Bila aku dapat kerja kerajaan, suami aku paling seronok. 3 kali dia suruh aku buat pinjaman, janji nak bayar. Bila dia dapat duit KWSP, dia habiskan duit dekat janda

Suami cuba b0mohkan aku supaya aku kembali pada dia, dia malukan aku dengan saud4ra mara dia, dia aibkan aku dekat Facebook. Suami letak gambar dia dengan janda tu dekat FB, mesra betul. Tapi yang aku geram, perempuan tu pakai tudung aku!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Minta admin hide nama aku. Kisah aku ni panjang betul, tapi aku cuba pendekkan untuk pengajaran mereka isteri – isteri yang terlalu sayangkan suami. Aku berkahwin hampir 17 tahun. Dalam masa 17 tahun ni aku dah redha dengan perkahwinan kami, baik dan buruk.

Lepas aku habis belajar, aku berkenalan dengan seorang lelaki iaitu bekas suami aku sekarang. Masa belajar aku tak pernah bercinta sebab aku orang susah, jadi aku bagi tumpuan penuh dekat pelajaran walaupun masa tu semua kawan – kawan dah ada pasangan masing – masing. Sampailah satu saat aku berkenalan dengan bekas suami dalam alam maya.

Bermula detik tu, hidup aku macam gembira sangat sebab ada yang ambil berat pasal kita. Masa tu budak – budak lagi, dalam 21 macam tu. Baru nak kenal cinta. Habis sahaja belajar, bekas suami aku melamar aku dan jumpa mak ayah aku.

Dalam masa yang sama aku ada seorang abang angkat yang baik dengan aku. Aku tahu abang angkat aku ni ada hati dekat aku, tapi disebabkan hati aku dah jatuh cinta dengan bekas suami, aku tolak cinta abang angkat aku dan aku carikan jodoh untuk dia.

Padahal masa tu abang angkat aku ni dah ada semuanya, tapi masa tu hati aku seolah – olah ditutup dengan rasa cinta yang mendalam terhadap bekas suami. Dalam bercinta, bekas suami tak pernah cerita yang dia ni baru sahaja lepas bercerai dengan isteri dia dan ada anak tiga orang.

Yang aku tahu dia ni bujang, sampailah satu masa bekas isteri dia telefon mak aku dekat kampung beritahu yang bekas suami dia ni ada tiga orang anak dan mereka baru sahaja berpisah. Bila aku tahu sahaja kebenaran tu, seumpama cinta yang aku bina tu cinta palsu.

Bermakna pada saat tu aku putuskan hubungan aku dengan dia, tapi bekas suami tak pernah berputus asa sampailah mak ayah aku setuju. Aku pun tak tahu ilmu apa yang dia pakai. Tak lama lepas tu aku berkahwin dengan dia dalam suasana yang penuh meriah walaupun keluarga sebelah suami tak suka kehadiran aku dalam keluarga mereka.

Tetapi kerana kuatnya rasa cinta tu, aku telan sahaja setiap yang pahit. Bermulalah episod duka aku dalam alam perkahwinan. Seminggu sahaja aku gembira dengan perkahwinan ni, selebihnya adalah beban demi beban yang terp4ksa aku pikul.

Selepas seminggu, bekas isteri suami bagi ketiga – tiga anak mereka dekat kami untuk kami jaga. Mungkin atas rasa aku ni per4mpas, dia nak susahkan aku dan suami dengan bagi semua anak – anak mereka untuk aku jaga. Nasib baik aku jenis suka budak, jadi tak ada masalah untuk aku.

Cubaan demi cubaan bekas isteri dia untuk h4ncurkan rumah tangga kami, tapi aku sabar dan aku kesian dengan suami masa tu. Aku ingat dia ni insan teraniaya. Biasalah lelaki, bila dia ceraikan isteri dia, dia akan cipta cerita yang dia tak ada masalah, yang bermasalah tu pihak perempuan.

Pernah aku tanya kenapa dia ceraikan isteri dia dulu, tapi pertanyaan aku tu dibalas dengan kemarahan. Dia marah bila kisah lalu diungkit. Maka hiduplah aku dalam seribu pertanyaan dan bebanan. Masa kahwin seronok, ingatkan suami akan penuhi setiap keperluan aku, tapi harapan tinggal harapan. Setiap tanggungjawab aku pikul sebaiknya tanpa aku mengadu dengan sesiapa.

Hidup aku lebih teruk daripada aku bujang dulu. Suami seorang yang kedekut. Tak pernah dia beli barang keperluan aku. Yang dia beli barang dapur sahaja dan duit belanja pun tak pernah dia bagi walaupun aku jaga anak – anak dia dan aku ambil alih semua tanggungjawab ibu mereka.

Sampailah anak – anak ni semua dah meningkat dewasa, masing – masing bawa haluan sendiri, nak bebas katanya. Ada yang ditarik mak kandung mereka untuk tinggal bersama sebab anak – anak ni ada yang dah bekerja. Aku redha dan aku lepaskan semuanya sebab tu ibu kandung mereka.

Aku pun ada zuriat sendiri dengan suami aku ni, empat orang dan seorang anak syurga. Masa berlalu dan terus berlalu. Pelbagai ujian dalam rumah tangga kami. Kami dah banyak kali hampir bercerai, tapi suami aku ni bijak susun langkah untuk pastikan aku tetap jadi isteri dia.

Lima tahun berkahwin aku dapat taw4ran bekerja dengan kerajaan. Seronok bukan main lagi aku dengan suami. Maksudnya kami akan senang sikit daripada biasa. Bermula daripada aku kerja kerajaan ni lah malapetaka paling besar dalam hidup aku.

Suami aku cari peluang berniaga. Katanya kalau berniaga boleh senang sikit dan masa lebih bebas. Maka dia sarankan aku buat pinjaman peribadi untuk mulakan bisnes. Ikut perjanjian, dia akan bayar setiap bulan, cuma guna nama aku sahaja untuk pinjaman tu.

Selepas berfikir panjang dan kerana sayang yang terlalu mendalam pada suami, aku buat pinjaman pertama. Pinjaman kedua aku buat bila dia cakap ada orang nak jual tanah murah dekat kampung dia. Pinjaman ketiga aku buat untuk hantar anak dia ke tempat pemulihan akhlak swasta.

Dan pinjaman demi pinjaman yang aku sendiri dah tak tahu yang keberapa sampailah pihak bank kata aku dah tak layak buat pinjaman. Hutang aku dekat bank dah mencecah 120 ribu. Katanya dia akan bayar, tapi janji tinggal janji.

Sampailah satu masa usia perkahwinan kami mencecah 15 tahun, sekali lagi aku diuji dengan ujian yang besar bila aku dapat tahu bekas suami ada skandal dengan bekas kekasih dia dulu. Habis semua cerita hal dalam rumah tangga dia cerita dekat perempuan tu.

S4kit hati masa tu Allah sahaja yang tahu. Bila aku tahu dia bagi duit aku dekat perempuan tu, masa tu aku dah buang perasaan sayang aku pada suami. Aku campakkan semuanya. Tapi mak aku berjaya pulihkan hubungan aku dengan bekas suami. Aku maafkan dia, tapi tanpa aku sedar perasaan sayang tu hilang bersama tipu daya dia.

Kemudian suami dapat duit imbuhan KWSP yang ditunggu sekian lama. Janji dia, duit tu untuk selesaikan hutang hutang yang ada. Hati aku masa tu sedikit berbunga dengan janji tu. Tapi bila dia dapat sahaja duit tu, dia dah tak kenal siapa aku. Satu sen pun dia tak bagi aku pegang. Hutang aku jangan cakaplah nak bayar, memang tak.

Masa tu aku nekad. Aku tak boleh hidup dengan dia yang terlalu berkira dengan aku. Aku dah nampak belang dia bila dia ada duit. Aku mula failkan perceraian, asalnya untuk beri pengajaran pada dia. Tapi dalam tempoh tu dia lakukan kekasaran pada aku, dia cuba b0mohkan aku supaya aku kembali pada dia, dia malukan aku dengan saud4ra mara dia, dia aibkan aku dekat Facebook.

Masa tu aku tahu maruah aku dah dipijak – pijak. Aku nekad untuk keluar daripada semua ni. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya keluar daripada kehidupan dia dan aku bawa anak – anak sekali. Biar aku susah jaga anak daripada aku susah jaga suami.

Bila berlaku perceraian, hutang yang ada tu satu sen pun dia tak nak bayar. Nafkah anak lagiIah. Apa yang aku tahu sekarang dia mengejar cinta janda yang boleh ubati kesunyian dia. Kami dan anak – anak dibiarkan tanpa khabar berita.

Duit dia dihabiskan untuk perempuan tu. Yang paling meny4kitkan bila dia muat naik tentang kegembiraan mereka dipertemukan Allah dengan jodoh yang tepat dan pada masa yang tepat, dan tudung yang perempuan tu pakai adalah tudung aku dulu.

Tak salah mencari bahagia dan aku dah redha dengan apa yang berlaku, tapi jangan dibakar hati hati yang ada. Anak – anak aku dah berjauh hati dengan ayah mereka. Aku harap kisah aku ni jadi pengajaran untuk isteri isteri di luar sana. Sayangkan suami jangan sampai membebankan diri sendiri. Berpada padalah sayang suami sebab bila bercerai, semua kebaikan kita selama ni seolah – olah hilang begitu sahaja.

Ulasan Pembaca :

Sidan Megong : Lama betul akak bersabar dengan lelaki tak guna tu. Mungkin kerana per4ngai dia yang tak guna tu, dia didudakan dulu. Sekarang padan muka dia dapat janda, memang sesuai. Akak jangan bersedih. Hidup kena gembira. Akak tunjukkan kebahagiaan bersama anak – anak. Biar dia rasa.

Cempaka Biru : Pinjaman pertama dia tak bayar, kau pergi buat sampai tiga kali pinjaman kenapa. Orang b0doh memang jadi makanan orang jahat dalam dunia sekarang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :