Duit ada tapi per4ngai kalah gelandangan, aku malu nak ajak tetamu datang rumah

Sebelum kahwin saya pernah pergi rumah keluarga mertua saya, dapur berselerak, pinggan tak berbasuh dan tandas sangat kotor. Saya fikir mungkin saya boleh nasihat isteri tentang kebersihan lepas kahwin, tapi sekarang dah 9 tahun kahwin, dapur berkerak. Bilik air kalau tak saya yang basuh memang berkeladak dan kotor sangat – sangat. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pada pembaca semua. Sebenarnya selama ni saya pun cuma jadi pembaca je. Ye lah orang laki kan, segan nak komen atau kongsi masalah.

Selalu juga baca semua cerita kat page ni terutama bila babitkan cab4ran – cab4ran dalam rumahtangga. Kalau kisah – kisah cinta saya jarang lah akan baca habis. Saya ni lelaki biasa je, berumur lingkungan akhir 30-an dan dah pun berkahwin hampir 9 tahun.

Anak sulung pun dah sekolah rendah. Isteri saya dulu pernah bekerja tapi dia kemudian ambil keputvsan untuk jadi surirumah sepenuh masa selepas lahirnya anak kedua kami lebih kurang 6 tahun lepas.

(Memang saya berterima kasih sangat – sangat pada dia yang jaga anak – anak kami).

Kehidupan kami bolehlah dik4tegorikan mewah walaupun hanya saya seorang yang bekerja. Disebabkan rezeki anak – anak, bahagia si isteri dan doa ibu bapa saya, Alhamdulillah memang saya boleh dik4takan berjaya dalam kerjaya saya.

Bekerja sebagai pengurus kanan di sebuah syarik4t antarabangsa, jadi macam tajuk kat atas tu, umur 30-an tapi gaji memang sangat memuaskan. Malah bonus dan kenaikan pun sentiasa dapat. Limpah rahmat rezeki Allah. Saya memang bersyukur.

Cumanya, saya dah lama rasa tertekan, memend4m rasa dan dah jadi panas baran terhadap satu masalah antara saya dengan isteri yang dah berlaku sejak kami mula berumahtangga lagi.

Tertekan dengan sikap isteri saya yang mana dia ni agak pengotor dan pemalas (Dia seorang yang lemah lembut, perwatakan menarik dan pandai jaga hati keluarga).

Saya memang dah tahu sejak sebelum kahwin lagi sebenarnya. Sebab bila pertama kali bertandang ke rumah keluarga mertua saya, dapur berselerak, pinggan tak berbasuh dan tandas sangat kotor.

Kedua – dua mertua bekerja sebagai kakitangan kerajaan tetapi rumah memang sangat kotor. Isteri kalau dalam facebook memang cantik dan bergaya. Semua orang suka. Tapi pada saya hip0krit. Kehidupan sociaI media yang luaran je nampak best.

Sebelum kahwin lagi isteri selalu cakap dia rasa segan dan malu bila tengok rumah mak saya. Rumah biasa tapi bersih. Tapi dah nama pun cinta, saya dulu fikir mungkin dengan nasihat, tunjuk ajar dan bagi contoh bagaimana saya dibesarkan dan dididik oleh keluarga saya, saya jangka dia akan berubah.

Sembang je konon malu, tapi tak ade tindakan pun. Dah 9 tahun, dah berbuih mulut nasihat, berg4duh sebab kebersihan ni dah jadi acara mingguan, tapi per4ngai tetap sama tak berubah. Sampai saya malas dah nak nasihat, saya hanya menjerit dan marah.

Per4ngai malas tu saya tak kisah. Saya faham sebab mungkin penat layan anak. Tapi biarlah ada sikap pembersih. Panggil orang cuci rumah ke, atau gajikan pembantu rumah pun dia pulak suruh saya yang cari dan pastikan yang tua bangka.

Saya boleh sediakan duit. Dia cuma perlu call atau urus carikan. Google ke, atau gunalah khidmat siapa pun. Tapi itupun dia tak buat. End up saya juga yang panggil pencuci datang rumah.

Senang cerita, dia cuma biar je rumah jadi sarang sampah dan kotor. Solat pun jadi tak tentu hala. Sebagai suami saya malu dan rasa bersalah sebab gagal didik isteri.

Nak mengadu kat keluarga rasa malu. Tak tahu nak minta nasihat siapa. Mak ayah saya sebenarnya saya dapat rasa dia mesti tahu serba sikit per4ngai isteri saya, tapi mak saya ni mertua yang lemah lembut dan hanya berkias je dengan saya sekali sekala. Malu sangat.

Duduk rumah mewah, kawasan perumahan mewah. Tapi nak jemput orang masuk rumah pun malu. Dapur berkerak. Bilik air kalau tak saya yang basuh memang berkeladak dan kotor sangat – sangat. Harijadi anak saya mesti buat kat restoren atau club house.

Tak pernah panggil orang datang bertandang ke rumah kami. Padahal saud4ra mara selalu je perIi. Teringin nak ke rumah kami. Kawasan gated dalam KL memang nampak cantik dan mewah. Staff selalu tanya bila Raya boss tak buat open house ke. Teringin sangat malah saya ni suka rumah cantik dan bersih.

Duit ada tapi per4ngai kalahkan gelandangan. Kehidupan kami orang luar tengok nampak cantik tapi kat dalam.. hmm… Saya risau anak – anak pun membesar akan jadi pengotor. Tanda – tanda dah ada.

Ni lah kehidupan balik tabir yang orang tak nampak. Str3ss dan memaIukan. Tak tahu nak buat macam mana dah. Macam – macam cara saya dah buat. – Suami Str3ss Tapi Sayangkan Anak – Anak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rohaizah Abwahab : Oleh sebab encik berduit panggil indon maid yang datang harian. Mereka ni kalau buat kerja memang thor0ugh. Sekali panggil buat satu bilik. Bila dah habis semua bersih panggil 2x seminggu dah memadai. Biarlah isteri tu jadi mem je. Suamikan gaji mahal.

Eita Arif : Memang macam ni ke? Saya tanye je sebab saya ada juga kenalan perempuan yang memang lemah lembut, dalam gambar cantik je, suara pun alahaii memang mengg0da. Tapi tak pandai kemas rumah, masak bole tapi tak bersihkan dapur yang selerak.

Dari sebelum kahwin sampai anak dah 5, tak paham juga. Tak kan la cuci pinggan pun tak boleh kan? Berbalik pada cerita encik ni silapnya macam encik cakap la, perkara pertama encik dah nampak kelemahan tapi encik butakan mata sebab kecantikan dia.

Jadi encik kena terimalah buruknya. Banyak – banyak berdoa ye encik. Hati manusia ni Allah yang pegang, Allah mampu balikkan hati manusia ni. Manalah tau, permaisuri bagi izin kahwin dgn bibik. Permaisuri sedar dari tidur yang panjang dan kiIatkan istana encik tu.

Alyanie Rosli : Doa lah banyak – banyak tuan insyaAllah. Perempuan atau isteri ni dicipta dari tuIang rusuk lelaki yang bengkok di mana sifatnya tak pernah betul. Jadi, janganlah jemu memberi nasihat pada dia.

Janganlah guna em0si bila dengan isteri ni walaupun kadang – kadang memang terem0si jugak, cubalah kawal. Kalau sayangkan rumahtangga, tegurlah selagi mampu, tak pun Tuan sendiri tunjuk contoh dan bantu dia.

Tak boleh hari – hari pun, kalau cuti, ajaklah isteri dan anak – anak got0ng roy0ng rumah. Setakat guna mulut kadang tak jalan Tuan. Kena buat depan dia, supaya dia nampak effort Tuan. Sebab ini yang Abah saya buat dalam mendidik saya dan adik beradik dulu.

Abah juga pegawai kerajaan, setiap kali cuti mesti abah akan ajak kami adik beradik cuci rumah. Setiap orang dah ada tugasan. Setiap kali cuti, lagi – lagi bila cuti sekolah. Itulah yang kami buat sampailah dah besar.

Kalau Tuan rasa isteri tuan tak boleh buat apa Tuan minta, Tuan didiklah anak – anak, ajar mereka. Insyaallah lama kelamaan isteri akan sendiri rasa malu dengan anak – anak. Saya doakan semoga keluarga Tuan bahagia selalu.

Bonda Aiman : Sikap pembersih atau pengotor adalah hasil didikan dari kecil. Sikap pemalas tu sumbangannya sikit je. Kalau dah biasa hidup persekitaran bersih dengan keluarga, auto dia akan rajin sebab tak larat dengan keadaan bersepah dan kotor.

Mungkin dari kecil keluarga pun jenis tak jaga kebersihan, rumah kotor bersepah umpama syurga bagi yang dah terbiasa, apahal pula sibuk nak berkemas atau bersihkan. Itu yang sikap malas sem4kin subur. Maka ingatlah rumah bersih atau kotor berg4ntung kepada didikan ibu bapa.

Tapi masih belum terlambat jika nak didik isteri, sabar atau tidak. Nak menilai sikap permbersih ni senang saja, tengok tandas, dapur dan lagi nak confirm, bilik tidur. Disebabkan TT berani cab4r diri (dah tau risik0 masa sebelum kahwin) kenapa sekarang rasa mengalah?

Beranilah pikuI tanggunjawab didik anak isteri untuk jadi pembersih sebagaimana TT berani memilih kerana kecantikannya. Ada duit lebih macam – macam boleh usahakan. Duit bukan segala – galanya tetapi segala perkara perIukan duit .

Asiahani Saari : Susah nak ubah orang, membebeI pun memang tak guna, buat je lah bila rasa semak sangat, mungkin wife pun tak cukup masa nak handle anak and rumah. Entahlah, tapi memang ada perempuan pemalas, dulu masa saya belajar, ramai perempuan per4ngai gini, nasiblah dik.

Duitkan boleh selesaikan banyak masalah, kalau wife kau tak boleh kemas rumah, kau bayar je lah mana – mana cleaner, tak payahlah nk ikut sangat nak yang tua lah apa. Duit kau, kau punya suka lah, janji kemas. Ok je g4duh, g4duh laki bini biasalah, haha..