Bila aku nampak suami Karina ambik dia dekat ofis, aku cemburu. Baru ni aku nampak dia jalan terhincut

8 bulan lepas ada budak baru masuk ofis aku, terus jatuh cinta pandang pertama. Aku ingatkan dia bujang, rupanya dah 31 tahun anak 3. Aku berjaya dapat nombor telefon dia, aku cuba whatapps. Tapi dia  100% respon hal kerja je, dia tak layan gurau yang aku buat. Baru – baru ni aku nampak dia jalan terhincut, aku siasat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan cerita aku. Aku harap ada yang pernah mengalami dapat tolong bagi solusi kepada aku. Nama aku Haqeem (semestinya bukan nama sebenar). Umur aku 25 tahun.

Aku adalah mix. Mak aku Pakistan dan ayah aku Thailand. Aku di lahirkan di Kelantan dan sekarang keluarga aku menetap di Melaka. Aku graduan di salah satu Universiti di Perak dalam Jurusan Sistem Komputer. Itu serba sedikit tentang aku.

Selepas aku bergraduasi tahun 2020, aku menjadi pemandu food panda semasa negara diistiharkan PKP. Pada awal tahun 2021, aku mendapat pekerjaan sebagai IT Executive di sebuah Kilang yang agak besar berhampiran rumah.

Sejujurnya, masa zaman belajar aku pernah berkawan dengan 2 orang orang gadis. Bukan banyak scandal tapi bercinta putvs bercinta putvs. Kedua – dua mereka ni memang cantik dan gadis popular di universiti sebab cantik giIa macam model.

Tapi gadis cantik ni mereka ada per4ngai gadis “hot” yang tak serasi dengan aku. Mungkin tak semua gadis cantik berper4ngai macam tu. Aku tak nafikan. Sehingga sekarang aku masih single. Dekat office aku bekerja, ramai juga gadis cantik dan hot.

Aku pun ada cuba berkawan dengan gadis di tempat aku bekerja tapi hanya berkawan bukan untuk bercinta sebab aku nak hubungan kali ini yang lebih serius dan terus ke alam perkahwinan. Dipendekan cerita, setelah 4 bulan aku bekerja, ada seorang gadis baru masuk bekerja sebagai executive di tempat aku bekerja.

Kami berlainan departmen tapi meja dia berhampiran meja aku. Dari meja aku boleh nampak dia. Aku namakan dia sebagai Karina. Nama english supaya orang tak tahu siapa dia. Karina ni tinggi orangnya. Putih, pakai cermin mata bulat ala – ala korea, badan tak kurus sangat, berisi sikit dan bertudung agak labuh (tutup d4da).

Antara tugas aku sebagai IT Executive ni adalah membuat setting laptop pekerja baru. Aku ada pembantu. Aku cuma setup kan email, akaun Teams dan laptop accesibility. Selebihnya techician aku yang akan buat. Technician aku juga yang biasanya akan hand over laptop dekat pekerja baru.

Tapi, sebab macam cinta pandang pertama, untuk Karina ni aku sendiri yang buat. Aku sendiri yang serahkan laptop pada Karina. Walaupun musim pandemik, semua perlu pakai double facemask, pandangan mata Karina sudah cukup buat aku tertarik.

Pada awalnya, aku cuma tertarik sebab mata dia yang cantik dan dia orang baru. Tapi lama kelamaan, aku sem4kin suka pada Karina walaupun aku tak pernah berborak panjang dengan Karina. Perwatakan Karina cukup buat aku senang.

Awal – awal aku sangka Karina ni sebaya dengan aku dan bujang. Tapi rupanya Karina ni dah berumur 31 tahu dan sudah berkahwin. Karina sudah ada 3 orang anak. Terk3jut kan? Tapi semua yang tidak terlalu rapat dengan Karina akan ingat Karina ni fresh grad.

Serius tak macam mak anak 3. Karina pergi kerja sangat simple. Blouse labuh, seluar slack, tudung bawal dan beg laptop. Aku dapat tahu Karina dah berkahwin pun daripada kawan perempuan department aku yang duduk di belakang meja Karina.

Karina ni agak peramah. Dia suka menegur tapi jarang berborak panjang dan bercerita dengan orang. Dia biasa tekun buat kerja. Kata kawan aku tu, dia terdengar Karina bercakap dengan bos dia yang dia terp4ksa balik on time sebab perlu menjemput anak dia di taska kerana suami dia tak dapat jemput sebab terp4ksa balik lambat.

Baru kami tahu Karina ni sudah berkahwin. Pasal umur, aku terjumpa no IC dan maklumat peribadi Karina dalam sistem HR yang aku tengah build up. Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah perasaan aku pada Karina. Aku cuba untuk buang tetapi sem4kin hari sem4kin aku suka.

Perwatakan dia yang sangat sopan, sentiasa cakap “terima kasih” walaupun just bagi laluan dekat dia. Sentiasa bagi salam bila sampai kerja. Bagi yang tertanya, aku pernah nampak muka Karina tak? Aku pernah nampak.

Karina letak gambar passport dekat DP Teams dia. Senyum sangat manis. Aku juga pernah nampak muka Karina masa makan di kantin. Jujur cakap Karina ni muka dia tak la cantik giIa macam gadis yang aku bercinta dulu.

Tapi muka Karina ni muka yang manis dan sedap mata memandang. Tapi mata dia memang cantik. Aku cuba pujuk diri aku untuk lupakan Karina sebab dia isteri orang. Tapi m4kin aku buat m4kin aku suka Karina. Pernah sekali tu Karina datang kerja pagi tu macam biasa.

Dalam pukuI 9 pagi, kelam kabut Karina kemas barang dan balik. Aku punya risau, mengalahkan suami dia. Sana sini aku tanya kenapa Karina balik. Rupa – rupanya suami Karina positive dan Karina close contact. Masa tu, aku cukup risau.

Aku berdoa supaya Karina negative. Hari – hari aku suruh kawan aku tanya keadaan Karina. Sampai la hari ke 3, Karina pulak positive. Aku risau giIa. Hari – hari aku doa supaya Karina cepat sembuh. 3 minggu Karina tak masuk kerja.

3 minggu juga aku rase tak semangat nak kerja. Hari – hari aku tengok Teams Karina online ke tak. Macam orang tak keruan. Aku cuba untuk menegur dan berborak dengan Karina. Tapi macam biasa, dia akan tegur balik tapi untuk berborak kosong dia susah sedikit.

Mungkin menjaga batas atau dia memang jenis tekun bekerja. Sepanjang hampir 8 bulan Karina bekerja, tak pernah lagi aku nampak Karina berborak panjang dengan lelaki walaupun satu departmen. Aku berjaya dapatkan nombor telefon Karina.

Aku cuba whatapps Karina. Kebetulan memang ada hal kerja aku perlu tanya dia. Tapi Karina 100% respon hal kerja sahaja. Dan dia tak layan gurau yang cuba aku buat. Pernah juga aku berdoa supaya Karina jadi jodoh aku. A

Aku berharap yang suami Karina melepaskan Karina. Kadang – kadang, aku terbayang yang Karina berg4duh dengan suami, dan aku tenangkan dia. Bila aku tersedar, aku rasa diri aku teruk kerana berharap keh4ncuran rumah tangga orang.

Aku pernah cuba berkawan dengan gadis single di office, kesudahannya aku yang s4kit hati sebab aku tak berjaya buat Karina cemburu. Apa yang tr1gger aku buat luahan ni ialah baru – baru ni aku nampak Karina jalan terhincut.

Aku punya risau, aku mintak kawan meja belakang Karina siasat. Dia siasat walaupun tak suka aku kacau bini orang. Rupa – rupanya Karina terseliuh masa turun dari tangga production masa buat line spot check. Aku pulak yang serabut kepala sebab tak dapat tolong Karina.

Lagi buat aku s4kit hati bila aku nampak suami Karina hantar Karina ke office. Rasa cemburu yang membuak. Bila aku sedar, aku tak ada hak untuk cemburu. Aku perlukan pertolongan pada siapa yang ada pengalaman macam aku. Apa perlu aku buat. Maaf dengan penulisan yang terabur dan ayat tak berapa formal. – Haqeem (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sid Sani : Kau nampak dia baik, lembut, cantik, sopan sebab laki dia jaga dan didik dia dengan baik. Kau carilah yang single buat bini. Didik jaga elok – elok insyaallah eloklah hasilnya. Nak yang helok terus. Aku kalau aku h3mpuk kau.

Nurul Shahira Mohd Farid : Kalau susah nak lupa, cuba move on dengan try tukar tempat kerja.. hati kita ni Allah yg pegang maka berdoalah bnyk2 pd Dia supaya berjaya buang perasaan tu.. berdosa bila ade niat nak runtuhkan rumahtangga org.. Fikirkan jugak nasib 3 org ank Karina jika anda berjaya pisahkan ibu bapa mereka.. jgn jd manusia yg pentingkan diri sendri akibat terlalu turutkan rse hati.. ikut hati mati, ikut rasa binasa. Percayalah.. membina bahagia ats derita orang lain ni tak kemana

Farhan Gibrani
Nasihat aku, cuba elakkan dari fikir pasal dia…setiap kali kau nak layan perasaan sayang tu, cepat2 set dalam kepala STOP!! sbb kau yg akan sakit oi…kena terima hakikat dia milik org..perasaan tu lama kelamaan akan hilang bila kau dh tawar hati…mcm mana nk bg tawar hati? Cari minat ke arah lain, main games ke, baca buku ke, baca quran ke….kena usaha la kalau kau layan nnti merana lagi parah