Gaji suami dah la sikit, seminggu aku bagi dia RM50 mesti habis. Skrg aku bagi RM5 sehari, dia diam je

Gaji suami aku kerja kilang 1.5K, ada anak tiri 3 orang. Bekas isteri dia selalu bising sebab nafkah anak tak cukup. Awal – awal lagi aku dah suruh suami bagi semua gaji dia dekat aku. Kad ATM dia aku pegang. Dulu aku bagi duit belanja RM50 seminggu tapi aku pelik cepat je habis. Sekarang aku bagi dia RM5 sehari!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FB. Nama aku Amy, nak kongsi kisah kehidupan aku. Sebab kita semua jalani kehidupan yang berbeza, jadi aku sesaja nak kongsi kisah aku.

Mungkin biasa – biasa je, mungkin juga apa yang aku nak kongsi ni ada manfaat pada sesetengah orang. Moga yang baik – baik je dari confession aku ni hendaknya. Bismillahirahmanirrahim. Aku seorang isteri. Gaji aku lebih besar daripada suami.

Masa kahwin dengan suami, dia seorang duda dan ada 3 orang anak hasil perkahwinan pertama. Sekarang Alhamdulillah hasil perkahwinan dengan aku, kami ada seorang anak berumur setahun. Ye, baru setahun anak kami, bermaksud usia perkahwinan kami pun belum capai tahap umur matang lagi.

Nanti ada pulak yg kecam, “baru setahun jagung kahwin, nak nasihat orang”, tapi ada aku kisah? Aku baca luahan seorang wanita yang gaji lebih besar dari suami, dan suami pulak lepas tangan hal perbelanjaan dan nafkah.

Kesian dia. Suami jenis eg0, tak boleh berbincang dan tak terima teguran ni agak payah sikit. Kalau ikut kata hati aku yang tak berapa baik ni, “dah la gaji kecik tak mampu bagi nafkah, masih jugak nak acah – acah king.”

Hakik4tnya suami tu memang king dalam rumahtangga walau apapun taraf ekonomi dia. Untuk kes aku, sama jugak keadaan lebih kurang. Suami aku gaji lebih kecil dari aku. Suami aku kerja kilang gaji RM1.5K je. Lagi pulak, tanggungan dia ramai.

Anak dari perkahwinan pertama ada 3 orang yang mana 2 orang dah bersekolah. Jadi dari segi kewangan, memang ada kesempitan untuk suami aku. Suami aku pulak orangnya tak berapa mahir urus kewangan. Takde planning dan kira – kira.

Disebabkan tu, dia banyak jugak hutang – hutang lama yang tak langsai – langsai (lama maksudnya hutang sebelum berkahwin dengan aku la). Berbeza dengan aku. Aku suka merancang. Suka kira mengira sebelum buat apa – apa keputvsan dan belanjawan.

Jadi, kami sepakat suami isteri untuk lantik aku sebagai menteri kewangan keluarga hehehe. Dia kan tak berapa mahir urus kewangan. Dia tak boleh bezakan yang mana priority yang mana perlu diketepikan sementara.

Sebelum berkahwin dengan aku, kewangan dia memang ke laut china selatan peginya. Hutang tak berbayar tapi duit habis. Habis ke mana? Barang keperluan rumah, makan minum dan lain – lain yang mana sebenarnya, boleh adjust untuk kurangkan kos.

Masa tu, ex wife dia selalu cari g4duh dengan dia sebab nafkah anak kais – kais. Sekarang, ex wife dia dah tak perlu lagi kejar dia hujung bulan macam ahl0ng minta hutang, sebab aku yang uruskan kewangan dia dengan jayanya.

Bila suami aku terima gaji, aku akan transfer kesemua gaji dia masuk ke akaun gaji aku dan sekalikan dengan gaji aku lah of course. Kemudian dari situ, baru aku bahagi – bahagikan perbelanjaan. Secara jujurnya, lepas bayar pengasuh anak – anak dia, nafkah anak dia, hutang – hutang dia, baki yang tinggal tak dapat pun nak cover perbelanjaan family kami dan akhirnya akan tetap kena guna gaji aku.

Tapi sekurang – kurangnya, aku tahu ke mana duit dia pergi dan nampak contribution dia pada keluarga. Aku pun dah tak bolehlah bising – bising cakap suami tak bagi duit. Perempuan ni korang kena faham memang berem0si sikit, suka mengungkit, risau pulak nanti terderh4ka sebab cakap suami tak bagi duit kan.

Jadi dengan cara ni, tertutuplah mulut aku untuk berkata – kata sedemikian sebab aku tahu, keseluruhan gaji suami aku dalam bank aku ha. Aku yang kawal online banking dia dan kad ATM pun pada aku. Mula – mula aku akan consume gaji suami aku dulu untuk buat bayaran.

Aku akan transfer duit ke ex wife dia untuk nafkah anak kemudian bayar hutang – hutang lama dia. Masih berbaki, aku guna untuk bayar sewa rumah dan bil elektrik. Kadang – kadang gaji dia ada lebih bila dia banyak OT, jadi kalau masih berbaki, aku akan allocate sikit untuk beli barang basah macam ikan, ayam, sayur kat pasar.

Oh ya, aku beli keperluan bahan basah tu cuma sebulan sekali je. Aku beli borong terus. Jadi aku dapat kawal dan urus belanja pasar tu untuk sebulan. Mudah macam tu tak over spend tau. Anggaran dalam RM200 untuk keperluan 2 orang dewasa 2 orang kanak – kanak (2 orang anak suami aku di bawah jagaan kami, anak aku baru setahun aku tak kira la sangat sebab berapa ketul je la dia makan pun kan).

Kalau korang tanya  pulak, boleh ke lauk – lauk basah tu semua tahan sebulan. Ha tu aku kena la bukak confession baru, kang lari tajuk, lari pembaca aku kang hehehe. Seterusnya kalau masih ada baki, aku pecahkan ke duit kecil RM1 dan RM5 sebagai duit belanja sekolah anak – anak suami aku dan duit belanja suami aku.

Alhamdulillah, suami aku dengan lapang d4danya sanggup menerima duit belanja RM5 sehari. Itulah duit untuk dia makan tengahari masa kerja, untuk isi minyak motor, untuk topup kredit telefon dia. Macam mana dia manage?

Tempat kerja dia tak jauh dari rumah, jadi tengahari dia akan balik makan kat rumah. Isi minyak motor pulak 3 – 4 hari baru akan isi dalam RM7. Kalau sehari RM5, dalam 4 hari dah ada RM20, isi minyak motor RM7 masih berbaki RM13.

Jadi macam tu lah dia manage. Tu pun aku yang ajar dia. Sebab aku pernah bagi dia lumsum RM50 untuk seminggu kononnya, tapi lepas 3 hari dia minta duit belanja lagi dan sebabkan RM50 tu aku berem0si dan berg4duh sebab aku pertikaikan dia buat apa dengan duit tu, jahatnya aku dulu.

Sebab tu lah aku bagi sikit – sikit setiap hari dan aku tak akan pertikai pun dia nak guna utk apa. Yelah, RM5 je kalau aku pertikai jugak baik dihempuk aje. Ok berbalik pada uruskan kewangan combination tu. Ha jadi selepas gaji suami aku dah habis digunakan, barulah aku akan mula gunakan gaji aku pulak.

Apa – apa yang masih kekurangan, aku akan cover. Contohnya bayaran sewa Coway, pengasuh anak aku, loan kereta dan keperluan lain kat rumah macam sabun ke, shampoo ke, minyak masak ke. Macam suami aku, gaji dia tak tetap setiap bulan sebab dia boleh dapat OT, jadi tiap bulan pembahagian tu memang tak sama.

Kadang – kadang masa dia tak banyak OT, banyak lah yang aku kena cover. Ada jugak masa yang duit belanja sekolah anak dia pun aku yang kena bagi, duit belanja dia pun aku yang kena bagi guna gaji aku (sebab tu aku em0si bila dia habiskan cepat hahaha).

Masa ni, redha je lah yang paling utama. Sebagai isteri, aku tahu suami aku pun mesti tak happy bila tak mampu cukupkan tanggungjawab dia. Sesekali dia akan cakap “saya nak OT banyak – banyak, saya nak bayar semua keperluan kita, saya nak belikan makanan yang awak teringin nak makan”.

Ada jugak sesekali dia cakap, “tak sabar nak selesaikan hutang tu. Lepas ni duit ada lebih boleh awak ambil sebagai nafkah. Awak nak beli baju ke, beli tudung ke, dah tak perlu pening – pening”. Keadaannya kat sini, suami aku pun tak eg0.

Suami aku pun sanggup berdikit – dikit dan sanggup serahkan semua duit hasil titik peluh dia bekerja pada aku untuk diuruskan. Sanggup bagi kepercayaan seratus peratus kat bini dia ni. Bukan senang tau, kau tahu je lah orang perempuan ni kang masuk shoppee habis licin akaun hahahaha, tapi aku takdelah buat macam tu.

Aku akan cukupkan keperluan keluarga dulu sebelum guna untuk perkara – perkara kehendak ni. Make sure perkara pertama yang dibuat lepas dapat gaji bersama tu, selesaikan hutang dan komitmen, ke tepikan duit untuk belanja dapur dan duit poket mak ayah.

Ha lepas tu sukati la nak buat apa dengan yang extra tu. Benda kecil – kecil pun kena ambil kira contohnya petrol, tol dan lain – lain. Kitorang untung sikit sebab tempat kerja dekat dengan rumah. Dan lagi satu, suami aku tahu dia ada kelemahan dari segi kewangan dan nafkah.

Jadi dia tersangatlah bertanggungjawab dalam hal – hal rumahtangga yang lain macam mengemas, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju, basuh kereta, cuci pinggan mangkuk. B3rak k3ncing anak kami yang kecil tu pun boleh harap kat dia.

Aku pernah outstation seminggu ke luar Negara, dia uruskan anak – anak ke sekolah, baby aku ke pengasuh, bangun malam susukan baby aku (baby aku menyusu badan jadi dia kena panaskan susu yang aku dah sediakan dan tinggalkan untuk anak aku), sediakan bekalan makanan anak aku ke pengasuh.

Alhamdulillah banyak boleh diharapkan. Baju sekolah anak – anak dia pun aku tak pernah iron tau. Semua dia yang setelkan. Cuma bab masak dia tak mahir. Sekarang aku tengah train dia masak pulak. Oh ya, tadi aku ada cerita duit belanja harian dia sikit jadi dia terp4ksa balik tengahari makan kat rumah kan?

Aku tak masak ye, pagi – pagi aku cuma sempat sediakan bekalan makanan baby aku ke pengasuh dan masak nasi je. Dia balik tengahari akan goreng telur dan makan dengan kicap dan nasi. Itulah menu tengahari dia setiap hari Isnin – Jumaat.

Ada yang advance sikit kadang – kadang sempatlah aku cairkan ikan maka bolehlah dia makan ikan goreng. Lauk malam kalau ada balance dia akan makan masa breakfast jadi untuk tengahari dah takde lauk. Aku lebih focus pada keperluan baby jadi dah tak cukup tangan untuk sediakan lauk pauk dia.

Tapi makan malam aku sediakan la macam biasa. Jadi tengahari je lah dia kena bertabah dengan lauk bujang tu. Nasib baik jugak dia tak cerewet sebab dia faham keadaan kewangan dia dan kami sekeluarga. Untuk aku, aku beruntung sebab kilang aku sediakan makanan percuma.

Jadi aku tak perIukan duit belanja pun. Cuma perlu isi minyak kereta seminggu sekali. Bil telefon pun company bayarkan aku tak perlu topup kredit. Kat sini bagi aku yang paling utama, suami sendiri kena sanggup bertolak ansur.

Buang eg0 jauh – jauh untuk kesejahteraan bersama. Yang kedua, isteri kena sanggup bersusah dengan suami yang bergaji kecil tu. Dan kalau suami dah letak kepercayaan sepenuhnya pada isteri untuk urus kewangan, janganlah ambil kesempatan ye.

Uruskanlah dengan bijak, cermat dan hemat. Kesiankan tengok suami makan lauk telur goreng dan kicap setiap hari, takkan sanggup nak seleweng duit suami untuk kita bersedap – sedap pulak kan. Dan isteri pun kena kurangkan eg0.

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab kadang – kadang aku ade jugak terdetik geram dalam hati bila kena hulur duit kat suami tiap hari, dan bila minta suami ke kedai pun aku kena bagi duit tak boleh main order je guna air liur, sebab aku tahu dia takde duit extra.

Ha kat sini kena cepat – cepat Iawan perasaan tu. Zikir, istighfar. Sy4itan semua tu. Kena doa banyak – banyak Allah ikhlaskan hati kita untuk terima kekurangan suami kita, dan dalam masa yang sama InsyaAllah ganjaran bersedekah untuk kita nanti. Ok tu je lah buat masa ni ye. Komen yang murni – murni tau, hehe. – Amy

Komen Warganet :

Nurul Mohd : Hmmm.. akak nak cakap sikit. Part makan nasi bujang dengan bagi rm5 tu, mungkin boleh ditambah baik. Sebab cuba letak kita dalam situasi macam tu. Hari – hari hadap telur. Hari – hari kene mintak duit belanja.

Bukan apa, dik. Nanti timbul rasa bosannya. Nanti timbul rasa boring bila takde duit lebih (u never knew.. mungkin kat kilang, husband telan air liur je tengok orang minum air, makan sandwich). Adik pun bertolak ansur la jugak.

Mungkin 3 hari weekday tu, siapkn lauk simple – simple. And duit belanja asben, seminggu rm25 kan? Up la rm30. Bagi lumpsum and tell him. Abang, i trust u. This is the amount that WE can afford for ur daily needs for a week.

Maaf la dik. Sebab akak ada rasa kesian kat husband. Dah cukup baik dah husband jenis boleh diharap. If i add more: Perkahwinan adik masih baru. Ingat, ramai wanita di luar sana yang berduit dan mendambakan lelaki yang boleh diharap seperti suami adik.

Bila ada yang bertanya “eh, isteri awak bagi awak rm5 je?”..” Awak makan telur hari – hari?”. Atau saat kawan – kawannya tahu isterinya memberinya duit poket rm5 sahaja. Ketahui lah.. saat itu, eg0nya tercuit. Hati – hati dik.

Mungkin adik rasa happy adik berjaya manage duit dia. Tapi it is going to be a long journey. And remember, u have a good husband. Ada isteri sedang memendam rasa dapat suami yang pemalas. Ada isteri sedang bersedih sebab suami tak memberi nafkah. Semoga bahagia ye! Oh part iron baju tu.. sama la. Husband akak yang iron baju sekolah anak. Sebab akak ada sejarah buruk mengiron baju. Haha..

Fiza Wati : Mungkin cara awak agak strict. Saya tak mampu macam tu. Kesian suami tak pegang duit. Kita pun rasa malu kan kalau keluar dengan kawan opis sen takde. Cuma saya kawal adalah bayaran komitmen bulanan yang suami mampu bayar.

Then dah habis beli barang dapur susu dan pampers berapa balance ada suami nak guna biarla dia. Lagipon kerja dia memang selalu kene keluar dari pejabat. Panas terik hadap matahari nak beli air bungkus pun dah rm2-3 sis satu. Ada rm5 adoi kesian dia nak makan ape tapi alhamdulillah kami dah punyai rumah selesa untuk anak – anak.

Syu Hada : Saya tak sanggup suami makan telur dan kicap je untuk lunch. Husband pernah offer nak bagi pegang semua gaji dia macam orang Jepun buat. Haha. But no, saya tetap percaya sebagaimana yang agama kita gariskan, suami ketua keluarga. Dia patut belajar uruskan kewangan dan bagi apa yang sepatutnya. Slowly but surely, all of us should learn about our own responsibilities.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?