Bila anak2 main game xb0x, bibik saya paling seronok. Satu malam kant0i dia duduk dalam gelap sambil main

Dapat pembantu rumah muda, saya h4ramkan dia guna Handphone. Tapi dia ‘pandai’, dia suruh saya ambil simkad tapi dia nak juga Handphone. Setiap pagi dia akan pasang lagu bahasa dia kuat – kuat sambil menyanyi. Saya dah tak boleh sabar..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Bertemu kembali dalam ruangan ini. Saya Che Eton. Ini coretan ketiga saya berkisarkan pengalaman saya dengan PR (pembantu rumah) yang pernah bekerja dengan saya. Pertama sekali, mohon maaf kerana lambat sambung part 3.

Sejujurnya, nak mengarang pun kena ada mood juga dan sejak – sejak lepas cuti tempohari, saya memang hilang mood mengarang. Anyway… Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membaca dan meninggaIkan komen pada posting saya yang lepas.

Komen positif dan negatif, semuanya saya terima dengan hati terbuka. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, penulisan saya sekadar penulisan santai – santai, berdasarkan topik yang ringan sahaja. Ini outlet saya, me time saya.

Ini mindful activity saya. Ini juga salah satu coping mechanism dan terapi saya. Kalau boleh saya tak mahu sentuh pun mengenai mentaI health saya sebab saya bukan nak minta simpati. Cuma saya mohon, kalian baca lah dengan berlapang d4da tanpa sebarang prasangka.

Jika ada iktibar dan contoh yang boleh diteladani, ambillah kerana semua yang baik adalah dari Allah. Sebaliknya, jika terungkap sebarang keburukan dan perasaan yang tidak enak di benak kalian, maka mohon maafkan saya kerana jelas, itu kelemahan dalam penyampaian saya.

Kepada yang meminta resepi sambal belacan Che Eton, tak ada apa yang istimewa pun sambal belacan saya. Standard saja pakai cili, belacan dan air asam. Cuma tips yang boleh saya kongsikan, the key to a delicious sambal belacan is the belacan itself.

Carilah belacan yang sedap, dan jangan kedekut pakai belacan semasa menyambal. Saya suka beli belacan dari Tg. Dawai atau Kuala Perlis. Satu lagi, saya pakai dua – dua air asam jawa dan juga perahan limau kasturi. Selepas ditumbuk, masukkan air asam jawa, perah limau dan lenyek – lenyekkan sambal tersebut dengan anak lesung, bukan gaul dengan sudu ye.

Sambal belacan saya always ditumbvk dalam lesung, bukan pakai blender. Itu saja yang boleh saya kongsikan perihal sambal belacan special saya kegemaran si Gemma. Dalam penulisan kali ini, izinkan saya berkongsi cerita mengenai PR saya dari Kemboja.

Kunthea namanya. Berkulit sawo matang, gigi cantik tersusun. Tingginya sederhana dan orangnya ceria. Kunthea tidak pandai berbahasa Melayu tetapi boleh berbahasa Inggeris sekadar cukup untuk berkomunikasi. Ketika dia mula bekerja dengan saya, usianya baru 22 tahun, masih bujang manakala saya pula sudah beranak 4.

Yang sulong 10 tahun, yang bongsu 2 tahun. Kunthea merupakan pembantu rumah fulltime saya yang ke-enam. By this time, saya dah banyak pengalaman dengan ragam pembantu rumah. Tiga orang pembantu rumah sebelum Kunthea kesemuanya saya hantar pulang dalam tempoh tak sampai 6 bulan bekerja atas pelbagai sebab.

Ini pun macam – macam cerita yang wow tapi lain kali lah ye? Prinsip saya senang saja. Pembantu rumah ni tujuannya untuk membantu meringankan urusan saya, bukan menambahkan pening kepala. Kalau hadirnya lebih menambahkan str3ss, membebankan otak, maka tak perlu lah saya hadap mukanya setiap hari dan bayar gaji pula lagi.

Berbalik kepada cerita Kunthea, ini kali pertama saya ambil pembantu rumah yang muda. Yang sebelum – sebelum ini kesemuanya berumur lebih 30 tahun dan sudah / pernah berumahtangga. I had my reservations tapi kata orang, belum cuba belum tahu. Maka saya cuba.

Dengan kedatangan Kunthea, serasa saya seolah – olah macam anak saya bertambah lagi seorang. Dek kerana usianya yang masih muda, per4ngainya pun masih agak keanak – anakan. Setiap majikan ada house rules nya sendiri, termasuklah saya.

Pembantu rumah saya tidak ada kebebasan memakai telefon bimbit. Melalui pengalaman yang lepas, pembantu rumah yang baik sekalipun akan jadi bermasalah bila mula pakai telefon bimbit. Saya cuma pulangkan telefon bimbit mereka setiap 2 minggu sekali (weekend) untuk mereka berhubung dengan keluarga di kampung.

Keluarga mereka di kampung juga saya beri nombor telefon saya untuk mereka hubungi jika ada kec3masan. Kunthea walau bagaimanapun, telah buat satu deal dengan saya. Katanya dia perIukan handphone nya untuk alarm clock dan sebab dia suka dengar muzik.

Dia cuma minta nak pegang handphonenya saja, kad SIM saya boleh simpan. I didn’t see anything wrong with this arrangement maka saya bersetuju. Maka bermulalah ujian kami sekeluarga apabila Kunthea setiap hari memasang lagu – lagu bahasa Khmer dan Thai di corong handphonenya.

Handphone sentiasa di dalam poket seluar dan sentiasa mengalunkan muzik. Saya cuba bertahan dan kentalkan telinga tetapi m4kin meIampau pula si Kunthea ni. Dah la kuat, siap menyanyi – nyanyi sama. Krung krang pang prung suara penyanyi berserta muzik yang bingit.

Aduuhh… tak boleh jadi ni. Takkan setiap pagi saya nak hadap benda ni? Akhirnya saya belikan dia sepasang earphone. Aman lah rumah apabila tiada lagi alunan muzik asing dalam rumah kami tetapi masalah lain pula yang timbul.

Bila telinga dah sentiasa bersumbat dengan muzik, menjadi masalah pula untuk saya memanggil Kunthea bila saya memerIukan khidmatnya. Memang pening kepala saya dengan budak Kunthea ni. Akhirnya saya h4ramkan terus penggunaan handphone melainkan ketika waktu senggang.

Itu pun tak boleh pasang kuat – kuat. Cukup untuk telinga dia sendiri sahaja. Settle. Per4ngai keanak – anakan Kunthea ni kadang – kadang ada juga manfaatnya. Anak – anak saya cepat mesra dengannya kerana dia sendiri seorang yang playful.

Setiap petang mereka akan keluar main badminton atau ping pong di laman rumah. Busuk – busuk pun mereka main kejar – kejar. Kalau di dalam rumah, mereka main video game X-Box. Sama naik saja saya perhatikan Kunthea dengan anak – anak.

Mana taknya, kalau main game bowling, tennis, game yang menari – nari saya nampak dia yang lebih bersemangat terkinja – kinja depan TV. Dia saja yang nak menang lol! Pernah juga things got out of hand sampai mereka berg4duh dan anak saya merajuk.

Dah tentu lah saya bebelkan Kunthea, tak ubah macam mak bebelkan anak sulong hahaha. Terlintas juga di hati, aku ni majikan dia ke babysitter dia?? Pernah juga dah lewat malam saya turun ke dapur, Kunthea kant0i sedang main game sorang diri dalam gelap.

Saya tak marah pun sebab bukan lah satu kesalahan besar pada saya. Cuma saya pesan jangan tidur lewat. Awal – awal kedatangannya, banyak songel juga Kunthea ni. Tapi saya dapat lihat kesongelannya itu bukanlah sebab dia mengada – ngada tetapi it came out of ignorance dan perbezaan budaya.

Dia masih dikira mentah, belum pandai menjaga tutur kata. Sering terlajak perahu bila berbicara. Pernah sekali saya beli lauk sambal udang, tetapi lauk tersebut memang kurang enak dan kuahnya pun pekat dan kering. Apa pun, kami makan saja tapi tidak dengan Kunthea.

Bila saya tanya kenapa tak makan, katanya tak ada selera sebab “the sauce look like ear sh1t”. Wah… menyirap juga saya bila dengar dia buat statement begitu. “Ear sh1t” katanya (nangis). “First of all, it’s called ear wax, not sh1t. Second of all, don’t insuIt food like that laaa… You like, you eat. You don’t like, you cook yourself!”

Memang tak lah dia nak masak sebab tak pandai masak budak Kun ni melainkan mi segera. Tetapi itulah kali terakhir dia komplen pasal makanan. Dalam bab kerja, Kunthea bukan lah pandai sangat buat kerja rumah. Di dapur pun kekok.

Tapi bagi saya, benda – benda begini boleh diajar. Yang penting, dia ada chemistry dengan anak – anak, jadi saya dah boleh menarik nafas lega. Rumah jadi ceria dengan gelak ketawa mereka berlima. Rumah kemas ala kadar dah memadai bagi saya.

Kalau dah namanya ada anak – anak yang sedang membesar, berhentilah mengharap rumah spick and span sentiasa. Choose your battle, kata orang. Saya lebih rela hadap rumah yang berselerak dari hadap PR yang tak serasi.

Saya bersyukur Kunthea ini seorang yang mudah ditegur dan dibentuk. Dia tidak meIawan dan saya dapat rasakan dia sangat menghorm4ti kedua orang tuanya. Pernah satu hari saya benar – benar marahkan Kunthea (tak ingat sebab apa) sehinggakan saya cakap nak telefon ibunya di kampung dan mengadu.

Mukanya terus berubah macam nak menangis. Dia merayu saya tolong jangan adukan kepada emaknya sebab tak mahu emaknya susah hati. Saya gertak saja. Macam lah saya boleh berkomunikasi pun dengan emaknya yang cuma tahu berbahasa Khmer.

Kisah lain, ada suatu hari dia kata dia suka tengok cara saya berpakaian. Dia suka tengok skirt kembang saya, suka tengok saya berpakaian bertutup semua dari kepala hingga ke kaki. Dia bertanya kenapa saya bertudung. Saya cakaplah, because I’m Muslim.

“Ohh… kakak Muslim? Good la you don’t wear like that teacher cover until here. Like Islam wooo!” (sambil letak jari bawah mata dan buat muka jelik). Dia merujuk kepada ustazah anak – anak saya yang datang ke rumah mengajar anak – anak saya mengaji Quran. Ustazah tersebut berniqab.

“Kun… don’t you know that Muslim and Islam are the same?” “Same ah, kakak??” Terus berubah airmuka Kunthea haha. Saya terangkan pada Kunthea takrif Muslim dan Islam. Barulah saya tahu selama ini dia anti-Islam tanpa berlandaskan sedikit pun pengetahuan tentang Islam. Anti sekadar ikut – ikutan.

Walau bagaimanapun, Kunthea mohon maaf selepas itu walau saya sedikit pun tak ambil hati. Malah saya bersyukur 2 tahun dia merasa tinggal dengan keluarga Muslim dan lihat sendiri cara hidup orang Melayu Muslim.

Semoga pengalaman dia dengan keluarga saya membuka matanya untuk tidak lagi prejud1s terhadap Islam. Saya pasti dia akan berkongsi cerita dengan keluarganya di sana. Harap yang baik – baik saja. Kami boleh terima Kunthea seadanya kerana dia sendiri tak pernah meIampaui batas dan buat perkara yang menyusahkan saya dan suami, malah kadang – kadang melucukan.

Kalau makan di luar, air minum dialah yang paling fancy. Mem order air suam saja, tapi PR order air sirap bandung cincau topped with whipped cream hahaha. Mana taknya, membaca rumi tak pandai, main tunjuk saja gambar di menu mana paling menarik.

Dah macam – macam jenis air yang wow dah kami order hasil telunjuk Kunthea. Tahun pertama Kunthea bekerja dengan saya, dia terkena chicken p0x. Dengan 4 orang anak yang masih kecil, risau lah saya. Bila bawa ke kIinik, doktor arahkan Kunthea di kuarantin supaya tak menjangkiti anak – anak saya.

Maka duduklah Kunthea di dalam biliknya selama 2 minggu. Sayalah yang menjadi caretaker Kunthea sepanjang 2 minggu tersebut. Saya tak benarkan dia keluar bilik langsung. Setiap hari, saya lah yang menghantar makanan kepadanya 3 times a day.

Kadang – kadang saya masak, tapi selalunya saya beli saja. Saya sediakan air mineral berbotol – botol dan sedikit biskut dan jajan di dalam bilik Kunthea untuk mengisi perut in between the 3 main meals. Setiap hari saya hantarkan air kelapa fresh ke biliknya.

Saya sediakan bakul di depan pintu biliknya untuk baju kotor yang mana saya kutip dan cuci berasingan. Bukanlah saya nak menunjuk – nunjuk kebaikan saya sebab hakik4tnya, saya bukanlah orang baik. Banyak saja kelemahan saya.

Saya sekadar seorang majikan yang menjaga kebajikan pekerjanya. Ini tanggungjawab saya. Kalau dapat PR yang jahat pun, saya akan pastikan saya lunaskan dulu tanggungjawab saya terhadapnya sebelum saya halau dia keluar.

Prinsip saya, settlekan apa – apa yang boleh settle di dunia supaya tak ada tuntutan di sana kelak. Saya cuba bersikap seadil yang saya mampu. Selebihnya saya serah pada Allah. Bersambung kisah Kunthea (maaf kalau penulisan kali ini panjang sebab saya tak mahu buat sambung – sambung), dia pernah buat satu confession pada saya.

Sedang kami berbual di dapur, dia terlepas cakap mengenai satu rahsianya yang tidak diketahui keluarganya. Kunthea ni sewaktu kali pertama saya melihatnya pun saya dah perasan bahagian d4danya agak besar dan terjojol.

Saya tak fikir apa – apa pun selain menganggap she is naturally well endowed, if you know what I mean. Malam itu dia mengaku sebenarnya payud4ranya adalah hasil br3ast enlargement procedure di mana dia memilih memasukkan silicone ke dalam payud4ranya.

Katanya 2 tahun dia bekerja di Phnom Penh mengumpul wang sehingga mampu mendapatkan prosedur tersebut. Bagaimana dan di mana, Allahu’alam. Saya tak tanya. Menurut ceritanya, lama juga dia tak pulang ke kampung sehingga benar – benar pulih.

Dan bila pulang pun, dia memakai baju yang besar dan longgar. “I scared my madē (mother) know so I wear big, big shirt only”, katanya sambil tergelak kecil. “Kun… you think your mother stupid ah? You think your mother know you one day only, is it?? Mother take one look only enough. Your mother knows.”

Kunthea termenung sejenak, kemudian menoleh ke arah saya. “Ya la, kak… I think my madē (mother) know…”, katanya sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih. “Stup1d girl you think your mother donno,” seloroh saya.

Dan kami ketawa berd3rai sama – sama. Akhir cerita, 2 tahun Kunthea bersama saya, tak banyak kenangan pahit yang mampu saya kenang. Bukan tak ada, ada tapi I can’t recall. Yang saya ingat yang manis – manis sahaja. Bagi saya, inilah benchmark of a good maid.

Bila kita cuma mampu ingat yang baik – baik saja di hujung cerita. Sewaktu menghantar Kunthea pulang, kami saling berpeIukan tapi masing – masing menahan tangis. Dia malu nak menangis depan suami saya, dan saya pula sebagai majikan rasa malu nak menangis depan pekerja. Eg0 kan Che Eton? Hihihi…

Yang saya tahu, bila dah lepas dari pandangan, kami masing – masing menangis. Ini pun confession yang kami kongsi kemudian bila Kunthea menelefon saya menyatakan dia dah selamat sampai ke kampungnya. “Kakak… you know or not, after you left I cry ohh…”

“Me, too (ketawa kecil)” Lalu kami saling mentertawakan each other. Sudah 6 tahun berlalu. Saya masih in contact dengan Kunthea melalui FB. Dia tak pandai menulis rumi jadi komunikasi kami cuma terbatas setakat bertukar – tukar emoji dalam ruang komen hahaha.

Kadang – kadang saya cuba translate status FB nya tapi masih tak faham. Ada kala kami saling bertukar voice message. On average, setahun sekali kami video call sekadar bertanya khabar. Kunthea kini sudah bersuami (saya menonton wedding ceremony nya di FB) dan sekarang sudah pun ada seorang anak lelaki. Semoga Kunthea bahagia dengan keluarga kecilnya. – Che Eton (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.