Bila HP saya bunyi je, suami sibuk nak tahu siapa mesej. Saya hari-hari duk meratib bila la suami nak ceraikan saya..

Saya ni boleh kata sikit cute dan hot. Yang kerja gomen tau la skandal kat gomen tu memang bersepah baik laki orang bini orang ke. Suami tuduh saya ada skandal, sampai bapak saya minta bukti. Waktu tu..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama saya Pink. Saya nak tanya pendapat semua berkenaan tak tau hala tuju perkahwinan bersama suami. Saya late 20s, husband late 40s. Saya kerja gomen, suami kerja freelance. Usia perkahwinan kami dah nak masuk 5 tahun dan kami tiada anak lagi.

Dulu semuanya okay, pernah la berg4duh besar beberapa kali  masa awal perkahwinan, tapi biasalah awal kahwin dan tenang – tenang sahaja sekarang. Tapi saya terfikir, adakah kami suami isteri terlampau tenang sekarang? Atau saya tak memahami suami. Tapi macam mana nak memahami suami kalau suami sendiri tak mahu bercakap panjang dengan saya? Masalah saya adalah:

Nombor 1: Suami terlampau diam atau silent treatment? Dulu, kalau saya balik kerja, suami akan melayan saya bercerita, walaupun saya tau masuk telinga kanan keluar telinga kiri dia. Tapi dia akan pandang saya dan dengar saya bercerita dan bercerita dengan saya.

Sekarang ni dah 2 bulan, bila saya balik, suami saya pandang saya nak tak nak, dia busy tengok komputer, main game / bercucuk tanam g4nja. Kalau saya bercerita pun dia angguk je la, pastu hisap g4nja kuat – kuat sampai saya tak larat bau dan terus saya keluar je la bilik.

Kat rumah, kami buat hal masing – masing. Malam saya tengok netflix, main tiktok dan rehat. Dia duduk dalam bilik, buat la apa dia nak, main game, buat live pasal business atau bercucuk tanam dia tu. Dan dia sem4kin kerap keluar petang dan malam.

Macam saya balik kerja petang, dia akan keluar pergi bersukan, buat kerja freelance dia, keluar dengan kawan – kawan sukan dia. Pagi buta baru balik. Saya fahamla mungkin dia bosan work from home dan keluar lepas office hour sebab nak berborak dengan kawan – kawan dia yang bersukan lepas kerja.

Tapi kerap sangat. Kadang – kadang sampai seminggu, satu hari je saya nampak dia malam – malam kat rumah. Benda ni start jadi bila business partner dia dah tak dapat bagi dia salary dan dia terp4ksa buat beberapa kerja untuk sustain income dia.

Saya rasa dia str3ss sebab takda stable income dan dia jadi menyendiri. Tapi dia pun tak nak cerita dengan saya, mungkin sebab dia tak nak saya str3ss. Tapi saya pulak jadi str3ss kalau dia tak nak bercakap dengan saya, diam jeeee.

Nombor 2: Masalah bersama. Husband saya ni dulu masa ada sustainable income kerap juga la dia nak. Every week saya bagi 2 kali minimum. Sekarang ni dah 2 bulan dia tak mintak. Ye la macam mana nak bagi kalau balik 2 – 3 pagi saya dah tidur sebab saya ni esok kerja.

Pastu kadang – kadang yang buat saya s4kit hati tu kalau saya tanya you tak nak ke? Dia akan cakap malas dah nak mintak sebab selalu tak dapat. Lepas tu you period. Sama je. Saya rasa macam eh kenapa you nak put blame on me pulak?

Kalau you mintak, i cuba la bagi. Dari you tak mintak, lagi la tak dapat apa – apa. Perempuan ni boleh hidup tanpa hubungan batin. Yang merisaukan lelaki la. Bagi je la tau kalau nak. Nanti lama tak dapat, cakap pulak nafkah batin tak cukup.

Nombor 3: Masalah anak. Saya dah hampir 5 tahun kahwin takda anak lagi. Saya dah pergi check, buat HSG, scan tvs, test lsh, fsh, makan ubat semua, cucuk telur semua lah. Saya ni lulus dengan cemerlang, takda masalah. Period pun on time.

And guess what, bukan nak maIukan dan buka aib. My husband ada terat00z00sp3rmia. Itu tak kisahla, sebab boleh treat, dengan penukaran lifestyle dan makan ubat. Yang buat saya sedih sangat is, in this TTC phase, saya tengok saya je yang beriya.

Saya yang setiap minggu risau, saya yang asik cakap jaga la makan, kurangkan la v4pe r0kok semua ni. Makan makanan sihat. Dulu doktor pun pernah bagi prof0rtil. Makan pun sekejap makan sekejap tak makan. Tak on time pula tu. Suka makan jajan, makanan bergoreng.

Setiap minit asyik nak hisap g4nja g4nja g4nja. Sampai pintu rumah pun kadang – kadang bau g4nja. Masalah tidur jangan cakapla, malam tak tidur, siang tidur sampai petang. Kalau saya cuba buka topik ni, dia asyik cakap rezeki dari tuhan, kenapa nak str3ss, kawan – kawan dia ada je berbelas tahun takda anak.

Chill kepala hotak dia. Dia ingat saya ni sama dengan kawan – kawan dia ke. Ada dia cakap banyak je kawan – kawan dia mer0kok, gemuk elok je anak berderet. Eh hello tu rezeki dorang masih subur walaupun smoke dan gemuk.

Awal tu dah scientifically proven yang sp3rm awak tak sihat tapi kenapa takda usaha nak buat sesuatu? Lepastu yang buat saya beng4ng dia cakap macam mana nak lekat, buat pun tak selalu. Benda ni kawan i cakap kena buat selalu. Kepala hotak dia..

Ya Allah nak buat benda tu bagi lekat adalah masa subur saya! Dia tu waktu subur saya bukannya ada kat rumah. Pastu kalau ada pun dia bukannya nak pun. Duduk busy arrange kerja dia la, keluar dengan kawan la. Alah kalau dulu selalu buat bukan jadi pun lah. Now we know why tak jadi kan?

Saya ni adalah sentap dengan mak bapak mertua yang kata saya ni asyik oustation je macam mana dorang nak dapat cucu. Saya ni sabar je la kalau ikut hati nak je saya cakap halo anak kesayangan korang ni yang taaaaaaak eeeeeee geram rasa.

Saya ni setiap minggu nangis dalam solat, dalam diam, dalam kereta doa kepada tuhan ya Allah kenapalah saya ni tak dapat zuriat lagi. Orang sekeliling saya sampai semua dah kahwin dah 2 – 3 anak. Saya ni gugur pun tak pernah. Yang ttc faham la perasaan saya.

Sekarang punya tahap lagi teruk, saya dah tak boleh tengok baby dan toddlers lama – lama. Kalau lama saya tengok, mata saya akan mula nak nangis sebab saya akan mula berimagine kalau lah saya ada anak mesti saya bahagia.

Dia boleh la tak hadap masalah makcik – makcik bawang. Saya ni punya la banyak kali mengelak balik kampung dua – dua beIah sebab saya tak larat nak hadap pertanyaan makcik bawang. Boleh jadi giIa.

Nombor 4: Masalah kerja suami. Saya ni sepanjang 5 tahun asyik susah hati dengan kerja suami. Sebelum kahwin saya dah tau dah dia ni freelance tapi saya nampak dia ni macam mashuk je. Duit hantaran saya pun agak tinggi dan dia boleh dapatkan jugak. So saya rasa macam okay la boleh sustain life lepas kahwin.

Bila dah kahwin, saya tengok dia ni asik ada kat rumah je. Buat bisnes online kecik – kecik, cod barang sana sini. Dia ada la duit tapi jual kasut la baju la semua benda la yang boleh buat duit, dia buat. Tapi saya ni memang tak pernah gemar dengan takda kerja tetap ni.

Sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang semua ada kerja tetap. Saya ingat 5 tahun ni dia boleh la dapat kerja tetap. Non hadolah sebab vision dia tak nak kerja tetap. Dia tetapla buat business itu ini. 5 tahun duk business ni takda nampak m4kin kaya pun.

5 tahun ni saya rasa dah cukup lama dah untuk hidup selesa sikit. Dia ni pun sepanjang hari duduk kat rumah. Malam berjaga sampai pagi. Siang tido. Saya tengok saya tak tau lah kenapa saya yang str3ss. Ni bila business partner dia da tak boleh bagi gaji lagi la saya str3ss risau macam mana kalau dia takda duit.

Dulu awal – awal kahwin saya berg4duh teruk jugak sebab semua benda kat rumah kena bayar 50 – 50. Pendapat saya benda basic utlities dan dapur tu tanggungjawab dia, dia kena la bayar. Pastu bila saya dah g4duh lari rumah semua, ugvt cerai baru la okay sampai sekarang semua utilities dan barang dapur dia bayar.

So takda isu da la sekarang mengenai utilities. Tapi saya str3ss betul la dengan pekerjaan yang tak tetap ni. Saya fikir kalau saya pencen nanti, saya kena tanggung dia guna duit pencen saya ke?

Nombor 5: Saya ada skandal? Saya dapat rasakan yang dia ada syak wasangka dekat saya. Saya ni boleh kata sikit cute dan hot. Sikiiit je la. Yang kerja gomen tau la skandal kat gomen tu memang bersepah baik laki orang bini orang ke, janda dengan laki orang ke macam – macam la.

Dulu masa saya g4duh first tu dia ngadu kat parents saya yang saya ada skandal. Bapak saya minta bukti, dia tak de bukti pulak, last – last itu bayang perasaan dia aje. Sebabnya masa saya masuk kerja tu, saya banyak mesej wasap sampai ke malam.

Padahal sebab unit tempat kerja saya tu kerja critical. Awal – awal masuk saya tak tau nak manage macam mana. Sekarang baru okay. Sekarang pula kalau dia dengar bunyi noti wasap saya dia sibuk tanya sapa tu sapa tu.

Sebelum ni tak pernah plak amik port. Sekarang siap tengok screen phone saya nak make sure betul ke orang yang saya cakap dia mesej saya tu. Ish pening wey. Sebenarnya perasaan saya dekat dia ni on – off la. Kalau dia baik dengan saya, saya happy la, sayang dekat dia.. kalau dia silent treatment ni, dok hari – hari meratib bila la dia nak ceraikan saya. Lahhhhhh..

Jadi.. Saya ni sebenarnya tak berapa gemar la situasi macam ni. Tapi saya penat nak cakap sebab nanti berg4duh. Saya dah penat dah berg4duh besar dulu saya dah takda tenaga nak berg4duh lagi. Sebab tu kalau saya tak puas hati ke apa, saya malas nak cakap sebab saya tak suka g4duh.

Sebab dah tak larat dah nak g4duh – g4duh. Saya terfikir, boleh ke saya minta cerai terus. Then kalau nak proses cerai tu, saya kena mohon cerai pasal apa? Saya ni takut nak cakap kalau nak cerai sebab suami saya ni hisap ganja sebab saya ni orang gomen.

Saya ni nanti kena tatatertib ke sebab ada ganja kat rumah saya? Ya Allah saya takut sangat. Sebab saya sebenarnya penat dah nak hidup macam ni. Setiap hari nak melayan per4ngai budak – budak. Saya bukan tunggul dia nak bagi silent treatment.

Saya ni punya tahap sekarang tak sabar nak pergi pejabat setiap hari sebab pergi kerja lagi seronok dari duduk rumah. Oklah.. saya tau saya akan kena kecam. Tapi sambil kecam tu boleh ke nasihat saya sikit pasal cerai atau macam mana nak overcome masalah ni?

5 tahun ni tarikh perkahwinan yang singkat ke lama? Boleh ke buat tahajud untuk perkara macam ni? Saya nak luahkan sebab takda sapa saya boleh cerita. Terima kasih sudi baca… – Pink (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.