Bila nak tiba bulan puasa ni, m4kin keraplah Hasnol kena panic att4ck, semuanya sebab bekas isteri kaki kikis

Masa dekat kampung, Meen berg4duh dengan Hasnol, sebab Hasnol hanya berikan duit RM50 dekat mak dan ayah Meen. Malah RM20 je untuk datuknya. Meen kata suaminya nak jatuhkan air muka, kerja hebat oil and gas tapi kedekut. Ketika itulah Meen bagitahu kerja ‘sebenar’ dia dan Hasnol lafazkan cerai..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum korang. Aku nak kongsi kisah yang berlaku semalam sebab aku rasa aku nak ajak perempuan – perempuan kat luar sana jangan buat macam si Meen ni buat.

Semalam, husband aku terkejar – kejar ajak aku pergi rumah kawan baik dia, Hasnol. Dia kena panik att4ck! Tak boleh nafas! Meng4muk! Mujur rumah kami dekat. Selalu dah macam ni tapi semalam att4ck dia teruk giIa sampai aku sendiri menangis tengok dia.

Flashback sikit. Hasnol ni jenis lelaki baik. Dia tak bercinta. Kerja boleh tahan, baru grad kan tapi gaji tak besar sangat. Tiba – tiba je kami dapat jemputan. Dia nak kahwin dengan pilihan makcik dia.

Masa pergi majlis kahwin si Hasnol ni barulah aku tau yang dia kahwin dengan Meen. Perempuan ni satu tempat kerja dengan aku. Dia jenis player, kikis dan suka tinggal. Takde berita pun pasal dia kahwin kat tempat kerja kami.

Terk3jut sangat aku masa tu, Meen pun apatah lagi. Aku diam je dan sikit pun tak bagitau kat suami aku pasal per4ngai Meen ni. Akhirnya, raya tahun lepas diorang cerai weh. Rupanya Hasnol dah tahu banyak benda pasal si Meen ni.

Benda ni kant0i bila si Meen ni asyik balik lewat dan cakap dia kena cover syif kawan – kawan dia. Jadi si Hasnol ni konon nak buat k3jutan kat tempat kerja dia. Sekali bila sampai sana, tak ada pun si Meen ni.

Rupanya diam – diam si Meen ni sewa bilik dekat dengan tempat kerja. Kalau fikir macam tak logik dan tak tahu apa motifnya. Sebab rumah diorang pun setakat 20 minit je dari tempat kerja.

Tapi masa tu Meen masih berdalih lagi dan cakap bilik tu dia sewa untuk dia hilangkan penat kerja. Kalau ngantuk sangat dia akan balik tidur situ dulu. Masa tu Hasnol boleh maafkan lagi sebab baru kahwin dan sayang, kan.

Meen cakap dia kerja keras sebab nak bantu mak ayah kat kampung. LagiIah si Hasnol rasa bersalah tenok isterinya kerja kuat sangat dan kerja syif tak berhenti. Memang si Meen ni asal orang kampung pun.

Dan kalau tengok, memang tak percaya langsung per4ngai dia macam tu. Hasnol kata, memang kalau ikut, mak ayah dia pun sayang sangat kat Meen ni. Dia jenis usaha keras bagi duit kat keluarga sebab dia sorang je anak yang boleh diharap berbanding yang lain.

Bukan setakat bagi duit kat mak ayah je, adik beradik kena masuk penjara terlibat kes pecah rasu4h dan mencuri pun dia yang kena tolong ik4t jamin. Kiranya, apa yang Meen buat ni kira betul saja pada mata keluarga.

Sampailah raya tahun lepas, Meen cakap dia tak dapat balik raya ke rumah ibu bapa dia sebab kena kerja syif. Si Hasnol ni pun adik beradiknya tinggal area sini. Mak dah meninggaI dan ayah tinggal dengan adik perempuan.

Jadi mereka buat persiapan raya sekadarnya saja. Bersederhana. Lagi pula, baru mula nak hidup. Sederhana apa adanya. Tiba – tiba dua hari sebelum nak raya tu, Meen cakap dia dapat balik kampung.

Dia ajak Hasnol beli persiapan raya. Hasnol kata, terk3jut sangat sebab dia tuntut untuk belikan baju raya untuk semua adik beradik dia termasuk mak ayahnya. Sehelai baju saja dah harga RM300 lebih.

Malam tu juga dia ajak shopping kuih raya dan cincin emas buat saguhati adik – adiknya. Tapi, semua gunakan duit Hasnol tu. Meen kata, benda ni suami perlu sediakan dan jangan berkira.

Lagi pula Hasnol adalah menantu pertama dan ini adalah raya pertama mereka bersama. Masa ni dah mula bibit perg4duhan. Rupanya masa di kampung Meen, mereka berg4duh lebih lagi.

Meen malu Hasnol hanya beri RM50 saja pada mak dan ayah sebagai duit raya. Meen juga tuduh Hasnol kedekut dan saja nak jatukan air mukanya bila Hasnol hanya hulur RM20 pada datuknya.

Hasnol cakap dia hanya tinggal tu saja sebab dah dihabiskan beli kelengkapan raya keluarga si Meen. Malam tu, mereka berg4duh besar. Meen terlepas cakap yang dia boleh dapat banyak lagi dan hidup mewah dengan hasil melayan lelaki lain.

Dia menyesal, ada suami tapi tak mampu beri kemewahan. Meen keluarkan semua barang kemas yang dia dapat dari lelaki – lelaki sebelum ni.

Rupanya, selama ni Meen setuju nak kahwin dengan Hasnol, sebab dia ingat Hasnol boleh beri kemewahan pada dia sebab Hasnol kerja dalam company oil and gas dan selalu dapat bonus berbulan – bulan.

Masa aku dengar benda ni dari suami aku, aku geram je weh. Jenis dah memang target nak orang minyak. Malam itu juga Hasnol lafaz cerai. Dia tak boleh terima Meen melayan lelaki lain.

Apa yang dia dengar dari orang sekeliling selama ni betul. Tapi masalahnya Hasnol dah sayangkan Meen. Cinta pertamanya. Sampai sekarang, Hasnol ni kerap panik att4ck. Paling tr1gger dia adalah bulan Ramadhan dan Syawal.

Ni, Ramadhan dah hampir lagiIah kerap att4cknya. Mujurlah rumah kami dekat dengannya. Boleh suami bantu tengok. Hasnol masih duduk di rumah yang dia sewa dengan Meen dulu. Dia belum mampu move on.

Si Meen sekarang ada di Dubai dah. Cari kerja di sana untuk dapat duit lebih banyak. Dengar cerita dah kahwin lain di sana. Keluarga, mak dan ayah Meen memang dah putvskan hubungan terus dengan Hasnol.

Marah betul diorang sebab Hasnol buat anak perempuan mereka macam tu. Tapi, baru – baru ni, Mak ayah si Meen ni acc1dent, Meen cari juga si Hasnol dan minta bantuan uruskan ayahnya yang patah kaki dan emaknya yang Iumpuh separuh badan.

Dan Hasnol boleh pula pergi tolong! Adik – adiknya kan sejenis lelaki tak guna. Sorry geram! Kami geram tapi kami hanya mampu nasihat. Kami tahu Hasnol masih sayang dan tak mampu move on.

Buat masa ni kami masih mampu lagi jenguk – jenguk Hasnol. Doakan kawan kami si Hasnol sem4kin pulih dan dapat jumpa kebahagiaan dia. Untuk perempuan – perempuan di luar sana, yang ada sifat macam Meen, bertaubatlah weh.

Kalau korang tak mahu taubat, tak payah mainkan perasaan orang dan berkomitmen untuk kahwin. Lagi satu, aku memang geram giIa dengan perempuan yang minta macam – macam di luar kemampuan suami hanya nak tunjuk pada orang sekeliling.

Sampai bila pun kau tak akan puas memperagakan apa yang kau ada. Dan kau tak akan bahagia atas d3rita suami kau. Tu jelah, korang jangan tanya pulak Meen kahwin dengan siapa, keadaannya macam mana, dia bahagia ke tak?

Aku tau tapi aku rasa tak perlulah nak bagitau. Sebab aku akui aku memang staIk dia! Sorrylah, sebagai manusia biasa, bawang level dalam diri aku masih ada. Biar aku simpan untuk info aku dan husband aku je. Thanks semua sebab baca! – Lisa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nur Mustikarahman : Tak malunya hidup perempuan tu. Lepas tu minta tolong orang pula. Memang muka temb0k. Patut tak payah tolong pun tau family dia. Lelaki pun, pilih je perempuan – perempuan ni. Kalau korang nak yang bekerja, ada rupa, pandai.. Lagi lagi korang tu berharta.. Pilih je.. Sama je konsep.. Memilih tu okay je.

Wulan Seri : Nasihat Hasnol jumpa pakar ps1kiatri. Kesian dia asyik kena panic att4ck. Ni lagi – lagi dekat nak puasa raya lagiIah dia tr1gger and tr4uma. Kesian. Kalau jumpa doctor pakar, sekurang – kurangnya doktor bagi ubat untuk redakan p4nik.

Saya sendiri pun ada tr4uma bila menjelang puasa dan raya. Baru last year jumpa pakar. Harap this year tr1gger tak teruk sangat. Semoga awak kuat Hasnol. Dan jumpa wanita yang jauh lebih baik dan membahagiakan awak hingga ke syurga

Saidah Hasbi : Memang ada wanita yang tidak cantik per4ngainya dan masih ramai lelaki yang baik. Tapi biasanya lelaki dia simpan sahaja cerita – cerita sedih mereka. Semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada kita dan diberikan kesembuhan hati dan minda kepada hasnol.

Nur Afshana : Aku tak paham lah jenis manusia yang dah dapat partner baik – baik ni dia boleh curang. Kenapa korang jenis macam ni ea? Susah sangat ke setia pada sorang je. Aku doakan hasnol tu dapat pengganti yang lebih baik untuk dia. Rugi dan buang masa je sayang dekat manusia haprak macam si meen tu.

Aslina Majid : Mak, ayah, anak semua sama je muka temb0k. Kemain kan mak ayah konon marah dengan Hasnol sebab buat anak betina depa mcm tu. Sorry, geIi nak sebut perempuan dekat manusia macam Meen tu.

Alih – alih lepas mak ayah eks1den, patah kaki dan Iumpuh, boleh pulak mintak Hasnol ni uruskan. Buta perut. Kalau aku la jadi mak ayah Meen, malu woi nak hadap Hasnol. Layak hantar pi rumah orang tua – tua ja pastu bil apa semua caj dekat Meen.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.