Suami aku tak pernah cakap i love you dekat aku, kadang – kadang sampai aku merayu nak dengar. Bila aku baring sebeIah dia terus bangun turun katil bentang tilam kat bawah. Mungkin aku h0doh kot sampai suami pun geIi.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca di ruangan ini, aku adalah antara pembaca tegar confession di sini dan hari ini aku tergerak nak kongsi satu sisi gelap kehidupan aku yang orang tak pernah tahu apa lagi hidu melainkan keluarga terapat sahaja.
Baca tajuk macam keliru kan, tapi itulah apa yang aku hadapi kini, berkongsi bilik, selimut malahan bantal dengan musvh bukannya suami seperti yang aku impikan. Bercinta selama 4 tahun sebelum menamatkan zaman bujang, ini dah masuk tahun kelima perkahwinan aku.
Kenapa tajuk aku macam ni “Sebantal Dengan Musvh, Bukannya Suami” sebab aku teringat pada seseorang yang pernah beritahu aku kenapa dia takut nak kahwin dan terlalu tr4uma hingga memilih.
Alasannya takut terjumpa musvh bukan pasangan. Lama aku nak hadam ayat ni sehinggalah aku berkahwin dan melaluinya sendiri baru aku faham. Mempunyai musvh di luar adalah lebih baik daripada mempunyai musvh yang kamu berkongsi kehidupan seharian.
Aku cuba terangkan sedikit sebanyak tanpa ada pengaruh KRT dalam confession ini, aku taip sambil menangis sebab terlalu s4kit jiwa ini. Suami aku datang dari latar belakang keluarga susah, pendidikan biasa dan kerja biasa.
Berbeza dengan latar belakang keluarga aku, agak senang, ayah aku pesara jawatan tinggi kerajaan manakala adik beradik aku semua mempunyai latar pendidikan dan kerjaya yang baik.
Tapi sedikit pun mereka tidak memandang rendah suami aku malahan melayan baik suami aku. Ayah aku walaupun berpendidikan tinggi namun beliau tidak meletakkan syarat terhadap bakal menantu.
Sifir dia mudah, baik dan anak dia suka sudah cukup. Saat aku ingin berkahwin ayah aku malahan tidak letak hantaran siap berkata kami tidak jual anak, biarlah anak – anak bincang sesama mereka.
Perkahwinan aku serba sederhana, suami aku ada memberi sedikit wang hantaran tetapi aku pulang balik ke dia semula lepas kahwin. Harapan aku bila banyak tolak ansur, suami akan menghargai aku.
Aku kerja keras siang malam, untuk bantu suami sambil menghulur wang saku buat mertua aku dan barangan dapur. Tak keterlaluan andai kata sepanjang aku kahwin, kebanyakan hal sara diri aku dipikul aku sepenuhnya dari pakaian hingga ke barangan mandi.
Walaupun suami tidak pernah membelikan aku apa – apa sepanjang perkahwinan, aku tak kisah kerana aku tahu taraf kewangan dia, malah aku selalu membelikan apa sahaja kemahuan yang dia mahu tapi tak mampu kerana kasihan.
Syukur ibu bapa aku paling banyak bantu aku, menyediakan satu rumah sewa yang selesa dan tak kisah suami aku tak mampu sedia rumah atau apa – apa. Bagi mereka asalkan usaha sama – sama.
Tahun demi tahun aku makan hati, bukan kerana aku tak ikhlas tetapi aku rasa usaha aku sia – sia. Suami bukan sahaja tidak menghargai aku malahan mertua aku sendiri meny4kiti aku.
Mertua yang aku sayang dan anggap seperti ibu sendiri, aku bantu dia jual kuih semata – mata nak ringankan beban hidupnya walaupun masa tu aku sarat mengandung, gigih berjual ke sana sini lepas pulang kerja,
Bulan – bulan aku hulur wang saku belikan barangan dapur hadiah semuanya. Semua guna duit gaji aku. Tapi betullah sebaik mana kamu, belum tentu orang baik semula. Hati aku berkec4i bila dalam p4ntang mertua aku bagitahu, dulu dia nak anak dia kahwin dengan ustazah atau cikgu.
Tapi dia terima aku sebab adik beradik dia pujuk, jadi dia terimalah. Masa tu hati aku tert4mpar berderai rasa terh1na macam aku tak layak untuk dia. Aku tidaklah alim macam ustazah tapi bab solat aur4t hukvm agama insyaAllah ayah aku didik sebaiknya malahan aku yang banyak dorong suami jaga solat, kira lepas kenal aku dia mula jaga solat.
Dan mungkin aku tak cantik bergaya kot, dulu mertua aku selalu rasa aku selekeh, tak malu ke naik motor buruk berniaga. Sedangkan aku selesa tambahan aku kerja keras downgrade cara hidup aku nak senangkan anak dia.
Aku ingat lagi, saat aku p4ntang ibu mertua cakap dihadapan ibu aku supaya aku bekerja secepatnya, untuk membantu anaknya membeli susu kerana dia takut suami aku tak mampu.
Pernah juga aku ingin membina rumah di atas tanah yang ayah aku berikan, ayah aku beri modal, then kami berdua share bayar semula. Tahu apa mertua aku cakap, kalau cerai macam mana?
Dia usulkan buat di belakang rumah dia yang merupakan tanah pakcik suami aku atas alasan cerai mungkin rugi anak dia nanti. H4ncur hati aku bila dengar sebab niat aku tak nak susahkan suami aku, malahan ayah aku siap mahu pinjamkan modal dan memberikan tanah kerana tak mahu susahkan menantu.
Akhirnya rancangan tu terkubvr sebab hati aku s4kit. Banyak sebenarnya cemuhan yang meny4kiti aku sehingga aku hilang sabar, tapi aku pilih untuk pend4m dan menjauhkan diri. Suami aku? Aku pernah meluahkan apa aku rasa namun akhirnya suami aku akan memulaukan dan menjauhkan diri dari aku.
Tahun lepas, tahun keempat perkahwinan kami yang terbina atas nama cinta, teruji sekali. Suami menceraikan aku namun kemudian rujuk semula. H4ncur hati aku kerana aku tak sangka dia ceraikan aku atas alasan yang remeh, kecil.
Aku marah geram kecewa sedih kerana dia selalu menganggap aku isteri yang jahat, yang teruk. Aku depr3ss teruk sebab aku selalu salahkan diri aku bila dia bandingkan diri aku dengan isteri orang lain.
Bagi dia aku isteri yang tidak taat. Aku mula salahkan diri aku sampailah kawan aku tegur betapa dia nampak aku orang yang b0doh, terdesak dan buta demi cinta. Dia selalu perasan aku terhegeh – hegeh dengan suami aku, try hard untuk bagi apa suami aku nak.
Mungkin kawan aku marah dan terk3jut atas berita penceraian, sebab prinsip aku apa pun jadi aku tak akan luah di media sosiaI. Selepas suami rujuk, dia ada beberapa kali ugvt untuk ceraikan aku, kadang – kadang hampir tiap minggu sampai aku laIi dan kebaI.
Paling meIukakan hati aku, dia kata bagus kalau cerai dengan aku, dia boleh tanggung adik – adik dia dan sara ibu bapa dia. Dalam hati aku tersentak, sepanjang kahwin sejak ada anak baru dia bagi aku duit, itulah susu pampers anak, itulah duit dapur, itulah duit api air dan sewa bilik.
Tak cukup malahan aku yang topup, kadang belum hujung bulan dia pinjam duit aku. Bahagian aku sesen pun tiada hatta pakaian dalam dan seketul sabun aku guna duit sendiri. Ayat dia seolah aku habiskan duit dia,
Sedih sebab aku tak tuntut pun nafkah aku, aku redha andai kena beli sendiri sebab aku kesian dia. Itu belum aku bergoIok gadai emas emas aku nak bantu dia, Tapi kena cop macam ni terus hati aku s4kit, kereta bil telefon makan dan macam – macam lagi semua aku bayar, itupun bagi dia, aku habiskan duit dia.
Dan paling sedih dia pernah kata punca dia bersama dengan aku sebab aku saja akan tolong dia bila susah. Rasa macam dipergunakan pun ye. Aku masih dalam fasa depr3ss salahkan diri lagi, terutama bila aku tengok keliling ramai kawan aku yang tak sampai cerai malah diuji hebat, berm4ki hamun ser4ng suami, berg4duh di umum tapi sekali pun perkataan cerai tak diungkapkan sang suami.
Dalam kepala otak aku suami sayangkan dia, tu sebab dia tak pernah ungkap kata cerai, adakah suami aku tak sayang aku. Macam aku yang diam pasif end up kena cerai sebab bincang isu kecil.
Huhuhu by the way sepanjang kahwin berg4duh sentiasa aku yang minta maaf melutut menangis, suami aku tak pernah cakap i love you dekat aku kadang – kadang sampai aku merayu nak dengar, cakap pun tak ikhlas. Aku cuba faham mungkin malu.
Tapi bila dia selalu tepis aku bila nak bermanja, atau bangun bila aku duduk sebeIah dan banyak kali elak dekat dengan aku. Kadang – kadnag aku baring sebeIah dia terus bangun turun katil bentang tilam kat bawah.
Aku cuba sangka baik panas kot tapi bila kerap sangat aku paham la isyarat dia tak suka aku dekat – dekat. Aku mula rasa down sebab mungkin aku h0doh kot sampai suami pun geIi. Aku beli produk nak bagi wangi cantik habis ribu akhirnya sama saja. Aku putvs asa.
Suami aku jugak tak pernah berborak dengan aku tanya aku okay ke apa. Harinya sibuk dengan tengok movie dan hadap fone. Aku sunyi dan sekarang aku isi buat part time meniaga.
Aku ada cerita dengan mak aku, mak aku sedih tapi itulah nanti dia ungkit sebab aku tolak pinangan beberapa orang sebab aku suka sangat kat laki aku ni dulu walaupun dia biasa – biasa.
Yang pinang aku semua berpendidikan datang dari keluarga baik dan bagus kira sekufu, tapi entah aku pilih suami aku yang berbeza bagai langit dan bumi. Tahun ni aku macam dah tersedar dari keb0dohan bertahun, aku stop belikan dia barang branded dan gadjet mahal.
Duit aku, duit aku, aku dah tak pinjamkan dekat dia. Aku mula tutup hati aku untuk dia. Kalau dulu g4duh aku melutut minta maaf merayu – rayu walau bukan salah aku, sekarang g4duh aku ambil kunci drive kereta lepak minum luar sampai aku tenang.
Aku tak terkejar dia, aku tak dekat – dekat dia, minta dimanja. Aku cipta jarak. Aku kerja pagi petang malam supaya hati aku tenang, entah lama lama aku tawar hati. Apa yang tinggal sekarang semata demi anak.
Dan jujur tak seronok berkongsi bantal dengan musvh, dan orang yang kau pernah cintai adalah musvh kau. Aku tak tahu sampai bila j0doh kami, tapi aku tengah latih diri aku supaya kuat jadi bila sampai harinya tu aku tak titiskan setitik air mata pun.
Doakanlah aku kuat cari rezeki untuk anak dan keluarga aku, doakan juga agar apa jadi akan datang aku jadi lagi kuat. Aku kadang – kadang nak failkan penceraian sebab selain isu atas, aku serba salah biar suami aku hidup memilih antara ibu dan isteri,
Pernah dengar ayat ‘seorang lelaki memeIuk dan bersama wanita yang bencikan ibunya’, boleh relate kan dengan situasi aku sekarang even laki aku tak peIuk aku sangat pun tapi dia bersama aku.
Syurga dia masih ibu dia. Sedangkan aku dah tak baik dengan ibu dia. Jadi aku tak nak letak suami aku satu langkah ke ner4ka sebab derh4ka pada ibunya. Thank you semua sudi baca luahan hati aku yang aku rasa serabut di baca serabut difahami serabut ditanggung. – Doremon (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Azniza Mat Lazi : Mohon tt plan sebaiknya untuk keluar dari orang – orang t0xic macam ni. Sayang tu memang tak boleh dibuang. Tapi sampai bila nak hidup mend3ritakan? Jangan risau. Tt ada family yang akan support. Semoga dipermudahkan.
Nurul Anira Salaiman : Mentua pun demand anak pun non hado nak demand orang sekian – sekian. Berambus saja dari hidup orang macam tu sis. Percayalah, hidup orang macam ni takkan sesenang masa dengan sis. Baik sis cari orang lain jangan pend4mkan hati sendiri dengan alasan anak.
Nur Elyshia Khairul Annuar : Kenapa nak stay dengan orang yang tak hargai? Buat apa nak mentaI t0rture duduk dengan orang macam tu? Dan lagi satu, walaupun suami ada tanggungjawab pada parents dia, tanggungjawab pada isteri dia tetap tak boleh abai i.e nafkah zahir dan batin.
Tempat tinggal, makanan, pakaian dia kena bagi semampunya, bukan tak bagi langsung. Mana sifat tanggungjawab dia sebagai suami awak? Isteri pun amanah dari Allah, sama seperti anak kamu berdua. Buat la solat istikarah kalau tak pasti nak buat apa. In shaa Allah jumpa jawapan. Semoga confessor jumpa jawapan.
Atie Hayati : Puan masih ada anak, puan masih ada ibu bapa. Puan boleh hidup bahagia dengan anak dan ibu bapa puan. Tak ada guna masih menunggu pada perkahwinan yang tak bahagia. Dia lagi suka hidup dengan keluarga dia daripada hidup dengan awak, jadi biarkan dia mereput dengan keluarga dia.
Fiqa ZA : Dah kena cerai pastu rujuk balik dengan jantan tak guna macam ni, memang b0dohlah tapi kita yang membaca ni, takde di tempat confessor. Mungkin kita tak tahu sebab dia bertahan. In conclusion, baik confessor bIah jer lah.
Stay pun takde untung pape. Merugikan lagi ada lah. Mulakan hidup baru dengan anak. Suami per4ngai musibat dengan mertua pun per4ngai macam h4ram, buat apa nak tunggu lagi.