Bila aku sampai kampung, ibu suruh aku tukar pakai baju melayu dan bawa aku ke sebuah rumah penuh dengan orang

Belum sempat saya membuka mulut, ibu terus berkata, “Aku benarkan kau kahwin dengan si Asmah dulu sebab kau yang hendak sangat. Ini menantu pilihan aku, kalau kau buat malu keluarga hari ini aku tidak mengaku anak sampai bila – bila”. Ya, saya berkahwin kali kedua, selepas 4 bulan bernikah dengan Asmah.

#Foto sekadar hiasan. Selepas membaca kisah sebelum ini, saya terpanggil untuk menulis kepada admin. Kisahnya sama seperti yang pernah saya lalui hampir lima tahun lalu. Cuma bezanya saya dip4ksa berkahwin oleh ibu sendiri dengan gadis sekampung saya, Lina, walaupun ketika itu saya sudah berkahwin dengan wanita cinta hati saya, Asmah.

Biarlah saya rahsiakan nama sebenar mereka kerana kisah sedih ini hanya meIukakan banyak hati, dan saya juga perlu menjaga hati insan tersayang. Saya berkahwin dengan Asmah, rakan sekuliah ketika di kampus tidak lama selepas kami tamat pengajian.

Keluarga saya sendiri datang bertandang untuk meminang apabila saya menyuarakan mengenai pilihan hati saya. Ketika itu tiada bantahan daripada keluarga khususnya ibu. Tetapi siapa sangka tidak lama selepas kami berkahwin, tiba – tiba satu hari (hari bekerja) ibu meminta saya pulang segera ke kampung kerana ada kec3masan dalam keluarga.

Memandangkan isteri tidak boleh mengambil cuti kec3masan, pulanglah saya sendirian menaiki kereta ke kampung. Tiba di rumah, ibu terus meminta saya mengenakan baju Melayu dan ketika itu saya melihat adik beradik lain hanya menundukkan pandangan.

Tanpa soal bicara, saya mengenakan baju Melayu yang disediakan ibu dan mengikut mereka menaiki kereta. Puas saya bertanya kepada adik beradik lain apa yang berlaku, semuanya menggeIengkan kepala enggan berkata.

Perjalanan kami hanya mengambil masa kira – kira 20 minit dan kami berhenti di sebuah rumah yang saya lihat penuh dengan orang ramai. Dalam hati terdetik, siapa yang m4ti. Tetapi sebaik tiba di muka pintu, kami disambut seorang lelaki berusia yang dengan ramah memeIuk saya.

Ketika itu d4rah saya tersirap apabila melihat ada pelamin dan bantal nikah yang disediakan di ruang tamu. Saya bagaikan terpuk4u apabila diiringi ke ruang tengah dan apa yang saya sedar, saya sudah duduk berdepan dengan kadi daerah kami.

Terk3jut saya dan ketika itu saya menyedari bahawa saya menghadiri majlis pernikahan sendiri. Saya meminta untuk berbincang dengan keluarga dan ketika ke tepi, saya terdengar bisikan tetamu lain, ‘Gemuruh agaknya’.

Apabila berada di satu sudut, sebelum sempat saya membuka mulut, ibu terus berkata “Aku benarkan kahwin dengan si Asmah dulu sebab engkau yang hendak sangat. Ini menantu pilihan aku, kalau kau buat malu keluarga hari ini aku tidak mengaku anak sampai bila – bila”.

Terk3jut dengan kata – kata ibu, saya terp4ksa menurut kerana kami adik beradik tidak pernah membantah kata ibu bapa sejak kecil lagi. Dipendekkan cerita, saya berkahwin kali kedua hanya selepas empat bulan menikahi Asmah.

Patutlah ibu bersungguh – sungguh tidak mahu membuat kenduri menyambut tetamu dulu kerana dia sudah mempunyai perancangan. Sebaik habis majlis itu, saya terus beredar membuatkan tetamu lain terpinga – pinga dan terus memandu pulang petang itu juga menuju ke Kuala Lumpur.

Saya merahsiakan apa yang berlaku kerana bimbang Asmah terIuka, lebih – lebih lagi ketika itu dia sedang hamil dua bulan. Tidak saya sangka, ibu dan bapa datang bersama Lina ke rumah saya keesokan harinya.

Ketika itu terungkailah cerita sebenar, tetapi saya kagum dengan sikap Asmah yang tenang walaupun dim4ki hamun ibu. Ibu mem4ksa saya mengambil Lina tinggal bersama kami dan bagi memastikan saya melakukan kehendaknya dia turut tinggal bersama kami.

Setiap malam dia mem4ksa saya masuk ke bilik bersama Lina, walaupun enggan saya terp4ksa akur kerana bimbang mengganggu jiran apabila ibu menjerit-  jerit seperti hist3ria. Sump4h, saya tidak pernah menyentuh Lina kerana cinta saya hanya kepada Asmah.

Lebih menyedihkan, Asmah meminta saya menceraikan dia, tetapi saya meminta dia bertahan dan berjanji akan melakukan sesuatu. Apabila ibu pulang ke kampung dengan ugvtan penuh bermakna kepada saya, saya dengan segera berkemas meninggalkan Lina yang terpinga – pinga dan membawa Asmah ke tempat lain yang dirahsiakan daripada keluarga.

Semuanya sudah saya rancang. Saya mengambil keputvsan untuk mengikut teman baik yang bekerja di luar negara dan tiga bulan selepas itu saya terbang ke bandar raya D bersama Asmah. Atas bantuan rakan peguam, saya membawa kes ke mahkamah dan menceraikan Lina.

Saya tahu Lina tidak bersalah, tetapi perkahwinan kami bukan atas kerelaan saya. Saya mendapat tahu keluarga mencari saya, tetapi biarlah saya membawa hati yang Iara kerana tidak sangka ibu sanggup meIukakan hati anaknya sendiri.

Bukan hendak menjadi anak derh4ka, tetapi jika keluarga sendiri sanggup membohongi saya, tiada apa lagi yang boleh membuatkan saya tunggu lagi. Kini saya masih di D dan bahagia bersama Asmah serta dua cahaya mata kami.

Komen Warganet :

Fatina Athin : Fuhh, ini dah macam drama tapi suka sangat ending yang awak buat. Awak tak jadi tungguI yang ikut je apa yang mak awak cakap. Awak bangkit pert4hankan cinta dan perkahwinan awak dengan isteri.

Saya doakan awak dan Asmah terus bahagia. Kepada Lina, mungkin dia adalah m4ngsa dan mungkin dia sendiri sedar yang awak sebenarnya telah dip4ksa. Tapi ini adalah j0doh, dia harus terima hakik4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.