Makcik kaya, kerja hebat. Baju semua hantar dobi, stok minuman air botol mineral. Tapi cukup bulan minta pinjam adik beradik

Aku ingat lagi Makcik pernah jumpa ibu aku untuk pinjam duit katanya dia pinjam Ah l0ng. Itu belum lagi orang bank asyik call aku sebab makcik gunakan nama aku sebagai penama hutang dia. Aku terus sound anak – anak makcik..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Seroja. Harini aku nak cerita tentang mak sed4ra aku, yang aku gelarkan Mak A. Mak A ni kerja goverment dan berjawatan paling tinggi dalam jabatan dia. Alhamdulillah dikurniakan anak yang ramai, some dah bekerja and some masih bersekolah.

Suami Mak A pulak tak bekerja since dorang kahwin. Sebelum kahwin Mak A sesorang yang tegas dan teratur orangnya, tapi sejak kahwin semuanya berubah 100%. Aku tak salahkan Mak A sebab dia lah ketua keluarga yang bekerja cari rezeki buat keluarga.

Cuma aku kesal, sebab Mak A tak pernah bertegas dengan suami dia. Sebelum Kawin Suami Mak A bekerja, tapi sesudah kahwin not even one week Suami Mak A berhenti kerja. Suami Mak A ni dah lah tak bekerja, kaki pukuI juga (Aku sendiri s4ksi diwaktu kecil aku) dan urusan rumah pun tak pernah dibantu, jaga anak, masak, mengemas semua dia abaikan.

Bayangkan dah tak bekerja anak – anak still dihantar ke pengasuh. Even Bila anak – anak dah bersekolah Mak A jugalah yang hantar ambik anak di sekolah. Suami mak A ni pulak jenis tido lambat, Bangun pulak tengahari. Jadi sah – sahlah solat pun tak ke mana (macamna aku tau, sebab zaman kecil aku, selalu ja jadi babysitter anak dorang)

Kami sekelurga tak harapkan lebih. Bila urusan kewangan tak dibantu, at least dapatkan contribute dalam urusan rumah tangga, macam jaga anak, kemas rumah, sediakan makan minum, hantar amik anak sekolah. But it not happen, Sehinggalah sekarang.

Bila tak ada kerjasama dalam berumahtangga ni boleh bayangkanlah keadaan rumah tu. Kalau tak kemas, kain baju tak berlipat itu bagi aku normal dan dimaafkan la bagi yang bekeluarga besar (anak ramai) tapi aku memang tak boleh tolak ansur dengan orang yang pengotor.

Bayangkan bela burung serata – rata di dalam rumah. Ruang tamu, bilik air, dapur. Bela ayam di anjung belakang rumah (Rumah kampung). Seluas – luas kawasan rumah tu ayam disangkar dan diletakkan di anjung rumah. Bela kucing pun banyak.

Bila pergi memang macam macam bau akan ada. Can you imagine?. Dapur berkecah, peti sejuk berkerak. Seriusly aku sendiri tak boleh digest how they can live in that environment. Selain tak membantu apa – apa. Aku boleh kategorikan suami Mak A sebagai ” biawak hidup” sem4kin dibela sem4kin malas dan hanya bertindak macam parasit dalam kehidupan dorang.

Sampai sekarang aku rasa dah lebih 30 tahun dorang berkahwin. Aku tak tau lah kenapa Mak A sesabar ni, sampai sanggub mengh4mbakan diri untuk lelaki macamtu. Kalau tengok dari segi kerjaya. Sepatutnya Mak A dah boleh senang, tapi you know what, secubit harta pun dia tak ada.

Bukan lah harta kekayaan tapi macam rumah sebagai rumah sendiri tu tak ada. Yang ada cuma hutang piutang yang sampai sekarang masih dikejar oleh bank – bank hasil tunggakan pinjaman. It is OK if tak melibatkan orang lain, tapi bila dia kesempitan dia selalu meminta pada adik beradik dan tentulah termasuk ibu aku jugak.

Aku ingat lagi Mak A pernah jumpa ibu aku untuk pinjam duit katanya dia pinjam Ah l0ng, kalau tak dilunaskan hutang dorang akan ced3rakan kelurga dia. Tapi aku tau itu sekadar cerita rekaan meminta simpati pada sang kakak yang kasihkan adiknya.

Untuk pengetahuan pembaca ibu saya tidak bekerja dan tidak berpelajaran. Hanya harapkan elaun dari anak – anak. Kadang – kadang terfikir tak kanlah orang tak dapat fikir kemampuan kewangan ibu aku. Selepas beberapa minggu kami dikabarkan kereta dorang ditarik, jadi yakinlah yang niat meminta pinjaman sebelum tu adalah untuk melangsaikan tunggakan kereta yang dah beberapa bulan tak dibayar.

Mak A tidak pernah serik meminta dan meminjam dari sed4ra – sed4ra dan orang keliling, sampaikan jadi buah mulut orang. Pernah diberi beberapa kali tapi bila tiba saat dijanjikan untuk dipulangkan, tidak pernah ditepati dan kadang – kadang belumpun langsai pinjaman sebelumnya diminta untuk meminjam lagi.

Ada juga ketika baru beberapa hari gaji, dapat pesanan mesej mintak pinjam duit. Kadang – kadang aku hanya read dan abaikan mesej. Pernah sekali Mak A bertingkah dan memarahi ibu kononnya tak da sapa nak bantu dia.

Ingatkan bolehlah harapkan adik beradik tapi adik beradik semua tak nak tolong disaat dia susah. Aku sebagai anak hilang sabar dan memarahi Mak A dengan berkata mak A sepatutnya mintak suami mak A bantu dan fikir macam mana nak selesaikan masalah kewangan keluarga mak A bukannya salahkan adik beradik kerana tidak membantu.

Dan setelah itu bermulalah episod bermasam muka dengan kami sekeluarga. Sebenarnya kehidupan mak A bukanlah susah, Mak A punya kerjaya hebat, bergaji besar hanya cuma disebabkan pilihan dan cara pengurusan kewangan yang salah.

Bayangkan baju berdobi, air minum di rumah stock mineral, makan tapau dikedai hari – hari. Bak kata orang dapur tak pernah berasap lah. Aku bukan nak ikot campur tapi kadang – kadang aku geram. Kita berbelanja ukur badan sendiri.

Orang nak berkereta besar kita pun nak, orang nak ada dua tiga kereta, kita pun nak. Yang menanggung s4kitnya tu Mak A sebab semuanya dia yang tanggung segala hutang piutang. Hutang bank toksah cakaplah aku kerap terima panggiIan bank minta Mak A langsaikan tunggakan pinjam (Boleh jadi Mak A sertakan number aku sebagai number untuk dihubungi as second reference).

Aku sayang Mak A, sebab aku membesar dengan dorang tapi mak A tak pernah cuba untuk betulkan keadaan, baiki kehidupan dia, tegakkan mana yang benar. Melainkan backup si suami tiap kali kita sarankan si suami Mak A bekerja.

Aku senantiasa doakan Mak A dapat kecapi bahagia yang sebenar. Kerana bagi aku bahagia sebenar bukanlah semata – mata jadi isteri misali. Tapi keberkatan dalam berumahtanga. Andai luarannya nampak redo, yang sebenarnya aku tau Mak A menidakkan perasaan sebenar yang bersarang di hati

HARAP KALAU MAK A BACA NUKILAN NI, DIA MUNGKIN TERDETIK YANG CERITA INI ADA PERSAMAAN DENGAN KEHIDUPAN DIA. DAN CUBA UBAH TAKDIR HIDUP DIA DENGAN SEDAR APA YANG DIA PERTAHANKAN BUKANLAH BAHAGIA SEBENAR.

Sambungan.. Kesinambungan pada kisah Mak A yang taat setia pada Suami Mak A. Pada part 1 aku ada mention perkahwinan dorang hampir 30 tahun kan. Jadi untuk part 2 ni aku nak sentuh sikit bab anak – anak Mak A and dugaan Mak A yang tak putvs – putvs.

Untuk pengetahuan, anak – anak Mak A lingkunagn usia dari yang sulong 20an sehingga ke bongsu 6 tahun. Few month lepas Mak A terkena ser4ngan minor str0k di bahagian Mulut. Bahagian anggota badan lain ok, still function well.

Kira yang impact just half bahagian mulut. Masa ni you know what Mak A tetap memandu untuk ambil dan hantar anak – anak dari sekolah. Waktu ni kami memang rasa geram sangat dengan suami Mak A. Dia seorang lelaki yang sihat, dikurniakan anggota badan yang sempurna, untuk waktu susah macamni pun dia tetap pentingkan diri.

Cukup tentang Mak A. Sekarang tentang anak – anak Mak A pulak. Part 1 aku ada mention keadaan rumah Mak A kan. Anak Mak A yang Sulong kan dah 20an, dah bekerja and jenis suka bersiap. Kalau keluar rumah tu memang bermekap la kiranya.

Tapi Korang pernah baca tak dkt FB atau media sosiaI orang comment Muka cantik tapi pengotor. Ha macamtu la kot. Kenapa aku cakap macamni. Mereka semua ada dekat  rumah tapi sorang pun tak ambil inisiatif untuk kemas and bersihkan rumah.

Dapur, bilik tidur dan setiap ruang dekat rumah tu Subhanallah, kalau nak jejak memang tak lalu, Nak makan lagi lah. Tapi dorang semua boleh relex dan siap bawa kawan – kawan datang rumah. Macam tak ada rasa apa – apa (Aku assume la tak rasa apa – apa, sebab ada tetamu dengan takda tetamu sama ja)

Aku pernah je nasihat, sebab dorang macam adik – adik aku kan. Pertama pasal issue kewangan keluarga. Sebabkan Mak A message aku mintak pinjam dan dalam masa yang sama bank call aku untuk maklumkan pada Mak A supaya settlekan tunggakan pinjaman, jadi aku amik kesempatan untuk bagitahu anak Mak A tentang ni, supaya mereka tahu tentang situasi Mak dorang.

Jadi aku selitkan nasihat mintak anak Mak A untuk cuba bincang dengan Mak A the right way untuk uruskan financial dorang. Aku bagi beberapa cadangan especially bab baju berdobi aku ada cerita dekat part 1. Rumah dorang tak ada washing machine rosak dah lama, bertahun dah kot, so since then dorang memang antar baju ke dobi je.

Aku nasihat kenapa tak beli washing machine untuk basuh baju dari kena dobi. Mesin basuh sekarang ada ja yang murah jadi memang boleh jimat sangat. Dan korang tahu tak apa anak makcik baIas?? “Dobi tak selalu pun 3/4 kali seminggu je, jadi tak makan duit sangat pun.”

Nasihat kedua, cuba kurangkan beli makanan dari luar sebab keluarga dorang besar. Kalau hari – hari makan luar memang besar kos. So since Papa (Suami Mak A) ada, mungkin awak boleh bincang dengan Papa untuk masak pada hari biasa. Jadi boleh jimat banyak kat situ

Tetap dia bagi alasan, “adik – adik tak makan pagi dan tenghari. Dorang biasa makan petang ja for dinner so sehari sekali je beli makan”. Ini apa yang aku dengar dari someone memang Papa dorang cakap macam ni dekat orang.

Sebab kadang – kadang yang bongsu selalu ke rumah jiran dari awal pagi sampai petang. Jadi tanggungjawab memberi makan tu dah jatuh ke jiran lah agaknya. Pasal kebersihan rumah pulak, aku ni bukanlah nak jadi penyibuk, bukan tapi rumah yang dorang susuk tu boleh dik4takan sebagai rumah Pusaka.

Aku dibesarkan dekat situ. Bila tengok keadaan rumah tu berbanding dulu. Sedih sangat! Bukan kat luar je, beIah dalam pun dah macam hutan belantara. Anak sulong Mak A ada maklumkan dia akan bertunang tak lama lagi.

Jadi aku rasa ini adalah masa yang betul untuk aku sentuh bab kebersihan. Jadi aku cakap lah nanti nak tunang, awak amik cuti ke. Kemudian dia cakap, “aahh amik nak kemas – kemas rumah dan prepared apa patut.” Jadi aku terus mencelah, sempat ke nak kemas rumah. Mungkin boleh mulakan dari sekarang, kemas sikit – sikit tak adalah penat sangat nanti. Dia pun ye kan je apa aku cakap. So hopefully ada lah perubahan

Tapi bagi aku kan. Mereka yang hidup dalam keadaan yang macamni susah dah nak change their lifestyle. Sebab dari kecik memang dah biasa hidup dengan keadaan rumah berkecah dan perasan Malu pun dah hilang sebab dorang rasa benda ni biasa.

Ooohh Aku ada terbaca comment ramai cakap Mak A terkena buatan dah ni. Yes this is what the whole family think pun. Kitorang cuba nak bawak dia berubat, tapi dia sendiri tak nak, and said nothing wrong with her. And another suspicious thing bila Mak A selalu ja tak ada duit.

We all suspect card bank Mak A memang dipegang suami Mak A sebabnya aritu ada la sorang ni pergi ke rumah Mak A nak mintak hutang. Sebab Mak A tak ada, si pemiutang ni bagitau lah suami Mak A. Suami Mak A cakap.

Mak A bukannya ada duit, dia pergi kerja pun aku (suami Mak A) yang bagi duit. Jadi betol lah sangkaan semua selama ni. Untuk Mak A aku harap Mak A tau kami semua sayangkan Mak A, hanya satu je ‘benda’ yang salah dalam hidup Mak A adalah suami Mak A. And it never too late to make a correction. – Seroja (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.