Aku geIi bila tahu mak mertua kunyah2 mknan bagi lembut lepas tu bagi anak makan

Baru ni aku balik kampung beIah mertua sebab ada kenduri. Ya, memang waktu PKP ni diorang buat kenduri aku terp4ksa pergi bawa anak umur 4 bulan. Makcik suami bagi anak aku makan kuih bakar. Esoknya aku hantar baby dekat taska, cikgu call bagitahu anak menangis tak henti..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin, hidekan ya profile saya, terima kasih. Aku dah berkahwin dan ada seorang anak, kini baby dah nak masuk 4 bulan. Ya, bila dah ada anak lain pulak cerita orang cakapkan. Aku tak tahu nak cakap dan mula dari mana sebab aku tertekan sangat.

Tak pasti dengan perkahwinan ni atau orang – orang keliling. Dugaan bila nak hadap keluarga mertua, mungkin aku bukan yang terbaik la kan. Dari awal lagi keluarga mertua ni ada macam – macam hal. Ok, mungkin tu cerita dah lepas tapi masa perkahwinan pun aku dah s4kit hati.

Muka mak ayah dia macam t4ik je, nak bergambar sebeIah pun tak nak mak dia tu. Dari bawah dok perati aku atas pelamin bila kawan – kawan aku ramai semua. Yelah dah ni diri aku, tak kan nak cover ayu – ayu pulak. Memang banyak sangat aku makan hati.

Masa tunang pun mak dia dip4ksa nak sarung cincin kat jari aku, baru la dia buat. Mula tu dok tak mau, tak mau. Aku kat tepi tu dah sengeh cover malu. Yela dah time nak sarung. aku pun tak tahu sape nak sarungkan masa tu.

H1na sangat ke aku ni. Aku lama dah makan hati dengan dorang ni sebenarnya. Kira dorang macam tak suka aku dalam keluarga dorang. Dalam whatsapp group tak payah cakap, memang tak da la invitekan. Banyak benda dorang ke tepikan aku sebenarnya.

Ibarat macam aku ni bini tapi tunggul. Ok fine aku tak kisah sebab dah setahun ni aku dah malas ambik kisah pasal tu walaupun sebenarnya masih kisah. Cuma bila dah ada anak pulak tambah lagi aku benci dorang. Hari pertama aku bersalin, aku kena czer.

Sekarang PKP kan memang suami tak boleh masuk wad. Jadi aku kuatkan semangat lepas dah 7 jam operate tu aku gigih berjalan slow – slow untuk urus diri semua dan aku nak jumpa suami aku kat pintu depan wad tu, tak jauh dari katil tapi demi rindu kat suami.

Sambil tu, suami pun cerita masa dia balik rumah dia, family dia tanya nama anak kami. Kakak dia pulak melebih sebab nama anak kami tak ada MUHD kat depan. Ya, anak aku laki, nama aku dan suami aku pilih suka hati kami lah.

Kemudian kakaknya cakap sebab nak anak nama glamor bagai. Aku terkilan rasa sebab nama aku letak bermaksud dan memang nama zaman sekarang. Eh, sukati aku la nak bagi nama apa. Aku rasa tersi4t – si4t rasa perut ni tapi aku sabar lagi.

Nasib la suami aku menjawab balik. Aku diam lagi hal tu. Sekarang anak aku dah nak masuk 4 bulan. Ada kenduri kat kampung mertua hari tu aku balik, musim PKP ya. Aku bawa sebab tak nak nanti dorang mengata aku tak nak balik kampung mertua lah bagai.

Ikutkan aku malas aku nak balik dengan peny4kit – peny4kit macam ni. Aku ikutkan lagi hari tu. Sampai je sana aku pergi ambik makanan sambil suami aku jaga baby, terus aku toleh baby dah diambil kakak dan makcik – makcik dia.

Aku rasa dorang ni biadap sangat sebab bagi aku, kenapa tak minta izin dulu? Budak tu baru sangat bangun, baru lepas menyusu. Bukan tu je, baby kecik ni kau tengok je la tak payah pegang. Aku terkedu sebabkan ini beIah mertua aku macam terkunci mulut.

Bila baby dah menangis – nangis, aku nak ambil baby, makcik dia cakap, aku tak reti nak bawa baby jumpa sed4ra – mara sampai baby tak kenal. Aku cakap kan tengah Covid kenapa nak merayau rumah sed4ra pulak. Aku diam lagi, tambah aku terkiIan tiba – tiba, makcik dia sorang tu sua sikit kuih bakar kat baby.

Macam bagi manisan orang kata tu. Aku macam ehh. Aku tunjuk kat laki aku, aku terkedu. Nasib baik baby tolak balik dengan lidah. Dia tak suka. Aku dalam hati kenapa aku tak ambil je baby tu!! kenapa laa! Esoknya hantar baby kat taska sebab aku kerja.

Cikgu dia call sebab baby menangis tak terkawal sambil serak – serak. Tak tahu nak apa, bagi susu pun tak nak. Pampers dah tukar, dah letak minyak kat perut tapi baby tetap meragam dari pagi. Jadi tengahari tu jugak aku ambil baby, kesian kat cikgu dia.

Aku tak sanggup susahkan sebab aku faham ramai lagi anak – anakĀ  yang dorang kena jaga. Aku pelik, mungkin sebab smlm kenduri tu ramai sangat tangan sampai terbawa – bawa ke taska dia punya takut tu. Dah tu pulak esoknya, baby selesema batuk.

Ah sudah satu lagi hal. Aku dan suami jaga siang malam sebab anak meragam satu minggu ni. Masih tak pulih lagi selesema dan batuk. Aku terlalu geram aku saja update status kat whatsapp dan instagram aku bagitahu luahan aku pasal kenduri punca anak aku ragam seminggu ni.

Mungkin dorang terasa, mak mertua aku call pulak tanya macam mana semua. Aku bagitahu la apa lagi dan paling aku tak faham kenapa dia tanya bila baby nak bagi makan? Aku macam eh dia baru nak masuk 4 bulan kot. Memang la orang dulu ada amalkan makan awal tapi AKU TIDAK.

6 bulan ke atas baru aku bagi. Macam tu aku cakap kat mak mertua. Dia baIas, ye ke. Bagi aku nada tu macam tak suka aku dengar. Selagi baby ni keluar dari perut aku sendiri, aku tak suka orang lain lebih – lebih dalam hal membesarkan anak aku.

Mak aku sendiri pun tak nak lebih – lebih sebab dia hormat cara anak – anak dia membesarkan cucu – cucu dia. Aku tertekan dengan keluarga mertua. Aku tak suka! Aku tak suka, bila suami aku ada cerita masa dia kecik dulu mak dia pernah kunyahkan makanan kasi lembut kemudian suap kat dia.

Aku jadi l0ya tekak! Aku cakap anak aku ni tak kan aku izinkan sesiapa nak bagi makan macam tu. Sebab tu aku tak suka dorang nak lebih – lebih kat anak aku. Nanti ada yang dia buat ikut cara dia dulu. Mungkin terlalu banyak benda lagi cara yang dorang buat aku tapi aku tak tertulis dalam ni, punca aku jadi macam tak suka semua benda apa dorang buat kat aku. aku tak suka.

Aku punya limit sampai aku nak cerai kalau benda ni jadi m4kin teruk, sampai aku tak jumpa mak aku dah lama. Sekarang aku tak tahu apa nak buat lagi. Apa yang aku mampu hanyalah kentalkan hati, pek4kkan telinga walaupun hati aku terIuka. Kot ada nasihat yang para pembaca boleh bagi, aku sudi mendengar.

Komen Warganet :

Nur Syaqielah : Nasib baik anak meragam je. Kalau terkena covid macam mana? PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Kerajaan suruh duduk rumah, jangan bawa anak ke tempat awam. Demi nak jaga hati orang sanggup bawa anak pergi kenduri. Pastu berg4duh dan update status. Kenapa tak diam – diam dok rumah je? Kesian anak tu..

Dayang Nasrullah : Dia macam ni tau, kita jangan mengharap orang faham apa yang kita nak. Macam pergi kenduri tu, awak terp4ksa pergi sebab takut saud4ra mengata. Tapi bila dah dekat kenduri tu, awak berharap orang akan jaga diri dorang dari baby awak.

Sebenarnya kita yang kena buat sesuatu untuk diri kita. Bukan harap orang lain bertindak ikut apa yang kita nak. Kalau awak taknak orang dekat dengan baby, tak payah bawa baby pegi mana – mana. Kalau orang mengata, awak kan boleh juga jawab.

Lepas ni cuma fikir pasal baby ja. Bila benda macam ni berlaku, orang lain bukan boleh bantu pun kan? Cuma kurangkan je la sikap eg0 tu. Bila aura negatif awak banyak sangat, orang lain pun akan merasa aura tu. Jadi just fikir baik – baik dan cuba bersikap baik – baik.

Ochi Yahya : Tak payah nak loya sangat lah pasal mak mertua ko kunyah – kunyah pastu bagi laki ko makan. Mak aku pun buat macam tu, aku pun buat benda yang sama. Elok je sihat anak – anak aku. Langsung tak de satu cerita yang baik – baik pun pasal keluarga mertua, semua salah di mata ko.

Pasal tak nak bergambar dan sarung cincin pun ko dah berburuk sangka. Untuk pengetahuan ko ada sesetengah orang dia rasa malu nak ke depan sebab jadi tumpuan orang. Mungkin mak mertua ko kategori macam tu. Dah tahu musim Covid, yang ko gi jugak kenduri tu dah kenapa?

Bila anak ko meragam ko masih nak salahkan orang lain. Biasa lah orang ramai bila nampak budak kecil semua pakat kerumun. Tapi orang macam ko ni, kalau orang tak ambil peduli pasal anak ko pun ko em0 jugak, salahkan orang jugak. Pasal bagi makan baby belum umur 6 bulan, cakap elok – elok je degan mak mertua. Tak payah nak sentap sangat. Kesimpulannya ko sebenarnya yang bermasalah!

Faridah Yusup : Dapat suami baik, bersyukurlah sis, ramai yang belum bertemu j0doh, dah dapat zuriat pun bersyukurlah. Sebaiknya time covid tak perlu pergi ke majlis kenduri. Alasan baby tak boleh terdedah di tempat yang ramai orang pastinya ramai yang nak sentuh, nak pegang dan nak civm.

Bincang baik – baik dengan suami. Dapatkan jalan penyelesaian yang keselamatan anak kita Iindungi, ik4tan persaud4raan kita hargai. Jangan kerana isu hati ni sampai nak bercerai berai. Guna fikiran yang matang untuk cari solusi bukan ikut em0si.

Keluarga mertua untuk dihorm4ti. Perkara yang lepas jangan dikenang. Buka lembaran baru, sentiasa berfikiran positif. Cakap memang mudah tapi pelan – pelan kayuh berbekalkan kematangan minda dan jiwa. Biar orang buat kat kita. Jangan baIas nanti kita dan depa jadi sama saja 2×5.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?