanya inginkan pendapat rakan dengn jujur dan ikhlas sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya.
Biasalah, hati ni Allah yang pegang dan sentiasa berubah – ubah dan kerana itulah saya hanya diam di takuk kesedihan yang tiada penghujung. Sebagai pengenalan, saya seorang penjawat awam dan telah berkahwin selama 18 tahun dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang bijak dan kacak serta cantik (sebab ramai yang memuji, alhamdulilah).
Walaubagaimanapun, sepanjang perkahwinan terlalu banyak ranjau dan onak duri telah saya lalui dengan kesabaran kerana memikirkan anak – anak yang cemerlang tidak seharusnya membawa title anak kepada seorang janda.
Maaf bukan saya memandang rendah dengan status tersebut, namun pengalaman bergaul dalam masyarakat menjadikan saya berfikir 444 kali untuk bertindak. Saya telah berkahwin dengan lelaki pilihan hati, bercinta sejak tahun pertama di universiti di KL, bekerja selama 2 tahun sebelum kami membuat keputvsan untuk berkahwin.
Make it short, dari awal perkahwinan saya seorang yang sangat menjaga keluarga baik dari aspek hormatkan suami, mertua, mendidik anak, mengasuh, kebersihan rumah, even makanan sihat pun saya sangat mengambil berat.
Dengan kata lain, saya seorang yang serba boleh dan perfectionist. Bukan nak memuji diri sendiri, tetapi rakan – rakan dan saud4ra keliIing sering mengatakan suami saya beruntung mendapat isteri yang cantik, berpelajaran tinggi, berkerjaya, serba boleh.
(Saya boleh menjahit, boleh mengambil tempahan kek dan masakan saya pun selalu dipuji dalam keluarga mertua sebagai sedap). Okey.. Main point kat sini bukan saya nk menceritakan tentang diri saya sangat sebenarnya.
Namun ingin meminta pendapat rakan – rakan dengan jujur dan ikhlas demi kebahagiaan diri saya yang tinggal bersisa di dunia yang sementara ni sebelum Allah panggil pulang ke alam yang abadi. Untuk pengetahuan pembaca, syukur anak – anak saya sejak kecil saya didik dengan mementingkan pelajaran dan didikan agama, mereka tergolong dalam top 3 di sekolah private dan straight A dalam peperiksaan.
Setiap tahun akan mendapat anugerah baik dalam peperiksaan, sukan dan hafazan. Syukur Allah berikan saya nikmat melihat kejayaan anak dan patuh dalam suruhan agama. Namun disebaliknya, saya selalu sunyi tanpa suami yang ambil berat dan tiada tempat saya nak mengadu perasaan memandangkan saya tidak suka menceritakn hal rumahtangga kepada orang kerana membuka a1b suami.
Jika kawan – kawan bercerita tentang kebaikan dan suami yang r0mantik saya cuma respon positive yang gembira, walhal dalam hati saya r3muk h4ncur bersep4i kerana tiada mendapat perhatian dan kasih sayang dari suami.
Walaubagaimanapun, (mula bab sedih dah ni) saya sedar, sebagai manusia yang dicipta Allah sebagai h4mbaNya, tidak lengkap iman seseorang itu jika tidak diuji. Saya diuji dengan suami yang kasar bahasanya. Tidak menunjukkan kasih sayang, eg0 yang sangat tinggi, memandang rendah saya, dan berterus terang kepada saya keluarganya lebih penting dari saya, dan jika perlu memilih antara dua, sudah tentu keluarga yang akan dipilih dan saya akan dilepaskan.
Sejak awal perkahwinan, saya hanya dilayan seperti pembantu rumah, cuma lebih saya ialah waktu malam (setiap hari pulang lewat 1-3 pagi bekerja 7 hari seminggu, ada sedikit keperluan disitu, harap faham).
Mengapa saya kata dilayan seperti pembantu rumah ialah sebagai contoh keperluan rumah seperti bahan memasak dan keperluan anak, saya perlu membelinya sendiri walau dengan menggendong bayi selepas berp4ntang, memimpin anak kecil even dengan perut 9 bulan mengandung.
Jika saya mengajaknya bercuti pelbagai alasan diberi, namun dia akan bercuti dengan kawan – kawan dengan alasan bisnes, meningg4Ikan saya bersama anak – anak yang masih kecil. Saya masih ingat, suatu hari kami bercadang berjalan di mall.
Bila turun dari kereta saya memintanya keluarkan str0ller kerana saya sedang mendukung baby, jawapannya siapa yang nak jalan tadi? PergiIah keluarkan dengan nada yang tinggi dan muka yang b3ngis seperti seorang yang sedang membenci.
Saya telan dan buat muka tak malu, jalan juga buat macam biasa, namun setiap kata – kata k3jam yang dikeluarkan, saya ingat sehingga ke hari ini. Adakah saya seorang yang pendend4m atau semua manusia begitu? Pernah juga saya membuat jamuan raya untuk rakan sekeja, masak berbagai menu dari nasi beriyani, mee, roti jala, puding, kuih bubur, koktail.
Boleh bayangkan tak sesibuk mana saya memasak dalam masa yang sama melayan 3 orang anak kecil dan mengemas rumah (40×80 keluasan rumah 2 tingkat) seorang diri. Tanpa bantuan dari seorang suami sedikit pun. Namun saya rasa puas dapat menjamu rakan, sebaliknya suami saya tidak menyertai jamuan saya tu, tetapi membawa ibunya pergi ke rumah makciknya atas urusan keluarga, walhal saya dah bagitau awal akan tarikh majlis tersebut.
Ok.. tak pe.. Sabar lagi. Ok.. Baru nk mula part kemuncak. Ketika tahun ke 5 perkahwinan, suami saya kant0i bercinta dengan perempuan vietnam, ok saya maafkan, kemudian tahun ke 10 kant0i bercinta dengan exschoolmate, rindu bagai sampai hp dia saya hemp4s ke lantai, ok saya maafkan.
Untuk pengetahuan, Suami saya dari awal perkahwinan tidak membenarkan saya membuka handphone nya dan sentiasa lock, urusan bisnes saya tak perlu tau katanya. Ok saya percaya, yela perempuan jujur macam saya mana berburuk sangka dengan suami.
Saya katakan takkan la dia nk cari perempuan lain, sedangkan dia takkan jumpa perempuan macam saya kat luar tu. Wah.. Confidentnya saya.. Sekali dah terkena, d4rah dan n4nah dari Iuka tersebut tidak berhenti mengalir walaupun kejadian tersebut sudah 6 tahun berlalu.
Kisah kek3jaman memuncak bila perkahwinan telah menjangkau 12 tahun. (Maaf jika tulisan saya terlalu panjang. Saya dah cuba pendekkan untuk pembaca feel sedikit sebanyak perjalanan hidup saya) Suami saya bercinta dengan perempuan dari seberang, indonesia.
Sebenarnya instinct si isteri sangat kuat dan sememangnya selalu benar. Allah beri kelebihan isteri dapat mengesan perubahan suami walau dia bijak menyusun strategi menyembunyikan b4ngkai. Perempuan ni janda anak 1 dan saya dapat membaca chat cinta rindu dend4m mereka apabila anak saya curi – curi pandang pasword ayahnya.
Saya screensh0t dan hantar ke wasap saya. Saya pernah terjumpa mancis tertulis nama hotel, namun dengan bijaksana dia menepis tuduhan saya. Di sinilah bermula dia gunakan kekerasan (pukuI), menc4ci mengh1na segala jenis s3tan dan segala jenis haiwan yang h4ram semua keluar, walhal haiwan tu juga Allah cipta untuk keseimbangan ekosistem dunia, bukan untuk dijadikan bahan h1naan.
Seorang eg0 tidak akan mengaku salah, di sini lah dia mula bertindak seperti playv1ctim. Mengatakan saya salah selalu menuduh dia curang. Yang paling h1na sekali saya juga telah diIudah beberapa kali selepas saya meminta cerai dan saya gertak jika tak ceraikan saya, saya akan beritahu a1bnya (saya terjumpa gambar tak senonoh, perempuan tu pakai baju tidur s3xy menampakkan aset atasnya) kepada ibubapanya.
Oleh kerana bapanya ada s4kit jantung, maka dia terp4ksa melafazkan cerai taIak 1 ketika itu. Ada ke isteri lain menghadapi situasi pengh1naan tahap tertinggi iaitu diIudah di muka.. Nauzubillahiminzalik.. Allahuakbar adakah dia dilahirkan dan dididik oleh ibubapanya sebegitu?
Wallahualam… Sehingga jasa saya melahirkan zuriatnya dibaIas sebegini? Akibat perg4duhan berkaitan perempuan itu, dia juga pernah menc3kik leher saya sambil duduk di atas saya hingga saya seperti nyawa – nyawa ikan tidak dapat bernafas, dan dia katakan saya hanya berlakon s4kit.
Anak – anak menjadi saksi saya menjadi bahan pukuI. Untuk pengetahuan, anak – anak saya juga sering jadi m4ngsa sehingga pernah dia menghemp4s beg penuh dengan buku ke atas kepala anak yang terbaring setelah dia menyep4k, men3ndang dan memukuInya.
Ketika itu saya katakan jika dia tidak membawa anak saya ke hospitaI, saya akan report polis. Rupanya dia dan mak mertua saya minta anak saya kata pada doktor jatuh. Allhuakbar, takut pula dh buat salah, ok saya masih bersabar.
Kembali semula pada kes pend3raan fizikaI mentaI saya, sepanjang perg4duhan, pukuI baik semula, cerai kali kedua (Allahuakbar tak tau nak kata apa dah, saya b0doh atau saya bersabar fikirkan anak). Saya mempunyai 11 polis report berkaitan kekerasan, pend3raan fizikaI dan dia juga pernah ditahan reman selama 3 hari kerana memukuI saya di bulan puasa dan saya menarik semula kes tersebut di mahkamah kerana masih kasihankan dia..
Allahuakbar, saya tak tau datang dari mana beIas kasihan itu sedangkan separuh nyawa saya telah dikerjakannya. Bayangkan lelaki bersaiz XXL pukuI isteri bersaiz M, dapat bayangkan tak kesan momentum pen4mpar atau sep4kan di punggvng tu.
Saya bersump4h di hadapannya cepat atau lambat akhirnya saya tetap akan tuntut perceraian darinya kerana kes saya tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan saya diarahkan kembali patuh kepada suami. Ketika perbicaraan, walaupun saya katakan saya tak boleh kembali bersamanya, hakim telah menutup fail saya dan tidak mendengar apa yang saya katakan.
Sejak itu saya berazam untuk ada rumah sendiri dan menunggu anak besar dan masuk asrama, saya bersump4h akan bertindak membeIa diri saya. Namun kini, walau saya telah membeli rumah, suami saya ikut berpindah ke rumah baru dan kami masih tidak mesra seperti suami isteri lain, dan saya tak melayan dia dengan sepenuh hati.
Walaupun dia bercakap dengan saya, saya tidak memandang wajahnya dan tidak membaIas kata – kata dengan mesra kerana saya benci melihat wajahnya. Jika saya memandang wajahnya saya akan teringat kata – kata pengh1naan, sep4k ter4jang dan ternampak nampak dia meIudah di muka saya.
Saya tahu saya berd0sa, namun saya sendiri tak mampu nak membawa diri saya yang separuh nyawa seperti telah tiada kerana walaupun telah 6 tahun berlalu, setiap kali saya berseorang diri saya akan menangis sekuat hati seperti isteri kem4tian suami.
Suami saya tidak pernah meminta maaf atas kesalhannya yang lalu, kami hanya tidak bercakap tentang itu. Mungkin dia fikir saya telah melupakan kezaIiman tu. Hanya sejadah dan kereta tempat saya melepaskan kesedihan.
Saya tidak pernah menunjukkan kesedihan di hadapan anak mahupun rakan. Terkini saya ada berjumpa lawyer untuk failkan perceraian kerana seperti masanya telah tiba dan kedudukan saya telah stabil dan anak – anak juga telah dewasa.
Jika suami mahukan anak, silakan, tidak lagi seperti dulu saya ditakut – takutkan dia akan mengambil anak saya jika saya failkan perceraian. Saya mula mencari kebahagiaan lain, selain bercuti dengan anak atau rakan, saya juga pergi hiking bersama rakan yang jauh lebih menggembirakan hati saya.
Saya juga gembira sekiranya dia tiada di rumah kerana saya boleh ada agenda saya dengan anak – anak. Saya rasa telah tiba masanya saya melepaskan sejarah pahit rumahtangga saya, dengan mencipta life line saya sendiri.
Tiada istilah cinta baru bagi saya kerana dialah cinta pertama saya dan dia jugalah yang terakhir kerana saya terlalu serik dengan lelaki yang nampak tinggi agama, dipandang tinggi oleh saud4ra dan rakan, berjaya dalam kerjaya, namun dipandang h1na oleh isteri kerana tangan dan mulutnya sendiri.
Persoalan saya, mengapa saya seperti tak sampai hati dan kasihan jika saya failkan perceraian, tidak tergamak untuk meluahkan apa terbuku dalam jiwa. Jika saya teruskan diri saya dalam ik4tan ni, maka terus berdosalah saya kerana tiada cinta kasih mahupun sekelumit sayang.
Atau ini adalah satu proses yang saya perlu lalui sebagai jalan keluar untuk membina bahagia sendiri dan menghabiskan sisa hidup dengan beribadah tanpa ada rasa s4kit hati sesama manusia. Adakah saya seorang pendend4m kerana menghabiskn sisa hayat saya mengenang kezaIiman yang telah dilalui.
Maafkan saya jika saya mengambil masa rakan, saya betul – betul inginkan nasihat dan kata – kata semangat untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kelebihan yang diberi Oleh Allah dan redha dengan ujian yang telah dilalui.. Sekian. Air mata di malam aidilfitri yang ketiga. – Bunga Tanjung (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Hajarul Musa : Satu je boleh fikir. Anak – anak membesar dengan keadaan keluarga t0xic. Jadi saksi mak kena pukuI. Diri sendiri kena pukuI siap kena hemp4s beg atas kepala. Mungkin bagi anak, belajar sungguh – sungguh dapat A untuk gembirakan mak sebab kesian tengok mak kena d3ra dengan ayah tak berguna.
Keluarlah dari keadaan meny4kitkan tu. Untuk apa kasihan pada dia yang tak layak? Dia layan puan macam sampah. Minta maaf pun tak. Mak dia pun sanggup bersek0ngkol dengan anak suruh cucu beritahu doktor yang cucu tu terjatuh. Sangat k3jam.
Kejarlah bahagia sendiri puan. Berbahagialah! Usah toleh ke belakang. Untuk apa lagi hidup terIuka? Tak bahagia langsung. Usahalah untuk pergi. Lepaskan segala d3rita. Jaga diri.
Sh Solehatun Annisah : Jangan pandang pada geIaran janda. Pandang pada gelaran ibu tunggal. 2 benda yang sama ertinya. Tapi impak lain sangat. Saya janda anak 3 atau saya ibu tunggal anak 3. Kejar bahagia sendri.
Sebenarnya puan cuma nak suami meminta maaf. Tapi dia masih belum sedar kesalahan dia. Dari menjadi derh4ka baikla lepaskan diri dari d0sa tu. Sebab puan sendiri cakap tiada lagi kasih dan hormat. Terpulang.
Sama ada puan kasihan dekat dia. Atau takut bawa geIaran ibu tunggal. Tapi kalau rasa da tak boleh ikhlas. Nak cari bahagia sendri. Puan da tau jawapan nya.
Siti Aishah Wahab : Dah sejauh itu bertindak. Sikit ja lagi. Kuatkan semangat. Takde orang lain boleh bantu melainkan puan bina sendiri kekuatan dalaman untuk nekad meningg4Ikan. Semoga dipermudahkan segala urusan Puan.
Norizan Mamat : Salam, rasanya confessor bukan minta reader komen bagi solution, cuma minta bagi semangat untuk meneruskan hidup seperti ini dan redha. Juga minta semangat untuk confesssor terus bersyukur sekurangnya ada suami dan anak yang cantik hensem bijak.
Hmmm.. Boleh la kalau nak proceed. Suami akan tua. Dia akan s4kit. Bila dia s4kit nanti, kita tengok la layanan anak -anak. Pernah tak confessor tanya anak? Apa yang anak nak? Adakah mereka gembira dan bersyukur ada ayah tinggal bersama? Tanya lah…
Selalu makcik komen “Jika kita nak memilih syurga (dengan bertahan), jangan kita cipta ner4ka untuk anak – anak”. Kesian mereka terp4ksa bertahan dengan pilihan kita. KECUALI, anak – anak pun gembira dengan sikap ayah mereka.
Dan jangan menyesal jika anak – anak lelaki kita pun ikut per4ngai ayah mereka, boleh la proceed. Banyak dah kita baca tentang anak yang hidup dalam keluarga macam confessor. Jadikanlah rujukan untuk buat keputvsan ke depan.
Itu saja pandangan makcik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.