Beruntung sebab aku perlu tengok muka dia dalam rumah ni sehari je seminggu. Dia pun perasan aku elak daripada dia, so dia cakap nak tukar hari balik rumah which is hari sabtu. Aku iyakan saja tapi dia aku anggap tetamu.
Aku sediakan semua keperluan dan tanggungjawab aku sebagai isteri dari zahirnya. Keperluan batinnya tak perlu sebab dia ada isterinya satu lagi. Kalau perIukan daripada aku untuk apa kahwin satu lagi kan? Keadaan ni berlarutan juga dan aku message dia hanya cakap aku dan anak – anak tiada di rumah, aku bawa anak – anak bercuti.
Dia marah sebab tak bawa dia. Aku buat tak tahu saja. Aku tahu semua ni berd0sa tapi aku pun manusia yang lemah, ni je cara untuk aku cari kekuatan aku. Lepas tu ada dia berbincang dengan aku supaya syarat tu boleh diolah semula.
Aku cakap masa nak kahwin lain tak fikir panjang, sekarang dah mula nak itu ini. Aku bagi tempoh 2 minggu untuk dia fikir sebelum dia bersetuju dengan syarat aku. Pujuk rayu dia sekadar angin yang lalu je. Mentua aku pun dah tak bertanya khabar.
Madu aku selalu ke sana. Macam – macam cerita buruk pasal aku tak tahu jaga suami, sibuk dengan kerja, anak – anak terabai. Apa lagi yang dia tak cakap. Madu kiriman ner4ka agaknya. Aku tahu sebab adik ipar aku yang cerita.
Dia satu – satunya yang sokong aku dari mula hingga sekarang. Dia juga yang suruh f1ght untuk cerai. Duit nafkah aku pun berkurang, dari 1k sebulan ke rm500. Katanya sebab dah ada 2 isteri jadi tanggungan bertambah.
Masalah aku ke tu? Tapi aku tahu duit gajinya diuruskan oleh madu aku. Sebab aku ada duit sendiri jadi aku tak harap duit dia. Nafkah aku tiap bulan aku sedekahkan dengan niat semoga aku dapat ketenangan hati nak terima semua ni.
Syukur sebab nafkah anak tak terabai. Masa pkp tu paling seronok aku rasa. Takdir Allah masa lockdown suami aku kat rumah sana. Jadi dia tersekat kat sana. Aku punya seronok tu Tuhan je tahu. Aku kerja dari rumah dan aku luangkan masa dengan anak – anak aku.
Aku tanya anak sulung aku pasal baba dia. Dia cakap dia tak kesah janji aku ada, dia tahu baba dia ada mummy (dia panggil madu aku mummy) sebab dia pernah bawa anak aku jumpa perempuan tu sebelum ni dan dia kata kat anak aku tu kawan je.
Hahaha aku tak gali tapi Allah timbulkan semuanya. Anak aku kata, dia dengar aku berg4duh, dia tahu aku berlakon je depan dia. Bila aku dengar tu aku menangis minta maaf sebab aku tak mampu pertahankan keluarga.
Anak aku cakap dia okay. Dia rupanya tolong explain kat adik – adik dia. Allah tarik suami aku tapi Allah tu adil, Dia bagi aku anak – anak yang baik. Sepanjang pkp dia ada message aku tanya pasal anak. Aku jawab yang perlu saja.
Kenapa tak call? Sebab dia tahu aku takkan angkat. Aku tak nak dengar suara dia. Kalau dia video call pun aku terus bagi anak – anak. Sakan madu aku belanja sana, belanja sini. Post supaya aku jealous. Tapi sayang aku tak rasa apa – apa.
Masa kita dibenarkan balik kampung untuk beraya tu aku terus pack barang balik rumah mak aku. Aku message dia cakap aku terus straight ke kampung. Lepas pkp, dia balik rumah marah – marah, tak ada angin atau ribut.
Dia kata apa pun aku buat, dia takkan lepaskan aku. Nak elak ke jauhkan diri daripada dia ke apa saja lah aku buat. Dia takkan lafaz. Aku dengar je. Kalau macam tu kita teruskan je lah permainan ni 10 tahun? 20 tahun?
Aku tak rugi apa – apa pun. Sebab tu aku mampu bertahan selama 15 tahun ni. Apa yang aku buat? Invest kat diri aku. Pergi kerja, balik kerja pergi gym, spent time dengan anak, cantikkan diri aku. Jadi aku dah terbiasa tiada lelaki.
Aku pun tak main mata dengan lelaki lain sebab batas aku masih isteri orang. Dia insecure sebab aku tak berharap duit dia. Aku tak berg4ntung dengan dia untuk terus hidup. Sekarang ni dah 5 bulan mak mentua aku s4kit.
Lumpuh separuh badan. Aku ada ziarah. Lepas tu ada ke suami aku suruh aku jaga mak dia? Tergelak aku. Aku tahu tu madu aku yang suruh. Aku dengan tenang cakap mak mentua aku bukan tanggungjawab aku. Dia ada 2 isteri jadi mintalah isteri satu lagi jaga.
Lagipun madu aku bukan bekerja dengan mengandungnya. Of course lah madu aku tak nak. Dia pun tak sanggup basuh ber4k, k3ncing orang tua. Aku cadangkan dia ambil pembantu atau nurse peribadi. Tapi dia kata tak mampu sebab nak tanggung anak aku lagi, anak baru dia lagi.
Tu ada lagi dalam perut. Apa – apa pun tu bukan masalah aku. Pernah juga dia pinjam duit aku dulu katanya dia terdesak. Aku pun bagiIah pinjam simpanan aku. Rupanya sebab madu aku nak beranak anak pertama dekat hospitaI swasta.
Haih aku pun pergi hospitaI kerajaan je. Elok anak sihat. Aku dapat tahu simpanannya bertahun – tahun tu habis licin. Adik ipar aku yang ceritanya. Aku boleh je jaga mak mentua aku tapi dia kat mana masa anak dia buat aku?
Dia buang aku macam tu je. Dia pilih madu aku. Madu aku tu ingat, macam mana dia ambil suami aku macam tu lah dia boleh ambil kesempatan atas aku. Silap besar lah, kalau suami aku pun aku letakkan syarat, kau siapa nak aku ikut cakap kau?
Mak mentua aku tak nak duduk dengan anak – anak lain sebab suami aku anak kesayangan dia. Jadi ni sedikit hukuuman atas suami aku. Ni harga yang perlu kau bayar atas kecurangan kau pada aku. Sekarang dia serabut sangat.
Nak urus mak lagi, bini lagi tengah sarat. Kadang – kadang dia minta supaya boleh tinggal lebih sehari kat rumah aku. Aku bagi je. Tapi nampak jelas lah muka dia kepenatan. Hari – hari pujuk (message) supaya boleh jaga mak dia. Aku senyum dan jawab tidak.
Tetap bukan tanggungjawab aku. Kesian? Memang kesian tapi kalau aku bagi muka memang akan ambik kesempatan. Payback time dan hadiah untuk madu aku sebab dia tak ada keinsafan dalam hidup. Aku sengaja beli barang mahal dan post bagi dia nampak.
Aku beli semua benda berdasarkan resit waktu dia bercinta dengan suami aku. Makan tempat mahal sampai suami aku pernah minta aku stop posting barang – barang aku beli sebab madu aku akan minta benda yang sama.
Hahaha aku beli pakai duit aku. Aku post pun pakai account aku. Bukan duit suami dia. Kadang – kadang aku tak beli just ambil gambar dan post je. Bila aku baca kisah puteri sarah dengan syamsul yusof, teringat kisah aku sendiri.
Rasa empati sebab aku pun lalui benda yang sama. Untungnya dia sebab keluarga mentua sayang dan pertaahankan dia. Aku belajar jadi kuat dan masih ikut permainan suami aku sampai dia sendiri yang menyerah dan melepaskan aku.
Hidup ni macam drama, cuma untuk kisah aku belum pasti happy or sad ending. Aku tahu akan ada orang kata aku k3jam sebab buat macam tu kat suami tapi sebelum dia curang aku k0rbankan kehidupan aku untuk dia. Hati, mata dan jiwa aku untuk dia sahaja sebagai suami.
Curang kali pertama aku masih terima. Kalau hati yang layu mungkin akan subur diletak baja, tapi sesuatu yang m4ti takkan dapat dihidupkan lagi.
Pengajarannya:
1. Kahwin sebab cinta takkan cukup sebab bila sampai waktu cinta akan pudar. Masa tu tanggungjawab dan kesetiaan je yang akan pegang hubungan tu
2. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ni kita tak terkontang kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
3. Ketahui hak kamu sebagai seorang isteri dan cari cara pertaahankan hak tu
4. Suami sebelum kahwin berbeza dengan lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin korang rasa dah cukup kenal per4ngai pasangan, silap besar.
5. Jangan sembunyikan apa – apa daripada anak. Mereka sebenarnya tahu tapi memilih untuk diam. Jujur dan lama – lama mereka akan faham
6. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ni singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terik4t
7. Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu
8. Jangan percayakan orang 100% mungkin 70% saja walau baik macam mana pun
9. Bukan pengajaran, tapi tolong doakan suami saya menyerah dan lepaskan saya. Supaya saya boleh buat pengajaran no 6 tu.
Terima kasih sebab baca luahan saya. Semoga kisah saya dijauhkan dan tidak akan berlaku dekat mana – mana wanita di luar sana. Semoga tiada wanita lain lalui apa yang saya lalui. Semoga juga kita dirahm4ti selalu. – Mina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rose Linda Roslan : Semoga dipermudahkan urusan puan dan anak – anak. Btw, bestnyaaa puan sekarang sebab anak – anak dah besar, ada pembantu rumah and ada banyak masa untuk diri sendiri. Zaman berpenat lelah puan dah berlalu, sekarang nak tenang – tenang saja. RugiIah suami yang tak melihat jauh ke depan sebelum curang dahulu.
Hidayati Salim : Tiap kali baca confession kisah rumahtangga perempuan tegas dan kuat ni amat terasa puas hati aku. Rasa menang dan bijak kita orang perempuan ni. Ini asyik pendam mengalah kena pijak. Terus jadi b0doh selamanya. Memang str3ss. Btw tahniah confessor semoga apa yang diimpikan jadi kenyataan.
Nora Osman : Tahun ke-9 dah bermadu. Kini dah tahun ke-15?? Betul – betul tabah tt ni tapi mungkin sebab suami tt kategori mampu. Itulah tiada sebab untuk minta fasakh kot. Pada sisi lain, tak terhitung juga d0sa isteri menafikan hak suami. Allahuakbar.. moga tt diberi hidayah dan kekuatan dalam membuat keputusan menuju jannahNYA..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.