Bila aku ambil anak aku dari bekas suami, suami aku sekarang suka d3ra, pukuI dia. Sampai pecah mulut anak aku ni dia t4mpar

Sebelum kahwin suami beria pujuk, ajak aku kahwin walaupun tahu aku janda anak 1. Tapi bila dah kahwin dia tak bagi anak aku duduk sekali, jadi terp4ksa aku minta bekas suami jaga. Bila aku ambil anak untuk bermalam, dia dera anak aku dengan alasan benci tengok muka anak aku, sebab teringat sejarah lama aku..

#Foto sekadaar hiasan. Min, ni aku nak reply post suami aku dalam FB ni. Aku tahu dia post ni, sebab aku terbaca dari history google dia. Baiklah memandangkan dia suka nak minta pendapat bawang rangers, jadi aku pun nak kongsi jugak.

Ni post dari suami aku :

Selalu korang dengar cerita sebeIah pihak je kan. Meh, dengar dari pihak aku pulak. Ye aku kahwin dengan dia, sebagai janda anak satu. Wah, baca komen, bukan main, kereta sambung bayar lah, barang scrap. Min, tak ada siapa yang bercita – cita nak jadi janda. Aku bercerai dulu min, cara baik, setelah berbincang berkali – kali. Mula – mula dulu, family aku pun tak tahu kenapa aku nak bercerai, lagikan family dia. Sebab nak menjaga a1b bekas suami, Yela, hujung dunia mana pun, dia tu bapa kepada anak aku. Kesian anak aku malu nanti min, sekarang memang kecik lagi, nanti dah besar, perkara macam ni orang akan ingat dan mengata sampai m4ti min. Kena label nanti. Ala macam korang lah label janda. Walaupun dah kahwin lain pun, masih ingat orang tu dulu pernah jadi janda.

Tapi memandangkan korang tak kenal pun siapa aku, dan bekas suami aku mahupun suami aku sekarang, bolehlah aku cerita dekat sini, takde a1bnya kalau korang tak kenal siapa orangnya kan. Aku bercerai sebab bekas suami aku ni kaki perempuan, kaki mesin jvdi , kaki m4buk cIub, pukuI aku, dan malas bekerja. Masa aku mengandung setelah menunggu selama 3 tahun, aku dapat tahu suami aku bercinta dengan kawan aku sendiri min. Balik cIub m4buk, tidur dekat rumah perempuan tu. Kau rasa apa jadi? Aku dapat tahu ni, bukan dari teka – teka, tuduh – tuduh ya. Ini dari kant0i b0doh, perempuan tu sendiri mengaku lepas aku menyamar whatsapp perempuan tu guna handphone bekas suami aku ni.

Masa tu bekas suami aku balik dari malam minggu, m4buk. Jadi dia tak perasan aku pegang HP. Lepas tu aku call dan jumpa perempuan tu, dia pun mengaku. Ko bayangkan min, aku m4buk teruk lembik dekat rumah. Laki aku joIi katak dekat luar. Hmm Lepas dah berdepan dengan bekas suami, dia merayu pujuk aku, aku ni pun b0doh, tunggu, sayang lagi, maafkan sampai lah aku bersalin. Lepas bersalin, jadi lagi min. Jadi aku bincang elok – elok, sebab aku tak ingin masuk cIub, ikut cara hidup yang dia nak, enjoy sana sini, ambil ‘E’ for fun, dengan tak pernah solatnya. Jadi samada dia berubah atau kami berpisah.

Dalam tempoh berpisah tu, aku cuba bincang lagi untuk selamatkan perkahwinan, sebab aku tak nak suatu hari nanti, anak aku soal kenapa aku tak Iawan seIamatkan perkahwinan kami demi anak. Jadi aku turun eg0, tanya dan mengalah demi anak, walaupun dia dah tayang bersayang dekat IG dan FB dengan orang lain. Tapi dia kata, dia adalah dia, dah tak boleh ubah. Ok lah min.

Sebagai seorang perempuan, aku ni fikir, aku boleh tolak ansur lagi, kalau kau nakal – nakal, janji aku seorang. Tapi kalau nak pasang cawangan, pastikan aku cukup nafkah, sekadar ada bumbung atas kepala pun cukup. Ini tidak min, dia kerja pun malas. Aku dulu kerja sales gaji belas belas ribu. Aku ni sayang suami, siap belikan LV Gucci, tak cukup tu, belikan dia kereta, tak cukup tu, Superbike lagi. Aku book 600cc, dia sesuka hati tukar order booking tu jadi 1000cc tanpa persetujuan aku, dengan alasan beza berapa ratus je monthly. Dah dapat superbike, angkut perempuan, bangga dengan member, hebatlah banyak gadis nak. Pergi tengok midnight movie dengan scandaI, bayar pakai card bank aku! Almaklumlah dia kan tak kerja.

Orang tengok mewah, tapi sebenarnya harta bini. Eh banyak lah drama bekas suami aku ni, suruh aku pinjam AhIong lagi sebab nak tampung cara hidup dia tu. Sampai suatu tahap, aku tak nak anak aku membesar dengan tengok contoh bapak dia malas kerja, susah bangun pagi, tak pernah solat, kaki jvdi. Oh untuk pengetahuan, aku diisytihar mufIis ya sebabkan loan – loan yang bukan aku nak ni tadi. Bila tegur, g4duh, kena d3bik. Ala kassim.

Jadi sekarang pakcik bawang yang cakap janda ni scrap car bagai. Kau rasa patut tak aku cerai? Kalau lah jadi dekat adik kau ke, kakak kau ke, anak kau nanti ke. Apa kau nak nasihat? Sabar?

Ok lah berbalik pada suami aku sekarang ni. Dia kata aku kahwin dengan dia bisnes dia terus h4ncur? Aku kenal dengan dia, sebab dia bos aku. Lepas 8 bulan cerai, baru aku mula kerja dengan dia. Besarkan anak. Aku mula dari bawah dengan hutang bank banyak ni. Aku tak pernah ada niat pun nak kahwin, lagi pun aku ingat dia g4y. Sampai suatu hari tu, dia kata, “you jom kahwin”. Suruh aku buat ishtikarah dan sebagainya. Masa tu bisnes dia pun dah dr0p, dia dah berhentikan staff dia, tak mampu bayar gaji aku pun. Tutup office, jual kereta.

Aku ni terpujuk sikit nak kahwin sebab dia solat memang tak tinggal min. Dahi hitam. Solat dhuha. Mengaji sedap, sebab selalu dengar dari bilik office dia mengaji time waktu bekerja.

Aku suka sebab dia bukan kaki cIub, tak main game dekat HP, takda ambil d4dah untuk suka – suka. Jadi aku fikir, insyallah aku boleh dapat kehidupan berkeluarga yang aku impikan. Normal muslim family. Duit boleh cari. Tuhan tu kalau salurkan, dia boleh bagi melalui suami atau isteri. Asalkan redha dan faham satu sama lain je. Dalam proses nak kahwin tu, aku masih lagi, berbeIah bagi, f0bia tak habis lagi, aku lari balik kampung, rumah mak bapak aku, tak nak jumpa dia. Nak ruang. Tapi dia gigih ye, pujuk, dan yakinkan abah dan abang aku, yang dia nak jaga aku dan boleh terima anak aku. Nak jaga kami berdua. Family dia pun dah pesan, yang dia pilih ni janda yang ada tanggungjawap, bersedia ke.

Tiba – tiba kena tanggung 2 mulut tambahan. Almaklumlah, bekas suami aku, bapa kepada anak aku ni buat t0ya, tak bagi nafkah, walau dah cakap banyak kali dan minta. Dia kata, dia susah. Aku kena faham. Jadi aku buat keputvsan dan aku cakap dengan suami aku sekarang, kalau nak kahwin dengan aku, anggap je, anak aku ni anak yatim, sebab bapak dia umpama dah m4ti, aku boleh je tanggung anak aku ni, kalau aku bekerja. Jadi, selang sebulan dua bulan kami tunang dan nikah kemudian aku mengandung. Untuk pengetahuan, selama dari masa dia ajak aku kahwin ni, aku dan dia tiada pendapatan ye. Aku nak kerja tak boleh, dia pun tak cari lagi. Dia kata dia percaya rezeki lepas kahwin. Rupanya dia nak kahwin sebab dia kata, kalau kahwin, rezeki masuk. Jadi kira aku ni macam tiket rezeki dia masuklah. Hmm.

Dia kata aku suka habiskan duit? Aku nikah pun, bapa aku tak pernah letak hantaran. Dulu dan sekarang pun. Bapa aku sangat mudahkan, sebab bersyukur, aku jumpa bahagia. Jadi dia hanya bayar mas kahwin, kami nikah di masjid, Catering jemput kurang 100 orang. Tak ada duit mahupun berbaIas hantaran. Dia belikan baju nikah aku dekat Carousel second hand orang pakai. Aku ok je min. Sebab aku fikir keadaan dia. Dia support semua. Sebab aku kan tak kerja dah, pasal company dia tutup, dan dia tak bagi kerja.

Selama kahwin, aku tak pernah lagi lah mintak meIampau min. Beli baju pregnant dekat pasar je min. Pasar Car Boot Sale yang bundle tu. RM10 dapat satu plastic baju. Aku punya lah memahami. Oh tapi masa raya lepas tu, aku mengidam sangat nak handbag dan kasut raya baru. Itupun second hand min, beli dekat Carousel. Tak dapat dibendung tiba – tiba sebak masa minta suami belikan. Kan tengah sarat. Walaupun dia tak berkerja min, dia adaaa je duit. Oh dah kahwin baru keluar semua per4ngai dia ya. Rupanya dia main sport t0to, main jvdi B3t Game Bola online. Jadi dari dia habis RM100 – 200 beli jvdi. Aku cubalah minta handbag raya kan. Berapa ratus je min. Sampai sekarang 1 tahun, total barang dia beli tak sampai pun RM1000!

Aku ni masa pregnant, sarat – sarat ambil job make up pengantin, dapat je duit, ratus – ratus tu aku belikan dia hadiah, umpama berterima kasih sebab tanggung aku. Masa baru kahwin dulu, dia rajin bagi aku nafkah, RM50 lah, RM100 lah bank in dalam bank aku. Guna duit itulah aku belikan hadiah birthday untuk dia. Jam RM800. Mak aku tolong drivekan aku yang sarat ni pergi beli. Itu je mampu. Itupun sebenarnya duit nafkah dari dia. Aku tak berbelanja langsung apa – apa untuk aku, jumpa kawan pun tidak. Itu pun dia pergi canang dekat orang aku perabis duit. Hmm.

Dia minta kerja tak dapat, sebabnya memilih sangat. Kawan nak tolong, pesan suruh letak gaji 5k, dia letak 6k. Ada company panggil iv sebab dia letak expected salary 6k, tapi bila sampai hari temuduga dia letak 9k. Dia masih ada rasa besar diri sebab dulu banyak duit. Aku cakap, kita dah susah, kena rendah diri, turun eg0, Tapi dia tak boleh ditegur. Dia sentiasa betul. Jadi aku buktikan, lepas beranak haritu, aku cakap, “you tengok ye, kalau interview cara i, dengan kelayakan you, mesti easily dapat kerja. Expected salary jangan tinggi sangat, ekonomi tak kuat sekarang.”

Aku pun buat resume letak degree dia. Aku ni diploma je. Tak sambung degree sebab dah terpegang gaji beIas – beIas ribu. Menyesal. Satu hari, aku hantar resume aku, petang tu jugak dapat panggiIan untuk interview keesokkan harinya. Aku pun diterima dan start kerja. Seminggu start kerja, aku rasa bersalah sangat dan takut. Setiap kali pergi kerja, perut macam ada butterfly. Jadi aku berterus terang dengan Chinese bos aku. Dia kata, “Tak apa, I hired you because of your charisma dan the way you present yourself. Within 1 week, you have proven that you can do the job effortlessly.” Fuhh. Lega min. Bila hidup jujur.

Bermula aku pergi kerja, suami aku ni, asyik cakap aku berIagak dengan dia. Bila g4duh je, dia cakap, macam dah besar sangat. Hebat sangat. Hebat apa min, dia yang rasa rendah diri macam tu. Padahal aku buat biasa je. Sebab aku malas nak g4duh dah. Penat kerja lagi, anak kecik lagi, bapak dekat hospitaI lagi. Bab masak tu, alhamdulillah.

Bersyukur sangat. Aku tak minta pun, kadang – kadang aku balik lunch br3ak, aku masak untuk dia. Kadang balik kerja, aku masak. Tapi kerja aku terlalu banyak sebab aku tengah r0mbakan company baru aku ni, jadi kadang tu aku ajak makan luar je, aku belanja. Tapi dia berIagak, bila nak bayar, dia kata, “Takpe. Tanggungjawap I bagi u makan.” Sekarang ni, nak cakap macam ni?

Bab anak, dia kata dia tak boleh minta kerja sebab anak asyik meragam nak dukung, yelah baru 4 bulan. Aku cakap nak cari pengasuh atau hantar taska, dia tak bagi pula. Keliru aku, nak buat apa.

Ha, bab nak cerai tu antara punca dia, selepas aku kahwin , dia tak bagi anak sulung aku, maksudnya anak tiri dia, duduk sekali, dengan alasan dia tak mampu jaga. Sedihnya min. Aku cuba tolak ansur. Sekarang ni, aku minta tolong bekas suami aku jaga. Nasib baik dia nak. Nenek dia jaga time bekas suami aku pergi kerja. Jadi aku legalah sikit.

Yang meny4kitkan hati, dia selalu d3ra budak tu setiap kali aku ambil anak aku balik rumah kami. Dia  cub1tlah t3ndang lah. Bila kant0i dengan aku dia cakap anak aku menipu. Anak aku ni umur 3 tahun pun belum sampai. Tak pandainya dia nak menipu. Lagipun tipu apa, kalau ada kesan, lagipun masa dia jerit, cakap anak aku menipu, dia c3kik leher anak aku, h3mpas bantal kuat – kuat. LagiIah terbukti. Akhirnya dia mengaku, dia benci tengok muka anak aku, sebab teringat sejarah lama aku. Eh kalau dah tahu aku ada sejarah hidup lama, kenapa kau merayu – rayu nak kahwin? Beria pujuk? Setiap kali balik ye, kadang tu, sampai pecah mulut anak aku ni dia t4mpar.

Bila aku cuba seIamatkan, kami berg4duh, dengan aku sekali kena b3duk. Dia nak siksa jiwa aku, siap dia r4mpas baby kami yang baru lahir ni, cakap biar kita cerai, anak aku jaga, dia nak bawak lari. Lagi lah aku mer0nta nak ambil balik anak aku, lagi lah kena pukuI. Semua gambar kesan dia pukuI aku, Iebam Iuka aku, Iuka pipi anak aku, aku simpan. Tapi hari tu dia ambil HP aku senyap – senyap, dia delete, dia ingat dia dah selamat. Memang tak la, aku ada simpan backup.

So dekat sini, aku tak rela terpisah dengan anak aku. Aku nak dia membesar dengan aku dan adik dia. Tapi aku tak boleh tinggalkan dia dengan suami aku, sebab subahanallah aku tahu dia akan buat something pada anak aku. Aku nak report polis, kang kesian pulak anak kami yang baru lahir ni, bapak dia kena tangkap. Ya Allah. Untuk pengetahuan korang, suami aku sekarang ni tengah gi4n main jvdi, sebab katanya ni je cara dia bayar hutang juta – juta dia. Aku pun baru tahu dia kaki sc4m orang, ratus ribu ok. Aku ada bukti.

Guna duit tu juga dia pergi fly oversea tinggalkan aku dan anak. Aku ni kalau nak ani4ya dia, bila – bila masa je, aku call dan tunjuk, memang kena. Tapi aku ni fikir panjang dan berharap dia berubah. Dia tak tidur sekali dengan aku, tidur dekat bawah, jadi sebab tu aku cakap aku tak cukup kasih sayang. Aku penat kerja balik, nak borak dengan suami, tapi suami buat muka dan marah – marah sebab str3ss orang kejar duit. Sekarang ni, aku bincang cara elok. Aku cakap aku nak jaga anak – anak aku. Aku dah bekerja, aku mampu. Aku nak berkahwin dengan dia, sebab aku masih sayang dia. Lagipun siapa nak menjanda kali kedua.

Tapi lepas berbincang, dia kata, keutamaan dia adalah bayar hutang orang. Lebih baik dia ceraikan aku, dan aku jaga anak kami yang baru. Jadi kami dah capai persetujuan, aku siap pesan, tak apa, kalau parents tanya, cakap je salah aku, dan jangan burukkan satu sama lain. Kita ada anak, fikirkan kalau kita bermvsuh. Sekali, aku terbaca dia post dekat FB ni, dia menyalahkan aku, dan bila aku berdepan dengan dia pagi tadi, dia kata, kalau cerai, anak kami dia nak jaga. Saja ja, nak siksa jiwa aku. Jadi, aku nak buat apa ni? Kalau macam ni kereta scrap ke nasib aku ni?

Komen Warganet :

Zainura Mrp : Ya Allah kesian ye nasib adik. Bertimpa – timpa jumpa jantan keparat je. Nasib u baik sebab dapat kerja yang elok. Berpisah jelah dik, hidup dengan kaki jvdi, kaki sc4mmer meny4kitkan hati. Hidup sebumbung tapi macam tak ada apa – apa. Sentiasa kene pukuI dan rasa takut. Di mana kebahagiannya? Dekat mahkamah nanti minta hadanah. Semoga berjaya, didoakan semoga adik cekal, kuat dan dapat membesarkan anak – anak ye.

Nurul Aini : Anak dapat kat mak la, ayah tak kerja, hutang banyak. Hakim pun akan tanya dan siasat, siapa yang lebih mampu jaga. Kebajikan, pendidikan, keseIamatan. Dia kata nak ambik pun dia tak akan dapat.. Paling tidak dapat hak melawat ja la.

Rimuru Tempe ST : Pertama sekali sis, sila abaikan komen bebawang yang cakap panjang dan malas nak baca tu. Biasalah, dalam koloni bawang mesti ada bawang yang dah busuk. Jadi sis tak payah ambik hati kata – kata bawang busuk tu. Kedua, orang tak berada kat situasi kita, sebab tu tak semua orang faham, susah senang kita sendiri kena hadap, harap sis kuatkan hati melalui kehidupan yang ada turun naik ni. Ketiga, soal rumah tangga yang macam ni saya rasa lebih baik sis f1ght dekat mahkamah je. Orang – orang yang lebih arif akan lebih membantu daripada mencari nasihat dari netizen alam maya yang tak kenal kita ni. Akhir kata, takpe la kalau sis terp4ksa menjanda kali kedua pun, yang penting anak – anak bahagia dengan ibunya. Kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik untuk pasangan kita, tapi apakan daya, usaha sebeIah pihak je tak jadi apa. Semoga sis dipermudahkan dan anak – anak sis beroleh bahagia dengan ibunya.

Nor Safiey : Alhamdulillah habis juga membaca cerpen ringkas ni. Maksudnya laki kau yang sekarang ni pun lebih kurang yang pertama je la kan. Takpela kak dari kau tersiksa elok la lepas cara elok. Kau pun dah kerja ada pendapatan. Kalau pergi mahkamah pun kau masih dapat hak jagaan anak sebab kau je yang kerja. Dia tu banyak hutang, sc4mmer plak tu. Bincang jela elok – elok. InshaAllah dipermudahkan.

Apa kata anda?